1 September 2010 – Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) baru saja mengumumkan kedatangan model terbaru mereka yang dijangka akan dilancarkan pada suku ke empat 2010 iaitu Mitsubishi ASX. Model kompak berasaskan SUV yang dikenali sebagai Mitsubishi RVR untuk pasaran Jepun itu telah dilancarkan di sana pada Februari 2010. Bagi pasaran Amerika Utara dan lain-lain ianya dikenali sebagai Outlander Sport. Menurut pihak MMC, model ASX mendapat sambutan yang memberangsangkan di setiap pasaran utama di seluruh dunia di samping mendapat ulasan yang baik dari majalah permotoran antarabangsa seperti Road & Track (Amerika) dan Autocar (UK).
Dikenali dengan panggilan ‘Active Smart X-over’ atau crossover, Mitsubishi ASX dikatakan sebuah model yang lebih besar sedikit dari sebuah kereta sedan tetapi lebih kompak dari sebuah SUV. Ciri-ciri pemanduan juga lebih mirip ke arah keselesaan sebuah sedan, memberikan kelebihan di antara kedua-duanya. Kunci kepada ASX ialah ‘saiz pintar’ (smart size) yang menunjukkan bahawa model ini sesuai untuk semua dan tidak terlalu berlebihan. Prestasi ASX dan kualiti binaannya berada pada tahap terbaik seperti apa yang diperjelaskan oleh pihak Mitsubishi. ASX juga dikatakan mempunyai ciri-ciri penjimatan minyak di mana ianya bertepatan sekali dengan saiznya yang kompak dan ringan.
Model ASX yang akan dilancarkan nanti diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun. Ianya dikuasakan enjin 4B11 2.0 liter MIVEC dengan kuasa kuda 150ps dan 197Nm tork, agak berkurangan dari model Lancer yang menggunakan enjin sama. Model yang akan dilancarkan nanti mungkin hadir dengan talaan semula untuk lebih kuasa, sesuatu yang diharapkan dari bakal pembeli. MMM menjelaskan bahawa mereka berusaha keras untuk membawa masuk model ASX ke Malaysia dan akan menjadikan pasaran Malaysia mempunyai lebih banyak pilihan kenderaan dari Mitsubishi. Sasaran MMM berkenaan ASX ialah model ini akan diterima ramai.
Berikut ialah kenyataan dari Tetsuya Oda, CEO MMM berkenaan model ASX :
“The ASX, Mitsubishi Motors’ latest global model, has been very well accepted in the major markets it has been launched in, among motoring experts and customers alike. We’ve been working hard to bring this model to Malaysia, and I’m happy to announce that the ASX will arrive soon,” revealed Tetsuya Oda, CEO of Mitsubishi Motors Malaysia.
“One of Mitsubishi Motors Malaysia’s main targets is to provide Malaysians with a wide range of cars, and I’m confident that the trendy and stylish ASX will be well received by the discerning Malaysian market,” he added.
Spesifikasi lengkap dan harga sebenar akan didedahkan selepas model ini dilancarkan secara rasmi. Sebelum itu lihat dulu foto model ASX yang bakal dijual di sini.













hi. thanks for the info. btw, i plan nak beli asx next month. i dah test drive last month but sangat risau tentang penggunaan minyaknya. becoz i berulang alik ke tempat kerja around 100km per day. so i need your opinion about this. thanks so much
Wow, ASX memang best, tahniah atas pilihan yang tepat. Bagi saya kereta baru dengan teknologi baru seperti ASX tak perlu risau pasal minyak, sebab kebanyakan syarikat automotif dan ambil berat bab penggunaan minyak memandangkan harga minyak dunia yang tak menentu.
Kalau Zatiel selalu baca post saya pasal kereta model terbaru tentu perasan semua syarikat automotif menekankan tentang model mereka menjimatkan minyak. Jadi berkenaan ASX, tak perlu risau, penggunaan minyaknya saya pasti dalam kategori jimat.
ok thank you