Suzuki Swift 2011 baru – mula dijual di UK

Salah satu kereta kompak kegemaran saya ialah Suzuki Swift. Model ini boleh dikatakan antara yang terbaik pernah ditawarkan di pasaran tempatan dan sehingga sekarang Suzuki Swift terutamanya varian Sport mencatatkan jumlah jualan yang baik. Untuk model 2011, Suzuki Swift hadir dengan beberapa perubahan terutamanya saiz panjang dan lebar yang dilebihkan dari model sebelumnya. Amat menarik kerana saiz yang lebih besar bermakna lebih keselesaan dan mampu membawa lebih muatan kargo.

Tidak dapat dipastikan bila model 2011 ini akan dipasarkan di negara kita, namun di UK model ini telah mula dijual. Suzuki Swift untuk pasaran UK hadir dengan tiga varian berbeza iaitu SZ2, SZ3 dan SZ4 (semua varian mempunyai model 3 dan 5 pintu), semuanya menggunakan enjin 1.2 liter Dual DVVT dengan kuasa 94hp dan 118Nm tork. Varian yang akan dilancarkan kemudian akan menggunakan enjin diesel 1.3 liter. Selain kotak gear manual 5 kelajuan, varian SZ3 dan SZ4 juga mempunyai pilihan kotak gear automatik 4 kelajuan.

Setiap varian dilengkapi 7 beg udara keselamatan dan ESP. Varian SZ3 ke atas dilengkapi rim sporty dengan diameter 16 inci dan mempunyai pilihan 9 warna seperti Smokey Green metallic, Kashmir Blue metallic, Galactic Grey metallic, Silky Silver metallic, Sunlight Copper Pearl metallic, Cosmic Black Pearl metallic, Cool White pearl metallic, Bright Red, dan Superior White. Diharapkan model Swift 2011 ini akan dibawa masuk segera ke pasaran dalam negara sekurang-kurangnya pada 2011 nanti.

Terbaik!(1)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>