Toyota terkenal dengan MPV bersaiz sederhana seperti Toyota Wish dan MPV bersaiz penuh seperti Estima dan Alphard. Tetapi sekarang Toyota cuba untuk lebih serius menawan pasaran mini MPV dalam segmen B, terutamanya dalam pasaran Eropah yang mana model mini MPV sentiasa mendapat sambutan hangat. Mini MPV Verso baru daripada Toyota hadir dengan gaya terkini dikenali sebagai Toyota Verso S. Model yang akan dilancarkan di UK pada pada awal 2011 ini terlebih dahulu akan dipertontonkan kepada umum sewaktu Paris Motor Show 2010 berlangsung.
Menurut Toyota, Verso S mempunyai saiz panjang kurang 4 meter (157 inci), menjadikannya antara model paling pendek dalam pasaran mini MPV dalam segmen B di Eropah. Saiznya nampak lebih kompak namun elegan dan bergaya sporty, seakan-akan cuba untuk menyaingi Honda Jazz. Model ini walaupun sebuah mini MPV kompak, ianya tetap hadir dengan spesifikasi lengkap, kualiti, ruang yang luas semaksimum mungkin dan keselesaan dalam pemanduan. Maklumat lanjut dan spesifikasi lengkap akan dikemukakan pada 30hb. September 2010 di Paris Motor Show.












bagi keluarga besar, kereta2 mcm ni tak berapa diminati, model2 mpv mgkn menjadi pilihan…model ni berapa tempat duduk? model toyota estima tak ade ulasan ke?
Betul tu, Ti pun nak baca ulasan Estima n Alphard. Harap permintaan ini dipenuhi oleh Evo.
chomel model ni tapi konfem x akan masuk Malayisa…