Honda Civic 2.0 terpakai atau Toyota Vios J baru? - Arena Kereta

Honda Civic 2.0 terpakai atau Toyota Vios J baru?

Kelmarin aku disms oleh seorang rakan yang juga seorang peminat kereta. Bukan peminat kereta tegar, cuma sebagai seorang lelaki yang berpendapatan agak memuaskan, sikap rajin menukar kereta memang tidak dapat dielakkan. Apatah lagi kini dia sedang rancak menjalankan bisnes MLM, sedikit sebanyak dia perlu memandu kereta yang ada ‘class’ bagi meyakinkan bakal downline. Dalam smsnya dia bertanyakan pendapat aku tentang kereta apa yang patut dia beli. Adakah Honda Civic terpakai, Nissan Sentra Nismo terpakai, BMW 318i E46 terpakai, atau Toyota Vios J baru?

Tanpa berselindung aku memberitahunya yang aku kurang setuju jika dia membeli sebuah Toyota Vios J sama ada manual atau auto. Harga Vios J 1.5 auto ialah RM76,990 manakala Vios J 1.5 manual ialah RM71,990.00. Alasan yang aku berikan adalah mudah. Toyota Vios J hanya mempunyai enjin berkapasiti 1.5 sahaja, jauh sekali untuk merasai prestasi sebenar bagi sebuah kereta sedan. Bagi aku Toyota Vios adalah kereta murah di Jepun, seperti Saga di negara kita. Sebuah kereta yang dibina untuk mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana di Jepun. Anehnya di Malaysia Toyota Vios menjadi sebuah kereta yang hampir kepada sebuah model kereta premium.

Nissan Sentra Nismo pula hanya gah kepada Nismo, sedangkan itu hanyalah kosmetik luaran sahaja tanpa menyentuh langsung prestasi dan teknikal enjin. Brake disc belakang pun tidak ada, jadi apa yang hebatnya dengan Nissan Sentra Nismo? Lagipun trend kereta yang ada class dan bergaya bukan sebuah sedan daripada Nissan. Harga sebuah Nissan Sentra Nismo terpakai pun boleh tahan iaitu dalam lingkungan RM60k – RM70k, agak mahal bagi sebuah sedan yang tidak menjadi pilihan ramai.

BMW 318i E46? Menarik tetapi terlalu mahal bagi sebuah kereta keluaran awal tahun 2000. Lagipun rakan aku itu tidak mungkin berani mengeluarkan modal untuk mendapatkan sebuah BMW terpakai yang masih dalam keadaan memuaskan jika harganya masih di atas RM90k. Jadi bagi aku lupakan sahaja niat membeli sebuah BMW terpakai.

Aku mengesyorkan kepada rakan aku itu supaya dia membeli sebuah Honda Civic 2.0 Vtec terpakai keluaran tahun 2004 atau 2005. Harga bagi sebuah Honda Civic 2.0 vtec keluaran tahun 2004 dan 2005 kini dalam lingkungan RM65k Р75k sahaja. Aku percaya model yang mempunyai ramai peminat tersebut boleh didapati dalam keadaan yang cukup memuaskan dengan harga di bawah RM70k dengan mudah.  Rakan aku itu juga berminat dengan Honda Civic 1.7 vtec, tetapi alang-alang membeli Civic, kenapa perlu melepaskan peluang untuk mendapatkan sebuah vtec yang cukup berkuasa?

Berbanding membeli sebuah Toyota Vios J baru yang hanya mempunyai enjin 1.5 cc, pendapat aku Honda Civic 2.0 terpakai lebih berkuasa dan bergaya. Lagipun enjin vtec bukanlah tandingan bagi sebuah kereta bernama Vios. Aku percaya, Honda Civic 2.0 vtec walaupun sekadar sebuah model terpakai keluaran tahun 2004, nilainya lebih tinggi berbanding vios j. Ini bukan hanya pandangan peribadi aku, tetapi diakui oleh majoriti peminat-peminat kereta sedan. Ramai yang memasang angan-angan untuk memiliki sebuah civic yang dijana oleh enjin vtec, cuma harga sahaja yang menjadi penghalang tidak kira model baru atau terpakai.

Rakan aku itu masih belum membuat sebarang keputusan. Harga Honda Civic 2.0 Vtec terpakai lebih murah daripada Toyota Vios J baru. Jika dia mahu membeli sebuah kereta baru, dia patut membeli Toyota Vios J. Tetapi jika dia inginkan sebuah kereta yang lebih bergaya, ada class dan berkuasa, Honda Civic 2.0 Vtec tidak patut dilepaskan. Aku pun berangan-angan untuk memiliki sebuah Honda Civic 2.0 Vtec, mungkin pada masa akan datang impian itu akan menjadi kenyataan, harap-harap begitulah.

Honda Civic Photo credit to Mudah

Terbaik!(2)Booo~(2)

58 Comments

  1. xazryx

    July 11, 2010 at 9:28 pm

    soh dia beli toyota vios j yang baru la .

    Terbaik!(0)Booo~(1)
    • Yus

      July 11, 2010 at 10:23 pm

      Dia berbelah bahagi tu, teringin nak pakai kereta baru tapi honda civic vtec pun dia minat.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. vtecmaniac

    August 5, 2010 at 9:59 am

    mana ada lelaki gagah pakai vios... go for VTEC la bro... bechmark for succesor man in life... better amik FD terus la...

    Terbaik!(1)Booo~(0)
    • Evo

      August 5, 2010 at 11:35 am

      Last sekali kawan aku tu masih setia pakai Savvy, lelaki skema macam tu la, mana dia tau apa2 pasal main kereta..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • kerol

      March 22, 2012 at 12:36 am

      aku pakai vios S,tetap macho gak ape mcm keta aku. taste lain2 bro..

      Terbaik!(1)Booo~(1)
  3. jay

    August 13, 2010 at 12:06 pm

    saya pon dok survey2 kereta range harga 65-75k. antara yg diintai ialah Peugoet 407 (2005),308 pon cun, tapi mahal lagi, civic 2.0 (2005) and accord 2.0 (2004)-yg ni mahal sket, dlm 82k....fuhh, penin2....hajat hati nak 407,spec dia tinggi-10 atau 7 airbags etc, tp kalo pk resale value nanti, rasanya civic 2.0 lg tinggi kot

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Badrul

      August 23, 2010 at 8:49 pm

      Kalau saudara minat,saya pun tgh bercadang nak menjual keta saya civic 2.0 2004.Condition kena tengok sendiri.Tinggal di seremban

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • ima

        November 22, 2010 at 5:20 pm

        masih ade lg ker...sy teringin cri kete vios or honda 2nd..hrga lm 50.52 k jer..de x..

        Terbaik!(0)Booo~(0)
      • khairul

        May 30, 2013 at 3:07 pm

        boleh saya tgk gambar x??

        Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. Evo

    August 14, 2010 at 10:26 pm

    Elok pakai Civic 2.0, enjin dah power, prestij pun lebih. Kalau nak jual balik pun tak rugi sebab harga second hand tinggi. Saya tak minat Peugeot 407 sebab bentuk tak menarik.

    Terbaik!(3)Booo~(0)
  5. Badrul

    August 23, 2010 at 8:50 pm

    Kalau saudara berminat dgn civic 2.0 yr 2004 sila hubungi saya.Condition kene tgk sendiri baru percaya.tinggal di seremban

    Terbaik!(3)Booo~(0)
    • Anonymous

      September 3, 2010 at 11:38 am

      warna kereta ape? figure harga you letak berape..
      mcm best jee

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  6. zam

    September 4, 2010 at 9:47 am

    vios J kt malaysia keta premium...tahu takpe,,,kt indon jd teksi je.....jgn salahkan toyota,,,salahkan govt la,,,tax melampau lampau,,,jgn kondem pasal harga...kita rakyat terpaksa beli.memanda menteri takpe la,naik merc,bmw...kita naik vios baru pon dah ok lah tu.

    Terbaik!(4)Booo~(1)
    • Evo

      September 4, 2010 at 4:34 pm

      Betul tu Zam, kerajaan protect kereta nasional, yang menerima akibatnya adalah kita. Dari satu segi kita boleh berbangga dengan adanya kereta nasional, dari satu segi lain kita dalam kerugian..nasib rakyat Malaysia :)

      Terbaik!(1)Booo~(0)
    • kerol

      March 22, 2012 at 12:39 am

      aku sokong. yg naya nak beli kereta adalah rakyat.bila dh x de pilihan tpaksa beli local car sbb itu je yg mampu dgn value yg govt buat.

      Terbaik!(0)Booo~(2)
  7. manboronxs

    September 15, 2010 at 5:11 pm

    Aku sokong anda beli shj vios drp civic. Jika anda mau tahu bahawa engine honda cukup masa mesti kena top ovehoul. Lain la jenis dpd Toyota mmg lasak. Suspension pun bagus. Time cornering juga baik.

    Terbaik!(4)Booo~(0)
    • Lan

      June 16, 2013 at 5:23 am

      Ya ke takutnya,aku guna civic lama 1997 dekat 20 tahun x kena overhoul lg pn.Lagu satu Civic FD aku pn dh 5 tahun lbh ok apa servis,tukar tayar je,wiper,lain2 semua ori,.kena pakai 50 tahun kot br kena.he2.,he2....tp esok lusa tak tau le.

      Terbaik!(1)Booo~(0)
  8. piston

    September 21, 2010 at 1:29 pm

    patut beli vios aje.. bila nak jual lagi masih ada harga yang tinggi.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  9. hero2607

    September 24, 2010 at 12:21 am

    aku mmg pakai kete civic vtec,beli baru, tahun 2005, sampai skg x menyesal pakai... dan x terasa nak jual....mmg power...patut anda semua cuba...

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  10. Shah

    September 24, 2010 at 9:37 pm

    Vios la.. Vtec tu takde la hebat mana compare dengan VVTi Vios.. VVTi lagi jimat daripada Vtec.. Komen ikut akal yang waras. Vios tu baru, civic tu dah lama. tentu maintenance teruk nanti.. Lagi satu toyota service setiap 10000km bukan 5000km macam honda. Kalau anda peminat fanatik honda, tak boleh nak cakap apa la.... Honda tentu hebat di mata anda.

    Terbaik!(3)Booo~(0)
    • besut

      June 20, 2011 at 9:05 pm

      btl, pakai kete 2nd maintenance kn pkir.....

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Lan

      June 16, 2013 at 5:26 am

      Bos honda baru 10 k jugak servis,yg lama mmg 5 k je

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  11. romance no kamisama

    October 21, 2010 at 7:44 pm

    apa2 pun kereta yg lebih baru lagi baik drpd kreta lama...takda guna design dia ada class klu second hand...bikin byk myk jak pegi bengkel balik2...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Lan

      June 16, 2013 at 5:28 am

      Betul baru lg baik dr lama.ambik saga SV lg baru dr lain2
      x payah pk vios ke honda.x pn tunggu vios terbaru

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  12. Lawrence Vision

    June 11, 2011 at 12:56 am

    Seronok membaca kritikan dan komen tentang kereta ni, selepas baca komen di sini batalkan niat nak beli kerera GEN 2.Target sekarang VIOS or HONDA Vtec

    Terbaik!(0)Booo~(1)
    • kerol

      March 22, 2012 at 12:42 am

      bro,kalau u nak beli vios baru bleh contact i. and i gerenti bleh bagi u lebih diskaun tak sama macam mana mana salesman seluruh malaysia bagi kat u sbb i pakai harga branch manager.. call me @ 0173556060.. tq.

      Terbaik!(1)Booo~(0)
  13. smegol

    June 20, 2011 at 6:20 pm

    ala amek starex royale la..br gempak abes

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  14. evans

    September 22, 2011 at 9:44 pm

    amik rolls royce r der baru stylo boleh geg ngan 50cent..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  15. rocky

    December 10, 2011 at 2:22 pm

    prestij : civic 2.0 menang,
    harga : lebih kurang sama,
    performance: civic 2.0 better,
    maintenance: vios baru lebih murah,
    fuel consumption: vios baru lebih jimat,

    basically tgk ape yg si pembeli tu punye main concern.

    for me civic 2.0 super awes0me!

    -rocky-

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  16. arjuna86

    January 29, 2012 at 12:15 am

    da pki civic 2.0 taun 2005, ok je minyak... tak la kuat mana... keta mn yg x mkn minyak?? tp speed, mmg terbaek...hehe

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  17. toyol

    January 31, 2012 at 4:24 am

    Tahun 2007 aku pakai vios, last tahun 2009 aku beli honda fd2.. Jadi aku ada cerita sikit nak kongsi pengelaman... Bagi aku toyota vios lagi baik.. Bukan apa... Minyak jimat.. Enjin, sisten gantungan..lembut.. Lepas tu satu, aku ni kerja luar... Jadi aku lanyak vios tu betul2, 15k, 20k baru aku tukar minyak pelincir.. Yg aku hairan enjin toyota vios ni tak pernah rosak.. Tak pernah masuk bangkil.. Sampailah aku tradein vios tu dgn honda fd2. 2.0cc. Mula2 dapat honda.. Aku happy layan i-vtec.. Tapi "hanya 3 bulan... Lepas tu aku rasa macam nak jual jah kato tu.. Apa taknya, minyak macam air paip dia makan berbanding vios...enjin bunyi kuat tika mula kita start.. "biasa dah tu dah tradmark honda" sisten ampungan meman keras.. Kalau nak bandin dgn toyota.. Aku rasa honda ni buak kato untuk speed.. Kalau nak selesa baik ambil toyota... Kalau nak power ambil honda... Sekarang fd aku tu naik sebulan 2x jah.. Nak jual rugi banyak... Jadi aku buak replika.. Aku masuk corbin, cap merah, tukar itu.. Ini semua aku tukar.. Tinggal enjin jah aku tak tukar... Lepas tu simpan bawah garaf.. Nak gi kerja bawa kato lain...

    Terbaik!(2)Booo~(0)
    • kerol

      March 22, 2012 at 12:45 am

      nayooo la ko demo gu.. kawe pah loni paka vios S..

      Terbaik!(1)Booo~(0)
    • daniss

      August 12, 2013 at 3:40 pm

      betol ke ko pakai honda fd2 ni..mampu ke ko ni..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  18. adios

    February 27, 2012 at 2:03 pm

    Aku baru angkat civic 2.0 2005. Fuh.. memang puas hati. Berdesut bawak macam bawa kete baru. Mula2 pikir nak angkat vios tapi sekali aku survey dalam mudah, terjumpa civic 2.0 2005 terbaik dari ladang..kedutaan jepun pakai. Apa lagi aku terus booking by phone. Harga 69000, boleh buat full loan sampai 71000. Cumanya kena keluar duit sikit tukar tayar, servis hantar kat honda.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  19. superwoman

    March 21, 2012 at 10:53 pm

    Skrg dah beli honda stream 2.0. Tak tau la samada nak jual honda civic 1.6 ke tidak..sayang lagi.Tapi kena fikir bab maintenance plak.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  20. Ex Sentra Pakai Exora n Saga

    March 22, 2012 at 9:06 am

    just my 1 cent advice: honda antara kereta yang bagus tapi tak lasak kot. lagi pun 2.0 ngan 1.5/1.6 confirm minyak nyer jauh beza. pernah pakai honda 1.8 peh tu pakai sentra 1.6 banyak beza penjimatan minyak 1.6. Vios ok la... minyak leh la jimat, enjin agak senyap... jarang gak dengar masalah... so lau saya syorkan ambik vios... and better ambik keter baru. lau keter malaysia 2nd hand ok skit spareparts bleh dikatakan sama.. lau keter luar ni selalunya tukar model sure spareparts pun banyak gak dia tukar... so price akan jadi mahal.... tapi keter jepun memang sedap beb dipandu...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  21. aik

    March 22, 2012 at 9:43 am

    admin bole2 kata jgn amek vios..nape org2 malaysia anti sungguh sama vios?ape dosa vios??hahahhaa xpenah dgr lg blog ni nk puji2 vios..

    Terbaik!(2)Booo~(0)
    • vios_J

      September 10, 2013 at 1:37 pm

      aku setuju bro..apelah ke dengki@marah sangat kat versi vios..taste beza2..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  22. farghmee

    March 22, 2012 at 11:45 am

    apa susah. u test drive dulu kete u berkenan.
    tgk poket, u beli :)

    geng civic xkn ckp civic problem.
    geng vios xkn ckp vios problem.

    baca komen kt atas pn dh tau ada salesman..haha

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  23. poku

    March 22, 2012 at 1:44 pm

    mana lebh antara peugeot 207 sv ngan vios j..?someone plz bgtau...aku xtau nk pilih keta ne..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • farghmee

      March 22, 2012 at 1:58 pm

      dlm kes ni aku pilih vios.
      sbb:
      1. sc byk
      2. sparepart ble cari
      3. nk jual blk ada rege

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  24. zarul

    March 22, 2012 at 2:10 pm

    kalo honda city baru macam mana plak? kompius antara honda city, vios n Proton Inspra 1.8M.. Ada sesapa boley bantu? Mana satu tahan lasak n low maintenance?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • farghmee

      March 22, 2012 at 2:45 pm

      1. kalu compare rege, sume tu +-90k.
      2. tgk apa yg di"offer" pd setiap kete - agak2 pakai x gajet2 yg diberi.
      3. berbaloi x dgn apa yg dibayar?
      4. test drive. tgk $ cukup mkn anak bini, bli.

      tahan lasak & low maintenance...aku xtau.
      yg ni hang kena survey dlm forum2 kete.
      aku sajes hang survey dlm forum.lowyat.net bhgn fast & furious.

      kalu aku tunggu p3-21a dulu cmne...hehe

      Terbaik!(1)Booo~(0)
  25. vios G

    March 22, 2012 at 11:37 pm

    aku puas hati dengan vios aku.engine x da hal.aku ulang alik kedah hmpr 4 thn dr kota tinggi,minyak x smp rm200 unttuk pegi balik.top speed cecah 200kmj.berani ngan tak je la.keta aku dah hampir 300000km dah.cuma econd je problem.lepas repair ok.keta dh 9 thn....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Lan

      June 16, 2013 at 5:40 am

      Jimat tu kereta Honda aku jimat gak Kota Bharu Ke Johor Bahru rm 76 pergi dan balik Rm76 dengan harga RM1.90/Liter
      Ke x jimat lagi

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  26. radja

    May 21, 2012 at 5:23 pm

    tapi masalah skrg ni ialah... ansuran bulanan antara vios baru dgn civic 2.0 tu lebih kurang sama je..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  27. rich wong

    July 30, 2012 at 1:01 pm

    4 tahun lebih wa pakai lancer GT (Siap convert Evo X bodykit lagi)tapi untuk kepuasan Wa slalu tarik EG9 gua.Punyalah Feel bila vtec masuk, siap bunyi enjin kasi peng!! lagi. Tak boleh nak cerita lah kalu mau compare Lancer. Itu sebab EG9 gua tak jual(walau sudah boleh panggil nenek ha ha sian wa punya civic oren gua). Biasalah bro kalu benda sedap kena spend lebih. itupun mau kira ka? asal hati puas ma...

    Terbaik!(0)Booo~(1)
    • Lan

      June 16, 2013 at 5:44 am

      Boss lancer best x ingat nk tangkap 1 minat bentuk body dia
      Cerita kit compare n honda sy pakai honda skg.
      Tengah servy kt mudah.TQ

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  28. Sepul

    April 19, 2013 at 4:44 pm

    Gua beli Honda Civic masa nak bertunang itu hari dalam 2010. Punya la seronok dapat bawak idaman kalbu, tolak Wira 1.3...memang berbeza lah. Mewah...prestij..bwk pun sonyum yo...ha..ha.
    Atas highway..pantang orang motong..mesti tekan..feel the powah of I-vtec..ngeh..ngeh. Atas highway hari tu dr KL tekan 170-180 steady..GTI kejar pun tak layan...tp itu kes emergency..bukan jenis rempit aku ni. Kelemahan Honda ni satu je, jalan yg berselekoh S...memang membuang, Waja ngan Wira 1.6 boleh menang.
    Tapi walaupun mampu beli..bukan bermakna mampu membelanya. Mak oii sekali major service ..mau menitik air mata tengok resit dekat rm1500 kopak. Tu belum masuk tukar mounting engine RM500.00, absorber depan belakang pun dekat RM1400.00.
    Apa nak buat....tukar je lah. Ni kelemahan kedua Honda. Barang loho H merah yg ori je boleh masuk.
    Last bila nak sambung belajar duit nak bayo yuran banyak nak pakai...jual Honda dalam Mudah..rugi dalam RM10 ribu. Untung 3rd owner..aku dah repair sumer dgn brg ori Honda...takde cap ayam dlm tu.
    Tapi kalau ada peluang aku nak beli lagi sekali he..he.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • langsewah

      April 20, 2013 at 2:15 pm

      lpesal ko bagitau harga servis honda,,buat malu pemilik honda jee pas tu siap menitik air mata lg..klu pemilik proton tau mampus di gelakkan...

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Lan

      June 16, 2013 at 5:51 am

      Servis kat Honda agak mahal yg hang g tukar benda x perlu tu buat apa bkn wajib tukar pn.Yang
      hang g ikut kata tokey servis wat apa.Tokey tu kalau boleh sebijik keta dia nk tukar.
      MMg patut tukar tp dah barang ok lagi ngape nk tukar.Ikut standard Jepun 5 tahun pakai sebijik keta kena tukar.Tu Jepun guna 5 tahun je sebuah keta.he2...

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  29. peminat honda

    April 20, 2013 at 1:29 am

    menyesal kawe beli honda terpakai..pakai 3 bulan enjin mati n bawa ke bengkel kena tukar enjin baru....melayang 6k...lepas tue valve meragam..tukar baru.. rm1200...lepas tue susah hidup pulak..gerammmmmmmmmmm....lepas tue kawe jual n beli honda civic 2012 baru..baru puas hati...takper..adat main kereta...apapun sebelum beli jangan percaya bulat2 kat salesman...celaka punya salesman....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Lan

      June 16, 2013 at 5:52 am

      Telunjuk lurus Kelingking berkait.Kalau kata keta tu rosak sapa nk beli BOSSSS

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  30. zer

    April 21, 2013 at 12:27 am

    Ape la....nk sgt pakai kereta tp duk bersungut pasal minyak.naik bas la der.kekeke

    Terbaik!(1)Booo~(0)
    • Lan

      June 16, 2013 at 5:53 am

      Betul nk jimat naik basikal x pn jalan kaki

      Terbaik!(0)Booo~(1)
  31. rozman

    May 30, 2013 at 4:34 pm

    Pendapat saya vios lah yang terbaik...sebab tu saya pakai vios..hehehe.
    Melalui pengalaman guna vios ni :

    1. Kereta ni memang lasak walau service 10,000 km setiap kali.
    2. Minyak memang terjimat dalam kelasnya.
    3. Tengok harga susah nak jatuh bila jual balik, cuba try tengok vios tahun 2005 berapa harga sekarang.
    4.Senang senggaraan dan murahla bagi kategori dia.
    5. Selesa dengan EPS, mula2 agak takut juga bila tang corner, tapi bila dah faham handling mudah jer masa amik corner.
    6. Bila langgar lubang takdela rasa gegar sangat dan takde bunyi2 pelik pada luar dan dalam kereta.

    Pada saya yang kategori sederhana ni memang berbaloi la guna vios..hehehe

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  32. mathisa

    August 12, 2013 at 3:49 pm

    aku pakai vios E 2008..jimat minyak tp dah pakai lama rasa boring. dah la mata naik juling tengok meter dekat centre dashoard.. sekarang ni pulak dah mula keluar bunyi bising undercarrige lak..rasa nak pakai honda fb 2013 yang baru la pulak..gaji dah naik boleh la kot angat dulu gaji 3000 jer layak amek vios E jer skrg gaji dah 3600 leh la angkat civic fb..sapa nak vios E (dugong) aku leh contact aku di nombor 01112879009. aku nak jual 45k jer..murah2 jer sebab dah bosan dah yang amat..nak cepat2 buat downpaymet angak civic fb 2013 secepat yg boleh

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  33. tajak keri

    October 19, 2013 at 1:55 am

    tumpang lalu, belilah kereta jenis apa pun. yang penting kereta baru. beli kereta besar terpakai kalau rosak besar poket rabak, beli kereta baru bayar bulanan dan servis ikut jadual. senang hati. saya ada pernah pakai iswara 8 tahun wira se 8 tahun(orang datang rumah mintak beli). sekarang pakai civic fb 2.0. yang penting kereta baru.kalau nak cepat rosak lenjan kuat kuat. nak jaga poket jangan lenjan selalu. tu je.

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>