Nissan Cefiro A31 - Drift In Style - Arena Kereta

Nissan Cefiro A31 – Drift In Style

Salah satu model kereta daripada Nissan yang menjadi pujaan hatiku ialah Cefiro siri A31 keluaran tahun 1988 sehingga 1994. Beberapa tahun lepas aku pernah berangan-angan untuk memiliki sebuah daripada model tersebut yang telah siap diturbokan untuk aku melakukan aktiviti drift. Kesudahannya impian tersebut tidak kesampaian, mungkin aku tidak cukup semangat untuk memiliki sebuah kereta drift.

Nissan Cefiro A31 mempunyai ruang yang cukup luas, bersamaan dengan keluasan dalaman yang ditawarkan oleh kereta saloon lain seperti Perdana V6, Toyota Camry dan Honda Accord. Paling mengujakan adalah sistem pacuan roda belakang yang digunakannya begitu bersesuaian sekali untuk diubahsuai bagi dijelmakan sebagai sebuah kereta drift yang ganas.

Antara pencabar terhandal dalam setiap kejohanan drift sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa adalah Cefiro A31 turbo. Sebahagian enjin yang sering dimasukkan ke ruang enjinnya adalah enjin daripada siri RB25DET dan RB30DET. Tidak terkecuali enjin daripada siri GT-R model R32 dan R33. Bayangkan enjin Nissan Skyline R33 dimasukkan ke dalam ruang enjin A31, hasilnya sebuah kereta yang memiliki kuasa enjin setinggi 350bhp, siap sedia untuk melakukan aktiviti drifting.

Sesiapa saja yang berangan-angan untuk memiliki sebuah kereta drift seperti Nissan Sylvia S13, S14 atau S15 tetapi menghadapi masalah bajet, Cefiro A31 adalah pilihan yang paling tepat sebagai pengganti. Fleksibiliti yang dimiliki oleh model tersebut membolehkannya menerima pelbagai jenis modifikasi dan alat ganti after-market bagi menjadikannya sebuah kereta drift tulen.

Dalam Mudah.my, sebuah Cefiro A31 yang telah siap dimodifikasi boleh didapati pada harga serendah RM 25,000.00 sehingga RM 35,000.00, amat berbaloi bagi sebuah kereta yang masih mempunyai taraf yang tinggi dalam arena modifikasi. Nissan Cefiro A31 mungkin telah berusia tetapi tetap mempunyai ramai peminat setia selagi aktiviti sukan drift masih mendapat tempat dalam arena permotoran di negara kita. Di sini aku paparkan beberapa foto Nissan Cefiro A31 yang telah siap dimodifikasi, memang hebat bukan?

All picture credit to Google Search Image & Mudah.my

Terbaik!(2)Booo~(1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>