Mazda8 – MPV terbaru dari Mazda berharga RM190,228.00 - Arena Kereta

Mazda8 – MPV terbaru dari Mazda berharga RM190,228.00

Bermaz Motor Trading Sdn. Bhd, syarikat yang bertanggungjawab mengedarkan kenderaan baru berjenama Mazda di negara kita baru-baru ini memperkenalkan model MPV Mazda8. Dilengkapi enjin 2.3 liter DOHC bersama-sama kotak gear automatik 5 kelajuan Activematic, model ini menawarkan ruang dan keselesaan yang lebih berbanding model terdahulu iaitu Mazda5. Model ini adalah CBU dan diimport sepenuhnya dari Jepun, jadi harga yang ditawarkan tidak murah iaitu RM190,228.00 atas jalan tanpa insuran.

Kuasa enjin Mazda8 setinggi 163 PS dan kuasa tork ialah 203Nm, rasanya lebih dari mencukupi untuk menggerakkan sebuah MPV bersaiz besar ini. Mazda8 didatangkan dengan teknologi Mazda yang terkini dan kereta ini boleh menjadi pilihan kepada mereka yang mementingkan gaya sebuah MPV moden. Hadir bersama-sama Mazda8 ialah advanced keyless entry and push start system, super relax ottoman seats, dual power sliding doors dan power rear liftgate.

Mazda8 boleh menjadi pesaing utama kepada Toyota Estima dan Alphard dan harganya jauh lebih murah. Cuma jenama Mazda sebelum ini agak kurang familiar di negara kita dan jarang menjadi pilihan pembeli. Dengan pelan pemasaran agresif yang dibawakan syarikat Bermaz dan pengenalan beberapa model terbaru yang canggih dan menarik seperti Mazda2, Mazda3, Mazda6 dan SUV CX-9, Mazda dijangka akan kembali memberikan saingan kepada syarikat automotif lain dalam masa beberapa tahun akan datang.

Yang penting ketika ini ialah Mazda perlu melancarkan kempen dan promosi kereta keluaran mereka dengan agresif bagi menawan hati rakyat Malaysia. Agak sukar untuk memecahkan benteng kepercayaan rakyat Malaysia terhadap model keluaran Toyota, Honda, Nissan dan jenama lain yang sudah sebati dengan jiwa rakyat negara ini. Mazda sudah ada barisan kenderaan yang berdaya saing dan bagi meningkatkan jumlah jualan, harga yang ditawarkan perlu lebih kompetetif dan pemasangan tempatan (CKD) bagi kenderaan CBU mereka patut dipertimbangkan.

Terbaik!(0)Booo~(0)

4 Comments

  1. shidi

    August 5, 2010 at 7:21 pm

    nk bli ah t..
    heheh

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      August 5, 2010 at 7:49 pm

      Beli bro, jangan tak beli..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. diraja22

    August 5, 2010 at 8:11 pm

    boleh buat kereta pergi pasar ni..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      August 5, 2010 at 8:31 pm

      Weh, biar betul pergi pasar..hehehe

      Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>