Proton Perdana V6 – Murah, Bergaya & Mewah - Arena Kereta

Proton Perdana V6 – Murah, Bergaya & Mewah

Salah sebuah model kereta keluaran syarikat Proton yang berada dalam kelas mewah dan elit ialah Proton Perdana V6. Perdana V6 mula dikeluarkan mulai tahun 1999 dan masih berterusan sehingga kini. Seperti biasa Proton terlalu lambat untuk mengupdate setiap model kereta keluaran mereka. Perdana V6 juga menerima nasib yang sama walaupun telah berusia lebih 10 tahun.

Jika ada yang berhajat untuk memandu sebuah kereta sedan @ saloon terpakai yang mempunyai ruang dalaman dan bagasi yang luas tetapi berkuasa serta bergaya, saya syorkan sebuah Perdana V6 terpakai. Harga sebuah Perdana V6 terpakai sekarang memang jatuh merudum dengan teruknya. Kalau keluaran tahun 1999 sehingga 2003, dengan bajet antara RM25,000 sehingga RM 37,000.00, sesiapa pun boleh memilikinya dengan megah.

Yang menariknya, Perdana V6 terpakai walaupun telah murah, persepsi orang ramai tetap mengatakan yang kereta tersebut daripada kategori kereta mewah. Kalau anda sedang memandu pasti pandangan orang lain terhadap anda akan berubah. Masa tu anda boleh la berlakon atau berlagak sikit yang anda tu kontraktor ke, tokey kedai emas ke ataupun anda tu memang orang berada.

Antara kelebihan kereta Perdana V6 ialah semua kusyen dibalut kulit, kalau tak silap saya memang kulit original, power stereng dah semestinya, empat power window dan sound sistem yang meletup-letup. Kalau anda peminat sistem hi-fi kereta memang akan puas hati. Satu lagi keunikan Perdana V6 ialah model tersebut mempunyai sistem auto cruise. Bukan semua kereta ada auto cruise tapi Perdana V6 ada, memang hebat, maklumlah kereta bertaraf mewah dan eksekutif.

Bab enjin memang puas hati, berkuasa dan laju tapi taklah berkuasa seperti enjin turbo. Sahabat saya memiliki sebuah Perdana V6 keluaran tahun 2000, katanya memang best memandu Perdana V6. Petrol pula dia kata ok sebab enjin cc besar, takkan nak makan minyak sama macam Viva pula. Tambah dia lagi, persepsi orang ramai yang mengatakan Perdana V6 menelan minyak petrol dan kos maintenance yang tinggi adalah kurang tepat.

Kereta apa pun kalau tak jaga enjin atau maintenance keseluruhan dari awal tetap akan rosak juga. Sama seperti Perdana V6, kalau dijaga dari awal dengan baik dan setiap kerosakan tak dibiarkan berlarutan, anda tidak akan menanggung kos pembaikan yang tinggi selepas itu.

Kebanyakan kaki kereta atau peminat dunia modifikasi kereta selalu menggunakan Perdana V6 sebagai kereta projek. Memang cantik habis bila tengok Perdana V6 yang dah siap dimodified, tambah-tambah pula enjin dah ditukar ke enjin Eterna V6 TwinTurbo 2000cc, memang sedap kalau dipecut laju atas highway.

Sebenarnya saya pun dah hampir-hampir nak sambar sebuah Perdana V6 baru-baru ini, tapi bila fikir-fikir balik saya dah ada sebuah Naza Citra, nanti tak sesuai pula nak naik yang mana satu. Akhirnya saya sambar sebuah Perodua Myvi 1.3 Auto sebagai kenderaan kedua.

Kalau anda berhajat nak beli Perdana V6 terpakai, anda seeloknya membawa orang yang lebih arif pasal kereta, terutamanya untuk meneliti bahagian enjin sebab risau juga kereta yang anda nak beli tu dah rosak teruk. Kalau sikit-sikit tu tak apa, mana ada kereta secondhand yang tak rosak langsung. Kalau anda boleh bawa mekanik anda sendiri lagi bagus. Kalau anda mengharapkan apa yang diberitahu oleh salesman kedai kereta maknanya anda ada harapan nak kena tipu. Itu berdasarkan pengalaman saya sendiri selama saya terlibat dalam dunia jual beli kereta.

Dan yang paling penting, anda kena check betul-betul gearbox automatik Perdana V6 yang nak di beli tu. Kalau anda dah terbeli yang rosak memang rugi sebab kos pembaikan dan penukaran gearbox Perdana V6 memang agak mahal, kebiasaannya mencecah harga ribuan ringgit.

Saya gerenti selepas anda memiliki sebuah Perdana V6 imej anda akan meningkat 200 peratus. Kalau anda singgah di mana-mana, tambah-tambah kalau anda tu masih muda, pasti ramai orang yang akan perhati anda dari atas sampai bawah. Itulah situasi pelik tapi benar yang saya dan member selalu hadapi bila kami berdua bersiar-siar bersama Proton Perdana V6.

Terbaik!(7)Booo~(2)

69 Comments

  1. jay

    August 13, 2010 at 11:24 am

    407 lagi best...heheh

    Terbaik!(1)Booo~(2)
    • Evo

      August 14, 2010 at 10:27 pm

      Jangan beli bro, nanti harga jualan balik jatuh teruk, rugi.

      Terbaik!(1)Booo~(1)
      • orgms'a

        August 30, 2010 at 12:33 pm

        tak dibelinye.. kalau tak mampu nak beli macam2 le cakap. 407 le, ape le tetapi yang hakikatnye, basikal pun tak mampu nak beli...

        Terbaik!(2)Booo~(1)
  2. maiyang

    December 14, 2011 at 4:41 am

    heheh...memang pun best walaupun itu sebenarnya kereta bapak saya. Dia nak jual tapi saya cakap tak payah. Kasi je kat saya. hehehhh.... Sekarang nak kumpul duit tukar enjin. heheh...

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  3. atok

    March 21, 2012 at 5:23 pm

    saya pakai perdana jgak..tpi bkan v6 lah..single cam..kalau nk bgi pendapat 2..single cam pun ok..maintenence memang rendah..mcm jge wira..bru2 ni saya da tukar gearbox manual 1.8..memang syok bawak..minyak pun mcm pakai wira 1.6 jgak..sy da convert ke v6 bodykit..tpi memang kalau sape rase nk jadi mcm org mewah..try bawak perdana..walaupun perdana sei..da convert v6..org tetap akan pandang kereta mewah..puas hati lah..senang jge kalau model sei..sy syorkan..kalau sei pakai manual..bru leh pegi kereta..kalau auto lembab cket..pastu minyak kuat cket..

    Terbaik!(5)Booo~(0)
    • abg mie

      May 16, 2012 at 8:25 am

      berapa kos convert? abg teringin gak

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. hozir

    April 21, 2012 at 5:21 am

    bunyi perdana v6 amat merdu,,,huhu

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  5. ej

    September 1, 2012 at 12:33 pm

    Sy pn pengguna perdana v6. Mmg ok la pkai dan tak banyak masalah. Kalau pakai gearbox manual lagi bagus dgn clutchplate racing lagi berdesup atas highway.

    Terbaik!(1)Booo~(1)
    • amri

      March 14, 2013 at 8:55 am

      salam...mahal tak cos bila tukar gear menual......saya ingat nak meka up v6 tapi no ideal.....

      Terbaik!(2)Booo~(0)
  6. ej

    September 1, 2012 at 9:13 pm

    Sape pun mampu beli sekarang harga perdana v6 tak lah mahal sangat. Mntainants pun tak teruk gak. Yang penting tukar manual.

    Terbaik!(3)Booo~(0)
  7. kyra

    September 3, 2012 at 10:32 am

    sy pminat perdana ....lg2 v6....akn dtg mgkn pkai perdana...tpi rsau sbb second nti byj prob plk.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  8. ej

    September 3, 2012 at 10:54 pm

    Tak payah risau kalu kite pandai jaga lebih kurang wira gak la...saya dh pakai ok je. Kereta second mmg la tak mcm baru kite kene repair la sikit. Nanti ok la.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  9. perdana sei

    September 4, 2012 at 12:15 pm

    saya daha pakai perdana sei..maintenance memang murah...minyak pun jimat....dari jb-kuantan minyak 25 liter jer/rm 50...baru2 nie p kl isi minyak full dari jb-kl minyak tak sampai 1/2....tp memang betul arena cakap....kalau pakai perdana memang orang pandang lain macam...pandang atas bawah...kekadang segan jugak..hehe

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  10. ej

    September 12, 2012 at 10:06 pm

    Memang pn perdana v6 kereta malaysia yg nampk mewah tetapi masih mampu dipakai bg kite semua.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  11. peminat kereta

    October 9, 2012 at 1:19 pm

    teringin nak pakai bile kerja nanti..saya masih muda..baru berumur 24 sesuai la kot..hehe..ushar dalam mudah.my yg harga dalam rm23 000 - rm25 000 ok da kn?

    Terbaik!(2)Booo~(0)
  12. atok

    October 31, 2012 at 11:46 pm

    alhamdulillah..da 3 tahun saya pakai perdana sei convert manual..stakat 3 tahun aku pakai..bru skali overheat bulan 4 lepas..sebab hos radiator da reput..adat lah..benda getah ni..mane tahan lame..kire lame lah kalau da sampai 3 tahun..skarang ni memang jadi kereta kesayangan aku..maintenence mcm wira je..kalau nk banding wira ngan perdana sei manual ni..perdana lgi tahan lasak..sebab cc besa..boleh bawak body perdana..x de masalah..cume perdana problem kalau auto..baru2 ni membe aku angkat perdana sei auto..da bpe kali breakdown tepi jalan..piston pecah.punce gear box x ngam..rpm engine tinggi..tpi pegi x kemane..preasure engine jadi kuat lah.x tau lah..fomen yg ckp..kalau manual x ok..aku masok gearbox 1.8 manual..kalau meter 110km rpm bru 2500 je..engine jadi senyap..

    Terbaik!(6)Booo~(0)
    • Panagiotis

      January 30, 2014 at 6:58 am

      19 May 2009Many blogger aldeary wrote about this and few reasonable commments such as trying the Japan Brand and what so ever. So what do you think? Should we stick in order to support our local brand or we just need to follow the order or Proton should try to do something in order to become competitive enough in automotive industries?

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  13. jayborn

    November 10, 2012 at 4:45 am

    sy ni dalam proses nak keluar perdana v6 tu pun sebab orang ckp best.. kalau x keberatan, boley ke pengguna2 perdana v6 jelaskan ape sebenarnya yang best? dari segi ape?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Jaafar Off

      November 28, 2012 at 4:54 pm

      body berat dan stabil, engine tak berapa kedengaran, ternyata v6 adalah kereta terbaik dari kalangan keta proton, maklumlah harganya baru rm100k. kena pandu dulu baru kita tau rasa memang best.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • cemong

      March 18, 2013 at 8:07 pm

      Saya dah lama guna perdana v6, saya beli baru pd tahun 2007. Sehingga kini saya masih menggunakannya. Perdana v6 saya tkde bg saya masalah besar setakat hari ini. Krn saya service teratur dan sentiasa periksa sekiranya ada sebarang luar biasa pd kereta itu. Semasa saya nk beli dulu, byk juga komen yg tk bagus dari rakan2 saya. Tp saya pikir elok saya guna baru saya tahu baik buruknya perdana v6. Setelah saya guna, saya dapati apa yg di perkatakan tentang keburukkan perdana v6 tu sgt2 tidak benar. Sekiranya kita jaga dgn sepatutnya. Guna kereta apa pun sekiranya tk dijaga akan rosak juga.

      Terbaik!(6)Booo~(0)
  14. dee

    November 11, 2012 at 11:59 am

    sy dah pakai 2 bijik..dari 2006-2009.jual psl mmber berkenan..pastu amik lg sei convert alfa..sampai skang..enjoyed with it..

    Terbaik!(0)Booo~(1)
  15. fendy

    November 12, 2012 at 12:51 am

    Btl ke kalau v6 auto bermasalah??

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  16. Fauzan

    November 12, 2012 at 9:23 pm

    Sy pakai V6 2002, beli 2nd hand jer..selama hampir 5 thn pakai ni, alhamdulilah xde apa2 mslh yg besar..setakat servis & maintenance biasa jer..

    Mmg syok pakai V6 ni sbb nmpk mewah, mmg betul apa yg org ckp, bila pakai V6 ni org akn pandang atas bawah..

    Terbaik!(1)Booo~(1)
  17. Fauzan

    November 12, 2012 at 9:28 pm

    Psl gearbox problem tu sbnrnya bergantung kpd cara kita memandu & main gear tu..

    Sbg info, Perdana V6 keluaran thn 2005 keatas mmg telah dilengkapi dgn sistem penyejukan gearbox (gearbox cooler)..

    Mcm V6 sy tu, sy carik gearbox cooler mitsubishi pajero then sy modified masuk, alhamdulilah smpi skrg tiada mslh kt gearbox tu..

    Terbaik!(4)Booo~(0)
  18. putracore4G63

    November 13, 2012 at 11:05 am

    Bila Proton nak keluarkan model ganti PUTRA???? Sampai bila nak pakai Proton Putra yg dah berusia ni... Harga pun dah sama dgn Wira.. padahal enjin 1.8DOHC!!!! Proton memang lembap buat tindakan... asyik nak JV tapi tak ke mana pun... masih takuk lama juga...

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  19. jayborn

    November 13, 2012 at 1:26 pm

    macam mana nak gunakan sistem auto cruise?

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  20. ej

    November 17, 2012 at 3:16 pm

    dlm p.jalanan kte ttpkan kelajuan yg kte nk pastu on auto cruise n br tekan set pd stering tu.... sy slalu wt mcm tu lah tp xtau la kalu org ade cara len ker...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  21. Jaafar Off

    November 28, 2012 at 4:51 pm

    aku beli v6 lelong RM16k thn 2005, gearbox ader bunyi, body kena cat semula. cuma itu hari aku lupa nak switch off gear overdrive, apalagi, letak minyak 50 hengget sekejap jer nak abis utk perjanan sejauh 80km .

    Terbaik!(2)Booo~(0)
  22. Addy

    March 26, 2013 at 3:07 pm

    ade sape2 nk jual perdana?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • rizal

      June 2, 2013 at 9:40 pm

      v6 eterna twin turbo manual sunroof 18k saja 0164497300

      Terbaik!(4)Booo~(0)
    • wan tujus

      June 7, 2013 at 3:06 am

      v6 taon 2000 nak jual 15k

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • wan tujus

        June 7, 2013 at 3:09 am

        v6 taon 2000 nak jual 15k...tel. 0125519315

        Terbaik!(2)Booo~(1)
    • zul

      July 10, 2013 at 1:14 pm

      V6 2007, nak jual 30K.

      Terbaik!(4)Booo~(0)
      • Amirul Azwan

        March 31, 2014 at 3:22 pm

        Mmg best pakai perdana v6 . Perdana aku convert gearbox vr4 je . Enjin standard v6 . Dah mampu kejar honda ek dohc . Minyak pun save . Maintenance xde masalah kalau pakai manual .

        Terbaik!(5)Booo~(1)
    • Lan

      November 23, 2013 at 1:08 am

      99(converted body 2004 version) rm13k,nego..boleh site visit(pj/kl/muo), 0192772857

      Terbaik!(1)Booo~(0)
  23. zul

    March 30, 2013 at 9:05 pm

    Ada...v6 manual...hubungi..0195215510

    Terbaik!(5)Booo~(0)
  24. RMRM

    April 17, 2013 at 9:50 pm

    Bagi saya,pemilik V6 mesti ada 2 kereta, 1 kereta buruk untuk lanyak pergi kerja cari rezeki .Pakai v6 hanya untuk majlis official saja.Barulah maintenance rendah.Gearbox pun jarang rosak.

    Terbaik!(5)Booo~(0)
  25. aira

    April 18, 2013 at 2:45 pm

    beli perdana v6 2001 pada august 2012 cash hrga 21k. jual pada awal april 2013 pada usecar 11k je. lost 10k hukhuk

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • amrol

      July 19, 2013 at 12:47 pm

      perdana sei mmng the best kn? maintenance mcm wira 1.6 kn? lg selesa lau dpt convert interior v6 2008. . kemasss. .

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  26. amrol

    July 19, 2013 at 12:49 pm

    jgn amik beli yg v6 maintenen mhal. .

    Terbaik!(0)Booo~(2)
  27. rizal

    July 22, 2013 at 12:43 am

    Saya pakai perdana V6 tahun 2001,masalah sekarang saya converd ke manual.boleh ke gear box 1.8 SE masuk ke 2.0.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  28. rizal

    July 22, 2013 at 4:55 pm

    Aku ada gearbox sei manual sapa2 interested boleh call aku at 017-7467360.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  29. raja sembang

    August 14, 2013 at 5:26 pm

    Perdana , terbaikk ... bergantung pd yang memakai nyee... kebiasaan nye masaalah dtg dr gear box .
    Enjin boleh di ketegorikan yg terbaikk... tukar gear box manual settle masaalah ... maintenance mmg mhl ckit ... tp , thn lame jangka hayat sesuatu alat ganti ... bwk mmg puas hati ... try dulu , bru tau ape yg kami rase ... x pyh nk bikin2 , pakai standard pun dh ok... yang penting , barangan buatan malaysia ... hehehe ...

    Terbaik!(2)Booo~(1)
  30. epol

    August 20, 2013 at 11:58 pm

    Sy br plan nk pkai v6 ni..mmg minat..klu pkai yg manual lbh baik bajetnye bbanding auto kn? Skrg ni nk angkt v6 auto..nk bajet kos klu tukar manual..bp ye klu auto tukar manual??

    Terbaik!(4)Booo~(5)
  31. Mancadd

    August 22, 2013 at 1:45 pm

    Perdana v6 adlh keta kebanggaan proton M'sia. Tetapi puak2 yg tak brp bangga tu yg slalu buat fitnah v6 ni slalu ada problem gearboxla, apala. Sbenarnya mmg gearbox v6 ni agak sensitif, umpamanya, kalau mulfuntion pada part lain2 yg bersangkutan ke gearbox, so gearbox xleh berkerja dgn baik, so kalau kita gi jer tanya mekanik, diorg trus cakap gearbox rosak, padahal gearbox ok, xlah seteruk yg di heboh2kan. Maklumlah majority mekanik kat m'sia ni bukan semua pakar dan ada jgk yg agk prejudis dgn proton.
    V6 Mentanance cost yg berjuta2 setahun yg heboh satu ketika dulu tu, mungkin ada unsur penyelewangan dimana-mana. Akhirnya kita takut nak pakai v6. Aku pun pakai v6 auto second jer, dah lebih 5 tahun, setakat ini xde masalh besar, cuma alternator baru2 ni problem, cdg nak suruh mekanik tukar carbon jer. jimat ckit.
    Pakai Perdana V6 mmg best, apalagi klu cat hitam, tinted, pengguna2 lain beri laluan time2 congested. aweks pun teruja beb. huhu..

    Terbaik!(4)Booo~(0)
  32. Nurul

    August 31, 2013 at 8:33 am

    Smlm bru je gi tgk perdana v6 ni yg smbung loan.keta tu takde mslh takut dealer tu yg mslh huhuhu...adoii mmg cantek laa v6.mcmnpun msti nak beli jgk

    Terbaik!(3)Booo~(0)
  33. Mancadd

    September 2, 2013 at 11:41 am

    @Nurul, sebaiknya klu dpt, bawa sorg mekanik gi tgk keta tu, dealer ada yg ckp boleh di percayai dan byk jgk sebaliknya. P v6 mmg cantik, bunyi ekzosnya pun seksi dari keta lain.. ;)

    Terbaik!(1)Booo~(0)
    • rizal

      September 2, 2013 at 5:48 pm

      masalah aku dah selesai,at last aku dapat gearbox v6 manual itu pun jumpa kat tanjung malim.dah pakai manual ni puas hati habis,keta pun laju.cost mmg mahal sikit lah tapi puas hati.

      Terbaik!(2)Booo~(0)
  34. farhan

    September 11, 2013 at 2:51 pm

    Salam bro semua, aku nak pakai civic fd xmampu, ingat nak rembat perdana, ntah kenapa walaupun ramai orang cakap mcm2 kat perdana aku tetatp pandang kete ni mcm ada aura dia tersendiri, bentuk lawa n sememangnya nampak ekslusif, harga pun kalau tahun 2008 keatas pun dlm 30k mcmtu je, biarlah ape orang nak cakap, aku nak try pakailah.

    Terbaik!(3)Booo~(0)
    • anti-Farhan

      September 11, 2013 at 3:55 pm

      weyyyyy pakai ex5 je lahhh tak membazirrr...banyak cekadakkk plakkkk...jual cekodokk laaa

      Terbaik!(0)Booo~(3)
      • yamaha-r1

        September 11, 2013 at 3:58 pm

        oiiii pakai superbike lahh laju mcm den ni haaaaaaaaaa mauhauhauhahuahuhauhau pa anjoooo

        Terbaik!(1)Booo~(2)
  35. anti-Farhan

    September 11, 2013 at 3:53 pm

    farhannn luuuuuu cakap apa niehhhh deyyy

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  36. farhan

    September 11, 2013 at 4:11 pm

    farhan here my friend, saje bro ingat mau try pakai perdana seken muda, sebab mampu itu aja.. selamat berkenalan bro semua!! ada apa saranan atau pendapat gtau ya... ; )

    Terbaik!(0)Booo~(3)
  37. Naj78

    October 24, 2013 at 9:33 pm

    Sy bru jer beli v6 08 version 3 bln August lepas.. Alhamdulillah spi skrg ok jek.. Last week bru tukar timing belt n water pump habits spi 500++ jgk tu pun sbb buat sndiri hehe tu yg save ckt.. Mmg best pki v6 ni cruising mcm continental car..

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  38. yusrizan

    November 9, 2013 at 5:34 pm

    sy bru nk jinak2 dgn v6 ramai jugak org kta jgn pakai v6 byk masalah.masalhnya gear box servis mahal part mahal.kerap rosak.nk bandingkn dgn proton sga yg sy pakai bayk gak masalh asek tukar barang je.so sma jugak klau di kumpulkn dgn harga part v6.v6 tukar sekali je dgn proton sga sya pakai ada je mslah.sy ambil keputusan beli perdana v6 thn 05 klau ada rezeki minggu nie kuarlah.heeee

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  39. zharfan hamzah

    November 10, 2013 at 12:57 pm

    salam semua pro2..kwan nk tnye la..ape mslh kete v6 kwan klau dah speed kt hghway astu dashbord kete begegar ae??besenye cmpi je 160 msti begegar dashboard kwn..ase rimas plak bile bwk kte tu..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Alson P

      November 10, 2013 at 3:18 pm

      Sesetengah model kereta yang telah berusia lebih 10 tahun akan berlaku masalah dashbord bergegar pada kelajuan 160kmh..... Faktor usia kereta bukanlah penyebab tunggal masalah ini, pastikan kenderaan anda diselenggara dengan baik terutamanya pada bahagian suspensi bagi mengelakkan masalah ini berlaku ..... Kereta yang pernah terlibat dalam kemalangan juga akan mengalami masalah dashboard bergegar ini.... Apabila kereta pernah terlibat dalam kemalangan struktur badan atau chasis telah berubah atau lari sedikit... Ia mungkin tidak dapat dikesan kerana perbezaannya/perubahannya hanya dalam 1mm hingga 2mm.... Jabatan pengangkutan Jalan dan PUSPAKOM juga hanya menguji kenderaan pada kelajuan 110kmh dan bukanya 160kmh....

      Untuk kereta berusia melebihi 10 tahun(dashboard bergegar) anda boleh:-

      Langkah satu -> ganti set dashboard baru, pastikan andar mendapat khidmat dari pada pakar

      Jika langkah satu tidak berkesan Laksanakan langkah dua...

      Langkah dua -> ganti set suspensi baru, ianya melibatkan sistem spring, penyerap hentak dan sambungan mekanikal yang menghubungkan kenderan dengan rodanya
      ->set suspensi ini melibatkan banyak Sifat penting:-

      --> Kadar spring
      --> Perjalanan(Travel)
      --> Pemendam
      --> kawalan Kamar
      --> Tinggi Pusat Olengan (Roll Centre Height - RCH)
      --> Kelenturan dan mod gegaran dalam unsur gantungan
      --> Pengasingan dari kejutan kerap yang berulang
      --> Sumbangan kepada berat pendam dan berat keseluruhan
      --> Ruang digunakan
      --> Kuasa pengagihan
      --> Rintangan udara (Geseran)

      Jika kedua-dua langkah diatas tidak dapat menyelesaikan masalah(dashboard bergegar pada kelajuan 160kmh) mungkin kereta anda pernah terlibat dalam kemalangan dan mengubah struktur badan atau chasis kereta anda.... Masalah seperti ini memang sukar diselesaikan(pandu dibawah 160kmh sahaja bagi mengelakkan dashboard bergegar).....

      Terbaik!(4)Booo~(1)
    • mambang

      March 3, 2014 at 9:19 pm

      rim bengkok atau tayar ko problem tu...

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  40. zharfan hamzah

    November 10, 2013 at 12:59 pm

    tlg bagi komen abg2 pro sume..plss..dh x taw nk wt ape lg dh..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  41. yusrizan

    November 10, 2013 at 5:22 pm

    nak Tanya jaga gear box dgn baik cara nya mcm mana ble thn lama

    Terbaik!(3)Booo~(1)
  42. dilemma

    November 10, 2013 at 8:21 pm

    Betul ke orang selalu kata perdana ni gearbox selalu jahanam ngan kuat makan minyak? Newbie ni, ada planning nak pakai perdana.

    Terbaik!(4)Booo~(1)
  43. apex

    November 24, 2013 at 12:11 pm

    Salam..ade sape2 nak jual perdana manual..yg da convert body..

    Terbaik!(1)Booo~(1)
  44. hafiz

    November 28, 2013 at 10:46 am

    Salam, nk tnya sesapa yg pakai perdana enjin eterna.. sy bcadang nk beli perdana thn 98 convert enjin eterna twin turbo manual. Berbaloi tak pakai enjin? atau lebih baik cari perdana enjin evo?

    Terbaik!(0)Booo~(1)
  45. irhaz

    December 25, 2013 at 9:57 pm

    Sy baru beli kereta impian sy jul 2012, v6 hitam dis 2005, milage 80k, first owner orang dah umur 56thn...harga atas jalan 25k je...sebelum nak beli...member2 sy bnyk yg advice jgn beli...ade bnyk problem katenye...tp hati sy mmg dah jatuh cinta kat kereta ni, so ape yg dieorang ckp lantakla...alhamdulillah smpi sekarang buah hati sy ni x pernah buat hal..walau kereta 2nd, tp performance best giler...kalau kat h way tu, takdelah bmw/merc/audi dll cucuk rapat sgt...bunyi ekzos standard v6 die yg mahal tu...hanya yang tau aje...anyway,hanks to my pomen sebab dpt kereta terbaik nie....

    Terbaik!(2)Booo~(1)
  46. zari zaries

    February 7, 2014 at 4:47 pm

    Kereta pertama saya kancil 660 1998 hingga sekarang ini saya pakai buat pergi event basikal sana -sini buat pergi kerja then saya beli pula perdana sei auto convert alfa rupa paras kereta dah lah warna hitam sport pula tu tayar depan belakang rapat dengan body setelah8 bulan gearbox rosak repair then 2 tahun bertahan then rosak dan terus tukar ke gearbox manual vr4 wowwwww...menakjubkan kereta ringan tekan sikit pedal tu wowww menarik narik rasanya pickup tak di duga penggunaan petrol jimat sama seperti kancil .ternyata perdana memang best .walaupun baru baru ini saya membeli sebuah alza baharu auto namun pemanduan memandu perdana memang banyak kelainannya.jika nak sedaplagi cuba anda pandu purata kelajuan 80 km di laluan dua hala memang terasa keselesaannya.

    Terbaik!(2)Booo~(0)
  47. Faiz Al Ramlan

    March 2, 2014 at 8:27 pm

    First car saya Perdana V6 Executive .. Alhamdulillah setakat 6 tahun pakai nih xde lah masalah besar yg timbul.. . Gearbox pon Alhamdulillah masih lembut n pickup.. Dulu,Sy ada pasang ATF cooler atas nasihat pakar.. N apa yg saya dapati,Bila di pegang ATF cooler ni kt bahagian depan radiator tu mmg sgt panas. Jadi kipas radiator dapat la sejukkannya.. Agaknya kalo xde ATF cooler ni, agaknya camer la panasnya minyak dlm gearbox tu..
    Dari segi pemanduan, sy berpendapat Perdana ni cekap n stabil di pandu di kawasan selekoh.. malahan satu lagi keta saya,Civic Hybrid yg baru ni pon agak kurang meyakinkan diselekoh tajam, berbanding Perdana nih.. Setakatnih mmg puas hati still syg nk jual, so simpan sj buat second car . .so yg slalu fikir negatif pasal proton nih boleh la pertimbangkan semula...

    Terbaik!(8)Booo~(0)
    • hafiz

      April 12, 2014 at 11:15 pm

      Nak tanya la... agak2 FC utk perdana ni berapa l/KM?

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  48. Ismi

    June 28, 2014 at 9:04 pm

    Salam semua, saya pengguna Perdana Auto SEI tahun 1995, lama punya, dah banyak kali rasa nak jual (dah lama habis bayar pun), tapi tiap kali tengok bodykit yang dah saya tukar alfa style tu, tak jadi..10 tahun dah pakai,agaknya dia ni ada 'pengikat' kot..tu yang tiap kali nak jual tak jadi...ahahahaha

    apapun memang betul, perdana ni memang dipandang tinggi mana-mana org, bila kita kemana je org pandang kereta tu, maklum la, kereta mewah nombor 1 negara, walaupun harga dah jatuh (semua kereta jatuh harga) tapi waktu zamannya dulu ianya kereta paling mewah dan mahal, sekarang pun perdana masih kekal nampak mewah walaupun keluar kereta baru proton yg lain,maintain..mana nak cari enjin dan gearbox V6 terpakai di kota kinabalu ni?? sesiapa tau?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  49. rosli

    August 16, 2014 at 2:36 pm

    sy dah pakai v6 2004 gear auto dah msuk hampir 3 th (semuanya masih asal tanpa pengubahsuaian), myak pun kira ok dari kl-ipoh dgn jarak 198 km bwa dgn kelajuan 120 km sejam hanya telan petrol suku tangki je, tpi klu speed 140 keatas penggunaan petrol tinggi bukan je perdana,keta viva 850 (M)pun telan myak klu tekan 140 ke atas, itu pengalaman sy....sy seminggu skli ulang-alik keja kl/ipoh, satu tangki penuh rm136.50 (rm2.10 X 65 ltr- tangki ksg)satu hala l/k rm34 je....keta pun x de juga timbul mslah,tpi klu cari part v6 yg ori walau pun mahal kualiti tu ptg terutama part2 enjin yg kita x nampak tgok,mahal janji puas hati....itu prinsip sy pakai keta walau pun s/hand

    Terbaik!(1)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>