Kelmarin aku disms oleh seorang rakan yang juga seorang peminat kereta. Bukan peminat kereta tegar, cuma sebagai seorang lelaki yang berpendapatan agak memuaskan, sikap rajin menukar kereta memang tidak dapat dielakkan. Apatah lagi kini dia sedang rancak menjalankan bisnes MLM, sedikit sebanyak dia perlu memandu kereta yang ada ‘class’ bagi meyakinkan bakal downline. Dalam smsnya dia bertanyakan pendapat aku tentang kereta apa yang patut dia beli. Adakah Honda Civic terpakai, Nissan Sentra Nismo terpakai, BMW 318i E46 terpakai, atau Toyota Vios J baru?
Tanpa berselindung aku memberitahunya yang aku kurang setuju jika dia membeli sebuah Toyota Vios J sama ada manual atau auto. Harga Vios J 1.5 auto ialah RM76,990 manakala Vios J 1.5 manual ialah RM71,990.00. Alasan yang aku berikan adalah mudah. Toyota Vios J hanya mempunyai enjin berkapasiti 1.5 sahaja, jauh sekali untuk merasai prestasi sebenar bagi sebuah kereta sedan. Bagi aku Toyota Vios adalah kereta murah di Jepun, seperti Saga di negara kita. Sebuah kereta yang dibina untuk mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana di Jepun. Anehnya di Malaysia Toyota Vios menjadi sebuah kereta yang hampir kepada sebuah model kereta premium.
Nissan Sentra Nismo pula hanya gah kepada Nismo, sedangkan itu hanyalah kosmetik luaran sahaja tanpa menyentuh langsung prestasi dan teknikal enjin. Brake disc belakang pun tidak ada, jadi apa yang hebatnya dengan Nissan Sentra Nismo? Lagipun trend kereta yang ada class dan bergaya bukan sebuah sedan daripada Nissan. Harga sebuah Nissan Sentra Nismo terpakai pun boleh tahan iaitu dalam lingkungan RM60k – RM70k, agak mahal bagi sebuah sedan yang tidak menjadi pilihan ramai.
BMW 318i E46? Menarik tetapi terlalu mahal bagi sebuah kereta keluaran awal tahun 2000. Lagipun rakan aku itu tidak mungkin berani mengeluarkan modal untuk mendapatkan sebuah BMW terpakai yang masih dalam keadaan memuaskan jika harganya masih di atas RM90k. Jadi bagi aku lupakan sahaja niat membeli sebuah BMW terpakai.
Aku mengesyorkan kepada rakan aku itu supaya dia membeli sebuah Honda Civic 2.0 Vtec terpakai keluaran tahun 2004 atau 2005. Harga bagi sebuah Honda Civic 2.0 vtec keluaran tahun 2004 dan 2005 kini dalam lingkungan RM65k – 75k sahaja. Aku percaya model yang mempunyai ramai peminat tersebut boleh didapati dalam keadaan yang cukup memuaskan dengan harga di bawah RM70k dengan mudah. Rakan aku itu juga berminat dengan Honda Civic 1.7 vtec, tetapi alang-alang membeli Civic, kenapa perlu melepaskan peluang untuk mendapatkan sebuah vtec yang cukup berkuasa?
Berbanding membeli sebuah Toyota Vios J baru yang hanya mempunyai enjin 1.5 cc, pendapat aku Honda Civic 2.0 terpakai lebih berkuasa dan bergaya. Lagipun enjin vtec bukanlah tandingan bagi sebuah kereta bernama Vios. Aku percaya, Honda Civic 2.0 vtec walaupun sekadar sebuah model terpakai keluaran tahun 2004, nilainya lebih tinggi berbanding vios j. Ini bukan hanya pandangan peribadi aku, tetapi diakui oleh majoriti peminat-peminat kereta sedan. Ramai yang memasang angan-angan untuk memiliki sebuah civic yang dijana oleh enjin vtec, cuma harga sahaja yang menjadi penghalang tidak kira model baru atau terpakai.
Rakan aku itu masih belum membuat sebarang keputusan. Harga Honda Civic 2.0 Vtec terpakai lebih murah daripada Toyota Vios J baru. Jika dia mahu membeli sebuah kereta baru, dia patut membeli Toyota Vios J. Tetapi jika dia inginkan sebuah kereta yang lebih bergaya, ada class dan berkuasa, Honda Civic 2.0 Vtec tidak patut dilepaskan. Aku pun berangan-angan untuk memiliki sebuah Honda Civic 2.0 Vtec, mungkin pada masa akan datang impian itu akan menjadi kenyataan, harap-harap begitulah.
Honda Civic Photo credit to Mudah














soh dia beli toyota vios j yang baru la .
Dia berbelah bahagi tu, teringin nak pakai kereta baru tapi honda civic vtec pun dia minat.
mana ada lelaki gagah pakai vios… go for VTEC la bro… bechmark for succesor man in life… better amik FD terus la…
Last sekali kawan aku tu masih setia pakai Savvy, lelaki skema macam tu la, mana dia tau apa2 pasal main kereta..
saya pon dok survey2 kereta range harga 65-75k. antara yg diintai ialah Peugoet 407 (2005),308 pon cun, tapi mahal lagi, civic 2.0 (2005) and accord 2.0 (2004)-yg ni mahal sket, dlm 82k….fuhh, penin2….hajat hati nak 407,spec dia tinggi-10 atau 7 airbags etc, tp kalo pk resale value nanti, rasanya civic 2.0 lg tinggi kot
Kalau saudara minat,saya pun tgh bercadang nak menjual keta saya civic 2.0 2004.Condition kena tengok sendiri.Tinggal di seremban
masih ade lg ker…sy teringin cri kete vios or honda 2nd..hrga lm 50.52 k jer..de x..
Elok pakai Civic 2.0, enjin dah power, prestij pun lebih. Kalau nak jual balik pun tak rugi sebab harga second hand tinggi. Saya tak minat Peugeot 407 sebab bentuk tak menarik.
Kalau saudara berminat dgn civic 2.0 yr 2004 sila hubungi saya.Condition kene tgk sendiri baru percaya.tinggal di seremban
warna kereta ape? figure harga you letak berape..
mcm best jee
vios J kt malaysia keta premium…tahu takpe,,,kt indon jd teksi je…..jgn salahkan toyota,,,salahkan govt la,,,tax melampau lampau,,,jgn kondem pasal harga…kita rakyat terpaksa beli.memanda menteri takpe la,naik merc,bmw…kita naik vios baru pon dah ok lah tu.
Betul tu Zam, kerajaan protect kereta nasional, yang menerima akibatnya adalah kita. Dari satu segi kita boleh berbangga dengan adanya kereta nasional, dari satu segi lain kita dalam kerugian..nasib rakyat Malaysia
Aku sokong anda beli shj vios drp civic. Jika anda mau tahu bahawa engine honda cukup masa mesti kena top ovehoul. Lain la jenis dpd Toyota mmg lasak. Suspension pun bagus. Time cornering juga baik.
patut beli vios aje.. bila nak jual lagi masih ada harga yang tinggi.
aku mmg pakai kete civic vtec,beli baru, tahun 2005, sampai skg x menyesal pakai… dan x terasa nak jual….mmg power…patut anda semua cuba…
Vios la.. Vtec tu takde la hebat mana compare dengan VVTi Vios.. VVTi lagi jimat daripada Vtec.. Komen ikut akal yang waras. Vios tu baru, civic tu dah lama. tentu maintenance teruk nanti.. Lagi satu toyota service setiap 10000km bukan 5000km macam honda. Kalau anda peminat fanatik honda, tak boleh nak cakap apa la…. Honda tentu hebat di mata anda.
btl, pakai kete 2nd maintenance kn pkir…..
apa2 pun kereta yg lebih baru lagi baik drpd kreta lama…takda guna design dia ada class klu second hand…bikin byk myk jak pegi bengkel balik2…
Seronok membaca kritikan dan komen tentang kereta ni, selepas baca komen di sini batalkan niat nak beli kerera GEN 2.Target sekarang VIOS or HONDA Vtec
ala amek starex royale la..br gempak abes
amik rolls royce r der baru stylo boleh geg ngan 50cent..
prestij : civic 2.0 menang,
harga : lebih kurang sama,
performance: civic 2.0 better,
maintenance: vios baru lebih murah,
fuel consumption: vios baru lebih jimat,
basically tgk ape yg si pembeli tu punye main concern.
for me civic 2.0 super awes0me!
-rocky-
da pki civic 2.0 taun 2005, ok je minyak… tak la kuat mana… keta mn yg x mkn minyak?? tp speed, mmg terbaek…hehe
Tahun 2007 aku pakai vios, last tahun 2009 aku beli honda fd2.. Jadi aku ada cerita sikit nak kongsi pengelaman… Bagi aku toyota vios lagi baik.. Bukan apa… Minyak jimat.. Enjin, sisten gantungan..lembut.. Lepas tu satu, aku ni kerja luar… Jadi aku lanyak vios tu betul2, 15k, 20k baru aku tukar minyak pelincir.. Yg aku hairan enjin toyota vios ni tak pernah rosak.. Tak pernah masuk bangkil.. Sampailah aku tradein vios tu dgn honda fd2. 2.0cc. Mula2 dapat honda.. Aku happy layan i-vtec.. Tapi “hanya 3 bulan… Lepas tu aku rasa macam nak jual jah kato tu.. Apa taknya, minyak macam air paip dia makan berbanding vios…enjin bunyi kuat tika mula kita start.. “biasa dah tu dah tradmark honda” sisten ampungan meman keras.. Kalau nak bandin dgn toyota.. Aku rasa honda ni buak kato untuk speed.. Kalau nak selesa baik ambil toyota… Kalau nak power ambil honda… Sekarang fd aku tu naik sebulan 2x jah.. Nak jual rugi banyak… Jadi aku buak replika.. Aku masuk corbin, cap merah, tukar itu.. Ini semua aku tukar.. Tinggal enjin jah aku tak tukar… Lepas tu simpan bawah garaf.. Nak gi kerja bawa kato lain…