Sejak kebelakangan ini isu berkenaan model kereta terbaru dari Proton memang panas. Semuanya gara-gara bocornya beberapa keping foto spyshot yang dikatakan model kereta terbaru daripada Proton iaitu pengganti Proton Waja. Sebelum ini memang sudah ada ura-ura tentang model pengganti Waja yang dikatakan bakal dibina berdasarkan model daripada Mitsubishi Lancer GT dan Lancer EX yang ketika ini sedang dijual di pasaran tempatan. Namun berita itu kurang diperkatakan kerana kekurangan bukti kukuh dan tiada sebarang pentunjuk yang jelas akan kebenarannya. Walau pun begitu beberapa kritikan pedas telah dilemparkan terhadap Proton oleh banyak pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan Proton jika benar Proton kembali melangkah ke belakang dengan melakukan projek rebadge sama seperti Perodua dan Naza.
Antara alasan yang digunakan oleh mereka ialah Proton telah berjaya membina kereta mereka sendiri sebelum ini dan untuk apa Proton kembali kepada produksi asas seperti pada tahun 80an dan awal 90an dulu. Bagi mereka Proton sepatutnya terus membina kereta baru hasil usaha mereka sendiri dan projek rebadge tidak akan membawa Proton ke mana-mana. Ada yang mempersoalkan kredibiliti Proton untuk terus bersaing dengan syarikat automotif lain apabila membuat keputusan untuk melancarkan Waja berdasarkan projek rebadge. Berbanding dengan kumpulan yang menentang, mereka yang menyokong Proton pula tampil membela Proton dan memberikan pelbagai kenyataan dan alasan berkenaan kewajaran Proton membina kereta baru dengan menggunakan platform kereta dari syarikat lain.
Foto spyshot pertama yang dikatakan bukti kukuh tentang model Waja Lancer diperolehi di Lapangan Terbang KLIA yang menunjukkan dua buah kereta yang dikatakan sebagai Waja baru berwarna hitam dan putih. Kedua-dua buah kereta itu dengan jelas menunjukkan bahawa itu adalah model daripada kereta Mitsubishi Lancer walaupun di bahagian bumper depan dan belakang, termasuk di beberapa bahagian lain ditutupi dengan cover berwarna hitam. Foto tersebut juga dengan jelas menunjukkan bahagian dalaman kedua-dua buah kereta itu dan sememangnya terdapat banyak perbezaan berbanding model Lancer asal yang sedang dijual oleh Mitsubishi. Salah satu nombor siri di bahagian enjin yang ditunjukkan juga didapati tertulis perkataan Proton dan dikatakan itu adalah bukti paling jelas tentang kewujudan model Waja Lancer.
Kemudiannya pada 2/8/2010, blog permotoran terkemuka tanah air iaitu Paultan telah memaparkan beberapa keping foto spyshot terbaru Proton Waja Lancer yang berjaya ditangkap di Pulau Pinang. Foto-foto tersebut lebih jelas dan mempunyai resolusi tinggi yang sekaligus mengesahkan bahawa memang benar akan kewujudan model Waja terbaru yang dibina berdasarkan model Lancer. Secara tiba-tiba isu tersebut menjadi panas dan blog Paultan terus menjadi hit pada hari tersebut. Hanya dalam masa tiga hari saja post berkenaan foto-foto Waja Lancer itu menerima jumlah komen melebihi 800 komen. Semua komen-komen yang diberikan bersifat pro dan kontra antara golongan yang menyokong Proton dan golongan yang memperlekehkan tindakan Proton itu.
Isu tersebut juga mendapat perhatian Buletin Utama TV3 pada malam itu namun pihak pengurusan Proton tidak memberikan petunjuk jelas tentang foto-foto tersebut dan mereka hanya mengatakan model terbaru mereka akan dilancarkan pada penghujung tahun 2010 ini. Ramai yang masih tertanya-tanya akan kebenaran foto spyshot tersebut namun masih berharap yang itu adalah model sebenar Waja baru. Walaupun Proton terus dikritik hebat, hakikatnya ramai rakyat Malaysia yang seakan-akan tidak sabar menantikan model tersebut dilancarkan. Ramai yang menaruh harapan agar model tersebut dapat dijual dengan harga yang kompetetif dan mampu bersaing dengan kereta keluaran syarikat lain.
Nampaknya Proton perlu melancarkan segera model terbaru mereka itu tidak kira sama ada ianya sebuah Waja rebadge ataupun tidak. Suka atau benci, jika model kereta terbaru itu menarik dan dijual dengan harga yang kompetetif, kita boleh melihat volume jualan kenderaan Proton akan kembali meningkat. Proton mungkin sudah belajar dari kesilapan lampau apabila mereka mengeluarkan model yang menelan kos pelaburan tinggi seperti Waja, Gen2 dan Savvy yang boleh diistilahkan gagal dan tidak balik modal. Jadi apa salahnya Proton mengeluarkan sebuah model rebadge asalkan boleh dijual dalam jumlah yang banyak.
Adakah selepas ini Proton akan mengambil peduli terhadap projek terbaru mereka membina sebuah kereta baru bermula dari scratch? Jika projek rebadge berjaya, Proton sudah boleh melupakan hasrat untuk membina dan mengeluarkan model Proton Emas. Proton menjual kereta kepada negara luar dengan harga yang murah berbanding di Malaysia dan Proton boleh melakukannya. Seharusnya Proton terus melancarkan model rebadge kerana kos yang dilaburkan adalah rendah dan kebarangkalian keuntungan yang bakal diperolehi adalah tinggi. Proton tidak perlu peduli terhadap semua kritikan yang dilemparkan, lancarkan sahaja Waja Lancer dengan harga melebihi RM80k dan lihat berapa volume jualannya, rakyat Malaysia pasti akan membelinya demi semangat patriotik. Kemudian jangan lupa untuk menjual Waja Lancer itu di Arab Saudi, Mesir dan Australia dengan harga di bawah RM40k. Proton telah berusia 25 tahun dan sememangnya Proton memang pakar dalam bisnes mereka.
Link berkaitan :-
1. Eksklusif : Spyshot pertama Proton Waja Replacement @ Waja Lancer
2. Lagi spyshot Proton Waja baru – kali ini di Pulau Pinang
Sumber foto : Paultan












Adakah Proton mengeluarkan kereta mengikut kehendak rakyat? Atau hanya mengikut ‘taste’ sendiri sahaja?
Terlalu banyak politiking dalam Proton, kadang-kadang Proton terpaksa menjaga vendor atau pembekal mereka. Siapa vendor Proton? Barang tak berkualiti pun Proton terpaksa ambil kerana vendor ada kuasa, kalau syarikat lain dah tentu vendor yang membekalkan barang tidak berkualiti dihentikan kontraknya.
Ada model yang Proton keluarkan sebab syok sendiri, atas alasan rakyat Malaysia akan membeli apa saja yang Proton jual. Dulu mungkin boleh, tapi sekarang rakyat Malaysia bijak2 belaka.
mmm…waduhh.. sungguh cynical artikal nie dikeluarkan. Sy bukan ar die hard fan proton, tapi suka memberi info n pandangan yg bagi sy wajar dikongsi n difahami:)
Bagi saya, mereka yg berpandangan proton bergerak ke belakang dgn model rebadge nie adalah mgkin kerana mereka nie x tahu akan perancangan jgka panjang dan plan menyeluruh proton terhadap line up model2 baru proton selepas itu. Atau mmg dgn niat utk melekeh2 kan kemampuan proton n mengapi-apikan mereka yg tak tau apa2 utk sama2 anti kat proton dan segala usaha perancangannya. (nie termasuk ar salesman company pesaing)
Pasal foto2 spyshot kat KLIA n penang tu, pihak proton pun x mengesahkan model itu sebagai waja baru dgn final design. Just spekulasi saje. Mgkin model2 spyshot tu yg kita lihat tu adalah model mule yg kita x tau. Cuma apa yg pasti modikifasi model rebadge lancer nie dlm 20% jer, utk niche market proton. Sama jer situasinya masa exora mggunakan toyota wish sebagi mule. Cepat jer majoriti berpersepsi -ve. cuma beza mule nya wish tu sebagai bencmark sedangkan lancer tu modifikasi platform a.k.a rebadge.
Apa2 pun sekiranya volume sales proton dilandasan yg betul dan mendapat sambutan model2 yg sedang dlm pasaran nie, Kewangan syarikat kukuh dan peruntukan RnD yg ada. X mustahil diorg bleh buat sendiri kereta2 diorg tu. Apa yg diorg perlukan tika nie adalah support drp rakyat m’sia.
cheers!
Rakyat Malaysia akan support Proton jika produk yang dikeluarkan berkualiti dan harga berpatutan, contohnya Persona yang tengah laris sekarang ni. Saga juga laris disebabkan harga jualan yang murah, kalau tengok pada kualiti saga memang fail.
Saya percaya Proton Waja Lancer akan laris kerana model tersebut memang cantik, ruang penumpang dan bagasi yang luas, teknologi pun ok. Cuma harap-harap enjin juga berkuasa dan lebih elok kalau enjin 2.0 pada lancer sekarang dikekalkan. Harga juga perlu logik dan mampu dibeli oleh rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia juga percayakan kualiti kenderaan Mitsubishi, jadi Proton tidak perlu bimbang penerimaan pembeli. Biar pun sekadar waja rebadge, rakyat Malaysia tetap akan beli jika menepati citarasa mereka.
mmm… sy plak rasa waja R nie x la laris seperti model saga n persona, tapi menepati jangkaan target jualan proton n menguasai pasaran mid-sedan di m’sia pun sudah memadai.
Saga bukan sahaja murah, tapi lebih praktikal bagi mereka yg mementingkan ciri sedan yg murah pada segmen B, luas dan tempat simpanan barng yg besar, Sesuai utk keluarga sederhana atau sebagai kereta kedua. Sama gak mcm mana Myvi dulu antara model terlaris. Cuma org mula sedar kereta yg ideal mesti ada tempat barng yg luas. Kualitinya tidak la seteruk mana bersesuaian ar dgn harganya.
cheers!
kenapa kereta Malaysia ke luar negara harganya sungguh murah??
Sebabnya itu adalah strategi pemasaran dari Proton, kononnya untuk memperkenalkan produk buatan Malaysia. Biar rugi tak apa asalkan orang kenal, lebih kurang macam promosi la, tapi yang rugi rakyat sendiri, yang untung rakyat negara luar. Proton memang bijak memasarkan produk mereka.
Salah tu awang…
guano mung ni, pepandai je petik sbb tu.
Sebabnye, ialah, kereta Proton juga kena bayar cukai kerajaan Malaysia, 20%. Sebab tu lo.
Lu igt honda toyota bmw je kena tax? Gomen malaysia tax kereta Proton, perodua n naza juga tau bai..
Pas ni, lu jgn petik2 ikut suka hati. Mg marah gua lu ckp fitnah kat proton.
Kurang faham dengan komen mat-e69, rasanya dah lari dari topik asal.
rsanya mat nak cakap yg kereta proton nie kat m’sia mahal sebab kena tax.tapi betulkerr???? negara2 lain tak kenakan tax utk kereta proton jadi murah kat luar??? atau tax negara kita adalah yg tertinggi di dunia?
Negara kita mengenakan tax yang amat tinggi, sebab tu semua kereta berharga mahal.
Negara pengeluar kereta (seperti Malaysia) biasanya akan kenakan tax yg tinggi kat mana2 kereta import berbanding negara pemasang kereta (asembler) atau negara penerima kereta import.
cheer!
ceh.. sembang nak bagi semua rakyat malaysia memiliki kreta… tapi bagi tax tinggi gak…
lagipon hampa semua ni bangang! nak sgt subsidi minyak la hapa la kan da kena tax tinggi!!
Siapa yang proton-mahal maksudkan sebagai bangang? Adakah pembeli kereta proton atau rakyat yang memilih kerajaan yang mengenakan cukai kenderaan tinggi?
Apa kena mengena subsidi minyak dengan tax kenderaan yang tinggi? Kalau harga minyak murah tax kenderaan tinggi ke? Atau harga minyak mahal tax kenderaan jadi rendah? Sungguh tak faham.
Salam.
Aku dgn proton ni dah give up dah. Mula2 dulu aku pakai Iswara..ok..tak bnyk hal. Then lepas 5 tahun aku tukar Wira aeroback…mula la bnyk hal..paling teruk air masuk dalam boot barang…lpeas 4 tahun aku jual ambik Waja…Ingat kete mahal sikit ok le kualiti..rupa2nya lagi hampeh…tingkap je sampai 3 kali tukar..jgn cakap ori atau tak..sama je. Mula2 tukar ambik ori..baru setahun lebih sikit dah mergama lagi…aku tukar dgn yg tak ori..cam tu jugak..last2 aku fedup dan sebab nak pakai duit aku jual ambik Waja campro..ingatkan sure Proton dah settlekan mslh p[ower window tu..tapi tak rupanya..now aku dah trade in Waja aku tu ambik kete luar..mahal sikit takpe tapi aku pasti kauliti lebih baik dari Proton…aku tahu sebab kereta bibi aku Hyundai dah nak masuk 6 tahun..yak banyak ragam. Bagi aku Proton gagal sebagai satu projek nasional sebab tujaun khusus Proton ditubuhkan dulu selain nak jadi negara automotif juga utk membolehkan rakyat miliki kereta sendiri. Dengan harag kereta Proton sekarang tak ramai yang mampu….ramai yang beli second hand je. Dah tu proton tak reti jaga nama baik kete proton..beli sampai RM60K lebih. Baru pakai 4 tahun value baru RM 27K saja (RM 8000 kurang setahun). Aku mmg dah give up dgn Proton..ingat masa kita beli tak bayar interest ke 9yang mmg lebih tinggi dari interest kete luar)??
Apa nak bising2 ada duit beli laa ikut kemampuan sendiri…nak pakai proton ka…perodua ka…import ka…yang penting jangan kena tarik sudah laa….ingat kete import x ada problem ka….ferrari pun yg dah berpuluh tahun bertapak pun ada problem….
yang penting ikut poket masing2 udah la….jgn ikut org…Selamat hari raya…..
setuju sangat ngan komen en roslan. biasa la proton buat car bagi rakyat jadi bahan testing pas tu dah terkena tolong la bg feedback kat servis center…budak servis center jawab kami dah agak bang problem ni jadi vendor ni bang supply brg entah apa2. Bila kita tanya korang vendor bukan dulu kena audit ngan TUV nord pasal kualiti ni. senggih je bdk proton….sambil jawab proton bang….kalau dah proton-proton jugak…ikut suka proton la nak dengar cakap TUV nord ke tak…vendor tu bukan org lain abg paham2 je la kena amik gak tak boleh terminate….vendor yg ada somebody ni dgn proton je berani…bila suply kat compony lain tau takut dia nak buat perangai camni sbb dia tau dlm proton dia ada kepentingan….
camtu sah nanti ada problem gear box mcm V6 sepupu yg dah pernah pakai tau la camna dia punya azab. asyik buang masa ke servis center. proton ni tak serik dgn mitshubishi…jgn kena tipu banyak kali..ya tak ya juga apa dah jadi ngan tuv nod? tuv nod pun myampah banyak sgt politik dlm proton ni!!!!
Kemungkinan untuk Waja Lancer baru menerima nasib seperti Perdana V6 adalah kecil sebab kebanyakan major part dalam Waja Lancer datangnya dari Jepun, lagipun Mitsubishi Lancer dah terbukti ketahanannya.
Selain itu Perdana V6 keluaran lama, zaman tu kualiti Proton sangat teruk, sekarang ni pengurusan baru lebih mementingkan aspek kualiti.
untuk maklumat proton bukan tak serik…tapi itu sudah ade dlm perjanjian dgn kerajaan..terpaksa ambil perdana..kenapa model tu kami tukar bumper n macam2 lagi??kerana sehingga kehari ini model perdana belum balik modal lagi..gearbox auto kami tidak di bekalkan oleh mitsubisi.ada satu syarikat yang buat gearbox..tapi tidak mampu untuk menjana kualiti keatas enjin ini kerana ia mempunyai grad yang berbeza..perdana dan tiara..kami dibebankan..tapi kami tidak pernah bising atau merunggut walau di hina…kerana kami hanya menjalankan tugas…
agaknya proton ni banyak politiknya….betul juga kata saudara izwan dulu heboh pasal proton lantik TUV Nord kalau tak silap sbg badan bebas penilai utk vendor2 yg bkelayakan bkerjasama dgn proton. Sejauh mana proton benar2 dngar kata TUV nord ni kita tak tau takut management baru pun banyak pilih kasih bila bdepan dgn vendor2 ttentu.
Mana Si Fauzan untuk membela Proton…..maklumlah dia aje yg beranalisis orang lain tak….hahahhahha
I’m always here bro:) Saya tahu ar analisis ko tu pun hebat gak, penuh dgn andaian2 serong:) Nice try bro.
cheers!
kalu tak setuju je, ko cakap andaian la, perception la… ko je yg tak pakai perception… semua dari ko adalah sah, tepat dan xde salah… hebatttt.
Korang berdua ni macam-macam lah..hehehe
Anyway, saya suka setiap ulasan dan komen Fauzan & Mr Anonymous, walaupun ada pro dan kontra, antara anti-proton dan peminat proton, sekurang-kurangnya ada percambahan fikiran. Biar berbeza pendapat, nawaitu kita sebenarnya untuk mengubah Proton menjadi lebih baik, silap-silap nanti Mr Anonymous (jangan lupa tukar nama selepas ni..) pun akan memandu kereta Proton..mana tau kan..
haha… saya sentiasa berfikiran terbuka. Ambil yg jernih, buangkan yg keruh.
Kepada yg anti-proton tu, nasihat saya; dlm setandan pisang tu x semuanya busuk. Susah ar industri nak maju mcm nie kalau melihat semuanya busuk tentang proton.
Saya bukan ar org proton. Kereta proton pun saya xde. Tapi kita bleh sokong jenama tempatan dlm berbagai cara. Bukan gak sokong membuta tuli. Mana yg x betul kita tegur, tapi penuh hikmah, teguran n kritikan membina supaya mereka blh lebih maju lagi. Bukan kutuk x tentu pasal:)
cheers!
proton nih, kalu keta tak rosak semua, itu adalah kes terpencil, tapi keta lain rosak, tu adalah kes terpencil diorg… perception aku je nih… jgn kesah
Apa peduli dengan kualiti….production dan sale no. 1, kualiti no. 2…..QA/QC kat Proton tu dah jenuh bergaduh nak jaga kualiti, tapi bila Tengku Mahallel, Nadzmi dan Tok Syed kata; kita kena meet target sales dan deliver to customers by hook or by crook (not at whatever cost); apa yg QA/QC dia boleh cakap…….memang sakit hati pakai kereta Proton ni…
Antara Si Fauzan dan Evo…aku lebih suka Evo….dia tak gedebe macam Si Fauzan….dia lebih cool
setuju, antara proton n dia, sy lg byk bash dia…
saya hanya silent reader. mmg terlalu bnyak komen thadap proton. Kadang2 ada pekerja proton yg tpaksa myamar dlm blog arena, PT , prodas , semata2 mau menegur dr luar.percayala saudara skalian mngement sejak diterajui tuan syed telah buat byak perubahan dlm proton.
pada mulanya mmg bnyak tekanan dr atas tmasuk politician yg tpaksa di hadapi beliau memandangkan kroni yg dah biasa hidup dlm zon selesa amat sukar diatasi. beliau telah cuba menerapkan dasar2 semasa beliau pernah di perodua dulu dan utk pekerja proton satu kejutan sedikit demi sedikit dpt rasa perubahan radikal dan kadang2 agak keras cuba dibawa masuk dlm pgurusan proton.
Saya yakin pembaca blog pun banyak dikalangan org proton dan dpt rasa tekanan dr atas sampai ke bawah masa 6 bulan pertama tuan syed mengambil alih dan proses itu kekal bterusan.kini MASALAH utama tuan syed masih thadap vendor. persoalanya adakah tuan syed dpt sokongan penuh atas perubahan cuba dilakukan thadap vendor. Kadang2 ada tangan tersembunyi (wakil vendor) yg cuba campur masuk dlm mbuat sesuatu keputusan bkepentingan ini tak dpt dinafikan.Kalau nak cerita satu persatu mmg terlalu banyak tapi saya percaya jika tuan syed tak dpt tekanan pihak2 tertentu masalah kualiti vendor proton dpt diatasi
Di sini kita bharap tuan syed tak berseorangan.Sama2lah kita bg sokongan penuh pd beliau dr campur tangan manusia yg boleh merosakkan seluruh organisasi proton.
Saya sokong, pihak pengurusan baru yang diterajui Tuan Syed perlu diberi sokongan. Kebanyakan kritikan terhadap Proton dibuat untuk menyedarkan Proton bahawa mereka perlu berubah, dan rasanya kritikan dan tekanan yang diterima Proton selama ini telah banyak membantu Proton untuk sedar, berubah dan terus melangkah maju ke hadapan.
Memang susah untuk Tuan Syed membuat perubahan, terutama apabila melibatkan vendor yang kebal dan besar kepala, tapi saya percaya Tuan Syed akan berjaya menerajui Proton ke tahap lebih tinggi. Mungkin beberapa tahun lagi pembekal/vendor Proton adalah 100 peratus yang berkelayakan, bukan lagi atas dasar kroni atau politik.
saya sokong azman dan evo, dulu TUV nord dah senaraikan vendor yg betul2 layak utk proton. proton ikut ke tak????? alih2 pilih kroni gak chisss…mmg problem la keta proton camni..fauzan taknak komen ke pasal pasal peranan TUV nord ni atau dah berkubur????
mmmm… mcm nie la… mcm mana korang rasa itu kroni? ooo.. sebab korang x dapat, yg lain dianggap kroni. kalau korang yg yg dapat, itu bukan kroni? itu just study case jer..
Saya percaya Di bawah peneraju baru seperti Dato Nadzmi n DSZ, tentu ar ada pertimbangan ketat kriteria2 pemilihan vendor nie. Isu nie sy dah bercerita panjang gak (kat topik mana tah) dan x larat nak ulang siaran lagi. Apa yg penting proton dah lakukan penstrukturan semula vendor2nya dari banyak itu kepada kelompok yg lebih kecil bagi memudahkan selian dan kawalan piawaian mutu bgi meningkatkan kepercayaan n kualiti produknya.
cheers!
haha.. apa yg pasti, saya bukan org proton:)
saya sekadar warga malaysia yg sentiasa mengikuti perkembangan semasa industri automobil tempatan. Mgkin ada rasa bangga sket kat proton bila mengetahui perjalanan dan rintangan awal hingga kini terbina kukuh.
Salah ker menjadi warga yg bertanggungjawab dgn menyampaikan info yg betul dan menjelaskan persepsi salah n tanggapan negetif yg tidak tepat? Dan salah ker berkongsi pandangan demi melihat company anak tempatan berdiri gah di persada dunia kelak?
Sy x kisah kalau ada org gelar diri kita bodoh ker gedebeh ker x tentu pasal. Tapi yg pasti org yg bijak – menilai, jauhari mengenal manikam, hatinya penuh keterbukaan dan berlapang dada:) Sekadar komen picisan yg mencemuh, mengutuk dll, x menjadi kudis la bak kata org;)
salam n cheers!
Fauzan ni dok memuji chairman Proton yg bernama Dato’ Najmi…dia tak tahu yg Dato’ ni dulunya salah sorang hantu raya yg menghancurkan Proton sebelum di”bail out” oleh Petronas…tak tau macam mana hantu raya ni boleh diambil kembali jadi chairman Proton…
papun kita kn bersyukur….malaysia ada jgk proton..
klu nk dibandingkan singapura, thailand, indo,
vietnam mahupun brunei y xde jnma keta sendiri….
bersyukur dgn ape y ada….kita hrus mmberi tguran
bknye kutukan y tidak mmbina…
Hantu raya ni sekarang jadi bos BAM (Badminton Association of Malaysia)….bukan lagi meningkat tahap badminton kita; tapi makin merudum…..tak guna betul chairman Proton ni…..biar Tok Syed tu aje pegang both position chairman dan MD….baru Proton boleh maju…..hantu raya ni; bussiness bas pakai krni pun dia rugi; ni bagi pulak chance kat dia jadi chairman…memang langkah kebelakang..
hehhe sabar anonymous jgn pancung sgt…
walau kenyataan mmg kelat ditelan…..proton…proton…
hehe… sabar bro anonymous;) Jgn terlalu emosi, nanti segala gelaran yg ko berikan tu hanya akan membuka pekung di dada sahaja.
Apa2 pun, org yg ko benci sangat tu adalah pengerusi proton n group lotus. Perkembangan terbaru lotus n proton sudah membuktikan beliau layak menerajui proton dgn dibantu pengarah urusannya DSZ:)
mm… pasal badminton pun keluar gak? kita mmg kekurangan pemain pelapis. X bleh ar nak salahkan satu pihak sahaja. semua pihak kena cari penyelesaian. At least sekarang nie first ranking dunia top seed single n double masih pemain m’sia:)
cheers!
korang nie bergaduh bukan berdasarkan fakta..aku ade faktaya..ok mari sy jelaskan..proton membina kereta pertamanya bukan pada model saga..tapi iswara adalah model pertama y di rekacipta..tapi 100% di reka oleh anak tempatan ialah waja..bezanya waja ade masalah kerana qualiti barang tidak dijaga oleh pengurusan yang lepas..tapi waja masih mampu dibanggakan..kerana unntuk maklumat korang TOYOTA kereta pertama mereka bina tidak mampu nak bukit..malah orang jeput tetap beli model kereta itu..waja masih mampu memecut malah bersaing dgn camry 2.0cc E..tak percaya??cuba..baru tahu tahapnye..kemudian gen2, dan persona itu kami bina sendiri..exora dan proton XXX itu yang code nye saya tak boleh dedahkn..kerana model tu adalah model yang akan mengaut keuntungan yang tinggi..kerana siapa yang idamkan toyota caldina??4 pintu??ramai kn..ini adalah option nye..proton XXX sekarang ade di jalan raya..saya tak tahu maklumbalas dari rakan2 yang selalu bawa model tu keluar kilang tuk ujian kesetabilan jentera…semua nye ini mampu mengubah persepsi proton tiada kualiti..ingat sekarng kita ada pihak pengurusan yang baru..orang nye sentiasa menjaga solat..sederhana..pergi kerumahnye hidup macam kakitangan kerajaan..sederhana..tidak tunjukn kekayaan yang ada..ape yang penting die menjalankan kerje yang sempurna..syed zainal kami selesa bekerje dibawahnya..kerana kami menerima pujian sejak die ambil alih pengurusan..
proton aspira akan keluar tak lame lagi..di ikuti dgn exora cvt..dan perdana (mitsubisi 380)..jika proton tidak mengeluarkan awal tahun depan..DRB hicom sudah ade model peganti..honda accord (segment D) tapi di keluarkan untuk pegawai kerajaan sahaja..melainakn ade permintaan yang tinggi model tu akan di jual pada rakyat malaysia pada harga dan desing yang lain sedikit..
semua ini akan berlaku dan akan kami lalui.anda sebagai bakal pembeli..buka lah minda..pakar RnD kami ramai yang telah di bawa lari ke syarikat TOYOTA..NAZA…NISAN..ford juga ade berminat dgn staf kami..tapi insan mulia nie menolaknye kerana die mahu berhikmad bersama proton..
percaya lah..suatu hari nanti anda akan bangga dgn proton..selagi ia berada di bawah Kazanah nosional berhad…
Kalau ikut apa yang saudara rahsia RnD tulis, apa yang saya agak sebelum ni dah betul dah. Proton akan mengeluarkan model baru dengan reka bentuk seperti Toyota Caldina, Perdana baru pulak dari model Mitsubishi 380, seterusnya Exora CVT.
Berkenaan Proton waja baru tu, saudara rahsia RnD kata namanya Proton Aspira, betul ke? Sebab sebelum ni heboh kata nama Proton Inspira. Apa-apa pun tahniah kepada Proton yang semakin berdaya maju dan semakin kuat bersaing dengan syarikat automotif lain.
Saya bukannya seorang yang sentiasa menyokong/memuji Proton 100 peratus, tapi dalam hati sentiasa mengharapkan yang terbaik buat Proton. Terima kasih kepada saudara rahsia RnD yang sudi berkongsi banyak info terbaru, harap selepas ini akan ada lagi maklumat lain yang akan dikongsikan di sini.
aku x pham la..knpa just model copy pn leh smpi 70 ribu ke atas?..leh bantu sayee