Hyundai Starex – Toyota Estima dan Alphard masih belum cukup luas?!!

Bayangkan anda sedang mencari-cari sebuah MPV untuk kegunaan keluarga, atau anda masih bujang dan meminati MPV, siapa peduli jika anda memandu sebuah MPV seorang diri ke hulu ke hilir asalkan anda mengikuti trend semasa. Bagi sesetengah orang, Mitsubishi Grandis, Nissan Grand Livina, Naza Citra, Proton Exora, Perodua Alza, Toyota Wish atau Honda Freed bukanlah sebuah MPV. Dengan ruang tempat duduk penumpang di barisan ketiga yang sempit, MPV kompak masih belum digemari oleh sesetengah orang yang cerewet. Tambahan pula sesebuah keluarga yang mempunyai ahli yang ramai sudah tentu memerlukan sebuah MPV bersaiz penuh.

Mujurlah ada Naza Ria, Toyota Estima, Toyota Alphard, Toyota Vellfire dan Nissan Elgrand yang tergolong dalam kategori MPV bersaiz penuh. Kebanyakan rakyat Malaysia begitu familiar dengan setiap model MPV tersebut terutamanya model terlaris iaitu Toyota Estima dan Toyota Alphard. Toyota Estima dan Toyota Alphard seringkali menjadi pilihan bagi mereka yang mahukan keselesaan untuk 7 orang penumpang terutamanya ketika melakukan perjalanan jauh dengan ahli keluarga yang ramai. Tempat simpanan barang di bahagian bonet belakang yang luas tanpa perlu menurunkan kerusi penumpang di barisan ketiga juga menjadi penyebab kenapa MPV bersaiz penuh menjadi pilihan.

Tetapi bagaimana jika anda merasakan Toyota Estima dan Toyota Alphard masih belum cukup luas dan anda sedang tercari-cari sebuah MPV bersaiz super atau boleh juga digelar sebagai super van? Jika tiga tahun yang lepas kelibat sebuah super MPV mungkin masih belum dapat dilihat di atas jalan raya di negara kita tapi kini pencarian anda sudah sampai ke penghujungnya. Ucapkan terima kasih kepada Hyundai kerana melancarkan sebuah super MPV bersaiz penuh yang lebih besar daripada Estima dan Alphard dengan tempat duduk untuk sebelas orang penumpang.

Pertama kali saya melihat Hyundai Starex kira-kira 2 tahun lepas dan ketika itu saya betul-betul tergamam. Tergamaknya Hyundai mereka cipta sebuah van atau MPV sebesar itu dan pada pandangan saya Hyundai sentiasa cuba bersaing dengan Toyota. Toyota boleh berbangga dengan Estima dan Alphard serta van mereka yang digelar Commuter atau Hiace. Dalam kehairanan saya tertanya-tanya tidak cukup lagikah sebuah MPV yang bersaiz penuh seperti Estima, Alphard mahupun Nissan Elgrand? Namun selepas itu saya mengangkat dua ibu jari kepada Hyundai kerana kreatif dan membuktikan bahawa MPV sebesar Estima dan Alphard masih belum cukup luas dan mereka tahu, terdapat permintaan untuk sebuah MPV sebesar Starex. Agaknya bila Proton akan membangunkan sebuah model MPV bersaiz penuh? Mungkin tidak kerana Proton kini berada di dalam zon selesa dengan angka jualan Exora yang memberangsangkan pada setiap bulan.

Hyundai Starex yang dipasarkan pada mulanya di pasaran tempatan sejak lebih 2 tahun dulu kurang menarik pada pandangan. Hinggalah pada suatu hari saya sedang memandu kereta di sebuah belakang Hyundai Starex sewaktu pulang dari kerja. Sekali imbas saya terperasan akan perbezaan Hyundai yang sedang saya ikuti itu, ada sesuatu yang tidak kena padanya. Dibelakang Starex tersebut tertulis perkataan Royale dan saya mengekori rapat kereta tersebut dan akhirnya terbukti yang itu adalah model facelift terbaru Starex. Memang memukau pandangan model facelift yang diberi nama Grand Starex Royale itu kerana menampakkan ciri-ciri sebuah MPV mewah. Jadi apa tunggu lagi jika anda mahukan yang lebih besar daripada Estima dan Alphard tanpa meminggirkan ciri-ciri kemewahan sebuah MPV? Sebelas tempat duduk penumpang masing belum cukup? Tak mungkin.

Hyundai Starex didatangkan dengan enjin 2.5 liter diesel bercas turbo dan kuasa yang dihasilkan setinggi 170ps dan 390Nm tork. Anda tidak perlu bimbang kerana kuasa tersebut sudah mencukupi untuk menggerakkan Starex itu sama ada tanpa penumpang ataupun dengan penumpang di semua tempat duduknya. Harga yang diletakkan ialah RM148,888.00 (harga atas jalan). Sebuah MPV gergasi seperti Hyundai Grand Starex Royale rasanya sudah lebih dari cukup untuk memuaskan hati mereka yang mengidamkan sebuah MPV bersaiz super. Anda mahukan yang lebih besar? Mungkin sudah sampai masanya untuk memikirkan sebuah model bas mini.

Terbaik!(6)Booo~(1)

48 Comments

  1. sky8men

    August 4, 2010 at 12:08 am

    ohoo..bsr yg amat...tp lg suke honda stream facelift bru..smart.. =)

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      August 4, 2010 at 2:04 pm

      Honda Stream memang smart, tetapi menurut pihak Honda, Stream bukannya sebuah MPV sebenar. Pandangan saya Stream termasuk dalam kategori sama seperti Toyota Caldina.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. miey

    August 4, 2010 at 7:36 am

    Memang besar giler...harga pun pergh boleh beli sebuah kondo..hu hu hu

    RM148,888.00 (harga atas jalan), betul ke harga nie? Kalau tak salah saya memcecah RM200 hingga RM300 ribu lebih..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      August 4, 2010 at 2:05 pm

      Harga dah betul dah RM148,888.00, saiz besar dan nampak mewah tapi murah banyak berbanding Estima, Alphard dan Nissan Elgrand.

      Terbaik!(3)Booo~(0)
    • Anonymous

      October 4, 2010 at 8:56 pm

      hang beli Stavic lah..harga full specification OTR baru RM112K++; Starex pun OK; tapi beza harga RM20K tu boleh buat macam2..hang boleh buat downpayment beli condo/apartment.....
      kita kena ramaikan community Stavic kat Malaysia ni.....

      Terbaik!(4)Booo~(2)
  3. Mawardee

    September 11, 2010 at 9:33 pm

    ye.. mmg besar sgguh..saya memang berkenan ngan starex royale..harga pon murah berbanding alphard.. cayalah hyundai..

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  4. Rusli Bin Abdul Razak

    October 4, 2010 at 4:51 pm

    Saya memeliki sebuah dibeli pada bulan mei 2010. Sebelum ini saya guna MPV eropah Berlinggo dan MPV malaysia Exora. Yang ini memang memberi kepuasan penuh kepada semua ahli keluarga. Untuk makluman keluarga saya kecil saja tapi minat MPV besar2.

    Terbaik!(4)Booo~(0)
    • Evo

      October 4, 2010 at 5:23 pm

      Memang hebat Starex, MPV paling besar di Malaysia rasanya.

      Terbaik!(1)Booo~(0)
  5. Anonymous

    October 4, 2010 at 6:53 pm

    Aku compare Ssangyoong Stavic dan Hyundai Starex; Ssanyoong Stavic lebih bagus dari Hyundai Starex seperti dibawah:
    1) interior dashboard design (instrument panel) lebih moden macam mercedez; whereas for starx macam van murahan;
    2) interior plastic trmasuk kusyen quality lebih bagus
    3) Seat arrangement; all the 2nd and 3rd row(exluding 4th row)boleh slide; whereas for starex the 2nd and last tak boleh slide (fixed and bolted).
    5) Talipinggang; all 3 points type whereas for starex semua kerusi belakang hanya 2 points.
    6) Kualiti carpet lebih bagus.
    7) Bolt rim ada 5 which is standard for most cars; whereas for Starex ada 6 ; susah nak cari part kecuali dengan Hyundai.

    Kelebihan Starex; power dan torque bagus sikit dari Stavic.
    Fuel consumption for both sama; 9.7 liter/100km (Motor Magazine).
    Road tax; of course Starex (RM800++ for 2.4liter) lebih murah dari Stavic (RM1300++ for 2.7 liter).....

    Terbaik!(2)Booo~(1)
    • Anonymous

      October 4, 2010 at 7:07 pm

      sorry 3rd and last row

      Terbaik!(3)Booo~(4)
    • Anonymous

      October 8, 2010 at 5:37 pm

      tapi stavic bentuk exterior nampak pelik kalau nak dibandingkan dengan starex

      Terbaik!(2)Booo~(0)
    • NC

      November 26, 2010 at 9:51 pm

      really arr so many different?? i wanted to book STERAX le,how??

      Terbaik!(1)Booo~(0)
  6. Anonymous

    October 4, 2010 at 6:56 pm

    Harga Hyundai Starex full specification OTR is RM1140K++;

    Harga Ssangyoong Stavic full specification OTR is RM112K++;

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  7. Anonymous

    October 4, 2010 at 7:06 pm

    Hand brake Hyundai Starex ada sikit kekurangan, kau orang kena rendam tangan kiri dalam2 untuk mencapai hand brake tersebut...memang lucu.
    Aku tengok Ssangyoong Stavic ada kelas; handbrake pakai kaki dan release just tarik pakai tangan within reach from driver seat macam mercedez.....

    Aku tak pasti samada Starex ada option untuk shift to "manual gear" tapi Stavic ada system T-Tronic....gear shift by push button saja...smooth riding on long distance...

    Bagaimanapun, masing2 ada kelebihan dan kekurangan..sebagai pengguna, saya fikir sebelum beli kena test drive kedua2 kereta......baru boleh keputusan yg rasioanl

    Terbaik!(4)Booo~(0)
    • Evo

      October 4, 2010 at 7:15 pm

      Saya lebih prefer Starex Grand Royale daripada Stavic, memang cun. Harga, spesifikasi dan ruang nampaknya lebih kurang sama, tak lari jauh sangat. Tapi kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, terserah kepada bakal pembeli untuk membuat pilihan.

      Terbaik!(1)Booo~(0)
      • Anonymous

        October 10, 2010 at 12:12 am

        Saya pilih Stavic daripada Starex; harga OTR sekarang untuk spefikasi penuh lebih murah melebihi RM20,000/- berbanding Starex tetapi mempunyai features yg sedikit lebih hebat dari Starex.
        Pembeli yg praktikal sepatutnya memilih kereta yg tidak meleburkan wang mereka.

        Terbaik!(1)Booo~(0)
        • fauzan

          November 26, 2010 at 10:35 pm

          mmm...saya suka design starex;) lebih up to date,praktikal dan ada gaya eksekutif:) Model nie juga telah menjadi kereta rasmi utk bola sepak piala dunia kat Afrika sebelum2 nie. Maklum la hyundai kn penaja rasmi sukan popular di dunia tu...

          cheers!

          Terbaik!(1)Booo~(1)
  8. Anonymous

    October 4, 2010 at 7:11 pm

    Suspension Stavic dan brake system memang lebih advance brbanding Starex; kau orang kena compare specfication untuk percaya cakap saya..

    Terbaik!(1)Booo~(1)
  9. Anonymous

    October 4, 2010 at 8:44 pm

    Stavic ada fungsi traction control at push button; dia ada butang S (Summer) dan butang W (Winter) dekat gear; normal drive tekan S (Summer)..tapi waktu hujan sangat lebat boleh tekan W (Winter)....aku dah try waktu hujan lebat sangat2 kat PLUS highway...memang confidence dan sangat stabil..tak rasa buang langsung berbanding normal drive on S.....aku tak pasti samada Hyundai Starex ada fungsi ni......

    Terbaik!(3)Booo~(0)
  10. Anonymous

    October 8, 2010 at 5:46 pm

    stivic enjin 2.7L(merc diesel)macam vito

    starex enjin 2.5L(diesel)

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  11. Ti

    October 13, 2010 at 9:52 am

    Pernah masuk dlm Starex ni. Memang mengkagumkan. Besar dan selesa. Pastu. masuk lak dlm Stavic. Belum apa2, kepala dah terhantuk. 11 seater, memang sempit berbanding Starex. Tapi, husband minat sgt kat Stavic sebab spec yang tinggi.

    Terbaik!(1)Booo~(1)
  12. anne

    October 18, 2010 at 8:45 pm

    eloo.. starex sebulan bayar bpe ek? if amek 9 taun.tq.

    Terbaik!(0)Booo~(1)
    • zack zairul

      December 26, 2010 at 12:40 am

      saya baru lps test drive starex.. ermm interior mmg nmpak kurang mewh sikit kalau nak dibandingkan dgn stavic..
      tp sekarang ade offer rebate Rm10k so deposit bayar dlm RM5k je monthly dlm RM 1.5k for 9 years...

      Terbaik!(1)Booo~(2)
      • ExoraMerah

        March 29, 2012 at 12:15 pm

        Beli kereta RM100k++ biarlah downpayment besor. RM1.5k for 9 years, sanggup ke, kita tak tahu naik turun tahun2 yg akan mendatang dan kesannya pada kita.

        Terbaik!(2)Booo~(1)
  13. effa.addin

    March 27, 2012 at 9:30 pm

    kalo deposit RM100k..sbuln bape kalo ikat 5 taun..lhdn dpt tau x..

    Terbaik!(1)Booo~(0)
    • poyo la kau

      March 28, 2012 at 8:34 am

      xpayah berlagak la kt cni..tny deposit 100k sebulan bape..berlagak seyh npe xtny bank je ke,salesmen kete ke??owh lupe lak,lau tny bank,t org kt cni xtau lak die nk bwt deposit 100k..wakakakakaka

      Terbaik!(2)Booo~(5)
      • peminat mpv gak

        March 28, 2012 at 10:59 pm

        kalo lhdn tau, ape slahnya..kan org kaya...hihi

        Terbaik!(0)Booo~(1)
        • kamikazee

          March 28, 2012 at 11:07 pm

          rsanya effa.addin x berlagak kot..nk tya bank or salesman x brksempatn, tu yg cuba2 tnya kat wall, ne tau ada yg tau dn mmbantu....sian dia. hehe

          Terbaik!(4)Booo~(0)
  14. kamikazee

    March 28, 2012 at 10:54 pm

    mpv idamanku...mmg minat ngan starex nie...hai duit, bila la nk ckup wat deposit ni...huhu..

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  15. salsabila

    June 5, 2012 at 10:34 pm

    starex memang mpv 'tulen'? Tapi faktor harga jadi pemusnah harapan ku.Starex ni CBU or CKD? Kalau CBU mintak tolong la kerajaan benarkan Hyundai pasang kat sini. Pas tu jangan la kena cukai tu dan ini untuk menjadikan harga Starex kebih tinggidan tetap tinggi dari Exora.Tinggi sikit ok le.....

    Terbaik!(0)Booo~(1)
  16. abufaez

    June 20, 2012 at 12:22 am

    stavic lebih bagus, teknologi mercedes..

    Terbaik!(1)Booo~(1)
  17. Niessa Chang

    June 25, 2012 at 1:13 am

    Sdng mencari sebijik mpv. Berminat ngan stavic 2.7 11 seater tp yg x bestnye tmpt nk mengopak service terhad terutama skli sabah dan swk. Haiyoooo achaner niiii....

    Terbaik!(1)Booo~(1)
  18. citra 1510

    July 25, 2012 at 11:43 am

    nk cite sket,adik pompuan sy br jr pakai starex royale..last wek kami g kedah..spjng hgway sy bole katakn starex ni trbaiek ..laju pn laju pastu lak kt tepi side miror dh trpsng lmpu led..mmm ble drive mlm nmpk kegarangan starek nii..cm burung besar beb yg best nyer ley sumbat ramai,kalah alphard..yg lain2 tu cm biasa la kalo dh keta mahal sume yg ada kt starex royale cukup selesa dn mmuaskn..mmm brbanding dgn mpv yg sy pakai la nii... nk bli lom mmpu lg hu2

    Terbaik!(2)Booo~(0)
  19. eims

    October 11, 2012 at 2:20 pm

    lau compare stavic 2.7 dengan starex 2.4 punya turbo dia lain.
    starex 2.5cc turbo diesel VGT tu je dah lebih power dari stavic 2.7cc.
    sy mmg minat giler kat enjin hyundai yg ni. kenapa la hyundai tak masukkan enjin santa fe 2.2cc Crdi VGT tu dalam starex. CC lebih kecil tapi Torque dekat 450nm , lebih 50nm dari enjin starex sekarang. apatah lagi lebih 100nm dari enjin stavic 2.7cc

    P/s : CC je besar power beza jauh. dah la road tax beza banyak giler

    Terbaik!(3)Booo~(0)
  20. eims

    October 11, 2012 at 2:32 pm

    oh btw few weeks back sy folo starex kat highway elit menghala ke KLIA.
    xpasti ada berapa orang dalam tu tapi it looks affordless to get to 180km/h.

    beberapa hari lepas tu sy g showroom hyundai kat sri kembangan.. thumbs up.. :) ngidam jgk satu tapi harga mehel do'oh.. yg sekenhen je la kalau dapat. kekeke...

    Terbaik!(1)Booo~(1)
  21. Abdullah

    January 17, 2013 at 4:42 pm

    aku minat stavic, tapi nak tanya pengguna stavic, mudah ke nak service stavic dan mcmna spare part mudah ke dapt dan bagaimana harganya.

    Terbaik!(1)Booo~(1)
  22. cg_zack

    January 25, 2013 at 8:47 pm

    Dulu pernah minat Stavic tp harga masa tu RM185K. Body x ubah lgsung. 10 th dah, kira outdated la tu. Maintenance of course tinggi sbb tech Mercedes. R/tax RM1340.00 compared to Starex 2.5 just RM837.60. Pastu susah nk cari SC.

    Terbaik!(1)Booo~(2)
  23. zam

    March 31, 2013 at 12:13 pm

    assalamualaikum semua.....pelik betul org skrg buat perbandingan kenderaan mpv.klu nak betul2 mpv dan betul2 luas beli jer "bas express" tu.kompom satu kg boleh isi dalam bas tu.enjin cc besar,power pun kuat,boleh buat rumah dalam bas tu.bas express ada,mini pun ada...

    Terbaik!(3)Booo~(7)
  24. mohd

    April 25, 2013 at 9:33 pm

    Starex adalah pilihan terbaik bagi kelas 10-12 penumpang. Sistem suspension dan brake yang canggih menjadikan starex lebih selamat dipandu walaupun dengan muatan yg berat. Walaupun besar, starex lebih mudah untuk membelok kerana turning circle hanya 5.6 meter. Pintu sliding automatic dengan sensor. Dua seat (2nd row) boleh turning back. boleh dipandu laju sehingga 200kmj tanpa masaalah.
    berminat call 018-2089268

    Terbaik!(2)Booo~(1)
  25. phuwekk

    July 3, 2013 at 12:44 pm

    Mintak maaf.. walaupun dengan teknologi mercedes celup sekalipun tapi rupanya still nampak macam katak kodok kena lempang aku tak kan beli stavic ni..better lagi exora dari stavic..tapi dalam konteks ni aku rasa starex lebih menarik dan lebih praktikal daripada stavic.

    Terbaik!(4)Booo~(0)
  26. zura

    August 21, 2013 at 2:07 pm

    Nak cari yg secondhand tp harga x selisih byk pun...

    Terbaik!(2)Booo~(0)
  27. nahrul

    November 4, 2013 at 12:46 am

    Aku dh bli starex..mmg puas ht.. isi myk diesel full rm152.00..blk dr shah alam ke taiping..myk still E tak grak..jimatnya..

    Terbaik!(4)Booo~(1)
    • Ah Lut

      December 22, 2013 at 8:06 pm

      E atau F? Pasal Starex dari KL ke Kuala Terengganu baru je RM60 atau RM50... Memang jimat...

      Terbaik!(3)Booo~(0)
    • nahrul

      May 25, 2014 at 7:47 am

      Ah Lut.. F ler..typing eror : ) teknologi gps pon bagus..terkini starex dh ada keluaran baru dgn bodykit yg cun..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  28. Ichman

    November 8, 2013 at 12:03 am

    Pada aku starrex ni mmg puas hati , murah pun murah.. Premium punye pon baru RM 1871.xx sebulan (9 thn 0 down payment) apa ade hal lah.. Murah sgt dah tu bg aku.

    Terbaik!(3)Booo~(0)
  29. zul

    December 13, 2014 at 12:24 pm

    Saya sedang svey Starek Royale....Kwn2 yg dah guna kongsilah masalahnya jika ada....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • x-waja1.8

      December 14, 2014 at 11:13 pm

      zul, jika anda berminat mengetahui apa2 yg berkaitan Hyundai Starex, anda boleh jengah2 facebook, Grand Starex Royale. Maklumat berkaitan atau persoalan boleh ditanya di situ. Starex @ "Anak Gajah" ni pun dah ada kelab, iaitu Starex Owners Club (STAROC). Keahlian sudah melebihi 200 owner. Kehadirannya di jalan bukan lagi satu kejanggalan. Sebagai owner sejak 2012, saya amat2 berpuas hati. Minyak? Memang save sangat2.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  30. sabar2 lawee

    December 21, 2014 at 10:29 am

    Grand StarexRoyale lebih selesa kalau guna dekat malaysia nampak mewah dari stavic dan nampak klasik sangat .

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>