Usia Perodua Myvi sudah masuk tahun yang ke 5 sejak Mei 2005. Jika Myvi adalah keluaran Proton, sudah tentu penggantinya hanya akan muncul paling awal pada tahun 2015. Itu adalah kenyataan jika melihat kepada trend pengeluaran model kereta terbaru dari Proton. Tetapi Perodua Myvi adalah keluaran Perodua, sebuah syarikat automotif tempatan yang berasal-usul daripada syarikat automotif Jepun iaitu Daihatsu, di mana kebanyakan saham Daihatsu kini dipegang oleh syarikat Toyota.
Adakah Daihatsu dan Toyota akan mengikuti trend seperti mana yang dilakukan Proton hanya kerana Perodua adalah syarikat automotif tempatan? Sudah tentu tidak dan kini ura-ura bahawa Perodua akan mengeluarkan model terbaru bagi menggantikan Perodua Myvi, model tempatan terlaris selama 5 tahun berturut-turut sedang rancak dibincangkan oleh peminat-peminat dunia automotif, khususnya di dalam website dan blog permotoran tempatan.
Jika pengeluaran Perodua Alza boleh dijangka dan diketahui lebih awal hanya kerana Daihatsu mengeluarkan model yang sama di Jepun dengan nama Daihatsu Boon Luminas, dan kemudiannya Toyota dengan nama Toyota Passo Sette, Perodua Myvi baru pula dijangka akan muncul di pasaran tempatan kerana Daihatsu telah mengeluarkan model terbaru Daihatsu Boon dan Toyota dengan Toyota Passo generasi kedua di Jepun.
Perodua Myvi baru dijangka akan dilancarkan pada April 2011 atau selewat-lewatnya pada pertengahan tahun yang sama. Seperti dijangkakan banyak pihak, Perodua Myvi baru adalah model yang sama dengan Daihatsu Boon dan Toyota Passo terbaru di Jepun, cuma model rebadge tersebut akan menampilkan beberapa perubahan seperti kelaziman untuk sesebuah model yang dipasarkan di sini.
Selain itu antara yang menarik perhatian ialah Perodua Myvi baru dikatakan akan memiliki enjin baru berkapasiti 1.5 liter, mungkinkah enjin yang sama ketika ini digunakan pada Perodua Alza? Kemungkinan besar varian Myvi terbaru dengan enjin 1.5 liter adalah bagi versi highline disamping enjin 1.3 liter untuk model medium line.














lawa..cam viVa..pown ader..tapi suke bile ia nampak sporty
Memang lawa bro, teknologi pun dah semakin maju.
lawa?!! macam kereta mr bean yg baru diupgrade
Macam perli je, keh keh keh..
Salam..saya tengah survey kereta yang jimat minyak tetapi selesa. kalau dibandingkan harga viva elite 1.0 (A) dengan myvi 1.0 (A) tak jauh bezanya. tapi yang manakah lebih jimat minyak antara kedua model tersebut memandangkan ccnye sama je. mengikut pengalaman tuan kereta apakah yang yang paling selesa tapi save budjet selalu? nak tunggu myvi 1.5 pun lambat lagi kluarnye..tima kasih
Viva Elite 1.0 (A) lebih jimat minyak daripada Myvi 1.0 (A), cuma perbezaannya tak terlalu besar. Perodua Myvi lebih selesa daripada Viva. Kalau ada budget lebih, elok ambil Myvi auto 1.3, lebih berbaloi.
Belilah model Perodua tak kira apa model pon..kualiti n minyak jimat terjamin punye…
ye betul..
salah gmbr ni.. tuan editor,
myvi baru x buruk cmni
Dah betul tu, Daihatsu Boon dan Toyota Passo terbaru, bukan Myvi. Kalau Myvi nanti mesti lagi lawa sebab Perodua akan modifikasi semula.
minta tuan siarkan artikel pasal perodua Alza pulak. sejaumana prestasi dan penggunaan minyaknya.
Dah ada dah, cuba tengok link kat sini http://www.arenakereta.com/2010/06/23/mpv-kompak-perodua-alza/
Saya harap2 Myvi baru yang akan datang tak sama dengan BOON
ni…memang tak cantik la,boon ! Lady Like Car la…Myvi se 2008 lebih cantik dan sporty,dan interior/exterior dia juga memang kesukaan ramai!dan dalam comment2 member Myvi,banyak yang sukakan Myvi d kerana Shape atau pun body nya yang changih dan kebanyakan ramai orang M’sia tetap suka pada rupa MPV atau pun Sedan …saya akan tunggu new model yang akan datang …harap ia akan lebih changih lagi.
Sekian…terima kasih
Mungkin Perodua pun sedar yang model BOON terbaru ni kurang cantik berbanding MYVI SE sekarang, sure dia orang akan buat perubahan kosmetik dan luaran yang banyak.
…kalau macam ni,I ingat sebelum model yang baru ni keluar lebih baik saya buat order yang model 2008 myvi SE,tapi kalau nak play save bolehkah tunggu sampai tahun depan selepas Myvi baru BOON ni keluar dan kita dapat berbanding dengan yang 2008 tu..Nak tanya editor sikit,kalau myvi baru ni dalam market,myvi 2008 SE ni production masih jalan ke?? dan bolehkah kita order SE 2008 walaupun selepas keluaran myvi Boon ni ??
Myvi SE 2008 akan dihentikan pengeluaran apabila Myvi baru dilancarkan, tapi kalau bernasib baik mungkin akan ada lagi stok Myvi SE 2008 masa tu. Sebenarnya Myvi ‘BOON’ mungkin nampak kurang menarik, tapi terdapat banyak ciri-ciri baru yang tak ada pada Myvi sebelumnya, contohnya enjin mungkin 1.5cc.
…tuan editor,bila kah Myvi baru ni akan keluar??
ada orang yang kata Bulan April ataupun Jun?
Dijangka akan dikeluarkan pada pertengahan 2011, mungkin selewat-lewatnya Jun 2011.
For MyVi, the body will be based on the new Toyota Passo and the engine capacity will be increased to 1.5 L. On top of that, they will improve both internal & external in order to cope with current trend. Betul kah comment ni? tuan editor….
Betul, model Myvi 2011 berasaskan Toyota Passo/Daihatsu Boon terbaru dengan enjin 1.5 liter.
…tetapi Toyota Passo dengan Daihatsu Boon tu tak sama design kan ? dengan 1.5 liter ni memang harga nya
sekurang-kurangnya pun 60k kan ?
kedua2nya adalah sama. Begitu juga dgn daihatsu serion utk pasaran eropah cuma bezanya model nie adalah dlm kategori multi purpose compact car dgn ciri2 seat blakang bleh lipat. So, di m’sia jadi myvi bawah perodua:)
Disebabkan perodua dibawah Daihatsu, dan daihatsu skrang di bawah toyota. strategi pengeluaran model kedua2 company nie lebih kurang sama. cthnya avanza versi toyota dan xenia versi daihatsu di pasaran indonesia. Begitu gak toyota rush sama jer dgn daihatsu terios. Toyota passo sette dama jer dgn daihatsu boon luminas. di malaysia jadi la perodua alza.
cheers
Terima kasih Tuan editor. I ingat nak tunggu sampai keluaran baru myvi ni..
Bro,
menurut saya model myvi jauh lebih cantik dan sporty dibanding model passo terbaru. biasana peroda dua lebih pintar dalam modifikasi tampilan exteriornya.
Perodua tk nak plan kluarkan kete hibrid atau eletrik ke? zaman sekarang ni tengah perah otak nak wujudkan kereta mesra alam! banyak kluarkan model baru sampai terlupa lapisan ozon kat atas kite ni radius semakin melebar.
buat lah design yang lain daripada mengambil rekabentuk kereta yang sediada.