Mitsubishi Grandis berwajah baru - Arena Kereta

Mitsubishi Grandis berwajah baru

Jika anda memiliki bajet yang besar dan masih mencari-cari sebuah MPV dengan reka bentuk segar dan bergaya sporty, mungkin Mitsubishi Grandis berwajah baru boleh menjadi pilihan yang tepat. Berbanding pesaingnya yang lain, Mitsubishi Grandis memiliki ruang dalaman dan bagasi yang lebih luas.

Kuasa untuk menggerakkan MPV ini juga berada pada tahap memuaskan dengan enjin MIVEC 4G69 2.4 liter menghamburkan kuasa setinggi 163bhp dan kuasa tork sebanyak 217Nm. Warna baru merah metalik yang menghiasi Grandis ini juga kelihatan begitu menyerlah dan saya terbayangkan Exora MC yang berwarna merah plum.

Bahagian dalaman dan luaran juga menemui sentuhan baru seperti pemain audio 2-din dengan LCD sentuhan sepenuhnya, termasuk GPS dan visual kamera undur serta sistem keyless entry and start (sistem operasi tanpa kunci), lampu hadapan Xenon dengan pelaras automatik, bonet kuasa dan rel bumbung.

Turut dilengkapkan ialah LCD monitor untuk penumpang belakang bersaiz 8 inci, kusyen dibalut kulit, dua airbag, ABS, EBD, bodykit penuh dan rim 17 inci yang sporty.

Semua itu hanya pada harga RM165,427.80 (tanpa insuran). Melihat kepada foto rasmi Mitsubishi Grandis yang disegarkan semula penampilannya ini, harga yang ditawarkan oleh Mitsubishi Motors Malaysia dirasakan sepadan dengan nilai wang yang perlu dikeluarkan.

Terbaik!(0)Booo~(2)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>