Proton Gen2 Terpakai (2004 - 2006) - Arena Kereta

Proton Gen2 Terpakai (2004 – 2006)

Kereta Proton Gen2 diakui agak kurang popular di mata pembeli-pembeli kereta di negara kita. Dengan enjin Campro yang berkuasa 110 bhp, ruang tempat duduk belakang yang agak sempit dan bumbung belakang yang agak rendah, Proton Gen2 bukanlah pilihan utama bagi pembeli kereta yang cerewet. Tambahan pula harganya melebihi RM50k dan mengenai penjimatan petrol, Proton Gen2 bukanlah kereta yang boleh diharapkan.

Namun ketika ini jika ada sesiapa yang berminat untuk memiliki sebuah kereta Proton Gen2 terpakai dengan modal di bawah RM30k, pada bila-bila masa boleh memilikinya dengan mudah. Ramai pemilik kereta Proton Gen2 yang membelinya sekitar tahun 2004 sehingga 2006 telah membeli kereta baru. Dari situ terjadinya lambakan Proton Gen2 terpakai di kedai-kedai menjual kereta terpakai.

Hasil pemerhatian mendapati Proton Gen2 terpakai keluaran tahun 2004 berharga di antara RM 20,000.00 sehingga RM 25,000.00. Cukup murah untuk sebuah kereta sedan yang baru berusia 6 tahun. Bagi keluaran tahun 2005 pula, harga yang sering diletakkan oleh pemilik asal dan penjual kereta ialah dalam lingkungan RM 25,000.00 sehingga RM 30,000.00. Bagi Proton Gen2 keluaran tahun 2006 pula, harganya sedikit tinggi iaitu dalam lingkungan RM 30,000.00 sehingga RM 35,000.00.

Proton Gen2 terpakai berbaloi dimiliki memandangkan harganya yang rendah dan usianya bagi keluaran terawal pada tahun 2004 baru 6 tahun. Salah satu faktor utama mengapa Proton Gen2 terpakai mengalami kejatuhan harga yang rendah ialah disebabkan nilai kereta keluaran Proton yang begitu cepat mengalami susut nilai. Namun sebab sebenar ialah disebabkan permintaan pasaran itu sendiri. Berbanding Perodua Myvi, Proton Gen2 bukanlah sebuah kereta yang menjadi buruan pembeli-pembeli kereta second hand memandangkan banyak lagi kereta-kereta terpakai lain yang menarik daripada segi prestasi dan harga.

Jika ada yang berminat, Proton Gen2 terpakai masih berbaloi untuk dibeli. Memandangkan usianya yang masih baru dan kurang daripada 10 tahun, pihak bank tidak menghadapi sebarang masalah untuk menawarkan pinjaman sewa beli sehingga tempoh 9 tahun. Bakal pembeli Proton Gen2 terpakai juga tidak perlu bimbang kerana kebiasaannya Proton Gen2 dijual bukan kerana mengalami kerosakan, tetapi disebabkan oleh pembeli asal yang kebanyakannya mempunyai kemampuan untuk membeli kereta baru. Alat ganti kereta keluaran Proton juga mudah didapati selain harganya yang murah.

Untuk mendapatkan sebuah Proton Gen2 terpakai pada harga yang munasabah dan lebih murah, seeloknya pembelian dibuat terus kepada pemilik asal. Kebiasaannya harga yang dijual terus oleh pemilik asal akan lebih murah sehingga RM 3,000.00 daripada yang dijual di kedai menjual kereta terpakai.

Terbaik!(5)Booo~(3)

46 Comments

  1. SITI MAZLINA BT MOHD ZAFLI

    February 20, 2011 at 2:32 pm

    INGIN MEMILIKI KERETA PRODUA GEN2 KERANA TELAH LAMA MEMINATI PROTON GEN2

    Terbaik!(3)Booo~(0)
    • SITI MAZLINA BT MOHD ZAFLI

      February 20, 2011 at 2:32 pm

      MENCARI GEN2 TERPAKAI..

      Terbaik!(2)Booo~(1)
      • mambang

        February 21, 2011 at 9:00 pm

        cari keta lain jelah. gen 2 2004-2006 takde power pada rpm rendah. naik bukit tak larat. minyak mengkedarah......

        Terbaik!(3)Booo~(1)
      • norlian

        July 27, 2012 at 10:52 pm

        Saya ada kereta Gen 2 Automatik 1.6. Warna orange tahun 2005. Kalau berminat boleh kontak saya.Tujuan saya jual kerana dah ada kereta lain. So far Gen 2 ni ok, injin nyer bagus tak der masalah.

        Terbaik!(6)Booo~(0)
    • Ema

      July 26, 2012 at 6:50 pm

      Siti, masih berminat lagi utk beli gen2 ke? saya nak jual gen2 saya, tahun 2006 (Nov).... Sila hubungi saya jika masih berminat.

      Terbaik!(5)Booo~(3)
  2. maya

    March 29, 2011 at 10:30 pm

    saya nak jual gen2..siti mazlina masih bminat nak beli?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • nazirul

      May 28, 2014 at 5:25 pm

      auto or manual..brpe hrga nk bka??

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • LIA

        June 9, 2014 at 2:13 pm

        saya nak jual gen2 manual, buka harga 15k....berminat ker???

        Terbaik!(0)Booo~(0)
        • min

          July 18, 2014 at 4:41 pm

          area mana lia?

          Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. khairuddin

    June 3, 2011 at 8:42 am

    Ingin cari kereta terpakai GEN2 tahun 2004-2006

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. wan syubaili

    August 2, 2011 at 3:13 pm

    hubungi saya...gen2 2004 22k

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • ema

      October 28, 2012 at 11:17 pm

      acaner tu agak2 nk contex awak ni yer

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  5. nua rs

    August 2, 2011 at 10:22 pm

    gen cps yang paling cun..

    Terbaik!(1)Booo~(1)
  6. Amie Evo

    August 3, 2011 at 9:43 am

    Salam Bro Evo semua peminat2 Arena Kereta...

    Di sini saya nak berkongsi pengalaman saya yang tidak seberapa mengenai Proton Gen2. saya memiliki Proton Gen2 (kaler hitam..manual) mulai april 2006. angkat baru. Dalam tempoh 2 minggu, ia telah dimodifikasi ke tahap Gen2 R3 seperti model yang dipamerkan semasa KL International Motorshow 2005 (kalau tak salah saya). Modifikasi adalah melibatkan ECU, system ekzos, suspension dan enjin itu sendiri. Thanks kepada abang2 di R3 yang telah banyak membantu. Bukan senang nak dapatkan part R3 kerana masa itu saya menetap nun jauh di Utara.

    Sekarang selepas lebih 5 tahun saya bersama Gen2 R3 ini, saya cukup berpuas hati. Untuk makluman Gen2 ini saya gunakan setiap hari pergi balik kerja (24km pergi balik) dan balik kampong (450km) setiap 2 minggu. Gen2 Cuma rehat 2 hari ja iaitu hari Sabtu & Ahad memandangkan saya juga memiliki 2 lagi kereta untuk tujuan ‘bersukan’. Fuel consumption (FC) cukup jimat, pada pandangan saya. RM 50 bermula pagi isnin – petang jumaat. Ini diambilkira termasuk jammed di KL ni. Setiap kali balik kampong, saya akan full tank di Wangsa Maju (RM77) dan sampai di kampung saya (Kangar) dengan baki 50km minyak lagi. Average speed saya atas hiway 140-150kmj. Stretch antara R&R Gurun – Alor Star Selatan, saya selalu buat 200-218kmj. Kesimpulannya saya cukup puas hati dengan FC Gen2.

    Handling…
    Spesifikasi Gen2 R3 saya cukup simple. Absorber ori Gen2, spring R2, front strut bar Ultra Racing dan rear strut bar (dalam bonet belakang) Ultra Racing. Rim 15” Advanti (R3) dan Silverstone Evo 8…
    Cukup puas hati dengan handling. Kekadang rasa lagi layan dari kereta saya yang pakai 4WD LSD system. Saya juga kerap guna Gen2 untuk ke Kota Bharu so time paling best adalah layan di Highway Karak (bukan movie Karak aarrr) dan laluan Bukit Tujuh (dekat Merapoh). Senang2 tapau Neo, Persona (kerap konvoi dengan kawan2) dan Civic EK (sorry Civic members…mungkin Civic EK4 B16B member saya ni tak power cornering coz dia takut layan korner). Member di ofis saya juga dahulunya menggunakan Gen2 Manual dan sekarang dah pakai Civic FD2..dia pun mengakui, bab cornering, Gen2 lebih sedap…1st Neo…2nd Gen2…3rd Persona…

    Performance…
    Mungkin sedikit berat sebelah jika saya nak bandingkan performance Gen2 R3 dengan normal Gen2 tapi saya sekadar nak berkongsi. Selepas RPM 3000, kekuatan Campro paling dapat dirasai apabila dipadankan dengan full system ekzos R3 + cable plug R3 + Denso Iridium. Yang ini paling byk effect. Di sini mudah untuk Gen2 meninggalkan standard Neo dan masih dapat meninggalkan Neo CPS…Cuma enjin Campro yang bukan IAFM atau CPS ini, mempunyai ‘penyakit’ kekurangan tork…so kena rajin sikit main drop gear…biar enjin galak pada RPM lebih 2500 RPM. Saya rasa tak perlu dinyatakan perbandingan dibuat dengan Persona kerana market Persona adalah lebih kepada family sedan…ya saya pernah mencuba dengan Persona…

    Kelemahan
    Hah..bab ni mungkin semua nak baca…ada ler juga kelemahan…tapi tak teruk dan bukan major…nak saya listkan?ok ja…
    1. Power window….
    Dalam tempoh setahun pertama saya pakai, 3 kali tukar bracket (besi) power window. Kali pertama dalam tempoh. Kali kedua insiden jadi di KL…kena ler RM 100 lebih tukar yang ori dan terkini pada awal 2006..dah bosan, saya tukar jer yang tak ori RM 50...bertahan sampai sekarang

    2. Head Room belakang
    Yang ni memang paling banyak dikomplen..sejak Gen2 ni 1st day kuar lagi. Kalau saya bawak kawan2 yang tinggi lebih 165cm..memang sangkut kepala....

    3. Audio system
    Yang ni bagi edition zaman saya memang bunyi hampeh.Sound system pada Persona & Neo jauh lebih sedap..tapi ia telah diupgrade pada model Gen2 CPS

    Rasanya dah panjang berjela dah ni...better stop kat sini. Nanti Bro Evo marah lak...apapun ini pandangan peribadi. Maaf kalau ada berat sebelah. Hanya untuk dikongsi bersama...sapa ada soalan...sila angkat tangan...

    wasalam

    Terbaik!(9)Booo~(0)
    • Evo

      August 3, 2011 at 2:09 pm

      Fuhh..memang dasyat pengalaman dan cerita dari bro Amie Evo, boleh jadi penulis undangan Arena Kereta ni.. :)

      Saya pun antara salah seorang peminat model Gen2, tambah2 yang versi CPS punya. Gen2 ni lebih sesuai untuk dijadikan kereta bersukan sebab rekabentuknya yang sporty dan prestasi pun boleh tahan selepas diupgrade.

      Kalau untuk keluarga kena kompromi sikit sebab head room belakang tu rendah sangat.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • Amie Evo

        August 3, 2011 at 3:01 pm

        Bro Evo...

        InsyaAllah kita sama-sama berkongsi dengan pengalaman yang cetek ni...

        Terbaik!(1)Booo~(0)
    • abe

      May 13, 2012 at 3:57 pm

      seriusly gen2 mudah nk modifies just tukar wayar plug racing + spak plug racing+ air filter racing.....tu pun leh dapat kelajuan tinggi pd rpm rendah.... kalu rpm 3k leh pergi 140km/j standet 120km/j....ad duit skit pasang E manage baru rase cm kuase 2.0l....engin dulu pawer wo....ad DNA mitshubishi lg time tu....pasal penjimatan tu atas kaki yg memijak pedal tu lak hehehehe

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  7. PENGKRITIK BIKIN TAKUT/kurangASAM

    August 3, 2011 at 2:00 pm

    kereta gen2 ni design memang cantik nampak sporty dan enjin bule tahan tapi banyak masalahlah kereta ni...banyak sangat kerosakan....

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  8. PENGKRITIK BIKIN TAKUT/kurangASAM

    August 3, 2011 at 2:06 pm

    kereta gen2 ni design memang cantik nampak sporty dan enjin bule tahan tapi banyak masalahlah kereta ni…banyak sangat kerosakan…...bab2 getah2 kat kereta ni tak berapa tahan lama...tapi meter kalau nak cecah 160kmh tak sampai beberapa saat...memang laju...ini model first edition belum cps lagi....dan masih standart...buat peminat gen2 baik korang ambik model gen2 cps le..lagi cantik....piping kulat ezos r3 memang mantap kereta ni

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  9. Amie Evo

    August 3, 2011 at 3:05 pm

    kepada yang tengah usha-usha nak beli keta baru, minat ala-ala sport, masih bujang atau baru kawin atau anak sorang kecik lagi, boleh la consider angkat Gen2 CPS...

    bab kualiti, Proton dah memperbaiki kualliti dalamannya. bab enjin, suspension dan gearbox jangan risau...setakat saya lenjan Gen2 ni dah 5 tahun, tak pernah buat masalah...relax ja...jaga servis ja...maintainance pun memang teramat murah

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  10. abdol

    August 6, 2011 at 3:50 pm

    aku student lagi, so nak angkat kereta 2nd hand yang murah and cun and murah. so aku ingat nak angkat 2nd hand gen2 1.6 auto. colour putih below 25k. kalau boleh sporty la siap skirting semua. ada cadangan?

    Terbaik!(0)Booo~(1)
  11. gen2merah

    May 12, 2012 at 4:57 pm

    klu da yg brmnt ngan gen2..hubungi sy 0137036625..sy ada..kereta tip top gerenti puas hati..

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  12. abe

    May 13, 2012 at 3:44 pm

    ak still pakai gen 2 2005 1.3 AT pawer window x ad masalah langsung......enjin memang lembap tp lepas pakai wire plug jenis racing ad pawer r....time nie still pakai gearbox mitshubishi ......enjin tahan yg jd masalah nye bawak dalam bndar minyak parak wo.....atas higway jimat r kalu mantain speed....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  13. gen2merah

    May 14, 2012 at 9:11 pm

    klu da yg brmnt ngan gen2..hubungi sy 0137036625..sy ada..kereta tip top gerenti puas hati..guna dulu baru tau kesedapannya..aku nk cri buyer..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  14. azizi

    July 5, 2012 at 2:05 pm

    nk jaui kereta gen2.2009.tiptop..servis ikt time..skli rim17..extractor 4-2-1 hotbits..mai try tgk dlu..cod penang..nk juai 39k..on the road..leh full loan...berminat..kol 0136215876..cr buyer secepat mngkin..nk amik mpv plak

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Rufino

      January 30, 2014 at 9:56 am

      Oh, Carissa! You're posts makes me so teary, I feel like I have to catch my breath. I went back to work on February 21st, and I thugoht someone had literally broken my heart.The good news, it gets better!! It really does. I've been back a little more than a month, and I jumped right into tax season. While it's often hard and there are days where I see Jane for just an hour, it is also rewarding. The challenge I still struggle with is how to balance it all. That is the magic question!I will be thinking about you. If you ever need a word of support, please let me know. The support and kindness of my working mom friends made it possible for me to wave goodbye to JAne as I pulled away and drove to work on that first day back.

      Terbaik!(1)Booo~(0)
  15. Sharina

    August 13, 2012 at 10:43 pm

    Salam kepada semua;

    Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli kereta Gen2 1.6 automatic black, tahun 2005, accident free, baru 78000km, code wilayah no plate wnd 4999 harga sekitar 27k,boleh di runding lagi, boleh call 0148352655..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  16. Idayu

    August 26, 2012 at 11:50 pm

    sya nk cri keta GEN 2 dlm hrga 17k coz sy stdent lgi...area kedah & penang....klu ada cntact sy cpt coz urgent sgt nie....tq

    Terbaik!(1)Booo~(0)
    • Zubaidahhkhadzri

      September 29, 2013 at 12:36 am

      0189886766.......kalau call tak jawap...call sekali lagi0192331082.
      §aya ada Gen2 2005.tayar 4 baru ekzoz baru. Enjin dah service baru. Horn dah ganti baru

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  17. khasiah

    September 26, 2012 at 3:22 pm

    Salam...

    berniat nk jual kereta Gen2 1.6 automatic grey, tahun 2006, accident free.. RM27k (nego) sila hubungi 012-9850890 (suhaili)...tq

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  18. Noraini/Norizwan

    September 27, 2012 at 2:03 pm

    Salam 1 Malaysia,,,

    Saya mahu menjual kereta saya Gen 2 (Auto) 1.6 warna biru kerana mahu membeli MPV. accident free warna biru..tahun 2005..price RM23 (nego). sila hubungi Izwan/Aini (0192349951/0176984851)..saya duk dan keje di Putrajaya saja..tq

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  19. Bro K

    December 26, 2012 at 1:18 am

    wau....banyak yang komen tentang Gen2 nee.....tapi memang sedap gak lah bawak Gen2 , cuma kena jaga , minyak hitam santatik , guna spark plug denso iridium, simolta air filter, plug cable racing dan tukar R3 421 eksos system....bedesupp pegi nya

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  20. azlan

    March 25, 2013 at 12:50 pm

    Saya ingin menjual kereta gen 2..tahun 2009 automatik warna silver dgn harga RM 29500(nego)..jika ada yg berminat blh email initialmophesis@yahoo.com

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  21. ZURAINI SAID

    June 29, 2013 at 3:45 pm

    salam..nak jual gen2 cps 2010 warna hitam auto..sebabnya..saya dah habis blajar n kawin..skg duk umah jek..kereta pon tersadai..
    kereta xde masalah serius..servis on time..
    masalah kecik sejak beli kereta..lock pintu tmpat driver x naik bila unlock..kena bukak ikut pintu 1 lagi (kadang2 je jdi mcmni..xtau knape)

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  22. din

    August 21, 2013 at 4:14 pm

    saya nk beli enjin gen2 1.6..sapa sapa ada buleh hubungi 0139811535

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  23. tikahmat

    September 14, 2013 at 8:21 pm

    saya nk beli kereta gen2..yg harganya di bawah rm 3.000.00 ada tak.kalau ada hanta pesenan k fb tikahmat@yahoo.com..kerja sama anda di hargaie...terima kasih

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  24. Fauzie

    November 29, 2013 at 10:13 am

    Sy de nk letgo keta gen2 AT, thun 2004 .enjin 1.6 color silver grey free accident . Nk tkar coz nk tkar keta mpv coz da de big famili .bminat col 0172072057. Condition very good n mmg dservis on time

    Terbaik!(4)Booo~(0)
  25. mfauzi75

    December 12, 2013 at 10:51 pm

    Sy ingin menjual gen2 1.6auto thn 2004. Nak upgred mpv... kereta tiptop rim dan tayar baru tukar size 205/50/16. Timingbelt waterpump engine mouting, adsober 44 semua dh tukar kos abis dekat 3k.. body akan dicat semula sebelum diserah pada pembeli.. harga 16k. Berminat sila call 0182181739

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  26. harris

    December 30, 2013 at 2:39 pm

    ssiapa ade gen2 auto 1.6 utk djual bwh 15k sila hbungi 0177600171..area jb d utamakn lah..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  27. ridhu

    January 30, 2014 at 4:44 pm

    Ssiapa mau lepaskan gen 2 manual 1.6 kol sy 01114985947. P.tmur.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  28. acit

    February 2, 2014 at 11:18 pm

    Ada sesiapa nak jual gen2 bawah 15k, please text aku kat 0192301506

    Terbaik!(0)Booo~(1)
    • LIA

      June 9, 2014 at 2:17 pm

      kalau 14k berminat x?

      Terbaik!(1)Booo~(0)
  29. nurin

    April 29, 2014 at 11:32 am

    sy ada kete gen2 1.6 AT (Campro), warna silver; manufactured 2007; register 2008; mileage 147,000 km,
    klu nk jual, berapa harga market skrg?

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  30. AIN

    July 6, 2014 at 5:23 pm

    salam nak tanya dekat mana boleh dapat meter gen2 auto secondhand pun xpa..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  31. hairul

    September 19, 2014 at 4:42 pm

    Sy ingin cri krete gen2 2nd..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Hafizzah

      September 24, 2014 at 3:48 pm

      Gen-2 CPS 1.6 Manual Black
      2009 baru 64000km
      Free accident
      RM29K
      Boleh hubungi saya 0126370581
      Sungai Besar, Selangor

      Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>