Proton akan melancarkan Proton Perdana baru dan sebuah model SUV - Arena Kereta

Proton akan melancarkan Proton Perdana baru dan sebuah model SUV

Mitsubishi Lancer Aspire Australia

Baru-baru ini Cars, Bikes, Trucks telah melakukan sesi temubual bersama-sama Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, CEO Proton di pejabatnya. Antara intipati yang menarik dalam temubual tersebut ialah Syed Zainal memberikan kenyataan bahawa Proton Perdana baru atau Proton Perdana Replacement akan dilancarkan oleh Proton tidak lama lagi. Tarikh yang tepat masih belum diberikan dan berkemungkinan besar perkara tersebut akan menjadi kenyataan pada tahun 2011.

Model pengganti Proton Perdana tersebut tidak akan dibina sendiri oleh Proton memandangkan kosnya yang terlalu tinggi sedangkan pasarannya adalah kecil. Menurut Syed Zainal lagi, adalah lebih berbaloi jika mereka mengimport sebuah model kereta dalam segmen D dari Jepun dan model tersebut akan direbadge oleh Proton. Model tersebut dikatakan memiliki enjin 2.0 dan 2.4 liter, terhad untuk kegunaan rasmi pihak kerajaan dan menteri sahaja, tetapi jika ada permintaan yang besar dalam pasaran tempatan, model tersebut berkemungkinan akan turut dilancarkan untuk rakyat Malaysia.

Mitsubishi Lancer Aspire Australia

Nampaknya kenyataan daripada CEO Proton itu mengesahkan lagi pandangan bahawa Proton selepas ini akan kekal mengeluarkan model rebadge bagi menjimatkan kos untuk sesetengah model yang dirasakan tidak akan mencatatkan jualan yang tinggi. Menurut Syed Zainal lagi, beliau membayangkan model pengganti Proton Perdana itu kini adalah model yang sama sedang dijual di Australia.

Melihat kepada situasi semasa ketika ini di mana Proton sedang bekerjasama dengan Mitsubishi, model yang dimaksudkan itu berkemungkinan besar ialah Mitsubishi Lancer Aspire yang ketika ini sedang dijual di pasaran Australia. Menurut pihak Cars, Bikes, Trucks pula, jika Proton tidak melancarkan pengganti Proton Perdana nanti, DRB Hicom dikatakan akan mencadangkan kepada kerajaan sebuah model dari Honda sebagai pengganti kereta eksekutif untuk kegunaan kerajaan. Proton tidak mahu perkara tersebut berlaku dan mereka sememangnya serius akan mengeluarkan Proton Perdana replacement secepat mungkin.

Dalam temubual itu juga Syed Zainal mengesahkan yang Proton akan mengeluarkan sebuah model SUV tidak lama lagi. Menurutnya, syarikat automotif dari China iaitu Youngman telah membuat permintaan kepada Proton untuk mereka cipta sebuah SUV menggunakan platform kenderaan milik Proton. Walaupun Syed Zainal tidak memberitahu platform model mana akan digunakan, berkemungkinan ianya adalah dari MPV pertama Proton iaitu Proton Exora.

Tambahnya lagi, rekaan tersebut akan dibeli kembali oleh pihak Proton untuk digunakan bagi membina model SUV Proton sendiri. Menurut Syed Zainal, cara itu lebih menjimatkan kerana modal bagi membina sebuah SUV itu dibayar oleh Youngman dan kos pembelian semula adalah lebih murah berbanding membinanya bermula dari R & D. Selain itu, bukan lagi rahsia bahawa Proton akan mengeluarkan sebuah model terbaru dalam masa terdekat ini iaitu sebuah model rebadge dari Mitsubishi.

Syed Zainal hanya mengatakan yang kita semua sudah tahu model mana yang dimaksudkan itu. Melihat kepada kenyataannya itu, bermakna Proton Waja baru yang direbadge dari model Mitsubishi Lancer akan menjadi kenyataan sebelum berakhirnya tahun 2010 ini.

Terbaik!(0)Booo~(0)

9 Comments

  1. miey

    August 12, 2010 at 7:11 am

    Salam,

    Banyak betul segmen yang ingin dimasuki oleh proton. Adakah satu langkah yang berani dan menguntungkan?

    Rebadge? Tak menjadi masalah sebab akan ada permintaan juga nanti.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      August 12, 2010 at 8:19 am

      Untuk bersaing di peringkat global, Proton perlu mengeluarkan kenderaan dalam pelbagai segmen.

      Tidak menjadi masalah untuk Proton melakukan projek rebadge, asalkan model tersebut menarik. Cuma Proton tetap perlu membina model sendiri, Proton bukannya Perodua atau Naza.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. fauzan

    August 12, 2010 at 12:40 pm

    yup. proton perlu membina model2nya sendiri. Tapi kena bijaksana memilih model2 yg merupakan market proton sahaja seperti B, C n MPV segment. Ini kerana pelaburan peruntukan RnD sgt2 besar.
    Proton ingin menjadi salah sebuah company global automatif dunia. Sebab tu diorang cuba memasuki keselurahan segment yg ada dlm industri termasuklah segment SUV. Youngman minta proton/lotus design SUV diorang dgn budget yg dikeluarkan oleh youngman. pastu proton beli balik platform yg di design oleh proton sendiri yg dah menjadi hak youngman, dan menjadi balik hak proton setelah dibeli. Dari situ modifikasi berapa % brgantung pada budget utk menghasilkan SUV proton. Bijak kn? Kalau kaedah itu lebih kos efektif, why not? :)

    Buat masa nie niche market bagi proton adalah dlm segment mid sedan (waja) dan D segment luxury (perdana). So, mmg sudah dijangka pihak pengurusan proton hanya akan rebadge utk model2 dari segment ini. Cumanya, model perdana tu x mgkin (x sesuai) kot kalau guna mitsu aspire sbb model tu similar dgn lancer rebadge utk waja.

    Apa2 pun x sabar nak tungu kemunculan model2 repacement proton (waja) yg dijangka bulan 10 nie dan persona R 2011 n EMAS 2012 nanti. Chaiyok proton!

    my 2 cents.

    cheers!

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      August 12, 2010 at 12:56 pm

      Saya sengaja letakkan foto Lancer Aspire sebab dalam website Mitsubishi Australia, model itu saja yang dijual, model Galant Fortis pun serupa dengan Lancer Aspire. Jadi model itu saja yang mungkin akan menjadi pengganti Perdana. Lancer Aspire memiliki enjin 2.4 liter dan lebih premium dari Lancer biasa. Kalau ada maklumat berkenaan model lain yang berkemungkinan jadi pengganti Perdana, harap boleh kongsikan di sini.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • fauzan

        August 12, 2010 at 1:58 pm

        Model gantian perdana tu sebenarnya dah lama jadi buah mulut forumer2 internet. Tapi masa tu sumer rumours jer. Proton ada gak bercadang nak rebadge mitsu 308 utk dijadikan perdana R nie. Mitsu 308 nie dikeluarkan oleh mitsu aussie. Tapi pusat RnD mitsu aussie dah bungkus dah akibat kerugian kot. desas-desus antara kerugian disumbangkan oleh model mitsu 308 nie yg x laku dipasaran aussie dgn kos RnD mencecah AUD600 juta. Lagi pun model nie kena recall balik dari pasaran US pasal ada teknikal problem.
        Rasa2nya proton pun dah berminat dgn model nie ;)
        Roumous kedua, perdana rebadge akan menggunakan VW passat. tapi projek tu tergendala sbb JV proton-VW x menjadi kenyataan. So, proton masih lagi berunding dgn company2 lain utk rebadge perdana nie. Ada org dlm proton membayangkan perdana R akan dikeluarkan secepat mgkin dan designnya akan setanding dgn toyota camry.
        Dan pada pendapat saya, sy menjangkakan perdana R akan rebadge dari model VW passat. Ini kerana, wlaupun JV proton-VW gagal. Ini x bermakna VW x akan menjualkan platformnya kepada company lain termasuklah proton. Lagi pun, VW baru sahaja mengeluarkan model passat dgn platform terbaru; VW passat CC. Kalau VW puas hati dengan harga yg proton tawarkan why not VW x menjualkan platform lama passat tu sedangkan diorg dah ada platform baru passat CC? lagi pun model yg seakan2 cammy adalah seperti passat kn?:)

        cheers!

        Terbaik!(0)Booo~(0)
        • fauzan

          August 12, 2010 at 2:17 pm

          typo error : Rasa2nya proton pun dah x berminat dgn model nie ;)

          Terbaik!(0)Booo~(0)
        • Evo

          August 12, 2010 at 2:19 pm

          Syed Zainal dah bagitau dalam interview tu yang mereka akan rebadge sebuah model dari Jepun dan sedang dijual di Australia. Model 308 tak sesuai rasanya, Aspire saja pilihan yang ada, walaupun bentuk sama macam Lancer, tapi status premium Aspire seperti Camry dan Accord.

          Terbaik!(0)Booo~(0)
        • fauzan

          August 12, 2010 at 2:29 pm

          entah la...rasa2nya L aspire nie gak dlm kategori middle sedan, camne plak tu?

          Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. Pingback: Mitsubishi 308 pengganti Proton Perdana V6? | Arena Kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>