Perodua Myvi – edisi terlampau

Perodua Myvi merupakan sebuah model kereta yang begitu mudah untuk dinaik taraf dari segi kosmetik dan bodykit. Bahagian enjin dan teknikal kebiasaannya jarang disentuh kerana prestasinya sudah memadai untuk pemanduan harian. Tambahan pula Perodua Myvi tidak dicipta untuk berlumba di atas jalan raya mahu pun di litar.

Jika anda mempunyai sebuah Myvi dan mahu lari daripada rekabentuk atau bodykitnya yang sedikit membosankan (kecuali Myvi SE), mungkin bodykit terkini hasil imaginasi Theophilus Chin mampu membuatkan kereta anda menjadi tumpuan di mana saja. Apa yang boleh saya katakan, Perodua Myvi edisi terlampau sudah tiba, wow! Sangat cantik, bumper depan dan belakang yang garang dan disekelilingnya dihiasi dengan widebody kit.

Kalaulah bodykit seperti itu ada dijual, bolehlah Perodua Myvi saya bertukar wajah. Apa yang terkurang dalam foto tersebut hanyalah ketiadaan spoiler belakang, mungkin Theo terlupa barangkali.. :) Anyway, harap pembaca Arena Kereta boleh kongsikan foto tersebut dengan rakan-rakan lain di Facebook atau Twitter.

Sumber foto : THEOPHILUSCHIN

Terbaik!(0)Booo~(0)

5 Comments

  1. pojie

    September 2, 2010 at 6:38 am

    memang cantik....tapi kos keseluruhannya mugkin sudah melebihi harga myvi SE..nak minta pandangan sikit...myvi kalau dipasang rim 16" dengan tayar 215/50 akan rasa berat ke tak dan adakah makin kuat makan minyak..dan satu lagi apa perbezaan myzi SE GHS dengan myvi EZI kerana perbezaan harganya hampir 10k..terima kasih

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      September 2, 2010 at 12:08 pm

      Kalau rim 16 yang ringan (semestinya mahal)tidak akan memberi kesan sangat kepada penggunaan minyak, tayar 215/50 dah sesuai untuk rim 16. Kalau rim 16 biasa yang berat minyak mesti makin kuat kena telan.

      Myvi SE lebih lengkap spesifikasi luar dan dalam seperti bodykit penuh, airbag, abs, pemain audio ada MP3, kusyen kulit, warna metalik dan beberapa kemasan lain yang nampak lagi cun. Myvi EZi biasa saja, cuma auto dan high spek, contoh ada airbag dan abs. Sekali tengok pun dah tau Myvi SE lagi cun dan lengkap dari EZi, sebab tu perbezaan harga pun besar.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. nor ain

    April 19, 2014 at 2:57 am

    Saya nak tanya,myvi lebih sesuai pakai rims 15 atau 16?
    Kalau saya pakai 15,tayar 55 ok x?bumping x?sagat x?

    Sy baru beli myvi se 1.5 kuning....now tgah sbok nk tkaq sport rims tapi x tahu saiz ape yg sesuai sbb sy x nak tkar spring.....sy nk pakai spring asal je.blh bg beberapa pndapat x?tlg ye

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • adi

      April 28, 2014 at 1:37 am

      ain pakai 16 cun..tukar spring depan kelisa n belakang kanci..antara spring tu pakai getah dlm rm50je..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • tokey RF

      May 10, 2014 at 7:27 am

      Gua pakai tayar 205/45/16..straight road, stabil..

      Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>