Subaru Impreza WRX STI tidak perlu diperkenalkan lagi. Salah satu model tersebut keluaran versi 10 pernah menjadi bintang utama dalam filem Fast and Furious 4. Namun ramai peminat Subaru yang kecewa kerana itu adalah kali pertama model Impreza yang dibina berbentuk hatchback dan kritikan terhadap Subaru selepas itu datang bertali arus. Walaupun Impreza versi 10 berbentuk hatchback, ianya tetap sebuah jentera yang berkuasa tinggi terutamanya apabila ditala oleh STI.

Subaru akhirnya mendengar segala kritikan dan permintaan peminatnya di seluruh dunia. Untuk model seterusnya yang dipanggil Subaru Impreza WRX 2011, Subaru tampil dengan model terbaru bukan saja dengan versi sedan 4 pintu, tetapi bersama-sama model kembar iaitu hatchback 5 pintu seperti model sebelumnya. Sekarang peminat-peminat Subaru boleh menerima model terkini Impreza 2011 kerana mereka mempunyai dua pilihan iaitu sedan dan hatchback. Bagi model untuk pasaran US, kuasa enjin turbo boxer  ialah sebanyak 305bhp dan pasangannya ialah gear manual enam kelajuan. Menarik atau tidak Subaru Impreza WRX STI 2011 versi sedan 4 pintu, anda boleh nilaikan sendiri melalui foto-foto yang dipaparkan.

Picture credit to Conceptcarz

Tajuk post berkaitan :