Beberapa keping lagi foto terbaru model Proton Waja Replacement telah berjaya diambil oleh seorang pembaca blog Paultan iaitu Fahmil. Terima kasih kepada saudara Fahmil dan blog Paultan kerana sudi menyiarkan foto ekslusif itu. Kali ini Proton Waja Lancer dikesan sedang berada di Pulau Pinang. Tidak pasti pula atas urusan apa model rahsia tersebut berada di sana dan bagaimana saudara Fahmil dapat berjumpa dengan model itu, atau mungkin secara kebetulan. Berdasarkan foto-foto tersebut, tidak syak lagi yang model Waja baru adalah sebuah model dari Mitsubishi Lancer. Untuk melihat lebih banyak foto, sila layari blog Paultan.
Adakah Proton Waja Replacement @ Waja Lancer akan laris di pasaran?
Persoalannya kini ialah adakah model tersebut akan laris di pasaran setelah dilancarkan nanti. Salah satu faktor yang dilihat akan melariskan model tersebut ialah disebabkan rekabentuknya memang menarik dan mempunyai ruang penumpang yang luas dan selesa, termasuk ruang kargo (bonet) yang luas. Hasil pemerhatian, Mitsubishi Lancer lebih besar dan lebar berbanding Proton Waja sebelumnya. Dengan mengambil kira minat rakyat Malaysia terhadap kereta buatan Mitsubishi, kita boleh menjangkakan yang model itu akan laris sama seperti model lagenda terlaris dari Proton iaitu Proton Wira.
Bagi peminat-peminat dunia permotoran pula, sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki sebuah Lancer walaupun sekadar model rebadge kerana seperti diketahui umum, model Lancer yang direbadge itu ialah sebuah model yang sama platform dan bodynya dengan model Mitsubishi Evolution. Mengikut pengalaman yang lepas-lepas, Waja Lancer bakal menjadi mangsa modifikasi ekstrem dan bakal dilahirkan semula sebagai Evo 10. Proton Waja pun dah banyak yang terkena sumpahan sebuah Evo 10, ini kan pula Waja Lancer.
Bakal pembeli kereta sedan bersaiz besar seperti Waja Lancer juga sudah pasti akan menilai terlebih dahulu kuasa enjin model terbaru itu. Saiz enjin Mitsubishi Lancer ketika ini berkapasiti 2.0 liter dan kuasa yang dihamburkan ialah sebanyak 153bhp dan 199Nm tork, rakyat Malaysia pasti akan berpuas hati. Namun belum dapat dipastikan sama ada Waja Lancer masih menggunakan enjin 2.0 liter MIVEC. Proton sudah tentu mencari jalan untuk mengurangkan kos dan enjin berkapasiti 1.8 liter adalah pilihan terbaik. Diharapkan Proton tidak akan mengulangi kesilapan lepas apabila menyumbat enjin 1.6 liter ke dalam sebuah Waja yang mempunyai saiz dan berat yang tidak sepadan dengan kuasa enjin.
Paling penting dan bakal menjadi faktor utama sama ada Waja baru nanti akan laris atau pun tidak ialah faktor harga. Berapakah harga yang bakal ditawarkan oleh Proton? Mustahil Proton akan meletakkan tangga harga bagi sebuah Lancer yang direbadge semula di bawah RM60K. Harga yang munasabah pagi sebuah Proton Waja Lancer ialah dalam lingkungan RM70k sehingga RM80k. Tetapi masih ada masalahnya iaitu harga tersebut telah mencapai ke tahap premium dan kebanyakan rakyat Malaysia hanya mampu membeli sebuah kereta baru yang berharga di bawah RM70k. Cuba lihat jualan model Waja CPS yang bergerak perlahan.
Kesimpulannya, Proton Waja baru nanti pasti akan meningkatkan kembali momentum jualan kenderaan Proton. Proton Waja baru diramalkan akan memberi saingan sengit kepada model Toyota Vios, Honda City, Kia Forte dan tidak terkecuali model Toyota Corolla, Honda Civic dan Nissan Sylphy.















Can you tell me who did your layout? I’ve been looking for one kind of like yours. Thank you.
I just found it on the internet, it’s very hard to find one like this, maybe u shoud try searching it..
Saya percaya jika inilah produk yang ingin dijual oleh proton, saya percaya ianya mampu dijual.
Kemungkinan model basic akan jadi pilihan untuk kaki modi.
Ada yang kata Lancer sebenarnya adalah model pengganti Perdana V6, betul atau tidak tak penting sebab dah ramai yang tak sabar2 nak modified waja lancer.
la, juara pun bole dijual, nikan pulak lance aka wancer nih…
harap proton belajar dr kesilapan lalu..
Proton sudah bekerjasama kembali dengan Mitsubishi, harap2 model rebadge adalah model yang terbaik, jangan diulangi lagi kesilapan model Proton Juara dan Tiara.
juara juga adalah dr mitsubishi townbox..manakala tiara tu proton terpaksa amek walopon mulanya proton xnak..
tu bkn keta bro…peti sejuk bergerak
Proton kah ini ? Curi org punya design . seperti pepatah Inggeris ” copy cat ” , tada kreatif sendiri keh . Nak jadi Mitsubishi lancer terus beli lancer lah. Adakah Proton ada designer , macamnya x pun . pandai curi design org lain saja . Tak guna betul .
Betul, itu adalah model terbaru Proton Waja, rebadge dari Mitsubishi Lancer. Sama seperti Proton Saga dan Wira dulu, rebadge dari Mitsubishi juga.
…it’s not copy cat ar bro, refer ar JV proton-mitsu. nanti bila mitsu plak buat model guna platform exora n persona utk low segment diorang tentu ko akan cakap plak; ” Waaah… so brilliant idea!” ..pperrghh
kepada yg kurang tau bab2 kete ni silalah jgn komen sebarangan yer..ini adalah JV je..rebadge lancer..mitsu dpt exora n persona..so what?masing2 dpt kepentingan lor..mcm kata bro fauzan,tunggula exora n persona versi mitsu keluar,,apa korg sume akan kata…
Betul ke Mitsubishi akan rebadge Exora dan Persona sedangkan mereka dah ada banyak model sendiri. Mitsubishi tak perlu rebadge kereta Proton, sama seperti Kia, mereka tak akan rugi apa2 bila Naza rebadge setiap model yang mereka keluarkan, hakikatnya sama ada Proton atau Mitsubishi yang jual Waja Lancer/Lancer, keuntungan tetap masuk ke dalam poket yang sama.
mmm… jv mitsu-proton, mitsu dapat plaform exora n persona. Bila diorang nak guna platform tu lantak diorang ar. Ramai yg x faham rasanya. diorang dapat platform tu. Mitsu x pakar dlm menghasilkan low cost segment, sebab tu diog amik platform exora n pesona utk study cam ne proton dpt lakukan. Kalau ikutkan buat pe nak amik platform exora sedangkan diorg dah ada plaform grandis? Sbbnya grandis tu RnD nyer sgt tinggi sebab tu harganya pun tinggi. Diorg nak gak penetrate pasaran2 low cost segment utk market asean n negara3 dunia ke 3 gak. Ko ingat ramai ker org akan beli grandis kat negara dunia ke 3 nie?
cheers!
sokong2.. pe pye proton dah xde idea lain ke…bt lawak je…
waja rebadge lancer nie adalah strategi berpilih proton. Tentu ar diorang dah buat market study. Statistik jualan waja dari tahun 2000 dlm segmen mid sedan adalh bukan dlm lingkungan pembeli yg popular (faktor harga). So, ini adalah niche market bagi proton. Sbb tu diorang rebadge jer bagi model gantian waja nie. Model baru nie pun akan menamatkan legasi waja kerana ia akan diberi nama baru. Kenapa? Mgkin proton nk naiktarafkan segment model gantian nie, ye lah dulu waja 1.6 (dah sama level dgn C segment) sekarang proton dah ada teknologi enjin 1.8 hasil JV dgn mitsu.
Proton x harap sangat pun kat jualan model nie kerana sasaran pasaran mererka lebih kat B, C segment, tapi sekiranya sambutan menggalakkan n sungguh luar biasa, projek nie akan dikembangkan dan lagi pun platform lancer tu dah jadi hak proton . Diorang bleh kembangkan model baru dari platform nie utk masa depan. Mitsu pun dah x kisah dah. sebabb diorang pun dah ada platform baru pengganti lancer nyer.:)
cheers!
Saya tertanya-tanya dimana kewajarannya Lancer boleh direbadge oleh Proton sedangkan Mitsubishi masih menjual Lancer 2.0 GT dan terkini Lancer EX baru saja dilancarkan. Apa akan jadi kepada pemilik Lancer selepas ini, sure harga terpakai sebuah Lancer akan jatuh dengan teruk.
hehe… lancer EX tu adalah jualan penghabisan stok lancer.
Lepas nie diorang akan kuarkan model baru fresh design my mitsubishi. Lagi pun model nie niche market bagi mitsu di M’sia. Model nie more fokus kat europe dll.
cheers!
yes..lancer pon akan stop production da nnt..sgn model baru..lgpon bape kerat je lancer yg ada kt msia ni..baik mitsu bg proton then pasarkan dgn harga mampu milik..diorg pon dpt gak sket tu mlalui JV tu
ehehe… betul! betul! betul!
Mitsubishi memang cerdik, mereka tak dapat menjual Lancer setanding dengan model saingan mereka, jadi mereka membenarkan Proton rebadge sahaja Lancer. Dengan cara ini kedua-dua pihak akan mendapat keuntungan sama rata. Cuma imej Proton sebagai syarikat automotif yang membuat kereta sendiri telah jatuh. Proton sepatutnya hanya menggunakan platform lancer dan membina sebuah kereta yang baru. Honda Jazz dan City menggunakan platform yang sama tetapi cuba lihat, adakah kedua-dua kereta itu menjadi model yang sama? Projek rebadge kenderaan syarikat lain hanya layak dilakukan oleh Naza sahaja, bukannya Proton.
Bro, Naza tu company franchais, tukar2 logo jer. Imej n reputasi proton x jatuh ar hanya dengan “rebadge” model lancer nie. Info yg saya tahu, setelah proton dapat platform lancer nie, modifikasi kat platform nie dlm 20% jer… sepatutnya istilah “rebadge’ tu pun x tepat. Sbb proton dapat teknologinya sekali. Lain la kes produa, dapat model passo, pasng balik dan tukar bumper n logo, peroua x dpt pun teknologi tapi dapat ar kemahiran menukar bumper tu. Yg nie baru ar rebadge namanya.
Seperti yg saya cakap sebelum nie, model nie adalah nichie market utk proton. So, kos RnDnya x besar dan pelaburan budget besar disalurkan utk RnD kat projek yg lebih memberi impak tinggi kat segment B, C MPV dan model sub-compact EMAS yg bakal keluar nanti. Smart strategy kn?
my 2 cents.
cheers!
Harap2 inilah projek terakhir Proton yang mengguna pakai kereta keluaran syarikat lain, sayang sangat kalau kemampuan Proton membina model kereta sendiri berakhir. Saya masih menantikan Persona baru, Gen2 baru, Proton Emas dan SUV yang bakal dibina sendiri oleh Proton berdasarkan maklumat dalaman.
mmm… perdana R pun akan guna platform company lain.
cheers!
mmm… nie ar spekulasi model gantian lancer 2012 tu…
http://www.wheelosphere.org/speculation-all-new-mitsubishi-lancer/
Harap 2 betul ar:)
cheers!
Hehehe, itu Indian punya photoshop rasanya, yang nyata model gantian Lancer memang ada dalam perancangan Mitsubishi, nantikan kereta Lancer konsep mereka dalam international motorshow nanti..
mmm nie plak model concept hybrid lancer ;
http://www.zimbio.com/Mitsubishi+Lancer+Evolution/articles/J_YOQcFh7G8/2011+Mitsubishi+Lancer+Evolution+XI+Hybrid
nie plak gambar2 Mitsubishi Lancer EVO Concept X, sgt cantik kn? Sbb tu diorang x kisah nak bagi platform yg sedia ad kat proton tu, sebb diorang ad platform baru yg lebih menawan:) ;
http://www.dieselstation.com/Mitsubishi/Lancer%20EVO%20Concept%20X/Mitsubishi-Concept-X-wallpaper-ds001-i378.html
http://www.dieselstation.com/Mitsubishi/Lancer%20EVO%20Concept%20X/Mitsubishi-Concept-X-wallpaper-ds002-i378.html
http://www.dieselstation.com/Mitsubishi/Lancer%20EVO%20Concept%20X/Mitsubishi-Concept-X-wallpaper-ds004-i378.html
http://www.dieselstation.com/Mitsubishi/Lancer%20EVO%20Concept%20X/Mitsubishi-Concept-X-wallpaper-ds005-i378.html
cheers!
Thanks fauzan, boleh tahan evo concept X.
woii!! korang. baca la banyak car mag sebelum wat komen bodoh tu..mana ada car company kat dunia ni yang x JV..baik dari sharing platform / design. Nissan pun copycat Renault. Seat pun copycat Audi.EVEN RollRoyce pun pakai platform BMW 7 SERIES. kulit je lain.itu semua kerana kos. org bijak meniaga will do that. xyah lah nak patriotik sebarangan. be realistik la. setau aku mercedes je yang x share platform ngan mana2 massproduce car maker. buat kereta bukan setakat nak julang jalur gemilang jerit 1 malaysia je. Tuan Syed kat proton tu dah dah buat yang terbaik setakat ini..syabas Tuan Syed!
byk bermasalh keta proton ni bli mahl jual xde harga kna byk lagi kt bank…lebik2 lagi waja…aduh hai proton bila nk maju ni…ni lak nk bergabung dgn perodua…dah hbis modal le tiru copy keta mat saleh.bt lawk je…org putih pn tergelak ….aku nasihatkan bli keta honda ke toyota,mazda ke jual pn xjatuh harga ye..berbaloi2./hahhahahah
isshhh…cucu tok kadok nie, x baik cakap org lain bodoh. org lain pun bleh menilai kita begitu kn?…
cheers!
Cucu Tok Kadok terlebih emosional tu, tak tahan bila orang kutuk2 Proton..nampaknya Cucu Tok Kadok penyokong Proton No. 1, hehehe…
mr.fauzan. orang bodoh dengan komen bodoh 2 perkara berbeza. x semua org cerdik bg komen cerdik. begitu la sebaliknya..bukan apa. ada sesetengah tu asal nampak logo protonje macam komen negetif. be realistik la.. cam mr. fauzan. bg komen berbentuk analisis. apa salahnye cam tu?.at least mengerak minda orang.. mr. Evo.. i ni bukan proton hardcore fan pun..tapi x tahan la bila org bg komen yang tak tau ujung pangkal cam #4 I’m better than best : tu…hehee
ok ok..cool… faham..
teruskan dgn diskusi2 yg sihat:)
cheers!
Semua komen dialu-alukan, masing-masing ada pendapat yang tersendiri, mungkin tak sehaluan dengan pendapat kita, tapi sekurang-kurangnya kita dapat melihat sesuatu isu itu dari perspektif yang berbeza. Saya harap semua dapat teruskan komen2 dan diskusi yang bernas dan sihat..:)
kambing gle ket == pakai la body rekaan sendiri kenapa nk copy dari yang berjenama? zzz
Saya rasa tak ada salahnya kalau dusumbat Campro CPS sebab Hp dia 125 hampir sama dgn CC 1.8 Lagi pun boleh jual lagi murah. kalau nak 1.8 boleh beli juga, harga mahal sikitlah.
win-win situation (proton-mitsu)..
sokong 100%!
go go malaysia!!!
mmg xlawa bt lawak je….org putih pn gelak kan…proton2…mana nk maju copy org pye keta..aduh hai…
haha..mgkin la kot mat saleh pun gelak bila ford-mazda, peugeot-mitsu pakat buat rebadge model kereta sama…. perrrggh.
x salah pn nk rebadge… tp proton masih kurang lg identitinya berbanding dgn mitsu yg sudah mantap RnDnya. dah 25 thn tpi bape banyak model hasil idea sndiri? kita x nak la proton ni terkenal identitinya krn mghasilkan kereta2 rebadge je wlaupn ianya JV.
Kepada sesiapa yg perasan, model2 proton masakini beridentitikan semangat juang harimau. 25 tahun bagi industri automobil adalah satu usia yg masih muda. Toyota 75 tahun dah, kia/hyundai pula 46 tahun dlm industri. Sekurang2nya dlm tempoh 25 tahun proton dah boleh buat model keretanya sendiri bermula waja, gen2, persona, saga, exora dll. dan membangunkan enjin nya sendiri dengan kerjasama anak syarikatnya lotus. They don’t build cars but also knowledge n technology
Dan saya rasa komen ko nie paling cantik kalau ditujukan kat perodua, dah 15 tahun dlm industri tapi masih tiada usaha utk membangunkan model sendiri (totally rebadge from daihatsu/toyota)
cheers!
sokong la bro fauzan….
tak kesahla dia rebadge ke, sebijik ke, ikut kualiti, perodua lg ok. by d way, kalu dia dah wat rebadging je, knape bg title perodua gak?
Fresh graduate malaysia semenjal 20 tahun lepas, average salary sama saja, say RM2000/-; bayar loan kereta model terbaru Proton+Mitsubishi yg berharga RM 70,000/- sebanyak RM800/- sebulan; dah represent 40% dari basic salarynya…..kasihan mereka ini; mana lagi balance nak beli rumah, nak makan,nak kasi mak bapa…huhuauhuauaa……kereta ni kat middle east jual lebih kurang RM15,000/- aje…kalau nak jimat lagi lagi kenalah beli kereta Proton Saga atau Myvy; masalah dengan Saga ni dan Myvy; ciri keselamatannya 3rd class; tetapi disogokkan kepada rakyat untuk menjaga kepentingan perniagaan Proton dan Perodua pada harga yg relatifnya mahal….ada pros and cond. dalam perkara ini….sekurangnya ramai orang peribumi boleh menjadi eksekutif dalam 2 syarikat ini jika dibandingkan dengan jumlah mereka yg kecil di Tan Chong atau Kah Motor suatu ketika dulu….
Semenjak Proton ditubuhkan, harga kereta telah naik mencanak2…..rakyat Malaysia membayar harga yg tinggi dengan memasuki industri automotif; untuk melindungi perniagaan Proton, kereta2 import dikenakan cukai yg tinggi oleh kerajaan….mereka juga terpaksa membayar lebih untuk memiliki kenderaan buatan tempatan walaupun ada sesetengahnya adalah “rebadge”….wang lebihan membayar hutang kenderaan itu sepatutnya digunakan untuk menikmati kualiti hidup yg lebih baik….suatu ketika pekerja2 Proton menikmati bonus 12 bulan….ironisnya mereka pernah di “bail out” oleh Petronas sewaktu kegawatan ekonomi dan pekreja2 Petronas tidak mendapat sesen pun bonus pun pada ketika itu walaupun membayar lebih RM40 billion cukai kepada kerajaan Malaysia….dan menyelamatkan Proton…..
hebat info awak anonymous…..
fauzan kalau bab politik dlm proton mesti dah lama sedar tapi saja buat tak tau….karang org tak beli proton takda bonus lak depa…
mmm… saya bukan org politik n x suka membicarakan politik dlm bab2 topik perbincangan di sini. Dan suka saya bagitau saya juga bukan org proton. Jauh dari bidang saya pun. Cuma ada org suka melebalkan begitu supaya sentiasa berpersepsi bahawa apa jua statment saya selepas nie cuma nak menegakkan proton sama ada betul atau salah.
Sungguh mudah utk saya mengenali org mcm nie.
cheers!
Anonymous memang hebat dalam membuat komentar dan ulasan serta komen balas, malangnya masih belum menggunakan nama pena. Harap Mr Anonymous dapat menggunakan nama lain, terlalu ramai anonymous yang membuat komen, susah nak kenal yang mana satu buat komen.
mmm… dia mgkin hebat. Tapi org hebat sepertinya perlu la lebih bertanggungjawab terhadap komentar2nya yg berbentuk andaiannya itu supaya tidak berselindung dgn nama ‘anonymous’ lagi. X sukar kan nk tukar ‘anonymous’ tu?
cheers!
tak mengapa kita mmg perlukan org seperti ononymous kadang2 ada perkara yg mungkin saudara lebih tau dr org proton sendiri….sama2 kita boleh kongsi info tsebut utk kesedaran kebaikan proton bsama…
saya harap tuan syed n the group yg selalu follow blog ni akan take note. mereka ni semuanya silent reader….:)
hehe… xde hal la org mcm anonymous nie, komentarnya dialu-alukan. Saya percaya kesudahan niatnya utk melihat company tempatan nie lebih maju dan berdaya saing lagi di arena antarabangsa, bukan utk provok org lain, melekeh dan merendah2kan keupayaan anak tempatan:)
cheers!
ya….biarla komen tu jgn tlalu mgikut perasaan dan emosi tanpa unsur mbina….proton akan terus berusaha utk yg tbaik, tapi komen yg ada unsur2 politik dalaman itu mungkin di luar kawalan kami sbg pekerja biasa proton….
Ada yg komen tapi tak berilmu…
ak sokong 100%. pemikiran orang muda mmg suka design mcm evo. so bila harga turun( sbb proton amek), mesti ramai org muda2 ni beli.so barang jadi laris.stuju x?malaysia byk menang.untung byk.caye ah.
untuk pertanyaan dan booking proton inspira,boleh menghubungi arifi di talian 019-220 1375
rebadge ke ape kitorang tak kisah….asal enjin model EVO ni memang bagus…dah diuji dalam rally…mantap, apa nak lagi….simpan duit dan beli…saya pun teringin sangat kereta macam ni!
betul ke anonymous kata harga kat Middle East RM15000? saya tengok kat UAE model 2.0 USD16800=RM65000 lebih kurang….errr murah hampir RM25000….orang Malaysia lebih kaya ke? Mungkin kaya hutang…