Volkswagen Golf 1.4 TSI, Scirocco 1.4 TSI dan Polo 1.2 TSI - Arena Kereta

Volkswagen Golf 1.4 TSI, Scirocco 1.4 TSI dan Polo 1.2 TSI

Volkswagen Golf 1.4 TSI

Volkswagen Malaysia baru saja melancarkan 3 model baru untuk dijual di pasaran tempatan mulai awal Ogos 2010 yang lepas. Tiga model tersebut ialah Volkswagen Polo 1.2 TSI, Volkswagen Scirocco 1.4 TSI dan Volkswagen Golf 1.4 TSI. Sebelum anda berangan-angan untuk memiliki salah satu model tersebut, dimaklumkan bahawa harga jualan ketiga-tiga model tersebut berada pada tahap premium iaitu melebihi RM100k dan hampir kepada RM200k. Setiap model diimport CBU sepenuhnya dan jika hadir dengan pemasangan tempatan CKD nanti, harganya mungkin lebih murah daripada sekarang.

Golf dan Scirocco didatangkan dengan enjin pemenang anugerah iaitu enjin 1.4 TSI empat silinder suntikan terus cas berkembar (direct injection twin-charged engine) manakala Polo pula mempunyai enjin 1.2 TSI empat silinder suntikan terus cas-turbo (direct injection turbo-charged engine). Enjin Golf dan Scirocco dipadankan dengan kotak gear tujuh kelajuan direct shift gearbox (DSG) yang menghamburkan kuasa sebanyak 160ps beserta 240Nm tork. Cukup berkuasa walaupun kapasiti enjin hanya 1.4 liter, terima kasih kepada sistem bantuan ‘twin charged engine’.

Volkswagen Scirocco 1.4 TSI

Top speed bagi kedua-dua model itu boleh mencapai had maksimum 220km/j, amat memberansangkan. Model Golf menggunakan rim tayar sporty bersaiz 16 inci dengan tayar bersaiz 205/55 manakala Polo dengan saiz rim 17 inci dan dipadankan tayar bersaiz 225/45, kedua-duanya mempunyai kemampuan sebagai model kereta yang berprestasi di atas jalan raya.

Bagi model Polo 1.2 TSI pula, enjinnya mampu mengeluarkan kuasa setinggi 105ps dan 175Nm tork hasil penjanaan dari enjin direct injection turbo-charged. Enjin sebaik itu juga dipasangkan dengan kotak gear 7 kelajuan DSG. Polo mampu memecut sehingga tahap maksimum 190km/j. Model hot-hatch 4 pintu ini dipadankan dengan sport rim bersaiz 15 inci dengan tayar 195/55 siri. Berbanding dengan model lain sekelasnya, Polo ini biarpun dipadankan dengan enjin sekecil 1.2 liter, kemampuan prestasinya tidak sepatutnya dipandang ringan. Honda Jazz mungkin pesaing terdekat kepada salah satu model terbaik Eropah itu.

Volkswagen Polo 1.2 TSI

Ketiga-tiga model terbaru di pasaran tempatan itu sudah boleh ditempah di semua pengedar kenderaan Volkswagen. Volkswagen Golf 1.4 TSI berharga RM155,888.00 (Light and Sound Package) di Semenanjung Malaysia manakala model Scirocco 1.4 TSI pula ialah RM188,888.00. Kelihatan agak mahal bukan? Sebab itulah saya mengatakan setiap model dari Volkswagen berada pada tahap premium, sekurang-kurangnya di negara kita yang mengenakan duti import yang tinggi untuk kenderaan luar (CBU). Model Polo 1.2 TSI pula berharga lebih murah, itu pun masih di atas paras RM100k iaitu RM108,888.00 di Semenanjung Malaysia.

Sejujurnya, ketiga-tiga model itu begitu sesuai sekali kepada sesiapa yang berhajat untuk mencari kelainan dan mahu menjadi golongan minoriti dalam kelas yang tersendiri. Memandu sebuah model terkenal dari Eropah seperti Volkswagen, bagi saya itu sememangnya ‘cool’.

Terbaik!(2)Booo~(0)

4 Comments

  1. fauzan

    August 29, 2010 at 10:24 pm

    yup. sememangnya 'cool' bagi mereka yg termampu... :)

    cheers!

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. Fridzmax

    August 31, 2010 at 1:22 am

    Eropah sedang melalui downsizing enjin2 mereka.

    Jika di-CKD, ada kemungkinan Polo berharga sekitar 90k.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      August 31, 2010 at 1:08 pm

      Model Polo memang bagus, sayangnya tak ramai rakyat Malaysia yang mampu memilikinya kerana harga yang mahal.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. Pingback: Trio popular Volkswagen dilancarkan secara rasmi – Polo, Golf & Scirocco | Arena Kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>