Foto model Proton EMAS dan Lotus 'EMAS' - Arena Kereta

Foto model Proton EMAS dan Lotus ‘EMAS’

Proton EMAS

Dalam sidang media kelmarin juga Proton mengemukakan imej model kereta konsep mereka iaitu Proton EMAS dalam dua versi.

Versi pertama ialah Proton EMAS yang mungkin akan menjadi kereta produksi dalam masa terdekat, manakala foto kedua ialah kereta konsep keluaran Lotus berdasarkan model Proton EMAS.

Nampak kedua-dua model itu seakan sama tetapi kereta kecil keluaran Lotus adalah lebih premium dari model yang akan dikeluarkan oleh Proton sungguhpun berkongsi platform yang sama.

Lotus ‘EMAS’

Kedua-dua model tersebut juga akan menyasarkan pasaran yang berbeza termasuk kuasa enjin dan prestasi yang semestinya berlainan. Mungkin ini bermaksud spesifikasi Proton EMAS lebih rendah berbanding Lotus ‘EMAS’.

Situasi tersebut dapat difahami kerana Eropah akan menguatkuasakan standard Euro 5 manakala Malaysia masih lagi dengan standard Euro 2. Melalui dua foto tersebut, anda boleh bayangkan sendiri kereta kompak seterusnya daripada Proton selepas ini.

Memandangkan keterujaan rakyat Malaysia terhadap Proton EMAS memang tinggi, diharapkan Proton dapat mempercepatkan pengeluaran massa model tersebut. Mungkin pada 2011 nanti Proton EMAS spyshot akan muncul di internet, harapnya begitulah.

Sumber : Paultan

Terbaik!(0)Booo~(0)

6 Comments

  1. fauzan

    August 24, 2010 at 10:53 pm

    salam.
    Nice job proton :) Lebih nampak garang, Design yg lebih matang, fresh, nampak muda n futuris! :)

    x sabar nak tunggu 2012 nanti!

    cheers!

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      August 24, 2010 at 10:57 pm

      Pendapat saya Proton EMAS akan berjaya di pasaran nanti. Harap2 spesifikasinya tinggi setanding kereta import, kalau harga mahal sikit tak apa asalkan berkualiti.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • fauzan

        August 25, 2010 at 8:10 am

        hehe.. nie standard global car;)

        cheers!

        Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. naimz

    August 25, 2010 at 12:27 pm

    Salam...lebih garang design Lotus "Emas"...hopefully harga dlm sekitar RM40K-50K dgn good design & quality :)

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      August 26, 2010 at 10:02 pm

      Kalau kualiti dan spesifikasi betul2 tinggi, harga antara RM50-RM60 pun orang mesti beli. Tapi lebih bagus kalau harga bawah RM50k, sesuai untuk kebanyakan rakyat Malaysia.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. bain

    October 15, 2010 at 1:03 am

    mmg nmpk futuristik..
    keta nie klu pkai hybird mmg cun!

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>