Honda City - masih pilihan terbaik sedan segmen B - Arena Kereta

Honda City – masih pilihan terbaik sedan segmen B

Honda City, seperti kebanyakan rakyat Malaysia, apa lagi pilihan yang ada untuk memiliki sebuah sedan dalam kategori sederhana selain daripada Proton Persona dan Waja? Seperti juga dengan Toyota Vios, saya pernah mengatakan dulu baik model Honda City atau pun Toyota Vios, kedua-duanya laris kerana hanya itu sajalah pilihan yang ada. Proton? Bukan semua rakyat Malaysia yang menyukai Proton, jadi Honda dan Toyota telah berjaya mengisi keperluan tersebut.

Honda City baru memang berlainan sekali berbanding model generasi ketiga dan keempat. Model terdahulu terutamanya generasi keempat hadir dengan rupa bentuk yang agak kurang menarik, sungguh pun model tersebut tetap laris dalam kategorinya. Kehadiran model City terbaru kira-kira dua tahun lepas pantas memberikan keterujaan kepada peminat-peminat tegar Honda mahupun tidak. Dengan reka bentuk hadapan yang kelihatan agak tajam, model ini memang menawan. Sayang sekali saya kurang berminat dengan rekaan lampu belakangnya, sepatutnya Honda boleh buat lebih baik dari itu.

Melihat kepada ruang dalaman, Honda City baru memang luas dan selesa. Papan pemuka yang moden dan mempunyai perasaan seakan-akan mini MPV, di samping bentuk stereng ‘trademark’ Honda yang cantik, membuatkan sesiapa saja mengakui bahawa Honda tetap Honda, menarik, dinamik dan moden. Pandangan dari sisi menampakkan model ini mempunyai lengkungan yang bergaya dari bonet hadapan menuju ke bumbung seterusnya ke bahagian bonet belakang. Sungguh cantik rekaan Honda City kali ini.

Honda City didatangkan dalam dua varian iaitu Grade S dan Grade E. Kedua-duanya menggunakan enjin yang sama iaitu 1.5 liter SOHC i-VTEC, 4 silinder 16 valve yang menjana kuasa sebanyak 120ps dan 145Nm tork. Transmisinya automatik 5 kelajuan dengan ‘paddle shift’. Memandangkan City adalah model keluaran Honda, harga yang ditawarkan menjadi perhatian utama kepada sesiapa saja yang berhajat untuk memilikinya. Honda City grade S berharga RM85,480.00 manakala Grade E berharga RM90,480.00. Masih lagi murah kerana berharga di bawah RM100k, sebab itulah model ini laris dalam kategori segmen B.

Jika saya diberi pilihan, saya akan memilih Honda City berbanding Toyota Vios. Bagaimana pula jika rakyat Malaysia diberi pilihan antara Honda City, Toyota Vios dan Proton Waja baru? Dalam masa beberapa bulan lagi persaingan antara ketiga-tiga model tersebut akan menjadi kenyataan. Dengan penawaran harga yang hampir sama, Proton nampaknya cuba mencuri pasaran yang sebelum ini selesa dimonopoli oleh City dan Vios. Namun, sehebat manapun Proton Waja baru, mereka yang hanya menanam kepercayaan terhadap model dari luar tetap akan setia dengan jenama Honda mahu pun Toyota.

Buat masa sekarang, Honda City masih lagi sebuah model sedan terbaik di dalam segmen yang dikuasainya. Namun selepas ini semuanya bergantung kepada setakat mana penerimaan rakyat Malaysia terhadap model terbaru dari Proton iaitu Waja baru. Mari kita tunggu dan lihat kebangkitan Proton, mampukah Proton Waja baru menguasai pasaran kereta import dalam segmen B?

Terbaik!(0)Booo~(0)

9 Comments

  1. fauzan

    September 6, 2010 at 8:20 am

    ??... Setahu saya Honda City baru nie n Toyota Vios adalah dlm kategori yang sama iaitu dlm segment sedan compact (C segment) bersaing dgn model persona dari proton. Generasi pertama Honda City mmg dlm katogeri B segment. Tapi setelah memasuki generasi 5 nie. model nie dinaik taraf ke segment C. B segment adalah low cost sedan atau budget sedan. Saga adalah dlm katogeri B segmet sedan dan masih mengungguli sebagai best seller B segment di m'sia. Waja baru plak dlm katogemid sedan, bersaing dgn Civic, Altis.

    salam n cheers!

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      September 6, 2010 at 9:29 am

      Saya lebih suka meletakkan Toyota Vios dan Honda City dalam kategori B sebab kedua-dua model tersebut sebenarnya adalah model bajet dan low cost. Di negara kita saja kedua-dua model tersebut menjadi premium berbanding negara lain. Segment C sebenar adalah model Corolla Altis dan Honda Civic.

      Waja baru kalau mengikut harganya sesuai bersaing dengan Vios dan City, tapi sebenarnya model tersebut akan menjadi pesaing yang kuat terhadap model Altis dan Civic. Tapi melihat kepada harga yang lebih rendah, tak adil pulak bila nak compare dengan Altis dan Civic.

      Anyway, dalam dunia automotif masing-masing mempunyai persepsi sendiri, hatta Toyota dan Honda pun menetapkan kriteria yang berlainan mengikut negara di mana produk mereka di pasarkan. Jadi tak hairan kenapa model premium di negara kita menjadi teksi di negara lain.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • fauzan

        September 6, 2010 at 4:13 pm

        Segment tu ditentukan bukan berdasarkan harga sahaja. banyak kriteria. Ada piawaian antarabangsa bagi meletakkan segment kereta nie.
        Klasifikasi nie berbeza2 mengikut region. Di malaysia n blah2 sini, klasifikasi yg diguna pakai adalah klasifikasi dari Eropah. Tapi kalau bro Evo guna standard clasification dari US, vios nie mmg ar dlm kategori subcompact car. Standard US n Europe berbeza. Subcompact car di US tarafnya adalah B segment bagi standard Europe. Bagi pasaran khusus, baru la katogeri premium dikeluarkan. Even Saga pun boleh dijadikan model premium kalau proton nak masuk kat pasaran khusus di negara2 tertentu dgn kategori nie. Contoh jelas adalah model Tata Nano dari A segment di India. By 2011 tata nano masuki pasaran US dgn model segment premium.

        my 2 cents.

        salam n cheers!

        Terbaik!(0)Booo~(0)
        • Evo

          September 6, 2010 at 6:12 pm

          Ada betulnya pendapat fauzan, cuma ikut pengamatan saya terdapat banyak model kenderaan yang kadang-kadang diletakkan dalam segment yang salah, kebanyakannya bukan disebabkan teknikal atau piawaian, tetapi lebih kepada strategi pemasaran.

          Terbaik!(0)Booo~(0)
    • bro

      October 21, 2010 at 4:34 pm

      penulis saya rasa, mengkelompokkan mengikut harga,
      sbb waja baru dah reach harga kelompok city n vios
      tuh. kalu keta lebih kurang besar (ye, cc/saiz waja baru lebih besar), penentunya poket!

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. Azlan Ramli

    December 2, 2010 at 11:37 pm

    HARGA TUK BERSAING,MASING2 ADA KELEBIHAN SENDIRI PENENTU MINAT DAN POKET PENGGUNA SENDIRI...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. DaHLia

    January 29, 2011 at 6:54 pm

    dah sambar sebijik NHCC Crystal Black ni..
    memang best bawak..tapi sedih sb dia xde autolock, dan dia mendak bila naik 5 org..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      January 29, 2011 at 10:00 pm

      Wah, hebat cikgu dahlia sekarang ni, pakai Honda City pulak, Kenari dah jual ke? Autolock takde??? Tak sangka pulak tu, pasal mendak tu rasanya sebab spring lembut, iyalah lima orang naik berat tu..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • jojo

      June 10, 2012 at 12:08 pm

      honda city ampeh.. :D

      Terbaik!(0)Booo~(1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>