Yamaha Lagenda 115Z dan Lagenda 115ZR – Senjata terbaru Yamaha

Penghargaan patut diberikan kepada pengeluar motosikal tersohor seperti Yamaha kerana mereka sentiasa mengeluarkan model motosikal yang bergaya elegan dan praktikal. Buktinya lihat saja begitu banyak motosikal keluaran Yamaha seperti Yamaha RXZ, Yamaha 125Z, Yamaha Lagenda dan tidak dilupakan model masterpiece mereka iaitu Yamaha LC135 yang ketika ini mendominasi jalan raya di seluruh pelusuk negara.

Salah satu sifat semulajadi setiap motosikal keluaran Yamaha ialah berbentuk tirus dan sporty, berkuasa dan dilengkapi dengan teknologi moden. Motosikal yang baik dan berkualiti sudah tentu dijual dengan harga yang munasabah walaupun ada yang mengatakan produk Yamaha agak mahal, namun pandangan tersebut terbukti tidak tepat apabila dibandingkan dengan kuantiti jualan setiap model, terutamanya Yamaha LC135 yang laris seperti goreng pisang panas.

Pada bulan Mei 2010 Yamaha sekali lagi melakukan kejutan dengan melancarkan motosikal terbaru keluaran mereka yang diberi nama Yamaha Lagenda 115Z dan Yamaha Lagenda 115ZR. Model motosikal terbaru dari keluarga Lagenda ini merupakan model kesinambungan daripada model Lagenda 110Z yang tidak kurang hebatnya sebelum ini.

Sama seperti Lagenda 110Z, kemunculan Yamaha Lagenda 115Z dan 115ZR telah menimbulkan reaksi segera daripada peminat dan pencinta motosikal kategori kapchai dan moped di negara kita. Ramai yang tidak sabar untuk melihat model ini dengan lebih dekat, tidak terkecuali mereka yang sudah berkira-kira untuk menempah motosikal ini bagi menggantikan motosikal yang lama.

Yamaha Lagenda 115Z dan Lagenda 115ZR telah lama dijual di negara jiran seperti Thailand cuma di negara kita kemasukannya ke sini agak terlewat. Situasi tersebut adalah perkara biasa yang berlaku kepada setiap model motosikal terbaru yang dipasarkan di sini. Jawapan kepada persoalan tersebut hanya diketahui oleh pengeluar motosikal itu sendiri dan Yamaha tentunya ada alasan yang tersendiri berkenaan kelewatan Lagenda baru ini dijual di sini.

Melihat dengan lebih dekat motosikal Lagenda baru ini, ianya adalah model terbaru yang mempunyai kerangka dan enjin terkini, bukan sekadar peningkatan kosmetik dan facelift sahaja. Ini bermakna motosikal Yamaha Lagenda 110Z tidak boleh dimodifikasi untuk dipertingkatkan kepada model terbaru ini kerana keadaan kerangka yang berlainan sama sekali.

Jumlah cc enjin juga meningkat dari 110cc kepada 115cc berbanding model Lagenda sebelumnya. Pemandangan visual Lagenda baru ini kelihatan begitu menarik sekali kerana saiz bentuknya yang lebih besar dan lebar. Motosikal ini memang kelihatan mantap dan gagah sekali di atas jalan raya.

Lagenda 115Z dan 115ZR menawarkan dua buah lampu utama berkembar di hadapan dan dibawahnya diletakkan gugusan dua lampu kecil termasuk lampu isyarat di kiri dan kanan kepak (firing) motosikal ini. Di tengah-tengah gugusan lampu kecil itu ialah sebutir lampu kecil yang fungsinya mungkin untuk menambahkan kecantikan pandangan hadapan motosikal moden ini.

Panel meter motosikal ini pula dicipta lebih moden dan kelihatan berpadanan sekali dengan karakter maskulin jentera ini. Panel meter dicipta berbentuk bulat dan diletakkan sepasang sebelah-menyebelah. Cahaya latar yang terang membantu penglihatan penunggang pada waktu malam dan siang apabila keadaan memerlukan untuk melihat meter tersebut.

Motosikal ini didatangkan dengan brek cakera di hadapan sahaja manakala brek di bahagian tayar belakang adalah brek gelendong yang biasa. Jika brek belakang juga disediakan brek cakera sama seperti model Yamaha 125Z, motosikal ini tentu akan kelihatan lebih bergaya namun peningkatan kos mungkin tidak akan dapat dielakkan. Rekaan lampu belakang motosikal ini memang lari daripada kebiasaan.

Apa yang boleh dikatakan ialah rekaannya begitu futuristik dan menawan, sekali imbas inspirasi penciptaannya mungkin daripada watak animasi robot Transformer. Rekaan lampu belakang kali ini dipasang lampu LED yang sudah pasti bukan sahaja cantik tetapi lebih terang untuk penglihatan di waktu siang dan malam. Dengan pandangan rekabentuk hadapan dan belakang yang menarik, motosikal Yamaha Lagenda baru ini memang tiada tandingannya.

Antara ciri-ciri menarik yang lain ialah tempat penyimpanan barang di bawah pelana tempat duduk penunggang. Berlainan daripada ciptaan sebelumnya, tempat penyimpanan barang Lagenda baru ini kini dilengkapkan dengan penutup yang begitu praktikal. Dengan adanya penutup tersebut barang-barang yang disimpan di dalamnya akan lebih selamat kerana terlindung dari pandangan orang lain, terutamanya ketika mengisi minyak.

Bukan itu saja, penutup tersebut juga membuatkan keadaan di bawah pelana kelihatan lebih kemas dan teratur. Bagi model Lagenda ZR, Yamaha juga kreatif di mana tempat penyimpanan barang itu dipasang lampu kecil untuk memudahkan penglihatan pada waktu malam.

Ciri-ciri keselamatan juga tidak dilupakan oleh Yamaha. Memandangkan kes kecurian motosikal begitu berleluasa ketika ini dan kadar kecurian motosikal pada setiap hari begitu tinggi, Lagenda 115Z dan 115ZR ini hadir dengan penutup keselamatan di bahagian kunci utama yang menghidupkan motosikal ini. Hanya dengan menekan satu punat kecil yang disediakan bersebelahan, lubang kunci itu akan ditutup. Dengan penutup lubang kunci itu, motosikal ini akan lebih selamat apabila ditinggalkan oleh pemiliknya.

Terdapat beberapa perbezaan ketara antara model Lagenda 115Z dan 115ZR. Model Lagenda ZR menawarkan kemasan sport rim berwarna biru dan didatangkan dengan tayar tanpa tiub. Sport rim yang tersedia itu begitu menawan sekali dan menyerlahkan lagi ciri-ciri sporty yang sudah sedia ada. Model ZR didatangkan dengan warna biru dan putih sahaja namun tetap menawan pandangan.

Saspensi model ZR diisi dengan gas dan ini bermakna ianya akan menjadikan saspensi model itu agak keras dari model Z tetapi amat sesuai sekali untuk penunggangan yang lebih sporty dan laju. Saspensi tersebut akan memberikan kestabilan yang diperlukan ketika mengambil selekoh tajam. Alangkah eloknya jika motosikal ini dilengkapkan dengan saspensi monoshock berbanding saspensi spring seperti sekarang. Mungkin faktor kos membataskan keputusan itu.

Seperti biasa motosikal moden dilengkapi dengan penghidup tendang dan juga eletrik, model Lagenda baru ini juga tidak terkecuali. Ketinggian motosikal ini adalah sesuai untuk semua jenis penunggang tidak kira penunggang wanita atau lelaki. Cermin sisi pandang belakang yang disediakan di kiri dan kanan direka agak besar dan ini memudahkan penglihatan setiap penunggang dan dapat mengelakkan kemalangan yang sering berlaku ke atas penunggang motosikal. Penunggangan yang selamat kini telah menjadi ciri-ciri yang diambil berat oleh pengeluar motosikal seperti Yamaha.

Kelajuan maksimum motosikal Yamaha Lagenda 115Z dan 115ZR ini ialah 110km/j dan mengikut pengalaman, motosikal ini boleh memecut lebih laju lagi mengikut kondisi penunggang, beban muatan dan keadaan jalan raya. Dengan melihat kepada trend peningkatan harga bahan bakar petrol sejak akhir-akhir ini, teknologi enjin motosikal ini telah dipertingkatkan untuk penjimatan bahan api yang maksimum. Lagenda baru ini begitu sesuai sekali untuk mereka yang masih tercari-cari sebuah motosikal yang bukan saja berkuasa malah menjimatkan petrol.

Yamaha Lagenda 115Z dijual pada harga RM4,642.20 (penghidup tendang) dan RM4,950.60 (penghidup eletrik). Yamaha Lagenda 115ZR pula dijual pada harga RM5,260.00. Yamaha Lagenda 115Z didatangkan dengan tiga warna yang menarik iaitu merah, kelabu dan hitam beserta corak grafik yang menawan. Manakala model ZR pula hanya ditawarkan warna biru dengan kemasan corak grafik yang menarik.

Terbaik!(4)Booo~(0)

25 Comments

  1. velasrizal

    July 30, 2010 at 4:26 pm

    smart abes la model baru ni...

    Pendidikan Percuma Untuk Kakitangan Kerajaan ?

    Terbaik!(0)Booo~(1)
    • Evo

      July 31, 2010 at 11:47 am

      Memang smart habis.. :)

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. ProfHariz

    July 30, 2010 at 4:40 pm

    Seperti Robot :)

    New Entry Prof-Hariz
    Kenapa Mama Perlu Berbohong?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      July 31, 2010 at 11:48 am

      Inspirasi dari robot kut.. :)

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. Pejuang Kesenian Extreme

    July 31, 2010 at 12:53 am

    Tak suka tempat kunci..x lawa..

    Terbaik!(1)Booo~(0)
    • Evo

      July 31, 2010 at 11:51 am

      Takpe, yang penting motor lawa..kalaulah ada monoshock lagi cun.. :)

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. Eddy

    August 1, 2010 at 8:02 am

    Ulasan yang cukup bagus. Kalau ada monoshock mmg amat bagus sbnrnya.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      August 1, 2010 at 8:07 am

      Terima kasih Eddy, faktor harga mungkin penyebab sistem monoshock tidak dipasang, motomalaya merupakan blog motosikal terbaik, keep it up! :)

      Terbaik!(1)Booo~(0)
  5. huh

    October 25, 2010 at 3:11 pm

    bile yamaha design je sume futuristik.. 12 thun dulu bile suzuki kenalkan moto fx125 mengapa x futuristik? macam2.... kalau nama tu dah megah...design macam taik pun org kate cantik. donia2...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  6. junim

    December 4, 2010 at 1:50 pm

    lampu brek x brape smart .

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  7. badrul

    January 19, 2011 at 2:56 pm

    smart n nmpk sporty dr smua aspek..:)

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  8. kayrull

    April 11, 2011 at 11:29 am

    laju motor kriss mak aku lg...rekabentuk smart tp speed hacur..buat malu jer..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • zul

      February 21, 2012 at 1:32 am

      hahahaha....laju tak penting...kalau nak laju cub prix la...malaysia bukan nya negara bebas..lain la indonesia...moto 115cc jadi 150cc...bodo la

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  9. kayrull

    April 11, 2011 at 11:34 am

    pergi servis org 2 ckp buat aper nk laju laju?hei suke hati la motor aku punyer!!!malas nk buat keje padahal...

    Terbaik!(0)Booo~(1)
  10. pjon never died

    May 15, 2011 at 9:06 pm

    aku ska g lagenda 110 zr...top speed lagenda 110 zr 120 km/h...klw pakai spoket lbih kcil..top speed boleh cecah 160 km/h

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  11. kcx4321

    July 17, 2011 at 12:40 pm

    Evo,kalo nk tolak kedai moto ni brapa ha? Ingat nk angkat GT128 la..moto ni minyak s

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  12. kcx4321

    July 17, 2011 at 12:43 pm

    **moto ni minyak sedap sgt tp speed plak cokelat angin..gt128 ok x?

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  13. Kudud

    June 27, 2012 at 7:34 pm

    jimat petrol ape kebende nyer , larap ade larh , kalau larap tapi laju takpe , pekak gitu jer . ape top speed 110 ? auta ! Ramai ckp 100 jer naek , tu pun mcm nak pecah machine . laju lagi lagenda 110z . Harap je cc 115 . harap yamaha dapat keluarkan model yg lebih laju ..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  14. epul si lesen P

    August 13, 2012 at 3:48 pm

    yup....mmg top speed 100....aku dah pulas hbis.... agak kecewa tp memandangkan perancangan mencari rxz second sedang berjalan, maka kekecewaan itu akan terubat tidak lama lagi.... moral of the stroty, nak laju, beli motor 2 stroke!

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  15. pendita

    May 15, 2013 at 9:51 am

    yamaha 115zr mang x laju ar, mt0r aq dh pulas hbs 110 je yg dpt.. Lembab btl la ex5 pun leh kejar kin malu btl.. Huhu..

    Terbaik!(0)Booo~(1)
  16. free money free

    August 19, 2013 at 2:37 am

    Asking questions are truly good thing if you are not understanding
    anything fully, except this piece of writing gives
    nice understanding yet.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  17. nyesal

    August 19, 2013 at 4:11 am

    Aku tak minat tang blakang lampu.blakang tu...dpan ok dah...last last yg penting hepi tak beli pun takpa...he he...hepi hepi n trus hepy.....yeah

    Terbaik!(0)Booo~(1)
  18. get many twitter followers

    August 28, 2013 at 3:57 pm

    Thanks for another informative website. Where else may I am getting that kind of info written in such a perfect manner?

    I've a challenge that I'm simply now running on, and I have been on the look out for
    such info.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  19. riot point code generator

    August 31, 2013 at 5:48 pm

    Great post. I was checking continuously this blog and I am impressed!
    Very useful information specifically the last part :)
    I care for such information much. I was looking for this certain info for a very long time.

    Thank you and best of luck.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  20. a!ry

    September 2, 2013 at 11:27 pm

    Mane nux cry set m0to lagenda zr yg cantex eh

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>