MPV Kompak - Perodua Alza - Arena Kereta

MPV Kompak – Perodua Alza

Semenjak dua menjak ni rajin pulak saya jumpa Perodua Alza kat atas jalan raya yang siap dipasang bodykit. Saya tak pasti sangat sama ada Perodua Alza yang saya jumpa tu dari versi advanced version ataupun biasa dan kemudian ditambah bodykit kat kedai. Berbanding Perodua Alza yang biasa tanpa bodykit, yang pakai bodykit memang cun. Kalau tanpa bodykit tengok kosong semacam je, langsung tak cantik.

Perodua Alza ni dalam kategori MPV atau kereta sebenarnya? Bagi saya nak kata MPV tu, nampak dah macam MPV, nak kata kereta pun boleh jugak sebab saiz tak sebesar mana. Yang sebetulnya Perodua Alza adalah sebuah kereta dalam kategori wagon, boleh terima tak pendapat saya tu? Ataupun nak lagi sedap kita sebut kereta dari kategori MPV kompak.

Kalau ada yang berhajat nak beli sebuah kereta MPV dan berangan-rangan nak bawak penumpang 7 orang dewasa termasuk pemandu, elok jangan beli. Tempat duduk ketiga Perodua Alza tu sesuai untuk budak-budak je, kalau orang dewasa tak lepas. Ataupun lipat je kerusi belakang tu buat tempat letak barang-barang. Anggaplah Perodua Alza sebagai sebuah kereta dengan bonet belakang yang luas.

Kereta Naza Citra saya yang nampak besar tu pun tak berapa sesuai untuk orang dewasa duduk di barisan kerusi ketiga. Budak-budak je yang boleh duduk dengan selesa. Perodua Alza, Nissan Grand Livina dan Naza Citra semuanya dalam kategori MPV kompak, sebab tu tempat duduk barisan ketiga tak luas. Proton Exora pulak, orang dewasa boleh duduk agak selesa di tempat duduk barisan ketiga, tapi masih kecil berbanding MPV bersaiz penuh macam Toyota Estima dan Toyota Alphard.

Ikut pengalaman saya, Perodua Alza adalah sebuah kereta yang menjimatkan minyak petrol. Elok sangat la tu, harga petrol dah nak naik sikit hari lagi. Enjin bersaiz 1.5cc dipadankan dengan saiz kereta yang kompak, memang berpadanan antara nisbah berat dan kuasa. Lagipun enjin daripada Daihatsu sudah terbukti menjimatkan minyak, tengok je la kereta Perodua Myvi, Perodua Viva dan Perodua Kelisa, bukan main lagi jimat minyak.

Bagi saya Perodua Alza patut dipertimbangkan jika ada yang bercadang untuk membeli kereta baru.

  1. Saiz kompak – Kereta kompak macam Perodua Alza memang senang dipandu. Nak parking pun mudah, nak drive dalam kampung atau bandar pun tak ada masalah. Sangat sesuai untuk pemandu wanita yang tak berapa pandai bawak kereta tapi teringin sangat-sangat nak pakai MPV. Tapi walaupun kompak, yang bestnya bonet belakang memang luas daripada kebanyakan kereta lain, tapi kerusi di barisan ketiga tu kena lipat la, ataupun buang terus je jadikan sebagai sebuah kereta wagon.
  2. Jimat minyak – Perkara ini memang tak boleh dipertikaikan. Dah ramai pemandu Perodua Alza yang berpuas hati dengan penggunaan petrolnya. Enjin 1.5cc pun berkuasa dan tidak menelan minyak walaupun kadang-kala terpaksa mengerah tenaga jugak kalau bawak penumpang penuh. Pendek kata, jika dibandingkan dengan pesaing-pesaingnya, Perodua Alza sesuai sangat untuk sesiapa yang mahu berjimat. Kalau duit dah banyak sangat nak isi petrol tu silakan beli Toyota Alphard dengan enjin berkapasiti 3.5cc.
  1. Ruang dalaman yang luas – nama pun sebuah MPV kompak, memang luas tempat duduk barisan depan dan tengah. Mengalahkan saiz keluasan kereta sedan seperti Proton Persona. Agak kurang adil kalau sebuah kereta MPV kompak jika dibandingkan dengan sebuah kereta sedan seperti Proton Persona, tetapi itu sebagai panduan saja kepada sesiapa yang masih memikirkan antara Persona atau Perodua Alza untuk dibeli.
  2. Kualiti terbaik – Saya bukan hendak merendah-rendahkan pengeluar kereta lain, tetapi kereta keluaran Perodua selama ini memang berkualiti, tahan lasak dan susah nak rosak. Kalau ada pun sikit-sikit saja, biasalah tu, mana ada kereta baru yang tak pernah rosak. Kalau ada pun harga lebih RM100k, ini kita bercakap pasal kereta yang berharga dalam lingkungan RM40k -RM65k, masih lagi berbaloi dengan nilai wang yang dilaburkan. Setakat hari ini saya tak pernah dengar lagi orang kondem kereta keluaran Perodua kaw-kaw punya, tak kira kereta model apa pun. Semuanya banyak yang memuji berbanding Proton yang teruk kena belasah dalam forum-forum kereta.
  3. Harga yang munasabah – Sebagai sebuah kereta MPV kompak, bagi saya Perodua Alza dah cukup murah dah. Kalau yang mahal pun versi Advanced Version saja. Harga Perodua Alza paling murah bermula RM55,490.00 (versi manual) dan paling mahal berharga RM69,990.00 (Advanced Version Automatik). Mungkin pesaing paling terdekat ialah kereta Naza Citra terbaru ataupun Proton Exora versi manual.

Masalah untuk orang yang mempunyai minat mendalam terhadap kereta macam saya ni ialah semangat untuk menukar kereta baru tak pernah padam. Buat masa sekarang ni saya boleh bersabar lagi, cukuplah apa yang ada. Mungkin 5 tahun lagi baru saya akan beli kereta baru, sekarang ni biar saya tengok dulu perjalanan dunia automotif di negara kita.

Perodua Alza Advanced Version paling menawan..

Sempena harga petrol yang akan naik sedikit masa lagi, Perodua Alza sepatutnya menjadi pilihan untuk bakal pembeli-pembeli kereta baru yang mahukan sebuah kereta jimat petrol tetapi masih mempunyai ruang yang luas dan selesa.

Terbaik!(9)Booo~(0)

32 Comments

  1. pojie

    September 26, 2010 at 7:16 am

    rasa berkenan gak kat alza ni...dari pengalaman tuan, alza (A) ni kalau isi Rm1o.oo agak2 boleh pegi berapa puluh KM?

    Terbaik!(0)Booo~(4)
    • Anonymous

      September 26, 2010 at 2:08 pm

      setakat pengalaman saya, rm 10 mampu capai 60km..begantung kepada corak pemanduan..kalu bawak steady xde teran minyak, insyaAllah..

      Terbaik!(2)Booo~(1)
    • Niraisyaziq

      September 6, 2013 at 4:35 pm

      sy beli alza aerosport 1.5 A tahun 2010. setiap kali beli minyak, sy rekod. jadi setakat ni harga minyak masih RM1.90, kami gunakan RM0.20/km.

      Terbaik!(4)Booo~(3)
  2. Anonymous

    September 26, 2010 at 5:01 pm

    Alza adalah sebuah kereta yg teruk tetapi dijual dengan harga yg mahal. Kereta ini dibuat dengan tin milo; tidak sesuai sebagai sebuah MPV untuk mengangkut penumpang melebihi 5 orang. Anda meletakkan keluarga anda dalam bahaya jika membawa mereka di dalam ALZA kerana ianya tidak menawarkan prestasi engine sebagai MPV ataupun jaminan keselamatan sekiranya berlaku hentaman.

    Jika anda mahukan 7 tempat duduk, belilah Starex atau Stavic.

    Terbaik!(1)Booo~(32)
    • bro

      January 17, 2011 at 12:41 pm

      la, ingat soh beli exora tadi...
      punyala jauh melompat, dari alza ke starex...

      Terbaik!(12)Booo~(2)
    • fiesta

      March 6, 2011 at 8:35 pm

      kerata ape pun kalu bwk lbh 120km/h accident mmg la teruk. crash test ncap pun utk kelajuan 60km/h saje utk semua kreta. lebih drp tu..lumat la. hee..

      Terbaik!(9)Booo~(0)
    • wrx

      November 18, 2011 at 7:09 pm

      alaaa..buat pe bawa mpv laju-laju....tapi alza macam tin milo tu memang betulah..kawan gua dah exsiden sekali....memang teruklah..susah nak cakap.....ngeri....

      Terbaik!(1)Booo~(7)
    • Bidin al Zaifa

      September 6, 2013 at 5:29 pm

      Encik Anon 5.01pm ni Salesman Hyundai ke? Body Stavic dan Starex (mula2 tak laku Hyundai Malaysia tmbah 'Grand', pon tak laku jugak ditambah 'Royale' plak....) kukuh macam kereta kebal ke?

      Terbaik!(8)Booo~(0)
  3. Alza's fan

    November 19, 2010 at 5:33 pm

    Sbnrnya tplang pd indvdu tsbut..klau mmpu..bli la yg rm100k keatas..tp klau glngan sdrhna..alza dah memadai..lgpun klau bwk laju gler n tereksiden..x kira la keta mahl ke keta murah ke..keta tu ttp remuk..tul x?ada jgk org yg bwk keta mewah mati sbb pndu tlalu laju kan?kan?bkn keta yg slh..tp cra kite mmndu..

    Terbaik!(19)Booo~(0)
    • da greg

      September 10, 2012 at 11:05 am

      saya sokong..kita beli kereta bkn utk blumba2 ..cukup stakat sbg pgangkutan kita skeluarga..yg pting kita slesa dan mampu..buat apa kereta mahal2..mesej nya apa jenis kereta pun yg pting kita slesa guna..

      Terbaik!(7)Booo~(0)
  4. saiful

    January 17, 2011 at 12:35 pm

    #3 alza's fan ..aku stuju kata ko.
    kalo bw kete pape pn, kalo xcident ..truk gak.
    cmnepn pemanduan berkhemah perlu diutamakan.
    pandu cermat,jiwa selamat.

    Terbaik!(8)Booo~(2)
  5. alza ku

    March 3, 2011 at 2:06 pm

    hehe...minggu depan alza sy kuar...tak sabar nk rasa bawa keta alza sendri...cmna nk join club alza...bg link bole...?

    Terbaik!(4)Booo~(0)
  6. otakBN

    March 3, 2011 at 10:42 pm

    klu keta untuk bw family bt ape laju2....nk laju2 xyah la keta family...ambik sedan lerrrrrrrr.....

    Terbaik!(4)Booo~(0)
  7. fyz

    June 23, 2011 at 9:35 pm

    alza mmg comel n menarik, kualiti dan prestasi mmg memuaskan.. pakai lah alza n boleh join the club myowner club.tq

    Terbaik!(2)Booo~(0)
  8. hanna

    November 18, 2011 at 3:13 pm

    saya pakai kete myvi.. br 3 thn sensor gear box rosak.. bwk g perodua nasihat dorang tkr kete br.. so sy rasa nk amik alza je sb nampak cun.. yelah lbh kurang dgn livina n jazz yg mhl kan..ok ke

    Terbaik!(0)Booo~(1)
  9. firz love aja

    November 23, 2011 at 8:58 am

    hm..byk gak komen psal alza..ape2 pn down pyment n agreement dah sign smlam..mggu dpn insyaallah dpt lah alza auto putih

    Terbaik!(6)Booo~(0)
  10. mohamad shahizan b ramli

    June 24, 2012 at 2:55 pm

    askum nak tanya alza manual lg sedap ke auto lg ok...nk bandingkan ..

    Terbaik!(1)Booo~(2)
  11. ambo

    July 8, 2012 at 2:18 pm

    kete aku dh tiga mgu oder tp still x nmpk buk tension.....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  12. latifah

    October 12, 2012 at 3:43 pm

    habis belajar...walaupun xkwin lg...i dah beli alza advance 1.5...huhuhu...ms tu baru keje 2 bulan....sekarang dah dekat 2 tahun pakai....xder masalah pe2...minyak jimat...bergantung pd pemanduan gak....beli kete biasa ikut kemampuan lol....mahal pun tetap besi buruk gak...hehheee....so baik beli tanah ke...rumah ke kalau ada duit lebih dari beli besi buruk....beli alza untuk ms depan...umur saya 30 nanti dah xder hutang loan kete...so boleh la beli rumah pula....weeeeee......

    Terbaik!(8)Booo~(2)
  13. ZU

    December 16, 2012 at 5:21 pm

    WATER PUMP N BREK ROSAK KENA TUKAR.....NAPE WATER PUMP CEPAT ROSAK...?BLH THN BAPE LAMA?

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  14. xdomakno

    December 17, 2012 at 10:20 am

    Aku dah pakai alza nak dekat 3 tahun,memang berbaloi. tujuan aku pakai alza supaya senang bawa barang besar sebab anak aku baru 3 orang,tak perlu kereta besar tapi aku lebih suka kerata yg pelbagai guna.aku pernah isi kabinet tv 6 kaki tanpa masalah sebab seat 2nd row dan 3rd row boleh lipat kasi rata.kalau nak naik 7 orang tu boleh je kalau jalan dekat2,yg x perlu bawa beg besar,dah boleh jimat minyak(dari guna 2 kereta,dah boleh guna 1 kereta).bab masalah kerosakan, setakat ni alhamdulillah xde.

    Terbaik!(4)Booo~(0)
  15. tolok

    February 10, 2013 at 1:38 pm

    walau macammana pun minggu depan lepas new year chines saya dapat kereta Alza prenium 1.5 tak sabar nak bawa..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  16. tolongjawapsoalansaya

    August 11, 2013 at 2:51 pm

    alza auto dan alza manual mana tahan dan ok.tq.

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  17. fauzan

    August 11, 2013 at 6:06 pm

    saya sebagai yang berpengalaman dalam bidang automatf ini akan menjawab soalan anda..
    saya rasa perlu lihat slip gaji saudara dahulu..kalau bank sudah luluskan loan baru berbincang mengenai kenderaan yang saudara berminat..

    salam n cheers!

    Terbaik!(1)Booo~(0)
    • fauzan

      August 12, 2013 at 8:22 am

      Mmm... mamat kat atas nie sekadar menggunakan nick name saya FAUZAN:) Moga niatnya baik n Allah memberkati. Amin.

      Salam n cheers!

      Terbaik!(1)Booo~(0)
  18. fauzan

    August 12, 2013 at 12:58 pm

    Mmm.. Sudah sudah ler gunakan nick name saya FAUZAN.. Nama saya begitu istimewa sekali dan wajah saya ala ala mubarak majid..saya sangat sedey kalau tindakan pihak2 tertentu mengunakkan nama saya.

    Salam n cheers!

    Terbaik!(1)Booo~(1)
  19. Manwayne

    February 4, 2014 at 7:51 am

    Saya penguna perodua alza SE new versions 2014
    Minyak sangat2 jimat
    Design sangat2 lawa

    Terbaik!(11)Booo~(0)
    • L6

      March 8, 2014 at 2:09 am

      nang benar ya man..alza trbaik nk..hehe..da juak d ctok owww, ingt d myalza forum jk tek.

      Terbaik!(1)Booo~(0)
    • naj anuar

      March 11, 2014 at 7:03 pm

      Nak tanya...brapa ek fuel consumption... l/km...

      Terbaik!(1)Booo~(0)
  20. cik alza

    March 6, 2014 at 1:19 pm

    sy pengguna alza advance 2014 ivory white
    mmg puas hati memiliknya walupon xde 3rd row
    blower masih lg sejuk duduk dibahagian
    belakang.minyak jimat.1 je masalahnya pasal alza
    nie bunyi kenderaan dr luar boleh kedengaran lepas nie
    nk buat sound proof kt bahagian pintu sisi dan belakang

    Terbaik!(3)Booo~(0)
  21. L6

    March 8, 2014 at 2:26 am

    saya juga 'bakal' pngguna Alza 2014 advnce vrsion..tgh menunggu dgn pnuh kesbrn ni.niat d hati mahu ambik keta ni sbb ada sorg kwn bagi pinjam alza advnce selama sminggu.lps ni leh drive alza kpnyaan sdri ler.

    Terbaik!(6)Booo~(0)
  22. Promosi Perodua

    March 8, 2014 at 3:56 am

    Alza terbaru ni memang best kalau diikutkan dgn yang lama. mungkin dulu2 ade komen ckp mcm tin milo, jom tgk dkt showroom perodua, confirm tak nmpk "tin milo" tu..:P

    Terbaik!(6)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>