Proton Persona Elegance - berbaloi untuk dimiliki - Arena Kereta

Proton Persona Elegance – berbaloi untuk dimiliki

Saya merupakan seorang peminat kereta Proton sejak model Saga dikeluarkan kira-kira 25 tahun dulu. Proton telah meninggalkan nostalgia kepada saya dan boleh dikatakan saya membesar dengan mengenali kereta Proton berbanding kereta buatan syarikat lain. Apa saja maklumat berkenaan Proton akan saya ikuti dan setiap kali pelancaran model terbaru pasti akan membuatkan saya teruja.

Walau bagaimanapun saya akui yang saya bukan die hard fan kebanyakan kereta keluaran Proton. Ada model yang saya minati dan ada model yang langsung saya tidak gemari. Sejak pengenalan model Proton Tiara lebih 10 tahun dulu, saya mula menjadi pengkritik Proton, tetapi tidaklah sampai tahap yang ekstrem seperti sesetengah pihak lain. Saya hanya mengkritik pada perkara-perkara yang ada asasnya sahaja dan sehingga kini saya masih mengkagumi beberapa model Proton yang bagi saya berkualiti dan berbaloi untuk dimiliki.

Salah satu model kereta keluaran Proton yang membuatkan saya ingin memilikinya ialah Proton Persona. Sejak pengenalannya oleh Proton beberapa tahun lepas, bagi saya inilah salah satu produk keluaran Proton yang boleh dibanggakan. Sebelum itu saya kecewa dengan model Proton Gen2 yang mempunyai beberapa kelemahan ketara yang tidak dapat saya terima. Salah satu kelemahan Proton Gen2 ialah ruang kepala penumpang belakang yang terlalu sempit dan rendah.

Saya bukannya seorang yang terlalu tinggi tetapi apabila berada di tempat duduk belakang sebuah Gen2, saya berasa amat tidak selesa. Saya tertanya-tanya bagaimanakah jurutera Proton mereka bentuk sebuah Gen2 tanpa memikirkan tentang kelemahan itu. Atau mungkin jurutera-jurutera Proton kesemuanya mempunyai ketinggian rendah-rendah belaka sehingga sewaktu ujian dijalankan mereka berasa begitu selesa berada di tempat duduk belakang sebuah prototype Gen2.

Proton Persona bukanlah sebuah model kereta yang sempurna tetapi dengan ruang dalaman yang ditawarkan dan kemasan dibahagian dalaman yang lebih menarik daripada Gen2, saya boleh memuji bahawa inilah produk yang mencapai standard seperti yang diharap-harapkan walaupun kualitinya masih belum setanding dengan kereta keluaran syarikat Jepun.

Namun dengan harga yang berpatutan, Proton Persona boleh dikatakan sebuah kereta yang berkualiti dan memenuhi ciri-ciri sebuah kereta sedan yang menjadi keperluan sesebuah keluarga mahupun seseorang individu. Dan pada Mac 2010 yang lepas, Proton Persona Elegance dilancarkan oleh Proton. Proton Persona Elegance hanyalah sebuah model facelift daripada Proton Persona tetapi bagi saya inilah model Persona yang paling menawan. Dengan kemasan di bahagian dalaman dan luaran dipertingkatkan, Proton Persona Elegance menjadi pilihan yang menarik berbanding model lain keluaran Proton.

Proton Persona Elegance hadir dengan tiga varian berbeza iaitu Base Line (model asas), Medium Line (model pertengahan) dan High Line (model premium). Persona Elegance masih dikuasai oleh enjin Campro 1.6 liter dengan teknologi IAFM yang menjana kuasa 110bhp@6,500rpm dan tork sebanyak 148Nm@4,000rpm.

Bagi model Base Line dan Medium Line, ianya dipadankan dengan pilihan kotak gear automatik 4 kelajuan dan kotak gear manual lima kelajuan. Bagi model High Line pula, hanyak kotak gear automatik 4 kelajuan sahaja yang ditawarkan. Enjin memang sama tetapi masih terdapat perubahan baru yang dilakukan Proton. ECU 16-bit sebelum ini telah digantikan dengan ECU 32-bit dan kesannya respon terhadap kuasa enjin menjadi lebih sensitif dan pemanduan menjadi lebih lancar.

Antara perbezaan ketara Proton Persona Elegance (kecuali model Base Line) berbanding model Persona sebelumnya ialah ianya tampil dengan bodykit yang baru. Gril hadapan ciptaan baru bersama-sama skirting dan sideskirt yang menarik menyerlahkan lagi keanggunan dan gaya Persona Elegance ini. Selain itu lampu belakang kini dipasangkan dengan rekabentuk yang berlainan dan disediakan bersama-sama lampu brek LED yang lebih cantik dan terang.

Salah satu penambahan pada Persona Elegance yang menarik perhatian ramai ialah cermin sisi di kiri dan kanan kini terdapat lampu signal untuk membelok. Cermin sisi dengan lampu signal tambahan tersebut menampakkan ciri mewah kepada Persona Elegance yang sebelumnya tiada pada kereta lain keluaran Proton. Model Medium Line dan High Line dipasangkan dengan sport rim baru yang kelihatan lebih menawan dan sporty.

Model High Line mempunyai balutan kusyen daripada kulit dan dilengkapi sistem cruise control, tambahan sistem navigasi GPS bagi model High Line dan Medium Line. Balutan kusyen model Medium Line dan Base Line diperbuat dari kain jenis fabrik yang baru. Sistem pemain audio kali ini dibekalkan unit single-DIN dari Blaupunkt dan mempunyai lubang kemasukan USB yang kini menjadi ciri-ciri wajib bagi sistem hiburan audio di dalam kereta.

Menurut Proton, mereka juga menaik taraf sistem pengurangan bunyi bising (NVH) dengan penambahan material baru agar kualiti bunyi di dalam Persona Elegance ini menjadi lebih senyap, bukan saja untuk pemanduan yang lebih selesa, tetapi juga untuk mendapatkan kualiti bunyi sistem audio yang lebih berkualiti.

Bagi saya, yang paling menarik berkenaan Proton Persona Elegance ialah apabila bercakap mengenai harganya. Harga bagi model Persona versi sebelumnya dan versi facelift Elegance ini ditawarkan oleh Proton pada harga yang cukup berpatutan. Dengan harga terkini Persona Elegance antara RM46,499.00 sehingga RM59,499.00, anda akan mendapat sebuah kereta sedan yang menarik, mempunyai ruang penumpang yang selesa, bonet tempat simpanan barang yang luas, tahap pengawalan yang bagus dan cekap hasil talaan Lotus, serta enjin 1.6 liter yang berkuasa.

Saya sendiri berasa agak hairan kenapa dengan pelbagai kelebihan dan ciri-ciri yang menarik bagi sebuah Persona, harga yang ditawarkan amat menarik. Model Base Line contohnya, enjinnya masih lagi Campro IAFM 1.6 liter tetapi harganya bagi saya berbaloi untuk dimiliki iaitu di bawah RM50k.

Antara model Perodua Myvi dan Proton Persona, saya memilih Proton Persona Elegance jika saya berpeluang membeli sebuah kereta baru. Walaupun Perodua Myvi lebih menjimatkan petrol berbanding Persona, bagi saya kelebihan-kelebihan lain Proton Persona seperti yang saya sebutkan tadi adalah lebih praktikal jika dibandingkan dengan sebuah Myvi. Ketika ini jualan Proton Persona sejak awal tahun adalah baik dan boleh dikatakan laris, tambahan pula dengan pengenalan Persona Elegance yang lebih bergaya ini.

Jualan Proton Persona termasuk Persona Elegance yang dikira bermula Januari 2010 sehingga Jun 2010 ketika ini mencecah 21,958 unit, suatu angka yang membuktikan bahawa model Persona dari Proton diterima baik oleh rakyat Malaysia. Dengan kejayaan model Persona ini, tiada lain yang saya harapkan daripada Proton selain harapan agar Proton sentiasa menghasilkan model kereta baru yang mempunyai ciri-ciri dikehendaki oleh rakyat Malaysia. Proton Persona Elegance hasil ciptaan Proton seharusnya boleh menjadi rujukan kepada Proton tentang bagaimana mereka perlu membina sebuah kereta yang akan laris di pasaran.

Proton Persona Elegance boleh didapati dalam lima warna yang berlainan iaitu Chiffon Green, Bronze Garnet, Tranquility Black, Genetic Silver dan Brilliant Red. Sebelum ini saya pernah melihat Proton Persona berwarna putih, tidak diketahui pula kenapa Proton Persona Elegance tidak didatangkan dengan warna putih, kalau tidak pasti gaya sebuah Persona Elegance menjadi lebih eksekutif dan mewah.

Harga Proton Persona Elegance :

Base Line (M) RM46,499.00
Base Line (A) RM49,499.00
Medium Line (M) RM52,999.00
Medium Line (A) RM55,999.00
High Line (A) RM59,499.00

Terbaik!(9)Booo~(0)

31 Comments

  1. fauzan

    August 7, 2010 at 10:10 am

    mmm...setuju. Model persona yg dipertingkatkan ini adlah model sedan terbaik proton buat masa nie. Sgt jatuh hati dgn rekabentuknya yg sporty tapi menampilkan ciri sedan keluarga yg praktikal dan value for money:)
    tak dapat bayangkan bagaimana model gantian persona R yang bakal keluar 2011 nanti.

    cheers!

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      August 7, 2010 at 10:54 am

      Betul ke Persona R akan keluar, ada maklumat untuk saya akses tak? Kalau betul ada macam mana persaingan dengan Waja Lancer nanti?

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. fauzan

    August 7, 2010 at 1:30 pm

    Persona elegance nie adalah facelift terakhir persona. Standard proton sekarang nie setiap 4@5 tahun model tu akan direplace dgn model baru. Model persona R nie adalah hasil rekaan italdesign dgn kerjasama jurutera n designer proton. ari tu proton dah package kn perjanjin tu sekali dengan proton subcompact EMAS. Persona R nie adalah cubaan pertama proton utk pasaran global dgn bnyak menggunakan gadget/features teknologi terkini. Ada rumous mengatakan spyshot model proton x yg misteri ala-ala caldina tu mgkin model baru dan kemgkinan besar adalah mule bagi persona R yg mana rekabentuknya masih dlm proses RnD. Rumous mgatakan persona R nie menggunakan platform exora. Dan gambaran drp informer dalaman, rekabentuknya adalah diantara Vios-Forte.

    Persona R nie adalah masih dlm segment C, besaing dgn vios n city. Sedangkan waja lancer nie plak masih dlm katogeri mid-sedan bersaing dgn forte n civic. Cuma model waja lama (1.6) akan digantikan dgn replacement dari rebadge lancer ini bagi menaiktaraf mid-sedan proton dari segi standard kualiti dan enjin (1.8/2.0

    cheers!

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      August 7, 2010 at 4:15 pm

      Menarik Fauzan, kalau Persona R untuk pasaran global, Proton perlu menjualnya dengan harga yang sama seperti syarikat automotif lain jual kereta mereka. Risau jugak Persona R nanti dijual di Malaysia RM70k, tapi di negara luar cuma RM40k, kalau macam tu sampai bila2 pun Proton tak akan mampu berdaya saing, aliran tunai mereka pula sure kering sebab kos R & D tak mendapat pulangan. Saya harap Persona R nanti adalah 100 peratus model kereta terbaru.

      Terbaik!(0)Booo~(1)
      • fauzan

        August 8, 2010 at 8:48 am

        hehe...jgn risau. rekabentuk mmg 100% baru:) Persona R nie bukan model facelift, tapi model replacement. Pasal harga tu mcm biasa sy no comment:) Melalui prancangan project global car proton tu, buat pertama kalinya proton merancang meningkatkan pasaran export melebihi pasaran domestik. So lepas nie bersedia ar, membeli kereta proton selepas nie bukan kerana harga murah ttapi kerana jenama itu sendiri, itu yg tun M pernah cakap:)
        Tapi sy pecaya, rakyat masih diberi pilihan utk memiliki model2 global2 tu dgn harga yg munasabah bila sistem varian2 sy sedia ada dikekalkan (Bline, Mline, hline). Tapi jgn ar plak beli bline pastu nak compare mutu dgn high standard kualiti kereta global yg lain. Mana bleh. ...tapi itu la yg selalu org kita buat2 x faham. Beli versi murah n low spec, pastu compare dn high class model. Pastu cakap kualiti teruk ar, sumer plastik murah ar bla bla bla...
        ONLY IN MALAYSIA.

        cheers!

        Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. finalcross

    August 7, 2010 at 10:20 pm

    Salam. Saya merupakan salah seorang pemilik kereta Proton Persona tapi malangnya bukan Persona Elegance. hmmm,agak kecewa sebab saya sedikit awal membeli kereta tersebut. Namun saya berpuas hati dengan model Persona yang sebelumnya. Pengalaman saya menggunakan kereta tersebut selama hampir setahun cukup berbaloi. Walauapapun, Persona Elegance memang nampak sangat menarik & praktikal!

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      August 8, 2010 at 5:25 am

      Persona biasa pun dah ok tapi Persona Elegance mempunyai beberapa kelebihan lain.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. Anak Akhirat

    August 8, 2010 at 9:21 am

    Selain minat pada Proton Exora, minat juga pada Proton Persona. La ni, Proton Persona Elegance.

    Design dia agak menarik jugak ya. Belum sempat-sempat nak tanam angan-angan beli yang lama, yang baru-baru semua dah keluar. Hehe.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      August 11, 2010 at 12:55 pm

      Beli yang baru lah bro, lebih mantap dari yang lama.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  5. Syukie

    August 8, 2010 at 10:48 am

    Ayah sy baru angkat kereta ni , saya dah test bawak die nye perfomence memang bagus, cuma untuk auto saya rasa pikap die berlebih-lebihan. tekan sket je dah naik 80km/j
    kalau kat highway. letak kaki je kat pedal x perasan dah stay 120~130km/j....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      August 11, 2010 at 12:57 pm

      Yea, Persona memang laju, pikap pun kuat, kalau lah pakai enjin CPS lagi best.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  6. mawarberduri

    September 17, 2010 at 10:27 pm

    salam...sy tgh recce utk ambil model proton as my 2nd car. skrg sy pakai vios.memandangkan sy akan berkursus di selatan tanah air & bg memudahkan sy pulang ke utara pd hari weekend, hubby & my dad suggest sy ambil persona.tp confuse la...ade sape2 ler bg pandangan ttg kete ni???

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      September 17, 2010 at 10:38 pm

      Persona Elegance merupakan pembelian yang berbaloi, harga murah untuk sebuah sedan dengan enjin 1.6 liter. Tapi saya hairan sikit, Vios dan Persona dalam kategori yang sama jadi kenapa pulak nak ambil Persona? Lain la kalau nak beli Viva sebagai kereta kedua.

      Terbaik!(0)Booo~(1)
  7. klate

    October 20, 2010 at 10:37 am

    nak tnya ni..nk beli persona elagence area klantan..tp kt ner ek yg de byar "muka"

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  8. klate

    October 20, 2010 at 10:40 am

    yg xde bayar "muka"..(pembetulan)

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  9. Pro.Sona

    November 9, 2010 at 11:44 pm

    aku dah dpt keta nie, best giler..d bes in it's class actually. sporty n good handling.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  10. ANAK ITIK TOK WI

    June 22, 2011 at 5:20 am

    Kepada Encik Evo...saya nak tanya sikit...apa perbezaan antara Proton Persona Elegance dan Proton Persona SE ?? Macam mana pula dengan harga??

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  11. Jie jie

    July 10, 2011 at 11:36 am

    sya baru je menempah proton pesona elegance kaler putih...x sabar rsnya...awal nya nak beli gen2 tp dealer kate gen2 x di keluarkan lagi...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • aida

      September 10, 2011 at 8:29 pm

      hmmmm...sayer dah boking..tp confius nak colour putih or bronze...ermmm putih hline cute

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  12. mrafez

    December 14, 2012 at 11:00 pm

    salam dan slmt sejahtera smua.....
    sya merupakan pemilik kereta persona elegance 1.6 (M)..
    sya mmg berpuas hati di mana dengan body yg luas..rekabentuk yang simple dan memberansangkan.
    Sya juga berpuas hati dengan enjinnya yang berprestasi tinggi...
    tidak terlepas dengan pickup, top pon ada.....
    tiada perbezaan dengan kereta model honda....n mitsubishi..
    persona dengan enjin lotus 1.6 CPS - Cam Profile Suspension mmg berkesan stantard nya wlaupun belum di modyfied...

    Terbaik!(0)Booo~(1)
    • mambang

      December 14, 2012 at 11:34 pm

      aik, masa bila pula persona pakai engine 1.6 cps? kehkehkeh...

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • din

      December 15, 2012 at 2:55 am

      Agak2la nak tipu pn pasal cps..celah mana ada persona cam profile SUSPENSION..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • contirider

      March 13, 2013 at 1:52 pm

      Hummmppp?? bila masa plak Persona (M) pakai CPS?? kalau betullah cps, abis la sales untuk kereta Waja CPS. Dah la Waja CPS agak mahal dari Persona tp size body lebih kurang je (lebih persona kat boot luas, lebih waja seat belakang luas)

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  13. MidiEy

    March 13, 2013 at 7:47 pm

    Cam Profile Switching la...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  14. mohd hashimy

    May 16, 2013 at 11:54 am

    kalau sy nak beli kereta persona(auto) ni cash ok tak??

    Terbaik!(0)Booo~(1)
  15. adi

    August 1, 2013 at 5:45 pm

    kereta tin sardin besi nipis asal kemalagan je mesti ko .kerangka kete buatan Malaysia ni lembut sy pun x faham nape lah buat mcm ni jimat kos kot,agak2 lah bro rakyat yg membeli org kuat proton pun x pakai kete buatan syarikat sediri guna kete luar lagi.fikir2kan lah renung2 kan lah,murah x selamat ,mahal selamat jiwa dan raga.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • adi bodoh

      August 13, 2013 at 5:54 pm

      eii bongok jugak ko ni kan adi, kalau ko mampu, ko pakai la kete buatan luar negara, jangan persoalkan kenapa kereta malaysia murah atau sebagainya. kalau Proton wat kereta yang quality nya sama dengan toyota n harganya sama, ko nak beli ke? ko ingat semua orang kaya mcm ko? minda subsidi tak pernah berubah2, semua nak murah nak murah nak murah n quality ok. ko beli daging burger pun ada beza la brother. murah x selamat? mahal selamat? sape ajar ko ni? sape yang ajar ko qada dan qadar manusia ni kereta yang tentukan?

      Terbaik!(1)Booo~(0)
  16. fauzan

    August 13, 2013 at 10:34 pm

    Mmmm jangan gaduh2....pe pe pun enjin preve lg power...ada turbo lg...maaf yer ...saya fauzan bin fauzi nawawi.. kena letak nama bapa baru ada yang x terasa kot..

    salam n cheers!

    Terbaik!(0)Booo~(2)
  17. laddy vee

    September 10, 2013 at 2:00 pm

    mmm sy baru nak beli kereta n baru nak sevey.....saya ank proton persona ...tapi boleh tak updatekan haga terbaru persona selepas penurunan harga kereta......heheheee kalau buli ank rate harga kat sabah....tq

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  18. laddy vee

    September 10, 2013 at 2:01 pm

    *ank....NAK

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  19. SILVESTER

    November 12, 2013 at 6:29 pm

    salam sejahtera semua.saya telah hampir setahun menggunakan kereta proton persona elegnce..memang sy puas hati sebab selesa memandu..bonet belakang besar..harga mampu milik.yang penting ialah kepuasan setanding kemampuan.thnks proton

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>