Toyota Corolla Altis baru akan dilancarkan dalam masa terdekat - Arena Kereta

Toyota Corolla Altis baru akan dilancarkan dalam masa terdekat

Toyota Corolla Altis baru yang dinanti-nantikan akan dilancarkan oleh UMW Toyota Motor dalam masa terdekat. Anda boleh melihat maklumat terkini yang dipaparkan di dalam website Toyota Malaysia. Kali ini Toyota Corolla Altis baru hadir sebagai pesaing premium kepada Honda Civic dengan model teratas Corolla Altis 2.0V memiliki enjin 2.0 liter 3ZR-FE, 4 silinder, 16 valve DOHC dengan dual VVT-i yang menjana 147ps@6,200rpm dan 187Nm@3,600rpm tork.

Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi 7 kelajuan Super CVT-i, agak mengejutkan berbanding model terdahulu yang hanya memiliki enjin 1.6 liter dan 1.8 liter sahaja bersama-sama transmisi 4 kelajuan. Harga yang dicadangkan ialah sebanyak RM131,990.00, boleh membuatkan anda dalam dilema untuk memilih antara Altis 2.0V atau Civic 2.0.

Bagi model 1.8G dan 1.8E, enjinnya 2ZR-FE 1.8 liter hadir dengan kuasa kuda sebanyak 140ps@6,400rpm dan kuasa tork 173Nm@4,000rpm, dipadankan bersama-sama transmisi 7 kelajuan Super CVT-i.

Hanya model 1.6E yang dipadankan dengan transmisi 4 kelajuan automatik dengan Super ECT. Bagi model 1.6E, enjinnya masih lagi didalam keluarga ZR. Enjin 1ZR-FEnya mengeluarkan kuasa kuda 120ps@6,000rpm dan tork sebanyak 154Nm@5,200rpm. Harga Corolla Altis 1.8G ialah RM122,990 manakala model 1.8E ialah RM112,990.00. Bagi model 1.6E, harganya sebanyak RM105,990.00.

Apa yang masih ditunggu selepas ini ialah tarikh pelancaran dan foto rasmi model terbaru Altis ini. Berbanding model sebelumnya, Toyota Corolla Altis terbaru pasti akan mencatatkan jumlah jualan yang baik setanding dengan pasaing utamanya iaitu Honda Civic. Kali ini Toyota benar-benar mengambil berat akan model Corolla mereka yang kini hadir dengan pakej lengkap dengan teknologi terbaik.

Terbaik!(0)Booo~(0)

1 Comment

  1. Pingback: Toyota Corolla Altis 2011 facelift dilancarkan pada September 2010 | Arena Kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>