Kereta apa yang paling best dan senang sangat untuk dipandu? Tak kiralah sama ada pemandu tu wanita ataupun lelaki. Dalam bandar, dalam kampung, kawasan perumahan, atau mana-mana tempatlah yang kereta boleh masuk, kereta apa yang paling praktikal untuk digunakan? Jawapannya ialah Perodua Viva. Sebelum kehadiran Perodua Viva, Perodua Kelisa adalah sebuah kereta yang cukup praktikal untuk pemanduan di dalam bandar ataupun di dalam kawasan kampung.
Kenapa bukan kereta kancil? Ikut pengalaman aku sendiri, Perodua Kancil pun ok tetapi dengan kuasa enjin yang terhad dan tanpa power stering, Perodua Kancil tidaklah sepraktikal Perodua Viva. Kalau nak mencelah kat mana-mana atau nak parking, Perodua Kancil tidak responsif, berpeluh-peluh jugaklah dahi tu kalau nak masuk atau keluar parking. Berlainan dengan Perodua Viva, dengan enjin 1000cc dan dilengkapi power stering, nak ambil selekoh, buat pusingan U atau masuk dan keluar parking, semua tu langsung tak jadi masalah. Nak memandu dalam bandar atau pun dalam kawasan kampung, pejam mata pun boleh. Nak masuk simpang pun senang, nak masuk lorong yang sempit dan kecil pun bisa saja.
Kadang-kadang pembeli kereta baru memang pening bila tiba bab nak memilih kereta, tambah-tambah kalau bakal pembeli kereta tu orang perempuan. Nak ambil model sedan atau saloon rasa panjang sangat, susah nak kendalikan, terutama bila nak drive dalam bandar dan terpaksa masuk parking. Ada yang lebih rela tidak memandu kereta sedan masuk ke dalam bandar, alasan yang diberikan ialah susah nak parking. Hehehe, sebenarnya tak susah, tapi pemandu tu je yang tak berapa pandai. Kalau MPV lagilah ramai yang fobia. Kereta MPV saiz besar gedabak, ramai yang rasa macam bawak lori atau van je, pun tak sesuai jugak untuk sesetengah orang.
Lagi satu bakal pembeli kereta baru ni nak cari kereta yang jimat minyak. Myvi pun jimat minyak, tapi saiz pulak besar, tak semua orang suka. Perodua kelisa pun jimat minyak tapi saiz lebih kurang kancil je, pun tak praktikal sangat daripada segi saiz dan keselesaan pemandu dan penumpang. Jadi ramai yang konfius sebab nak pilih kereta yang bersaiz kompak tetapi mempunyai ruang yang selesa dan luas. Lepas tu nak yang jimat minyak pulak. Selain daripada tu harga pun menjadi faktor utama sebelum membeli. Kalau mahal macam Honda Jazz ataupun Toyota Yaris tak merasa drive kereta kompaklah jawabnya.
Untuk mereka yang masih tercari-cari sebuah kereta yang senang dipandu, praktikal, mempunyai ruang yang luas dan selesa, menjimatkan minyak, dan yang paling penting harga yang murah dan berpatutan, Perodua Viva adalah pilihan yang paling tepat. Lagi satu Perodua Viva juga mempunyai enjin yang berkuasa. Enjin 1000cc dengan saiz dan berat kereta yang ringan, amat sesuai untuk memecut dilebuh raya mahupun jalan biasa. Pernah sebuah Perodua Viva memecut laju di atas lebuh raya dikejar oleh Nissan Xtrail, 160km sejam beb. Tu pengalaman dan kisah benar dari kawan aku tu.
Selain daripada tu, Perodua Viva juga mempunyai banyak varian dan versi, kalau nak yang lebih murah, boleh pilih yang Viva yang berenjinkan 850cc dan 660cc. Harga pun murah, tetapi terpaksa berkompromi dengan ketiadaan power stering, power window, kuasa enjin dan beberapa kekurangan lain. Sesetengah orang tak kisah pun semua tu, yang penting ruang luas, jimat minyak dan bayar installment bulan-bulan pun murah. Kepala tak payah pening, hajat nak memiliki sebuah kereta murah tetapi bukannya kecil macam kancil tetap tercapai. Lagi satu jangan tak tahu pulak, enjin Perodua Viva tak kira yang berapa cc pun adalah enjin moden dan terbaru. Jauh panggang dari api kalau nak dibandingkan dengan enjin Perodua Kancil yang serba kekurangan tu. Sekarang ni ada versi Perodua Elite pulak, mengancam betullah, tambah-tambah yang kaler oren tu.
Kalau dah ada kereta lain tapi nak cari kereta kedua, nak buat pergi kerja ke atau nak beli kat orang rumah, elok beli Perodua Viva je. Sesetengah orang dah pakai kereta sedan, saloon dan MPV yang bersaiz besar, rasa tak sesuai pulak hari-hari nak masuk dalam bandar ataupun berulang-alik pergi kerja. Leceh dan menyusahkan, nak naik motor takut kena hujan pulak, badan pun letih bila memandu motor jauh-jauh. Jadi jalan selamat ialah dengan membeli sebuah kereta kompak. Ada yang beli kancil atau kelisa terpakai je, memang sesuai sangat dah tu, cuma kalau nak merasa kereta yang lebih elok sikit, Perodua Viva adalah pilihan yang paling sesuai.
Kadang-kadang bila aku drive MPV pergi kerja aku terasa susah sangat la memandu kereta besar ni. Buat apalah aku susah-susah pandu MPV berulang-alik pergi kerja. Kerja aku tu pulak jenis keluar masuk kampung, alahai susahnya bila memandu sebuah MPV atas urusan kerja. Masa tulah selalunya aku terbayangkan sebuah kereta kompak yang praktikal untuk dipandu sambil aku boleh rilek dan tersenyum kambing. Oh Perodua Viva..















Salam..saya memiliki sebuah viva 850cc..setiap hari saya ulang alik ke tempat kerja lebih kurang 120km..isi RM50 alhamdulilah tahan seminggu. sudah 2 tahun setakat hari ni tiada apa2 masalah, hanya jaga servis setiap 5000km..nak bergaya x de la cukup sekadar mjadi kemudahn utk saya ke tempat kerja.
Perodua Viva memang menjimatkan, kos maintenance pun rendah. Viva standard dah cantik, tak perlu make up keterlaluan, yang penting kita rasa selesa untuk kegunaan harian.
salam, kalau viva elite auto jimat minyak juga ke? kalau dibandingkan dengan viva 850 manual jauh sangat ke perbezaan minyaknya dan yang mana lebih jimat. terima kasih.
Viva 850 manual lebih jimat dari Elite 1.0 auto. Perbezaan tak besar sangat.
saya ni tak lah berduit sangat so saya nak beli kereta viva 660…sbb harga dia dalam RM250000 kira murah lah… cam mane tentang kereta tu erk? ape pendapat korang? ok ke tak ok kereta tu? dengan cc yg rendah..saye ni nak wat jalan2 ngan awek jer hehehe…
Viva 660 ok sebab murah dan minyak pun jimat. Tersedia gear manual saja. Kekurangannya cuma luaran kurang menarik. Spesifikasi dalaman pun kurang berbanding model 850 dan 1.0 liter. Body pun ringan, kalau kita drive akan terasa ringannya. Tak ada masalah beli Viva 660, saya pun berangan nak beli satu, nak buat kenderaan ke 3, buat pergi kerja.
ambil la yg 850….beza ckit jer harga…viva 660 ni enjin x power
salam…kalau viva 850 manual isi Rm10.00 agak2 boleh pergi berapa puluh kilometer? tima kasih
Dalam anggaran 75 – 90 km, bergantung kepada corak pemanduan, yang pasti Viva 850 memang menjimatkan.
purata 100km ar….terbukti jimat….
saya pun ada pakai viva 850cc,dah masuk setahun,setiap hari ulang alik tempat kerja sangat jauh hampir 170 km.Minyak dalam seminggu RM120.Tak ada masalah
Viva 850cc memang menjimatkan. Kualiti pun bagus, itu yang kita boleh respek terhadap kenderaan buatan Perodua.
viva ok tak untuk jalan jauh?
Kalau ikut prestasi enjin memang tak ada masalah untuk perjalanan jauh.
salam,selamat hari raya..saya pun tgh perhatikan viva nie ,banyak kekawan suggest 850cc kerana berpatutan harga dgn apa yg kita dapat..kira medium ranking.tak terlalu kurang dan tak terlalu melebih dari edisi model viva keseluruhanya..apa komen evo..
Viva 850cc cukup sesuai, harga berpatutan dan spesifikasi pun boleh dikatakan lengkap. Tapi kalau ada bajet lebih elok ambil yang 1000cc..
klau beli skrg n..agk2 interest kena brp ek?
saye pon mnat gak dgn kete Viva 1.0 ni..cdgnye nak amik
tahun depan..tp ktenye thun dpan interest dh nek..nek tggi sgt ke?
Kalau tahun depan elok tunggu Myvi baru, dah nak launch 2011 nanti.
klu pasal viva fight ngan nissan X-trail, sy pena lumba2. Mmg viva power, sy punya bru 850cc. Pernah bawak viva sampai 170km/jam. laju tak? nape tak percaya….
entry ini menyebabkan saya semakin berkobar2 nak pakai VIVA ELITE yang color Biru tu..
susah sgt nak pilih kereta ni..
kete besar..dan mahal, byk plak nak pk.. pk parking susah.. bayar bulan2… kalau dah harga mahal.. mentenen pun mahal gak kot..! lebih baik beli kereta ala2 VIVA ni..!
sgt praktikal…!
skang sedang konfius pula nak manual ke auto.. uhuk
saya suka bawak manual.. auto pun suka jugak..! kan bagus kalau ada teknologi yang boleh buat VIVA ni jadi 2 transmisi.. boleh auto dan manual mengikut citarasa kita!!
Salam…nak tanya sikit…viva elite exclusive..agak2 berbaloikah saya membelinya berbanding proton saga??
Ada yang mengatakan viva masalah pada motor tingkapnya.. betul ke??
salam….bru je ckup 1thn pakai viva dah bt hal power window driver turun sendiri.pas tu nk naik balik xleh aduh hai….
power window dia adakalanyer tak rosak,main swich kenkadang selalu sangat kita tekan2 jadi plat besi bentuk w tu jadi terjarak cikit tu yang tak touching arus,,kira no comunication ler,,aku pernah buka main switch dia senang jer,,ada skrew driver bunga nagn leper yang leper tu guna lah yang test pen nyer lagi kecil dari tu pun bagus,,buka berhati2 lah pastikan berhati2,plastikkan jadi mudah rosak,aku pun terpikir gak nape perodua tak buat main swich dia kat dashboard je atau kat tngah tempat gear stick kan,kalau letak kat pintu tu bila time hujan tak ker time buka pintu air tu ter kena kat main switch,,bukan murah lak tu,,ataupun senjaga nak kita beli n beli ataupun designer dia tak pikir panjang
lupa lak,,kalau wat main switch tu usik je tingkap yang tak bleh naik,,nanti buka kerak2 tu jangan lupa bersihkan kat plat2 nyer,kira servis ler,kalau wat ni tak jadi,,tingkap yang tak naik tu kan kat pintunyer ada lagi switch yang penumpang bleh tekan2 cuba servis lak,,kalau tak jadi gak,mcm biasa tukar jer lah main swich baru,mungkin elektroniknyer dah rosak maupun short,aku cadangkan cari kedai potong dulu,,sbab masa aku nyer lampu belakang pecah aku cari dapat harga pun murah dari yang baru 150 jer dari 3ratus
kpd saudara/saudari boleh x banding skit viva 850cc banding kancil 850cc.
viva lg ok la.. engine baru, pkai DVVT.. best
salam..saya dah booking viva elit manual..betul ke jimat minyak??saya da taya sales man, dia kata dari gemas ke Johor bahru rm20 je minyak..tapi tu 850 cc .. sama tak dengan elite ni?
i da dapat viva elite



dlu pkai moto jew, owg x pandang seh..da ade viva awek kmpung i pn da start usha
viva memang cool gle,terbaek
-kpde yg xde lg, g usha kt outlet pro2 berdekatan ea,i bli booking 5 hari jew da dpt kte,pin pin…abg ade viva
salam nak tnya lorh.viva 1.0 pkai timing belt or timing chain????bleh sesape bg tau????
dah booking viva elite tp mcm tsk puas ati jew coz rega viva nie lebih kurang BLM……ada sesape boleh komen tak?
aku tengah penin nak amik viva elite or saga fl. any suggestion? aku baru keje gaji dalam 2K
amk myvi baru….
tengok kesesuaian la..kalau selalu bwk byk brng or nk bkeluarga dlm mse terdekat go for saga fl..tp kalo bujang n nak saving utk kawen amk viva je,850 ke..myk save,bulan2 pon murah je..rm10 dpt la dlm 100km
biaq betoi
salam semua,aku pakai viva 1.0. pemanduan memang selesa.Tak kira dekat atau jauh.Parking pun senang sebab ada power stering.Power window xda masalah.Pickup ok.Minyak jimat ,maintenance ok.Kereta kecil tayar murah sikit.Tiap2 ari ulang-alik keja 84km minyak dlm RM 50 ja dlm seminggu. Lagi satu kereta Perodua ni sparepart dia senang dapat.Power window rosak ni bukan setakat perodua dgn Proton saja. Honda CRV baru pun ada masalah gak. Org kata nasib ja. Kita beli ok. ok lah.tp warranty ada.Part Perodua Viva ni 35% adalah dari Jepun.Antikarat dia antara yang terbaik.Luas daripada kelisa.
kereta kecil..memang sedap tapi merbahaya jalan jauh balik raya…dilanggar atau melanggar hancus satu keluarga…tak nak aku beli viva…banyak kes kemalangan satu keluarga maaaauuuuttttt….salam lu fikirlah sendiri
kan kat sarawak, rush (kereta besar) belanggar lori, pemandu jer selamat……bukan pasal kereta kecik or besar, yang penting cara pemanduan kita…kalau bawa kereta macam kereta F1 di jalan raya Malaysia, memang menempah maut tak kira kereta kecik or besar
memang betul…tapi peratus risiko kereta hancur harus ditengok….kereta kecil risiko besar mudah hancur…
http://www.hmetro.com.my/articles/Abadibajuraya/Article
Saya memiliki viva standard 1.0cc… minyak jimat,pemandu selesa.. jarak pejabat ke rumah 50km sehari…isi rm50 je seminggu…hujung minggu boleh lg balik kpg deng jarak lebih 100km.
sCuma saya nak tanya satu je…dalam keadaan enjin masih hidup(parking),saya buka power window..bila nak naikkan semula.. enjin kereta saya mcm nak padam…ada masalah wiring ke?? bateri telah ditukar baru(biasa la dah dkt 3 tahun)..mohon nasihat…
salam,sejahtera Hyden…menarik soklan mu tue..hehehe…sbnarnya xda mslh tue…cumenya kne tmbh wayar grounding lg…majoriti smua kenderaan gtu…pling senang tmbh voltage stabilizer…sbb sy pun pngguna viva juga..hehehe…VIVAC ALIVE!!!
saya memiliki viva elite auto tapi minyak saya sgt kuat…tapi member saya pun pakai viva yang sama dia kate ok…macam mana tue yer??
nie nasihat sy la…hehehe…berdasarkn pengalaman..klu pijak pedal minyak tue jgn kuat sngat,n biarkn keta dlm kelajuan yg maintain…comfirm jimat…nak jimat bwa dlm kelajuan 70-80 km/jam…berdasarkn fakta yg sy baca dri blog perodua viva la..sekadar share ilmu.