Hyundai Tiburon - very rare species korean sport car - Arena Kereta

Hyundai Tiburon – very rare species korean sport car

First time aku tengok Hyundai Tiburon dulu semasa seorang rakan aku, kononnya anak orang kaya yang mempunyai bisnes kencang di Pulau Langkawi, memandu dengan megahnya kereta berwarna merah tersebut ke sana-sini kat tempat aku di Sungai Petani.

Hyundai Tiburon first edition tersebut menggunakan nombor plat Langkawi, menandakan bahawa di sana kereta itu berharga terlalu murah apabila tidak dikenakan cukai oleh kerajaan. Hek eleh, setakat Hyundai tak payah berlagak weh…hehehe.

Sebenarnya itu persepsi kebanyakan peminat-peminat kereta terhadap jenama dari Korea itu pada akhir tahun 90an dan awal tahun 2000. Sekarang ni bila tengok Sonata 2010 semua orang terpegun dan meleleh air liur, yang dah nak trade in kereta lama pun dah ada.

Mesti ada yang hairan bila aku sebut Hyundai Tiburon, ini kereta spesis apa pulak ni, tak pernah dengar pun? Kalau korang pernah main game Need For Speed Underground (NFSU) yang edisi pertama dulu, korang mesti kenal model kereta ni. Kalau aku main NSFU, aku cukup suka pakai Hyundai Tiburon yang berenjinkan V6, mantap beb, senang-senang je boleh bersaing dengan Fairlady Z.

Untuk tidak membuatkan semua orang berfikir panjang, Hyundai Tiburon adalah sebuah kereta sport 2 pintu dari Hyundai dan apabila dipasarkan di sesetengah negara termasuk di negara kita, namanya telah ditukar kepada nama Hyundai Coupe. Hyundai Tuscani adalah nama yang paling popular bagi model sport 2 pintu itu.

Generasi pertama Hyundai Tiburon a.k.a Hyundai Coupe dikeluarkan pada tahun 1996-1999 (RD) dan 1999-2001 (RD2). Generasi seterusnya yang dikeluarkan pada tahun 2002-2009 merupakan sebuah model yang lebih cantik daripada generasi pertama dan aku teringat akan sebuah model tersebut yang aku jumpa sekitar tahun 2002 di Kawasan Perindustrian Ringan Sg. Lalang, Kedah.

Lama jugak aku perhatikan kereta tu dan first impression pertama aku ialah Hyundai telah melangkah setapak lagi untuk bersaing dengan kereta sport buatan Jepun, tetapi masih jauh dan agak ketinggalan. Bukan niat untuk memperlekehkan generasi pertama Hyundai Tiburon, realitinya itu adalah model kereta sport 2 pintu yang membuatkan aku ketawa kerana rupa bentuk yang agak pelik. Setelah kehadiran generasi kedua terus aku tertarik dengan gayanya yang makin sporty.

Hyundai Tiburon generasi kedua didatangkan dengan pelbagai varian spesifikasi enjin dan teknikal, bergantung kepada negara mana yang ia dipasarkan. Enjin dibina bermula dari 1.6 liter sehingga 2.7 liter V6. Enjin 2.7 liter V6 adalah enjin yang paling berkuasa dan Australia adalah salah satu negara di mana ia dijual.

Di negara kita Hyundai Tiburon yang dikenali dengan nama Hyundai Coupe boleh dikatakan sebuah model kereta sport yang kurang diminati. Tidak dapat dipastikan jumlah jualannya sehingga kini tetapi kelibat Hyundai Coupe bukan senang untuk dilihat, terutamanya model generasi kedua.

Jika korang ada niat untuk membeli sebuah Hyundai Tiburon terpakai versi Malaysia dengan harga yang murah, korang memang bertuah kerana harga sebuah Hyundai Tiburon terpakai, terutamanya model dari generasi pertama sememangnya terlalu murah. Murah jika dikira yang ianya adalah sebuah kereta sport 2 pintu.

Harga yang ditawarkan di pasaran ialah antara RM15k sehingga RM35k bagi generasi pertama, manakala bagi generasi kedua harganya agak mahal dan ianya adalah model ‘rare’ yang sukar dijumpai di mana-mana kedai menjual kereta terpakai.

Di dalam Mudah.my juga Hyundai Tiburon generasi kedua tidak ditawarkan dengan banyak, hanya 1 unit sahaja yang ditawarkan oleh ownernya dengan harga sebanyak RM103,00.00. Begitu juga di dalam majalah Motor Trader versi Julai 2010, tiada Hyundai Tiburon generasi kedua ditawarkan untuk dijual.

Pendapat aku jika korang ingin memiliki sebuah Hyundai Tiburon? Kalau korang cuba mencari kelainan dan sudah bosan dengan kereta sport buatan Jepun atau yang mempunyai asal-usul DNA dari Jepun, korang boleh menghabiskan duit dengan membelinya.

Dan jika korang mengharapkan Hyundai Tiburon, terutamanya dari generasi pertama akan membuatkan orang lain respek kerana korang memiliki sebuah kereta sport 2 pintu, aku rasa korang tersilap. Imej pemandu Proton Putra rasanya lebih tinggi dari imej seorang pemandu Hyundai Tiburon generasi pertama.

Jika korang ingin memiliki Hyundai Tiburon generasi kedua, bermakna korang memang banyak duit untuk dihabiskan. Mungkin korang dah ada sebiji Honda Integra ataupun dah bosan dengan Mazda RX-8 korang kerana terlalu menarik perhatian orang bila korang bersiar-siar.

All picture from Google

Terbaik!(0)Booo~(0)

4 Comments

  1. khairilz

    July 15, 2010 at 10:49 pm

    thanks bro sebab review kereta ni
    terbaik la kereta dengan enjin v6!
    yang kaler itam tu lawa
    tapi enjin v6 berapa harga di pasaran?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      July 16, 2010 at 12:32 am

      Enjin V6 Tiburon ke bro? Payah cari, kalau ada pun tak murah, barang rare mesti mahal..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. devolicious

    October 9, 2012 at 9:07 am

    aku pernah pakai putra dan sekarang aku tuka hyundai coupe 1st model..aku rase lagi org pandang aku pakai hyundai dari putra tu..imej lagi tinggi walhal keta tu mura je sbnarnye..statement kat atas ni merepek jek..haha..better pakai hyundai ni walau ape pon persepsi ko dari aku pki proton huhu..

    Terbaik!(2)Booo~(0)
  3. COUPE

    November 9, 2012 at 12:30 pm

    Review diatas menunjukkan penulis amat amat membenci hyundai coupe generasi pertama. Pada hakikatnya, hyundai coupe generasi pertama adalah yang amat cantik dan sporty berbanding dengan coupe generasi seterusnya begitu juga dengan honda integra dan mazda rx8. Jika hyundai coupe generasi pertama berjalan bersama dengan honda integra dan mazda rx8, pasti nya mata akan memandang kepada hyundai coupe.

    Terbaik!(2)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>