Model baru Proton Waja berasaskan Mitsubishi Lancer Fortis - Arena Kereta

Model baru Proton Waja berasaskan Mitsubishi Lancer Fortis

Ini adalah maklumat terkini yang disahkan sendiri oleh Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkenaan model pengganti Proton Waja. Beliau memberikan kenyataan pada sidang media selepas pelancaran Kempen Keselamatan dan Kesihatan Di Jalan Raya dan Tempat Kerja di Kilang Proton, Shah Alam, semalam. Dalam sidang media tersebut beliau berkata, Proton Waja baru dibangunkan berdasarkan model Mitsubishi Lancer Fortis dan pra-pelancarannya kepada umum akan dibuat selepas hari raya aidilfitri nanti.

Model terbaru Waja itu dikatakan akan mengekalkan sebanyak 95 peratus bahagian dalaman dan luaran Lancer Fortis, tetapi menampilkan perbezaan luar yang lebih ketara. Harga yang ditawarkan bagi versi 1.8 manual ialah sekitar RM75,000.00, versi 1.8 automatik sekitar RM80,000.00 manakala untuk versi 2.0 liter, harga yang bakal ditawarkan sekitar RM100,000.00.

Selepas sidang media itu berlangsung, ini bermakna segala desas-desus dan teka-teki berkenaan model Waja terbaru telah pun terjawab. Sebelum ini ramai yang menjangkakan yang model Waja baru dibangunkan menggunakan model Mitsubishi Lancer GT dan Lancer EX yang ketika ini sedang dijual di negara kita. Lancer GT dan Lancer EX diimport CBU sepenuhnya dari Jepun dengan harga melebihi RM120,000.00. Biarpun dibangunkan berdasarkan model Lancer Fortis, tiada perbezaan ketara berbanding model Lancer yang sedang dijual di pasaran tempatan kerana masing-masing menggunakan platform yang sama.

Buat peminat Mitsubishi Evolution 10, pengenalan Waja baru dengan enjin 1.8 liter manual adalah berita baik yang ditunggu-tunggu. Model tersebut pada bila-bila masa boleh dinaik taraf untuk menjadi replika Evolution 10. Cuma harganya dalam lingkungan RM75,000.00 agak premium dan tidak ramai rakyat Malaysia yang akan mampu membelinya seperti mana mereka membeli sebuah Persona. Bagi saya harga yang ditawarkan untuk setiap versi model Waja baru adalah munasabah tetapi jika harga dapat diturunkan lagi sebanyak RM10,000.00, saya percaya model tersebut akan laris seperti goreng pisang panas.

Dalam sidang media tersebut juga Syed Zainal berkata mereka akan menyertai pameran di Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) yang akan berlangsung pada Disember 2010 nanti. Beliau memberitahu mereka akan mempamerkan model facelift dari sebuah model popular mereka namun beliau enggan mendedahkan model mana yang dimaksudkan. Sama-samalah kita nantikan model yang dipertingkatkan itu semasa KLIMS 2010 berlangsung.

Terbaik!(0)Booo~(0)

23 Comments

  1. diraja22

    August 26, 2010 at 8:15 pm

    harapan semua rakyat Malaysia proton lg maju di masa akan datang..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      August 26, 2010 at 9:56 pm

      Harapnya begitulah, yang penting kita semua kena bagi sokongan.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. fauzan

    August 26, 2010 at 10:23 pm

    chaiyok! chaiyok! :)

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. anakadam

    August 27, 2010 at 11:11 am

    lagi stahun setengah aku akan grad. harap2 time tu price dia drop ckit. ataupun setidak-tidaknya ada version yg lbih hebat lg..(^_^)

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      August 28, 2010 at 2:22 pm

      Lagi setahun mungkin ada versi SE, harga mungkin lebih mahal dari model standard.

      Terbaik!(0)Booo~(1)
  4. MR.SOKONG

    September 7, 2010 at 1:23 am

    BELUM CUBA BELUM TAHU BER......

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  5. Anonymous

    September 9, 2010 at 12:28 am

    klu suma keta proton ikut model mitsubishi, mana dia trade mark proton..tadak identiti dah..org beli proton tukaq lambang mitsubishi..pehh sepatutnya proton kena develope r & d yg depa buat sendir bertaun2 abih bejuta last2 amik mitsubishi gak.macam iswara dul jadi mitsubishiswara, wira pulak jadi mitsubishiwira...hmmmm bukan nk kondem tp segan ja...model proton plg bes sat neo, persona, gen2, putra, n the bes satria gti n neo R3...saluut!!!

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  6. jag

    September 24, 2010 at 8:40 am

    adakah manusia bangang yang nak beli keta ini dengan harga lebih 75 ribu?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • fauzan

      September 24, 2010 at 8:43 am

      hehe... wait n see.. kita tengok sapa yg bangang (dengan izin...) nanti:)

      cheers!

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  7. mat karung guni

    October 2, 2010 at 1:02 am

    aku rasa harga kereta ini agak mahal macamane la rakyat malaysia nak menikmati kpuasan untuk kereta mereka,yang berduit bleh la merasa puas kerana dapat beli kereta mewah.tapi yang kurang berduit hanya dapat beli kereta malaysia yang kurang kualitinya berbanding kereta import.Sebab ape aku cakap macam tu,tengok la kebanyakan eksiden terdiri daripada kenderaan jenama tempatan seperti proton dan produa dan jarang sekali kita melihat kereta import mengalami kemalangan.Sebab apa aku cakap camtu,bila kita lihat kereta buatan luar negara,mereka menekankan aspek keselamatan dalam pemanduan.Contohnya kita dapat lihat sistem yang digunakan dalam sistem brek,mereka banyak menekankan aspek kesalamatan seperti EBD,SRS,ABS dan sebagainya.Lagipun harga jualan asal tidaklah semahal harga yang ditawarkan selepas di kenakan cukai oleh kerajaan.Bukan nak kata la,kebanyakan kereta yang berhenti tengah jalan bonetnya terangkat,kebanyakan kereta tempatan.Bukan aku nak kondem kereta malaysia sebab aku pun pakai kereta malaysia UK Spec 1.8 lagi.Tapi tetap ada masalah.Biasalah power window memang selalu rosak.Tengok kereta toyota 10 thn pun masih steady lagi,turun naik tingkap macam baru beli kereta walaupun dah 10 thn pkai.Dah la malas la nak tulis panjang2 lu pikir la sendiri.Proton dan Produa buatla sesuatu untuk rakyak malaysia......
    Kami semua mangaharapkan yang terbaik.....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  8. Anonymous

    October 2, 2010 at 10:22 pm

    Si Fauzan ni, dia makan gaji dengan Proton ke..dia ada share Proton ke; dia anak saudara Dato' Nazmi ke, Proton bayar duit kat dia ke utk tolong promote kan kereta Proton yg kurang kualiti ni tapi dijual pada harga yg sangat mahal, dia ada dapat kereta free dari Proton ke...hhahhahahah...Fauzan2...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • fauzan

      December 1, 2010 at 4:15 pm

      mmm... hahaha ko doa2 la kat kata2 ko yg baik2 tu. mana tau allah kabulkn:)
      saya x de apa2 kaitan pun dgn Proton. Sekadar bangga dgn company anak tempatan nie. Apa yg saya pertahankan pun bukan ar omong kosong. Tapi semuanya adalah fakta dan realiti hari ini yg saya kongsikan dgn kawan2 kat sini. Kepada spesis yg sakit hati, dengki, dendam dan tak puas hati dek 'mimpi ngeri' silam korang dgn proton tu, saya nasihatkan terima la hakikat improvement yg proton sedang lalui ini.
      Semakin banyak penafian korang semakin ramai yg mudah menghidu provokasi dan suara2 sumbang korang.
      Rakyat pun dah semakin bijak menilai. Biar yg bijak menilai:)

      Jom ar gie KLIMS nanti. Kita sama2 hayati dan menghargai titik peluh anak watan kita berkembang dlm arus industri automatif dunia... insyaAllah.

      Salam... jgn nakal2.

      cheers!

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • goreng

        December 2, 2010 at 7:59 pm

        memang tak ada quality pun..

        Terbaik!(0)Booo~(0)
        • fauzan

          December 2, 2010 at 11:37 pm

          mmm... pilihan di tangan anda... pilih ar kereta luar yg lebih berkualiti dgn harga yg berkualiti yang sememangnya anda mampu:)

          cheers!

          Terbaik!(0)Booo~(0)
  9. Anonymous

    October 2, 2010 at 10:28 pm

    [#3 anakadam : lagi stahun setengah aku akan grad. harap2 time tu price dia drop ckit. ataupun setidak-tidaknya ada version yg lbih hebat lg..(^_^)}

    Anakadam,
    Nasihat saya kat hang..daripada beli kereta Proton atau Perodua....baik hang simpan duit dan naik LRT aje pergi dan balik kerja...balik kampung naik bas aje
    ...simpan duit....hang akan kecewa dengan kereta Proton...percayalah...kalau terpaksa sangat..hang pi cari kereta 2nd hand buatan Toyota, Nissan atau Honda....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  10. rokes bikes

    October 13, 2010 at 5:19 pm

    aku sokong dengan pendapat mat karung guni tu.. mmg betul.. harga mahal la kualiti kurang.. tah pe benda la.. bukan nak kondem tapi dah mmg.. kalo boleh buat le sesuatu yang lebih baik tambahx lak dari aspek keselamatan.. dah biar la harga yang rakyat malaysia mampu..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  11. john doe

    October 13, 2010 at 10:34 pm

    aku bangga kete malaysia ni ( walaupun aku tak pakai )
    diaorg dah buat kete.bila mahal korang marah,bila murah korang kondem.tu yang perodua buat rebadge jer.tak yah buat design tak payah apa,lagi senang,untung pun banyak.tak payah nak gaji pekerja kilang banyak2.kan mudah tu.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  12. penumpang

    October 14, 2010 at 3:44 pm

    biaselah org malaysia, bila proton amik terus body kete jepun pun diorg akan kondem... tapi perodua tak pulak.. myvi ngan alza tu design je lebih kurang ngn kete jepun, body masih made in malaysia..

    jadi bila proton nak wat bende yg sama korg kondem lak.. apparaaaa

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • edyputera

      December 1, 2010 at 3:54 pm

      aku pakai lancer gt, kesian sangat kat orang yang suka kat inspira ni, tak ada identiti...

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • fauzan

        December 1, 2010 at 3:57 pm

        mmm...hehehe...really? ;)

        cheers!

        Terbaik!(0)Booo~(0)
      • Arjuna

        December 2, 2010 at 4:14 pm

        mmm...hahaha..yer ke?

        peace!

        Terbaik!(0)Booo~(0)
        • fauzan

          December 2, 2010 at 11:38 pm

          mmm.. only smart guys get it!:)

          cheers!

          Terbaik!(0)Booo~(0)
    • bro

      December 3, 2010 at 3:27 pm

      to penumpang,
      apsal yek? ko agak2 kenape yek? ko ingat org mcm
      aku nih tiba2 je "benci" proton? dan tiba2 plak
      suka produa? pedulik ape rebadge or homeland made...

      Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>