Toyota Hilux 3.0G, varian terbaru jenama pikap terlaris di Malaysia telah dilancarkan di negeri di bawah bayu, Sabah hari ini. Harga atas jalan dengan insuran ialah RM106,000.00 (pendaftaran individu, Semenanjung Malaysia). Hilux 3.0G hanya didatangkan dengan transmisi 4 kelajuan automatik bersama-sama sistem 4WD. Varian terbaru trak pikap dari Toyota ini diimport CBU sepenuhnya dari Thailand.
Toyota Hilux 3.0G, dengan enjin 3.0 liter D-4D sudah tentu lebih berkuasa dari varian terawal dengan enjin 2.5 liter. Enjin 3.0 liter 1KD-FTV dengan ‘commonrail injection’ dan ‘intercooler’ serta unit turbo ‘variable nozzle unit’ (VNT) kini mampu menghamburkan kuasa kuda setinggi 163ps dan kuasa tork sebanyak 343Nm, sangat memberangsangkan.
Kuasa tork datang seawal mungkin dan bertahan lebih lama pada 1,400 sehingga 3,200 rpm, berbanding 1,600 – 2,400 rpm pada varian 2.5 liter. Untuk perbandingan, Mitsubishi Triton 3.2 yang berharga RM101,980.00 mempunyai kuasa kuda 160 PS/343 Nm manakala Nissan Navara 2.5 LE yang berharga RM105,800.00 mempunyai kuasa kuda sebanyak 174 PS/403 Nm.
Dengan pelancaran Toyota Hilux 3.0G terbaru ini, penguasaan trak pikap ‘double-cab’ dari Toyota pasti akan semakin melebar berbanding pesaingnya, terutamanya di Malaysia Timur di mana Toyota merupakan jenama terlaris di sana walaupun dengan hanya varian 2.5 liter. Penguasaan Toyota Hilux dalam pasaran ketika ini ialah sebanyak 44 peratus. Melihat kepada kuasa kuda yang ada, Toyota Hilux 3.0G ini pastinya cukup tangkas dan mantap untuk melakukan sebarang aktiviti pemanduan lasak di kawasan luar bandar, terutamanya di negeri seperti Sabah dan Sarawak.
Sumber : Paultan










memang hebat dan manarik…tapi macamana dengan penggunaanya minyaknya, jimat mcm d-max ke? pikap ni boleh ke bwak laju sampai 140km/h. harap dapat ulasan dari saudara evo. tima kasih
Penggunaan minyak jimat seperti D-Max sebab enjin diesel. Kelajuan maksima 170km/j, atau mungkin lebih. Saya pun berminat dengan trak pikap tapi pilihan saya ialah Mitsubishi Triton atau Nissan Navara.
Jimat x jimat bwk laju byk le gune minyak.lau jln hiway mcm d semenanjung blh la jimat.lau jln sabah swak ssh nak jimat minyak bos.hilux 3.0 blh speed sampai 170 la bro.
salam, tranmisi auto berkesan ke di jalan yang off road?
Berkesan ikut kemahiran pemanduan u.
Salam, Sedangkan 2.5 g pun banyak kes terbalik apa lagi 3.0 lagi la bahaya haha!! saya lebih suka triton atau navara atau D-max pengalaman saya toyota hilux nie bering clutch problem
Ikut cara pemanduan seseorang.kancil 660 ke bmw 7seris kw.merz ke.same je. blh xcedent.yg ptg hati2 semasa drve bro
salam…minta pandangan tuan, berbaloi ke beli hilux double cab 2.5 STD (A) tahun 2004 dengan harga RM45K. minta dijelaskan betul ke kos membaiki gear box varian auto sangat mahal jika dibandingkan dengan manual. penggunaan diesel juga lebih bnyak ke dari yang manual.
dan bagaimana kecekapan ketika off road. terima kasih
Saya kurang arif pasal Hilux double cab 2.5 STD (A), tapi harga RM45k tu rasanya agak mahal untuk kereta tahun 2004. Kos membaiki gear box varian auto kebiasaannya lebih mahal dari gear box manual, tak kiralah kereta jenama apa pun. Bab penggunaan diesel pulak memang betul, auto lebih banyak makan minyak dari manual.
Bab kecekapan off-road dah tentu gear box manual lebih baik, ibarat lumba kereta, manual lebih sesuai. Memang best kalau boleh pakai 4 x 4 double cab, nampak ranggi dan maskulin je pemandunya..hehehe
hilux ni kalau nak lbh stabil,tukarlah suspension. guna ultimate suspension pny. baru ngammm…
btol pe u cakap
saudara patrick..berapa kos tukar ultimate suspension utk hilux tu?
Sye gune hilux 3.0.blh drve sampai 170 jgk speed.ok je.X kire la lau laju dmax. triton same je byk mkn minyak bro.