Yamaha Lagenda 115Z dan Lagenda 115ZR - Arena Kereta

Yamaha Lagenda 115Z dan Lagenda 115ZR

Salah satu pengeluar motosikal yang begitu agresif mengeluarkan motosikal baru di negara kita ialah Yamaha. Yamaha tidak pernah ketandusan idea dalam mengeluarkan motosikal baru yang bukan sahaja cantik malah berkuasa. Kini Yamaha sekali lagi melakukan kejutan dengan menampilkan sebuah model baru hasil daripada kesinambungan Yamaha Lagenda 110Z iaitu Yamaha Lagenda 115Z dan Yamaha Lagenda 115ZR.

Jika kita mengikuti sejarah pengeluaran motosikal Yamaha sekitar tahun-tahun 80an dulu, Yamaha RX-Z 135 cc pernah merajai jalan raya suatu ketika dahulu dan nampaknya Yamaha RX-Z masih lagi mendapat perhatian peminat-peminat motosikal tempatan. Yamaha TZM, Yamaha 110SS, Yamaha 125Z dan Yamaha LC135 hanya mengesahkan bahawa motosikal keluaran Yamaha bukan sahaja perlu bergaya dan seksi malah berkuasa. Itulah kelebihan motosikal keluaran Yamaha yang sukar digugat oleh pesaingnya.

Dengan pelancaran motosikal Yamaha Lagenda 115Z dan Yamaha Lagenda 115ZR baru pada bulan lepas, peminat-peminat motosikal kini lebih mempunyai pilihan untuk memiliki sebuah motosikal baru yang bergaya selain daripada Yamaha LC135. Dengan harga yang jauh lebih murah daripada Yamaha LC135, Yamaha Lagenda 115Z dan 115ZR adalah pilihan yang tepat bagi yang tidak mahu berkompromi dengan gaya dan kuasa.

Yamaha Lagenda 115Z dan 115ZR adalah model terbaru dan bukannya dinaik taraf daripada model sebelumnya. Reka bentuk rangka dan badan luaran keseluruhannya adalah ciptaan terbaru. Bagi pemilik-pemilik Yamaha Lagenda 110Z, mereka boleh melupakan hasrat untuk memodifikasi atau menaik taraf motosikal mereka menjadi seperti Lagenda 115Z dan 115ZR.

Harga Yamaha Lagenda 115Z ialah RM4,599.00 (tanpa insuran dan roadtax) manakala harga Yamaha Lagenda 115ZR ialah RM4,998.00 (tanpa insuran dan roadtax). Perbezaan ketara Yamaha Lagenda 115ZR ialah kedua-dua tayarnya dilengkapi sport rim dan Lagenda 115ZR didatangkan dalam satu warna sahaja iaitu biru.

Baru-baru ini aku singgah di kedai menjual motosikal Chin Hin Jitra di Pekan Gurun, Kedah. Bayaran muka bagi sebuah Yamaha Lagenda 115Z hanya sebanyak RM1,800.00 sahaja termasuk insuran dan roadtax. Bayaran sewa beli boleh dilanjutkan sehingga tempoh 4 tahun.

Kelebihan Yamaha Lagenda 115Z dan 115ZR ialah bentuk dan gayanya yang seakan-akan meminjam daripada gaya mantap Yamaha LC135, cuma saiz enjin sahaja yang mempunyai perbezaan ketara. Yamaha Lagenda 115z dan 115ZR dipercayai lebih menjimatkan minyak daripada LC135 memandangkan saiz enjin yang lebih kecil, amat berbaloi untuk dimiliki oleh sesiapa yang mementingkan sebuah motosikal yang bukan saja bergaya dan berkuasa, malah menjimatkan minyak petrol.

Terbaik!(6)Booo~(2)

32 Comments

  1. Syukie

    June 22, 2010 at 1:23 am

    RXZ 125 cc ke??
    bukan 135 cc??

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. Evo X

    June 22, 2010 at 1:27 am

    Yup betul, RXZ 135 cc, typing error, thanks atas info.. ;)

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. Syukie

    June 22, 2010 at 1:33 am

    :D hehe peminat RXZ... so tu yg rasa muskil ley jadi 125...x penah didengar...kalau 5 speed tu ade...sekarang 6 speed :P

    Sila lah melawat blog saye :D

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. Evo X

    June 22, 2010 at 1:35 am

    Thanks Syukie, minat takpe, jangan merempit dah le, bahaya tau.. ;)

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  5. Syukie

    June 22, 2010 at 1:38 am

    X merempit da..sekarang pakai kereta saga je :P
    pencen naik moto

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  6. Anonymous

    July 12, 2010 at 2:37 pm

    s

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  7. Anonymous

    July 12, 2010 at 2:40 pm

    ya aku pun dah pakai lagenda baru ni..memang puah hati....yang aku tensionya....aku beli sport rim pasang...cuma 1 minggu ja boleh pakai...spec untuk batang arm belakan tak sesuai ngan sport rim yang lain....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      July 12, 2010 at 6:23 pm

      Best lah kau dapat pakai Lagenda baru, tak payah pakai sport rim, pakai rim original pun dah ok apa..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  8. micheal jackson

    August 2, 2010 at 6:58 pm

    cool....this is my dream

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  9. EWA87

    December 30, 2010 at 1:44 am

    ish..peningla nk pilih moto ape..ingat nk amik ,115z lagenda ni..tapi dgr bnyak lak komen ckp lampu belakang nye tak chantikla....tak laju la, mcm ultramen la rupe motornye, baru pakai lepas lenjan abis terus bergegarla..aku dh order dh moto ni....cm ner ek? ade kah nk teruskan niat aku ni beli je moto ni...atau mintak toke kdai tu tukar nga moto lain??? moto ape yg paling sesuai ek???and kualitinyer bagus???ish peninler..:( takut kene gelak jer pakai moto lagenda 115z ni...huhuhuhu

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      December 30, 2010 at 6:22 am

      Saya syorkan beli moto modenas gt128, lagi cantik dari lagenda.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  10. firdaus

    February 12, 2011 at 3:57 pm

    peh..aq rase nk beli lgenda ne...aq dah pnah pki kriss n wave..lpas ne nk tkar selera lak..lagenda 115z je...115zr x lawalah sp.rim die

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  11. adipenang

    February 15, 2011 at 11:43 pm

    jangan ikut org.depa tau komen je.kita nak pakai

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  12. ariff

    March 26, 2011 at 12:00 pm

    aku dah beli moto y115z ni..
    moto ni mmg best..first time bwk kuar moto nie..awek pndang siot..tpi yg xleh trima knyataan,meter moto nie leh naik smpai 100 je..mmber2 aku yg sme moto mcm aku dpt nasib yg sma..sisi 115 tpi lembap

    Terbaik!(0)Booo~(1)
    • mohd hafis

      March 26, 2011 at 12:35 pm

      pergh brt btol..
      lagenda burung hantu aku 120 ..
      ke mtre lagenda aku ringan..

      Terbaik!(0)Booo~(1)
    • khairul

      November 26, 2011 at 8:35 pm

      bro cube tgk bwk trun spoket dye sbb spoket standed 14-40 cube bwk trun 15-35 okey kew x sbb gua pun gune 115z gak spoket 15-35 bg wa okey la gak....
      tp yg best nye minyak memang save dr wa isi full dri penang sampai gunung semanggol bukit merah bru isi plak 2 pun ada lg stengah tank lg....

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • ajid

        December 7, 2013 at 7:11 pm

        aq setuju bab spoket tu..memang kne turunkn 15-35...tp y bab minyak tu btl ke save??ramai membe aq ckp..moto ni kuat makan minyak same macam lc..

        Terbaik!(0)Booo~(0)
  13. zairey

    May 30, 2011 at 11:52 am

    nak tya..dalam ptengahan tahun nie, harga untuk y115ZR berapa skunk ..??duit muka dia plak agak2 berapa ya..nak servey dulu..huhu...thx..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  14. eric sham

    June 1, 2011 at 1:53 pm

    115zr bagus la....tp top speed x setanding dgn lc135..geram arrr....apa patuut saya bua???

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • tian bao

      October 18, 2011 at 11:41 pm

      better you go for LC135... that's why hong leong produce lot of motorcycle variety, U CHOOSE... apa kegunaan you beli motor, for racing purpose? for daily ride? remember, love ur self, jgn cepat2 pegi tongsan...

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  15. dienracing

    October 18, 2011 at 5:14 pm

    tukar spoket kecil je bro, insyaallah lebih laju sikit tapi seksa la kalau bawa pembonceng. aku dah tukar spoket,top bleh naik 120km/j berbanding sebelum ni 110km/j.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  16. Ramon

    November 1, 2011 at 11:07 pm

    Ak nk beli y115 zr ni duit muka zero down payment bole ke? Ataupun down payment yg plg rendah agk2 berapa rm? Pls reply kpd sesape yg tau. Tq.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  17. suzy

    January 4, 2012 at 12:20 pm

    i bawak y115z nw. downpayment rm2500. rm180 per month for 2 years. ramon u kene servey byak kedai la ikut kemampuan..good luck

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  18. zul

    March 15, 2012 at 4:34 pm

    lagenda 115z...x sedap la...mcm haram!!!!!!...gegar2...berat plak ue..atoi...rugi...lw jual...hrge rendah gle...kdai x brani nk amik...apela...trok btol..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  19. coi

    May 23, 2012 at 10:55 am

    lagenda ni best.ringan..barang pun dah byk cam lc.
    setakat nak makeup xde hal..yg penting jenama tu.YAMAHA.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  20. eiy

    July 22, 2012 at 12:46 pm

    boleh ke cverset lagend 115z gn dkt 115zr

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  21. Zieman

    July 12, 2013 at 5:40 pm

    Btl'bro..motor ni klu pandai makeup sure cair ong tgok..tk cye cuba la ...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  22. jondol

    July 21, 2013 at 3:08 pm

    Jangan beli motor yamaha 115z..menyesal t... Rugi xlaju max 100km/j..laju lagi Ex-5...tq

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  23. alie b kuantan

    July 21, 2013 at 4:38 pm

    Aku pnye legend 115,bole cecah 150km/jam,lau meter RXZ 170,mto legend aku siap clucth tgan ag,haha...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • lagenda merah

      August 26, 2013 at 4:05 am

      aku sokong.... setuju sgt2...

      Terbaik!(1)Booo~(0)
  24. lagenda merah

    August 26, 2013 at 4:04 am

    aik pelik betul sape kate lagenda 115z ni lembap?? bro... moto aku leh naik 130km/h.... setakat nk cucuk lc tu mmg boleh.. ar... cume ko kena pandai main gear....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  25. lagenda hitam

    March 11, 2014 at 11:32 pm

    salam..aku pki lagend 110z.aku nk mtk tlg sapa2 yg prnh pasang sndri clutch tngn,bntu aku mcm mna nk psg bnda alah ni.aku tau brg2 die ada 13 item.yg aku blur tu,tang kt dlm engin psl ada brg2 kecik.aku mmg dh x sbr nk bkak ni.brg2 dh ada.

    Terbaik!(1)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>