Polemik lambang salib di kereta buatan Chevrolet - Arena Kereta

Polemik lambang salib di kereta buatan Chevrolet

Ini kali pertama aku cuba mengupas isu sensitif berkenaan lambang yang dikatakan berbentuk salib di kereta keluaran Chevrolet sedangkan perkara ini telah lama aku sedari. Teringat akan seorang rakan yang menegaskan bahawa dia tidak akan membeli kereta buatan Chevrolet kerana baginya lambang di kereta buatan Chevrolet yang sekali imbas seakan-akan huruf t dan jika imaginasi kita pergi lebih jauh kita akan beranggapan bahawa lambang tersebut adalah lambang salib.

Sehingga kini tidak diketahui dengan jelas apakah kesan lambang tersebut kepada jualan kereta buatan Chevrolet di negara kita. Namun mengikut pemerhatian aku sendiri sejak kereta buatan Chevrolet yang mengguna pakai lambang tersebut dijual di sini, jualan setiap model kereta buatan Chevrolet memang tidak memberangsangkan. Seperti diketahui umum, umat Islam di negara kita khususnya kaun Melayu amat sensitif dengan sebarang lambang yang berbentuk atau bercirikan salib.

Orang Melayu seboleh-bolehnya akan cuba menghindari setiap produk yang mempunyai lambang seperti itu walaupun mereka tidak mengeluarkan kenyataan untuk menolak secara terang-terangan. Walaupun mereka iaitu pembeli-pembeli kereta baru yang beragama Islam atau orang Melayu tidak menimbulkan isu lambang salib tersebut secara terang-terangan, namun dalam diam-diam sudah tertanam dalam hati dan tindakan mereka iaitu untuk tidak membeli sebarang kereta keluaran Chevrolet.

Mungkin itu adalah salah satu punca kenapa kereta buatan Chevrolet kurang diberi perhatian oleh pembeli dan jualannya begitu perlahan.

Bagi Chevrolet isu ini mungkin perkara kecil dan syarikat bertaraf antarabangsa seperti mereka tidak perlu mengambil pusing tentangnya. Pendapat aku seharusnya Chevrolet mengambil berat akan isu lambang salib ini kerana mereka patut sedar bahawa selain daripada kuasa beli kaum lain yang bukan beragama Islam, masyarakat Melayu merupakan golongan pembeli kereta yang terbesar, tambahan pula trend jualan kereta baru pada setiap tahun memang tinggi dan semakin meningkat.

Chevrolet patut sedar pasti ada yang tidak kena kenapa jualan kereta keluaran mereka bergerak perlahan berbanding kereta keluaran syarikat lain sedangkan produk mereka juga tidak kurang hebatnya. Mengikut teori bisnes, kamu perlu mengikut kehendak pasaran dan jika pasaran menghendaki kamu mengubah bentuk lambang kereta kamu, kenapa kamu tidak melakukannya?

Aku percaya jika Chevrolet menukar lambang kereta mereka kepada lambang yang baru, lambat-laun isu ini akan hilang dengan sendirinya dan ketika itu momentum jualan kereta Chevrolet pasti meningkat. Model terbaru kereta mereka iaitu Chevrolet Cruze adalah kereta yang hebat dan mampu menarik minat pembeli. Tetapi sebelum ia mampu mencatat jualan yang memuaskan, lambang yang dikatakan salib pada model itu perlu ditukar segera.

Terbaik!(3)Booo~(1)

21 Comments

  1. peeka

    July 31, 2010 at 10:14 pm

    mereka xkan penah kisah .

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      July 31, 2010 at 10:18 pm

      Satu kerugian bila mereka tidak memahami sensitiviti bakal pembeli..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      July 31, 2010 at 10:23 pm

      Mereka akan rugi bila mereka tak ambil kisah..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Yaty

      May 31, 2014 at 6:01 pm

      Sebenarnya dlu pn sy sangka itu lambang salib..setelah sy sendiri keja disyarikat automotive iaitu chevrolet. Logo T itu ada 'Bow Tie' dan rata2 pembeli kereta chevrolet adalah majoriti org melayu..mungkin mereka pn dah tau tentang lambang T tersebut...

      Terbaik!(1)Booo~(0)
  2. Zala Wajik

    July 31, 2010 at 10:20 pm

    cerita lama ni, diorang tak kisah pon.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      July 31, 2010 at 10:25 pm

      Cerita lama tapi masih panas bila Chevrolet melancarkan model Cruze, ramai yang berminat nak beli tapi terpaksa membatalkan niat tu sebab masih ada lambang yang dikatakan salib tu..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. velasrizal

    July 31, 2010 at 10:41 pm

    tu la ingtkan nk beli camaro (bumblebee) tp de salib lak..

    Produk 3 in 1 Membahayakan Kesihatan ?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      August 1, 2010 at 8:10 am

      Hukum membeli kereta Chevrolet yang ada lambang tu adalah harus, bukannya haram. Jadi kalau nak beli tu masih boleh, cuma jangan anggap lambang tu salib, anggap lambang tu benda lain.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. caliph

    August 2, 2010 at 7:39 am

    kete Cruze mmg best tp bila tgk lambang tu.. trus kansel.. :p

    Terbaik!(1)Booo~(1)
    • Evo

      August 2, 2010 at 7:54 am

      Tu la, Chevrolet patut tukar lambang tu, ramai orang nak beli tapi tak jadi.

      Terbaik!(1)Booo~(0)
  5. bk

    July 18, 2011 at 10:58 am

    Itulah sebabnya umat islam di malaysia terus mundur sbb pemikiran yg sempit ni. Hanya krn lambang yg dikatakan salib, terus jadi isu.bukankah chevrolet ni dijual serata dunia termasuk dinegara2 arab. Ulama saudi telah mengharuskan pembelian jenama ni...wallahualam...

    Terbaik!(0)Booo~(1)
  6. ako

    December 27, 2012 at 3:27 pm

    to la mentaliti org kita.. mcm to kate lambang salib.. mcm mana ngan huruf 't'.. simbol tambah to ''+"' .. cetek sangat pemikiran.. admin lak ckp lambang salib.. org kristion pn xde mgaku to lambang die.. knp toyota x kate lambang salib.. lebih kurang je kn.. yg pnting pemikiran.. Islam agama yg mudah..

    Terbaik!(2)Booo~(0)
    • AK

      December 27, 2012 at 7:12 pm

      Sebenarnya itu lambang bowtie, tapi malangnya ramai kenalan dan rakan-rakan saya tak berani membeli kereta Chevrolet disebabkan bentuk lambang tu.. Apa salahnya Chevrolet tukar ke lambang lain kalau boleh menaikkan rating jualan..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  7. din

    December 27, 2012 at 5:48 pm

    tahun depan kereta Chevrolet akan dipasang di kilang Naza..maybe berubah lambang..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  8. edenlapone

    January 7, 2013 at 10:35 pm

    Sebagai umat Islam pembelian kereta berlogo seperti ini pasti akan mendatangkan rasa tidak selesa dan janggal. kita tidak boleh menyalahkan orang Islam kerana secara semulajadinya mereka akan menolak lambang seperti ini, disebabkan keimanan dan kecintaan kepada agama Islam. bagi mereka yang tidak peka dan tidak sensitif, jangan salahkan umat Islam lain kerana apabila anda berbuat demikian, akan menyerlahkan sikap "selfish" yang anda simpan selama ini. Fahamilah keadaan orang lain dan cubalah mengadaptasikan diri dengan keadaan itu secara berhemah dan saling menghormati barulah anda menjadi orang yang lebih matang, terbuka serta tidak mengongkong hak dan pendapat orang lain.

    Terbaik!(1)Booo~(2)
  9. kereta

    January 8, 2013 at 7:51 pm

    itu bukan sebab kenapa penjualan Chevvy merosot di malaysia. cuba luaskan pemikiran, takkan hanya logo yang bagi saya terlalu jauh dengan salib maka punca kemerosotan jualan nya yang kurang. kenapa tidak memikirkan tentang sales, servis center, marketing harga, promosi dan sebagainya?????mengapa pula tanda campur "+" tidak dikaitkan dgn salib????? kenapa tidak dibuat tulisan rumi samada huruf kecil T pun dikaitkan????tolonglah bukakan minda, Arab saudi pun mengimport kereta ini

    Terbaik!(2)Booo~(0)
  10. hanya lala

    September 9, 2013 at 2:48 pm

    sebenarnya tu bukan lambang salib la. chevrolet buat lambang tu berdasarkan bow tie yang mcm samy vellu selalu pakai. hal ini disahkan oleh campany chevrolet sendiri yang mengatakan lambang tersebut adalah lambang bow tie yang melambangkan keterampilan seorang jejaka. tgk sami vellu, kacak dan tampan kan bila dia kuar tv pakai bow tie tu. haha, jgn marah k, hanya gurauan. tapi sebaiknya kita perlu kaji latar belakang sesebuah campany pembuat kereta supaya kita dapat menilai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara itu. kalau nak ikutkan, alfa romeo tu lagi la ramai melayu pakai tapi pada lambang alfa tu terang2 ada lambang salib dan diperakui oleh campany alfa romeo sendiri yang mengatakan ada lambang salib pada lambang kereta mereka. so renung-renungkan ek.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  11. Rusty

    October 25, 2013 at 10:19 pm

    Saya tidak jadi beli Chevrolet Orlando, meski suka ttp lambangnya meragukan hatiku....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  12. xxxx

    October 26, 2013 at 11:23 am

    melayu mang cmni..paranoid xbertempat..cmtu xyah la gune peti pertolongan cemas,hospital,belajar matematik tambah, gune huruf t..ngade2 je sume ni

    Terbaik!(2)Booo~(0)
  13. mat kota

    June 2, 2014 at 11:32 am

    asal huruf T aje...salib la tu. Mentaliti Melayu.....macam perkataan Yahudi juga. Dengarkan nama Yahudi menggelupur tak tentu pasal.... bersemangat beb. Tak tahu ke kat negeri sendiri bangsa asing tengah pijak kepala....bubuh segala macam yg bernama babi dlm semua produk. Back to the topic....Chevrolet ni especially the Cruze...Most popular car in Brazil sebenarnya tak hebat mana pun. Cuma body dia keras cket la. Spare part dah la mahal,susah pula nak dapat tu....harap rupa je cantik. Minyak kedargah bole tahan walaupun cuma 1.8 aje. Pada aku kalau nak sangat pakai kete US terutama amoi amoi yg bangga sangat dgn standard US of coz bopren dorang...baik lu pakai "FOCUS" la.... dasyat woo dgn gadget computerised baru...cubalah kalau tak caya

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  14. Jon

    June 19, 2014 at 10:58 am

    Bkn samy velu lh! Tp kadir sheik fadzil ha3

    Terbaik!(2)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>