Kia Sorento 2011 - Arena Kereta

Kia Sorento 2011

SUV dari Kia seperti Kia Sorento sebelum ini agak kurang menarik minat saya, bukannya disebabkan kurangnya nilai kepercayaan terhadap kualiti kenderaan dari Korea yang masih menebal, tetapi hanya satu sebab iaitu rekabentuknya yang dirasakan kurang bergaya. Tetapi itu semua adalah pandangan saya beberapa tahun lepas, sewaktu Kia masih lagi melangkah dalam menghasilkan kenderaan dengan rekabentuk yang menarik, moden dan lebih bercirikan Eropah.

Naza Kia, pengedar rasmi kenderaan berjenama Kia di negara kita masih lagi menjual Kia Sorento generasi pertama dengan facelift terkini walaupun generasi kedua model itu telah berada di pasaran luar. Melihat kepada foto-foto Kia Sorento generasi kedua (model 2011) versi pasaran US, tidak dinafikan model ini hadir dengan pakej terbaik berbanding model sebelumnya. Seperti diketahui umum, syarikat Kia kini tampil dengan rekaan yang cukup bergaya dan cantik bagi setiap model kenderaannya kini, tidak terkecuali untuk model Kia Sorento 2011 ini. Pandangan depan dan belakang cukup sporty dan bersesuaian sekali dengan tema SUV generasi masa kini.

Naza Kia belum membuat pengumuman rasmi bila model Sorento 2011 akan menggantikan model sedia ada di pasaran ketika ini. Saya percaya model Sorento 2011 akan mencatatkan jumlah jualan yang baik apabila dilancarkan nanti, tambahan pula jika model ini didatangkan dengan harga yang kompetetif seperti yang selalu dilakukan ke atas setiap kenderaan yang diedarkan oleh Naza Kia. Kia Sorento 2011 adalah pencabar terdekat kepada model Hyundai Tucson terbaru jika melihat kepada rekabentuknya yang cantik menawan. Sementara menantikan kedatangan model SUV dengan rekabentuk moden dan dinamik ini, saksikan dulu foto-foto Kia Sorento 2011.

Galeri Kia Sorento 2011

Terbaik!(0)Booo~(0)

7 Comments

  1. jay

    September 2, 2010 at 7:36 am

    Kia Sorento sepatutnya menjadi pesaing Hyundai Santa Fe, manakala bg pesaing Tucson pula ialah Kia Sportage. Tp sekarang kedua dua syarikat Korea ni mcm bekerjasama, dengan menghasilkan SUV dlm kelas berbeza, tak la clash di pasaran.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      September 2, 2010 at 11:57 am

      Betul, pesaing sebenar Sorento ialah Santa Fe, tapi dari segi gaya dan rekabentuk, kedua-duanya sama cantik dan sporty.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. fauzan

    September 2, 2010 at 8:07 am

    hehe... kan Kia nie anak syarikat hyundai...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      September 2, 2010 at 12:00 pm

      Penggabungan Kia dan Hyundai memberi banyak kelebihan kepada kedua-dua syarikat itu, antaranya ialah designer mereka lebih kreatif dalam menghasilkan kenderaan yang cantik dan menawan. Selain itu, jumlah penguasaan pasaran mereka di China dan US juga menjadi besar.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • fauzan

        September 3, 2010 at 9:33 am

        mmm... kia/hyundai maximise kn pusat RnD nya diseluruh dunia dgn penampilan aggresif 'language design' yang baru dgn mengupah designer hebat dari bekas designer terkenal audi. :) Lihat ar bagaimana strategi branding mereka menjadi dan model2 baru mereka lebih stylish, bergaya dan menawan.

        cheers!

        Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. JUE

    December 1, 2010 at 9:11 pm

    Naza Kia will be launching the new Kia Sorento at the 2010 KL International Motor Show (KLIMS), a welcome addition to the Naza Kia stables here in Malaysia as it will finally be offered to consumers. Fans of Kia’s new design language have been spotting the new Sorento running around KL with a registered number plate for quite some time already

    The new 7-seater Sorento will be launched with one engine option – a 2.4 liter inline-4 DOHC CVVT engine producing 174 PS and 226Nm, mated to a 6-speed automatic transmission.

    For lowest interest rate, test drive & further info please call 017-2753135 or visit http://nazakia4u.wordpress.com

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. Hamsani

    January 19, 2011 at 3:25 pm

    nak tau jugak berapa harganya???

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>