Proton Wira SE 1.5 Manual – pilihan terbaik kereta terpakai untuk keluarga

Ramai di kalangan kita semua tidak mampu membeli sebuah kereta baru dengan harga yang tinggi, apatah lagi kemudiannya terpaksa pula menanggung hutang selama 9 tahun. Kadang-kala ada cara yang lebih bijak untuk memiliki sebuah kereta yang sesuai untuk kegunaan individu mahupun sebuah keluarga. Antaranya sebuah kereta sedan terpakai yang bukan saja mempunyai ruang penumpang yang luas, malahan ruang bonet yang mencukupi untuk simpanan barang-barang.

Namun untuk mencari sebuah kereta terpakai yang sesuai dengan harga yang berpatutan adakalanya memeningkan kepala. Jika tersilap pilihan, harga yang dibayar tidak sepadan dengan apa yang kita dapat, dan lebih malang lagi jika usia kereta yang terlalu lama bakal membuatkan poket kita sentiasa kering. Mimpi ngeri apabila memiliki sebuah kereta terpakai ialah apabila ianya sering rosak, kesudahannya wang yang lebur untuk membaiki kereta tersebut mungkin sudah mampu untuk kita memiliki sebuah kereta baru.

Di sini saya cuba kongsikan pandangan saya jika anda berhajat untuk berjimat, enggan membazirkan wang untuk membeli sebuah kereta baru, sebaliknya cukup dengan sebuah kereta terpakai. Namun sudah tentu anda mahukan sebuah kereta terpakai yang harganya boleh dikatakan murah dan berada di bawah paras RM30,000.00. Usia kereta tersebut pula boleh dikatakan masih baru, iaitu kurang dari 10 tahun, bermakna keadaannya masih elok dari segenap sudut, terutamanya di bahagian enjin. Dan yang paling penting ianya adalah sebuah kereta yang sesuai untuk pemanduan harian seorang diri atau ketika bersama keluarga dan mampu membawa barang-barang dengan ruang bagasi yang mencukupi.

Kereta tersebut pula mempunyai tahap pengendalian dan pemanduan yang cemerlang dan selesa, termasuk keselesaan untuk penumpang yang berada di dalam, terutamanya sewaktu menempuh perjalanan jauh. Selain itu anda sudah tentu mahukan kereta tersebut merupakan sebuah kereta yang mempunyai alat ganti yang mudah didapati, dan yang paling penting ialah harganya yang murah. Kos pembaikan dan servis yang rendah adalah paling penting supaya anda dapat terus berjimat. Dan tidak sepatutnya dilupakan ialah reka bentuk dan rupa yang masih lagi menawan.

Jika itu semua adalah ciri-ciri yang anda idamkan, saya syorkan anda membeli sebuah Proton Wira SE 1.5 Manual terpakai. Dikeluarkan oleh Proton mulai tahun 2004, Proton Wira SE pada asalnya merupakan sebuah Proton Wira Aeroback dengan enjin berkapasiti 1.5 liter. Varian pertama bagi model tersebut menerima modifikasi ringan dari Proton seperti brek cakera di belakang, sistem ekzos sport yang dikatakan mampu meningkatkan kuasa enjin sehingga 8 peratus, reka bentuk bahagian dalaman yang lebih sporty dan spoiler belakang yang diperbuat dari aluminim. Jika tidak silap varian tersebut hanya dihasilkan sebanyak 10,000 unit sahaja, jika fakta tersebut salah harap boleh diperbetulkan.

Untuk varian selepas itu, tiada lagi cakera brek belakang dan spoiler aluminium. Proton Wira SE hadir dengan reka bentuk menawan apabila dipasangkan kit badan penuh meliputi bumper depan dan belakang termasuk skirting tepi. Selain itu saiz rim 16 inci dengan tayar bersaiz 205/45 amat sesuai sekali dengan profailnya yang sporty dan begaya. Dengan transmisi manual lima kelajuan, tahap penggunaan minyaknya masih lagi jimat berbanding varian yang mempunyai transmisi automatik.

Memandangkan Proton Wira SE telah diberhentikan pengeluarannya oleh Proton sejak tahun 2007 yang lalu bagi memberi ruang kepada Proton Persona, kebanyakan model ini mudah didapati di mana-mana kedai menjual kereta terpakai. Jadi anda mempunyai banyak pilihan dengan warna yang popular ialah merah dan hitam. Rasanya dengan usia kurang daripada 7 tahun, rata-rata Proton Wira SE terpakai masih berada dalam keadaan yang baik dengan perbatuan @ jarak perjalanan yang rendah.

Terpulang kepada anda untuk memilih antara keluaran tahun 2004, 2005, 2006 atau 2007, yang nyata harga yang paling murah sudah tentu dari model keluaran tahun 2004 dan 2005, manakala keluaran tahun 2006 atau 2007 sedikit tinggi. Namun secara perbandingannya, harga bagi sebuah Proton Wira SE 1.5 manual terpakai keluaran tahun 2004 sehingga 2007 kini berada dalam lingkungan antara RM18,000.00 sehingga RM30,000.00. Harga tersebut bergantung kepada beberapa faktor tertentu, dan untuk mendapatkan harga yang paling murah anda patut membelinya secara terus daripada pemiliknya berbanding membelinya di kedai menjual kenderaan terpakai.

Pendapat saya, Proton Wira SE 1.5 manual amat berbaloi untuk dimiliki. Antara faktor-faktor tarikan utamanya ialah usianya yang masih lagi baru iaitu kurang daripada 7 tahun. Sudah tentu apabila usianya masih baru, risiko kerosakan pada bahagian luaran badan, bahagian dalaman sehingga ke bahagian paling penting iaitu enjin berada pada tahap minimum. Anda sebenarnya hanya mempunyai risiko yang rendah jika membelinya, tambahan pula kebanyakan model terpakai kereta tersebut berada dalam keadaan standard, jarang-jarang anda akan menjumpai sebuah model yang diubahsuai dengan berlebih-lebihan oleh pemilik lama.

Harganya pula kini benar-benar murah, sedangkan anda sudah mendapat sebuah kereta sedan aeroback yang cukup selesa dan luas untuk kegunaan seisi keluarga. Jika anda memikirkan rupa bentuknya, sudah tentu Wira SE dengan bodykit penuh yang menghiasi luarannya diakui sebagai antara kereta yang berpenampilan menarik dan bergaya. Rim 16 inci dengan tayar ‘nipis’ dan solekan dalaman yang sporty dari Proton hanya menyerlahkan lagi kecantikan rupanya.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan sebuah Proton Wira SE 1.5 manual, namun rasanya apa yang saya kongsikan di sini kali ini sudah mampu memberikan anda sedikit maklumat berguna sebelum anda membuat pilihan seterusnya. Jika anda masih ragu-ragu, anda boleh melayari laman web Mudah.my dan majalah permotoran seperti Motor Trader dan On The Road untuk mendapatkan gambaran lebih jelas tentang harganya, atau berkunjung ke mana-mana kedai menjual kereta terpakai. Antara pelbagai pilihan yang ada, saya berani katakan Proton Wira SE 1.5 manual merupakan pilihan yang sukar dilepaskan berbanding model lain di pasaran terpakai ketika ini.

Terbaik!(59)Booo~(27)

91 Comments

  1. miey

    October 11, 2010 at 11:41 am

    Pandangan & pendapat sebegini memudahkan pembeli membuat pilihan...syabas bro.setidak2nya menambah info & pilihan pada saya.

    Saya ada sedikit request, boleh tak buat review mengenai SUV dari model Harrier versi lama, sbb saya perhatikan harga bagi 2nd di pasaran antara RM60,000 hingga RM65 000. Adakah berbaloi?

    Do you want lots of web traffic? Then you better read this!

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      October 11, 2010 at 12:01 pm

      Boleh Miey, model Harrier lama antara yang menjadi perhatian saya sekarang, nantikan review dari saya nanti.

      Terbaik!(2)Booo~(0)
  2. mustakim

    December 1, 2010 at 12:29 am

    betul aku setuju dgn penadapat tu. wira s.e mmg cukup mengancam, prestasi semasa mendaki dan daya pecutnya cukup hebat. aku beli dlm plastik 2006. jun 2010 aku jual pada harga 25k. aku jg dgn cukup teliti. servis pada waktu yang tepat. guna dengan cara yang betul. x pernah ade karenah rosak sana sini. aku langsung x modified sbb keluaran dr proton nih dah cukup "smart". 4 tahun dia berjasa dari timur ke utara, dr utara ke selatan tanpa masalah. kelajuan tertinggi aku pernah capai adalah 170km/ (atas hway lar). bwk dgn relaks n tenang insya allah selamat. ruang dalaman cukup luas. seat yg agak selesa. yg penting untuk diri aku, ruang bootnya yang luas. tiap kali balik kg angkut buah, mmg puas ati. untuk famili sederhana mmg sesuai. cuma carilah yg sesuai dan pilih dengan teliti. sedih masa nak bepisah dgnnya, harap2 tuan barunya jg dgn elok. sekarang aku rasai nikmat forte pulak..

    Terbaik!(0)Booo~(1)
    • Evo

      December 1, 2010 at 12:33 am

      Mustakim, kalau rajin tulis satu artikel pasal pengalaman memandu Forte, rasanya tentu ramai orang yang berminat untuk tau, termasuklah saya.. :)

      Terbaik!(1)Booo~(3)
  3. zul

    January 12, 2011 at 10:30 pm

    member2 aku ada pakai wira Se dan wira biasa. Byk problem la wira second.... kesian gak aku tgk dia. menda yg selalu rosak aircond, power window, kipas radiator. lagi kesian hari tu kena dia mati tgh jalan fuel pump kong. absober berbunyi.... pendapat aku wira tidak berbaloi. Wira SE dgn pakai absober waja, tukar ekstrator exzos, rim besar sikit, strut bar n stabilizer terus di panggil lotus tuning wakakakaka..... buktikan lotus tuning!! baru usia 7 tahun? yea ke? ini lancer generasi ke6 tahun akhir di keluarkan pada 1996 beb.....

    Terbaik!(2)Booo~(5)
    • zul

      January 12, 2011 at 10:31 pm

      sambung lagi abg ipar aku pakai wira sedan panjang 2005 last model pun headblock boleh terangkat....

      Terbaik!(2)Booo~(1)
      • Audi A4 tfsi Quatro

        February 12, 2012 at 9:01 am

        Posting kat atas tu berkenaan WIRA SE, bukan lancer.

        Terbaik!(3)Booo~(2)
  4. WIRA EV0 8

    May 18, 2011 at 1:17 pm

    wira kuat mkan minyak la, tu la kelemahan dia yg paling besar.

    Terbaik!(0)Booo~(10)
    • wiraboy

      June 22, 2012 at 4:49 pm

      ko pakai auto kot...

      Terbaik!(7)Booo~(0)
  5. alongevo

    May 18, 2011 at 4:11 pm

    tapi yg aku nampak wira ni nak jadik apa pu bleh. Evo 3 - 10, skylain, subiru dan macam2... memang kreatif wira owner.. syabas...

    Terbaik!(4)Booo~(0)
    • still rider

      August 29, 2012 at 1:30 am

      hahaha tang brand tu tu yang taj tahan...hahah

      Terbaik!(1)Booo~(2)
  6. hisyam

    June 5, 2011 at 10:18 pm

    saya nie pakai wira se tahun 2005 warna hitam.. sekarang nie masih ok... semua standard kecuali tukar tayar dari 16 kepada 15.. save minyak 0.01 sen p/km. mula2 beli diakui problem dari aspek system dalaman. yang lain2 ok. minyak pun kalau pakai ron 95 makan dalam 11 sen hingga 13 sen ( mengikut kelajuan).. cadang memang nak jual kat member dlam 23k... nak tukor mpv exora ker...

    Terbaik!(0)Booo~(1)
  7. somalian pirate

    July 6, 2011 at 10:55 pm

    First aku pkai qeta ialah gen2 mmg diakui problem 6bln aku pkai dh kna overhaul sbb oil sump pch.skrg aku trn level pkai wira sedan thn 2002 mula enjin std 4g15p mmg xleh blah lgsg.tgh top speed pn viva boleh smoke lg..diats kebosanan trsbt aku convert kepada 4g93t gsr mmg sgt2 berbaloi kerana trsgt power..Dlm 3bln pkai aku upgrade lg dgn memasukkn wiring evo 3 serta injector,airflow dan turbo tdo5 mmg sgt mgncm..Ats h'way pn sng2 ja nk cucuk bmw..Mmg best la wira klu dh modi..

    Terbaik!(3)Booo~(0)
    • Evo

      July 6, 2011 at 10:59 pm

      Wira antara lagenda dunia permotoran tanah air, berbanding sedan saya lebih minat versi SE first model yang ada brek disc belakang tu..

      Terbaik!(3)Booo~(1)
      • still rider

        August 29, 2012 at 1:34 am

        wira kan klon evo1-3....saya pakai versi 1.6xli 97...masih mantap di highway utara selatan...hehe

        Terbaik!(3)Booo~(0)
  8. poong

    July 7, 2011 at 5:24 pm

    saya ada wira 1.5 sedan manual (2006)
    nak jual RM25 (neg)ada pembeli tak

    Terbaik!(1)Booo~(1)
  9. zul john

    August 14, 2011 at 12:00 am

    wira Se 2004 merah plat WMH tip top cond mau di jual..

    plez ctc me: 0102147052

    loc: ampang

    Terbaik!(1)Booo~(2)
    • haziq

      December 2, 2012 at 8:29 pm

      zul..kereta available tak? mcm berminat nak beli

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  10. hafiz

    January 27, 2012 at 11:14 am

    sy hasrat nk beli kete secnd wira 1.5 se ni....ader sape2 nk bg nsihat yang lbih mendalam x??

    Terbaik!(2)Booo~(3)
    • AK

      January 27, 2012 at 11:20 am

      Boleh beli, berbaloi..harga secondhand dah jatuh banyak, rekabentuk masih lagi menarik, plus ruang penumpang dan barang-barang yang luas..

      Terbaik!(0)Booo~(1)
  11. hafiz

    January 27, 2012 at 6:02 pm

    harga 18k,berbaloi ke??thun 04

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  12. dobit127

    January 27, 2012 at 8:16 pm

    kepada Evo, tumpang iklan jap...

    Kawan nak jual Wira SE manual 2006...

    Harga 19,000 jer....

    boleh call kawan, 019- 956 96 tiga satu ....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  13. hafiz

    January 31, 2012 at 6:42 pm

    SY TGK RATA2 BYAK PLOK ORNG NK JUAL WIRA SE NI.KNP??BYAK MASALAH KE KETE MODEL NI??

    Terbaik!(1)Booo~(0)
    • AK

      January 31, 2012 at 7:03 pm

      Bukan sebab banyak masalah, tuan punya dah lama pakai, jadi dah tiba masa untuk bertukar ke kereta baru.. :)

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Audi A4 tfsi Quatro

      February 12, 2012 at 9:05 am

      Honda, toyota, bmw, merc pun bnyk org jual..berlambak kat used car..banyak problem ker?hahahaha..inilah mentaliti org kita, kalau proton jer ada problem.

      Terbaik!(5)Booo~(1)
    • Mohd Khairi

      May 19, 2014 at 11:41 am

      WiSE sye dh genap 10 tahun umur. enjin masih stdt kilang. cuma beberapa perkakas yg ditukar utk endurance. Paling penting mantainance & Preventive mantainance kena rajin buat.

      Ni antara brg yg dh tukar utk endurance pd kete saye:
      1-Raditor double layer GSR(T)
      2-Condensor aircond panjang
      3-Kipas radiator GSR(T)kipas aircond GSR(NA)
      4-Plug Iridium 6 Denso
      5-Coolant Toyota 2Liter
      6-Cusco Oil catch tank
      7-Muffler Twintip Wira 1.8
      8-HKS Mushroom Air filter
      9-Mnyk enjin 5w50 Mobil 1 fully Syn
      10-Mnyk G/Box Castrol LSX90 2 Liter
      11-Pad brek Bendix General CT

      Alhamdulillah, wlwpun dh 10tahun usia enjin xprnh wt apa2 lg trmasuklah top overhaul. boleh maintain ats hiway 140kmh-150kmh tanpa masalah.. harus di ingat, WiSE ni guna ECU Siemens VDO, ecu ni jnis SELF LEARNING, ecu akn setting parameter mengikut cara pemanduan kita,so kdg2 kna rembat jugak sekali-sekala utk ecu set talaan sempurna. sekdar perkongsian. tq

      Terbaik!(2)Booo~(0)
      • mai

        December 5, 2014 at 11:47 am

        Salam.sy still gunakan wira se 1.5 manual.jumpa juga orang yang sehaluan ni.kereta tiada masalah cuma tidak boleh bergerak laju..mohon saudara tgglkn nombor contact sbb sy nak tnykn bbrp soaln.tq

        Terbaik!(0)Booo~(0)
  14. Farid

    February 12, 2012 at 2:00 am

    Wira 1.5 Auto Tahun 2004
    Down Payment RM5500
    Monthly RM400
    Due - None

    Berminat sila Hubungi Farid Direct line- 0172465006

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • haziq

      December 2, 2012 at 8:14 pm

      farid..kreta available lagi ke bro, mcm ada hasrat nak beli

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • naga

        December 23, 2012 at 5:15 pm

        saya ader wira se hitam tahun 2004... semuanya standard... kecuali modifi rim sport 15', seat recaro semi bucket, stering momo 3 bilah..... klu sesiapa berminat send email kat saya...

        Terbaik!(0)Booo~(0)
  15. manualclick

    February 20, 2012 at 12:05 pm

    salam semua...aku jugak pengguna Wira SE 2007...lepas aku tergolek ngan satria aku sampai total loss...6 bulan aku takde kereta..sebbaik ada kapcai aku...takdelaa patah kaki sangat...masuk bulan ke-enam pemergian satria kesayangan aku..aku dah mula mencari2 kereta...nak beli baru, poket sengkek..gaji tak beso, aku usha2 laa used car...banyak model laa aku usha, sampai tgk kancil,myvi,kenari,kelisa..semua tak berbaloi beli...sampai aku jumpe WIRA SE 2007, warna maroon yang 98% in good condition...tiga kali aku ulang-alik used car tu tengok kereta tu, siap bawak pomen..alhamdulillah...inilah kereta yang aku rasa sangat berbaloi...maintenance save budget..setakat power window ngan central lock kalo rosak, tak mahal la macam kereta lain..ruang luas jugak la..performance bole tahan la utk enjin N/A..petrol usage pun dalam kategori menjimatkan jugaklah.. thumbs up to WIRA SE

    Terbaik!(8)Booo~(3)
  16. khairu diab

    March 8, 2012 at 6:08 am

    klu wira 1.5 gli injection selalunya apa problem nya, nk kena tau jgk,ada member2 cakap yg slalu rosak die pnyer throttle body die dgn ECU, slalu ke rosak benda ni, minat oo wira ni, dlm bnyk2 kete proton yg paling best proton wira la, paling kurang rosak, igt nk beli sbgai kete pertama sbb baru mula kerja, nk tnya pendapat kalian yg berpengalaman

    Terbaik!(1)Booo~(0)
    • Penuntut Senja

      April 10, 2012 at 11:51 pm

      khairu diab: ko beli lah wira tuh, aku dulu pakai wira 1.5 taun 99, selama pakai memang puas hati, injection nih nasib lah, memang manja skit, tapi jangan risau, modal tebal boleh rembat original proton, kalau kurang boleh ushar half-cut.. skang pakai gen 2, perghhhhhhhhhhh ,menengking mentenen dia.. secara peribadi wira memang kereta sepangjang zaman.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • wawaq

      April 13, 2012 at 4:15 pm

      wira se problem dia, akan mati tgh jalan kalu lupa isi minyak....haa..ha..haa...x lah, tgk tuan kete la, kalau style bawak lenjan, mana nak tahan enjin 2, keter nie mcm org pompuan jugak laa, belai baik2, jaga servis dia, tahan lama laa...

      dia punyer clutch pakai pump, not cable, kalu jam, x lenguh kaki, tp kalu kerap sgt tekan clutch, senang bocor ler pump 2, kos tukar dlm RM 200++ g2 ler..

      masalah lain, kalau bergensel, mesti calar..

      Central lock problem..murah ajer, tukar brand bagus skit, hilang problem dia..

      Masalah viper...ada ker getah viper tahan 10 tahun?

      Apa lg masalah diaa..x boleh nak senarai,,setakat aku pakai alhamdulilah...dah 6 tahunn..

      Terbaik!(0)Booo~(2)
  17. Hasnun

    April 17, 2012 at 10:16 pm

    Aku pakai wira se ni dah lama dari tahun 2004 sampai sekarang alhamdulilah tak banyak problem .kereta ni macam manusia juga ada masa sakit.cuma bezanya kita gi clinik kereta kena hantar bengkel

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  18. nazrul

    April 19, 2012 at 7:27 pm

    aku nk cri keta wira ny..mmmmm

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  19. ahmad

    April 29, 2012 at 5:36 am

    bakal kreta ku insyaallah..doakan moga dipermudahkan segala urusan..amiin

    Terbaik!(0)Booo~(21)
  20. Fiq seremban

    June 15, 2012 at 9:25 pm

    Aku berkenan dengan wira SE ni, ada sapa2 yg nl jual wira se.? Terutama kawasan n9

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  21. nas

    June 19, 2012 at 7:25 am

    brpa hrga wira engine 1.6 .??manual ..

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  22. futurewiraboy

    June 22, 2012 at 5:02 pm

    Saya baru start bekerja lepas abis ijazah...
    Sye btol2 minat dgn keta wira se 1.5 nih!

    Ade satu wira SE tahun 2006 yg aku ushar kat used car.
    Keta tue manual dan mileage super low; 50,000km/j ke bawah.. Tp Harge dier letak dlm RM20,000...
    Dealer ckp loan blh sampai 7 tahun dan cover sampai 21K... Ambank lah.. Keta tue semua okey, cumer ade lekuk kecik kat bumber dier.. lain2 calar sikit2...
    Lekuk tuu dealer ckp blh buat free of charge...
    dier kasi tinted, full tank, dan central lock semua lengkap... dwnpayment pun murah sbb sye mintak full loan.. So, bro admin berbaloi tak pilihan saye? do i need to bring a foreman and check the car?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • futurewiraboy

      June 22, 2012 at 5:06 pm

      This wira is going to be my first car...
      Im not planning to get a brand new car coz, i feel the money we pay for a brand new proton for example; saga is surely high and too long... Lagi satu keta baru nih, cthnya proton saga, servis bulanan mmg mahal dah service depa mcm sial (ikot kata kwn yg beri saga FLX SE...)

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • Shay

        August 4, 2012 at 3:54 pm

        Kalo minat boley emel... Sy ada kereta wira S.E manual 1.5... Black color...beli tahun 2006..

        Terbaik!(0)Booo~(1)
        • rem

          September 13, 2012 at 5:14 pm

          fwd mail bro :-)

          Terbaik!(0)Booo~(0)
  23. ayi

    June 27, 2012 at 9:28 am

    salam bro...nk tanyer...kalau wira 1.5 manual tahun 2006 harga pasaran sekarang bpe erk??da member nk jual dalam 18k...keter tip top ag..xsampai 90k ag..please help me...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • futurewiraboy

      June 29, 2012 at 6:46 pm

      aku bru beli wira gold final edition 16 k shj...
      beli kat member blh kurang lagi...
      harge pasaran keta 22k..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  24. wirahero

    August 2, 2012 at 11:48 pm

    aku ada sijik wira manual s.e 1.5 hitam
    2 airbag, disc brake depan belakang
    mau jual... ada berminat ke...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Hammam

      December 12, 2012 at 1:32 pm

      Keta tahun berapa tuan? Kondisi ok? Harga pulak camne. Tgh carik gak sedan 1.5 manual ni

      Terbaik!(0)Booo~(1)
  25. Shay

    August 4, 2012 at 3:50 pm

    Aku ada wira S.E beli tahun 2006...black color... RM19000 .. Kalo mau buzz...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Ali

      August 21, 2012 at 10:28 pm

      Keta masih ada lg ke?

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • haziq

      December 2, 2012 at 8:10 pm

      shay..kereta available lagi?

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  26. ahmad faiz

    August 23, 2012 at 11:43 am

    Salam..................
    saya berkenan kereta wira 1.5 atau 1.6 tetapi nak auto...kalu guna tuk jalan jauh..
    wira aeroback molek ker? harga bajet saya 10k hingga 15k..tahun 2004-2006 jika ada harga murah..sms sy 0175082239 saya bukan org normal warga OKU pekak...
    terima kasih atas kerjasama abang2

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  27. rezz

    August 25, 2012 at 11:49 am

    salam bro gua nak tanya warna apa yang sesuai utk keta wira se ni? dah pening gua pk nak mengecat keta ni,mcm2 dah orang bagi warna....,tlgla gua yang nak tukar warna keta

    Terbaik!(0)Booo~(1)
  28. Amat_SE

    August 27, 2012 at 1:12 pm

    Wira SE 1.5..terbaik..aku pernah xcident kt hway, yg pasti body die mmg kuat..tahan lasak, speed pn boleh thn (180km/j), maintenance pn x mahal sgt..color hitam match dgn mcm2 color..disk break dpn blkg fist model thn 2003..tip top..kerosakkan yg biasanya berlaku power window..yg lain setakat ni ok jee...

    Terbaik!(1)Booo~(1)
  29. Wah

    August 29, 2012 at 1:08 am

    Saya pakai wira SE 03/04 manual...amik 2nd hand...setakat nih mmg berbaloi pakai...maintenance murah...sparepart merata ada...xpening kepala cari...
    paddle minyak jgn lah tekan smp lantai...hari2 nak redline mmg hari2 rosak bos...
    drive rilex n cool...gadis2 lagi suka...mind set tukar lah...org xdrive huru hara lagi
    xmatang bos...budak2 baru habis sekolah boleh la...

    Terbaik!(3)Booo~(0)
  30. Wah

    August 29, 2012 at 1:12 am

    kepada yg nak beli 1st car wira SE tuh...mmg berbaloi...pandai pilih lah...
    jgn hentam je...cari milage rendah...dapat yang barang2 original luar dalam lagi bagus...thumbs up wira SE...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  31. Mohd Yazid

    August 30, 2012 at 3:15 pm

    Aku pun nak beli jugak wira se ni,second kat swk,..tggu rezki,insyaallah,..sebab senang nak convert evo3..hehehhe

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Saiffz

      September 3, 2012 at 12:07 pm

      aku nak jual kete Wira SE aku ngan harga yang agak menarik tahun 2004, low milage, warna merah dlm interior dah makeup cantik, ebsober baru tukar 2 bulan, tayar baru tukar tak sampai sebulan, kereta mmg cun boleh dtg tgok sendiri
      Harga nak jual RM17k boleh nego
      sape berminat call aku 0192522019
      MEMANG BERBALOI LAH SAPE YG BELI KERETA AKU NI SBB AKU JAGA KERETA NI GILER2 SAYANG SGT NAK JUAL TAPI TERPAKSA SBB DAH BELI KERETA BARU KIA OPTIMA K5........

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • Ali

        September 18, 2012 at 10:09 pm

        Ada lagi ke wira 2??

        Terbaik!(0)Booo~(1)
      • nani

        November 23, 2012 at 8:23 am

        bang..samalah dgn saya..pakai dr thn 2004, se merah manual..
        Rasa nk upgrade mpv tp sayang juga nk let go..
        Kalau kt tpt keje tu kawan2 semua puji saya punya keta berkilat2..
        Hehe..bukan apa, dulu time mula2 beli tu rajin polish...
        Skrg mmg tgh berfikir2 sama ada nk 'simpan' dulu atau angkat mpv :-)

        Terbaik!(1)Booo~(1)
  32. zul

    October 7, 2012 at 1:30 pm

    wira se sy pakai 6 tahun dah.tiada masalah..

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  33. rasden

    October 22, 2012 at 4:34 am

    as'kum.. ade kereta untuk di jual wira SE 2005 auto convertion to Evo 10 (bonnet/front bumper/rear bumper/fender kiri&kanan/side skirt dan spoiler) colour green sport special effect siap dgn sport rim 15" tayar continental tahun 2011. sport rim 17" lain harga kalau nak. nak tgk msg 0134342473 utk send picture dan harga. seat dah tukar standart :D recaro seat dah jual. nak beli full set evo x sahaja pun boleh. jual sebab bini meleter takut anak2 semua pakai cawat,tak tahan la sakit telinga bukan takat sakit poket je. (Rosmah lg kuat meleter, sian PM)

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  34. haziq

    November 30, 2012 at 4:59 pm

    salam...tumpang tnya, mana satu lagi berbaloi, wira se atau wira 1.6 XLi millenium edition, dgr crita, millenium edition ni is the best wira had been produced by proton...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • haziq

      November 30, 2012 at 5:05 pm

      tgh final year dlm degree of medicine, ingtkan nak beli kreta idaman wira ni, for my first car ever :) n utk kegunaan bakal isteri.. hope someone can give suggestion, between wira se 2004 or 05 atau wira 1.6 XLi millenium edition.. sbb ramai kata millenium edition ni kluaran terbaik wira

      Terbaik!(0)Booo~(3)
      • haziq

        November 30, 2012 at 5:12 pm

        and berharap siapa2 yg nak jual wira se 2004/05, dgn rendah diri mngharapkan dapat reply my message.. really need ur help sbb baru nak dirikan masjid..bnyk perbelanjaan yg diperlukan.. :)

        Terbaik!(0)Booo~(0)
  35. shah

    November 30, 2012 at 5:37 pm

    saya sokong jika anda mahu beli wira SE 1.5 ... Kereta nie x ada masalah dengan engine. Malah interiornya juga sangat bagus dan berkualiti. Cuma yang menjadi masalah sprt power window , kusyen jika koyak susah nak jahit ( tapi korang leh tukar kulit ) .
    dengan spoiler Civic Mugen .. dan tukar atena kpd atena waja .. perghh nampak sporty.
    pilih color merah :) .. sangat sesuai dgn indentiti Wira SE 1.5

    Terbaik!(0)Booo~(1)
    • haziq

      December 2, 2012 at 1:56 pm

      orait!. thank you lah syah..tulah tgh tgk2 jga ni wira se..performance die awesome , body pun cantik...

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • haziq

        December 2, 2012 at 1:58 pm

        klau looking for auto transmission, wira se still better compare to 1.6 XLi millenium edition eh? hope someone can give some suggestion, thank you :)

        Terbaik!(0)Booo~(0)
  36. fauzi

    December 23, 2012 at 3:31 pm

    baru tempah kereta wira SE 1.5 manual kat kedai kereta terpakai.
    dapat harga rm 22k on the road.
    Bagi yang tak banyak bajet, memang ok juga ambik wira SE ni.

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  37. naga

    December 23, 2012 at 5:34 pm

    salam.. sy ader wira se hitam 2004, semuanya standard, engine tiptop sbb pki minyak baik dan setahun sekali wat servis injection n tuning semula... ada wat modi skit spt, rim sport 15' inc, piping steel 2' inc, tabung tgh twist, tabung ekzos 5zigen, seat recaro semi bucket, stering momo 3 bilah, player vcd sony xloud.... xpernah wat masalah... klu berminat sila email sy...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  38. dil

    December 25, 2012 at 6:41 pm

    area mne bro?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  39. ady

    January 5, 2013 at 4:47 pm

    aku nk beli keta secondhand ni. ..asalnya nk beli kelisa tp harga 20K lebih la.....td baru ja tgk wira SE 1.5(M) kaler merah.. dah try... rasa mcm ok.. harga 18k..... nk cr yg jimat mnyk dan xbyk mslh..utk kegunaan keja.. tiap2 hr g tmpt keja lbh kurng 80KM dr rumah. so, lau bro2 yg berpengalaman blh bg pdpt, nk plih kelisa atau wira SE ni ya?...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  40. Angah

    February 8, 2013 at 9:27 pm

    Aku mmg pengguna Wira SE 2005. Dah 2 kali eksident. Sekali kete masuk gaung kt corner. Abes kt RM12k insuren coverr beb... n sekali lg eksident terlanggar kete depan. Walau bagaimanapun, kereta ini masih kukuh dan kestabilan di tahap yg baik lg. Highway bleh cecah 170 km/h dgn condisi standard. Dr segi penjimatan minyak pada tahap yg memuaskan. Maknakata kete Wira SE mmg berbaloi utk dimiliki.... Dh convert fully adjustable SS series GAB hujung bulan lepas...abes RM1.9k sekali ngan alignment.. mmg terbaek laa kereta ni. Dari segi maintenance plak, cukup masa hantar service..berpatutan... Kesimpulannya, kete ini mmg tahan lasak, penggunaan minyak yg berpatutan dan yg terakhir sekali antara keta TERBAIK proton... Miliki lah, anda akan merasai kepuasan menggunakannya :).

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  41. Faizal

    February 23, 2013 at 12:27 pm

    Nak letgo wira se manual tahun 2007, harga 22k leh nego, keta selalu pakai, nak letgo sebab nak beli keta lain, wat downpayment.. leh cal kalau nak tengok keta...0127022909-faizal...lokasi klang dan shah alam shj..cash buyer..klu nak gambar leh email

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  42. dil

    March 18, 2013 at 8:05 pm

    ady..klau ko nk cri kete jimat myk..mmg kelisa r plihan yg baik..dgn enjin yg kecik..body yg kecik..smstinya myk jimat..tp pd aku sdikit rugi dr segi ruang dalaman dan juga ruang brg..terlalu kecil...myk wira SE pon save tp tklah save mcm kelisa...tp dgn enjin 1.5 myk tu dah ckup save...pd aku bwak wira lebih best dari bwak kelisa...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  43. nazri

    April 4, 2013 at 1:22 am

    Aku pun nak tolak wira se 07 bini aku.sayang sedap bawa.minyak xla separah waja.maintain pun senang.mmg aku akui power window switch rosak.tp rm15 jer nak tukar..millage baru cecah 80k ++..cuma ada calr skit2..banyak berjasa dah..modifikasi tukar rim &ekzos system.bunyi power + pick up tp minyak save...anak dah 5 org..nak kena hapgrade mpv lak...mintak hanya rm20k...ape2 hal msg 012-4509181

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  44. Sepul

    April 15, 2013 at 2:56 pm

    Hello geng,
    Aku pembeli keter Wira SE tahun 2004..yg ori punya ade 4 discbrake, siap ada plet tulis nombor keluaran per dgn 10,000 bijik. Cuma keter aku pernah tenggolam..adesss...
    Tapi absorber sumer dah tukar, fuel pump, water pump, brake pad...sudah tukar baru. Setakat jalan yang penuh dengan selekoh S tu sedap layan. Nak memotong pun pick up sbb manual. Drop gera..henjut terus ha..ha
    Apa pun Wira ni lasak, janji minyak penuh..tekan je jalan.
    Spare part..cehh murah sangat2..janji jgn beli dgn pomen sudah. Beli kat kedai spareparts.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  45. hafiz

    June 24, 2013 at 9:17 am

    salam..aku pun minat jgk wira se ni dr dulu lg sbb hajat nk tukar sportrim R3 16'' kalau dpt wira ni sekali dgn masuk sunroof,yg lain semua biar stendet tp rezeki Allah bg lebih..rupenya ape yg dihajat xdpt tp yg dpt skng ialah waja CPS..tp still minat kt wira ni

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  46. armin

    June 28, 2013 at 9:42 pm

    Saya dah pakai wira se 10 tahun , beli baru tahun 2004 tak ada masaalah cuma baru ini aku tukar absober 4, pump atas bawah clutch plate tukar 1.6 meter minyak fuel pump tapi memang berbaloi dah pakai 10 tahun baru ganti air tak pakai coolant ,layan coner perghh best. Water pump themostat blum tukar beb. Miliebe 145,000.oktak wls

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  47. Asrulafiza Anuar

    October 5, 2013 at 11:15 pm

    Salam.sy bru je angkat wira se 2006 manual dgn hrga 14k... n sy sudah hbs 1k tukar yg mna patot..komen sy mmg berbaloi pakai wira se dgn aksesori dlmnnya yg sngt menarik..lauran sngt sporty.. minyak sy xleyh nk ckp lg jimat k x sbb sblom ni pakai kancil je..hehe...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  48. raja

    October 6, 2013 at 10:50 am

    tp kene lock elok2 parking pn jg2 sbb wira s.e ni antara kete hot di pasaran gelap.... nauzubillah...mintak jauh2

    Terbaik!(3)Booo~(0)
  49. Asrulafiza Anuar

    October 6, 2013 at 11:38 pm

    Betol2.asesori dlm semua hot item kt pasaran gelap..risau plak rase...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  50. fylio8540

    November 29, 2013 at 1:50 am

    Salam..aku pun penguna WIRA SE..mula2 cari kereta memang dah berkenan dgn body nya yg sporty..itu belum tacap lagi dah berkenan..ramai juga bg pendapat kat aku time nak beli kereta dulu2 tapi semua aku x berkenan dari gen2 sampai waja..alhamdulillah..memang pick up..dan steady bila bawak laju..maybe sbb bentuk nya..ape lagi aku kerap balik kg dari KL ke Kelantan..huhuhu...memang best pecut..saman pun ade gak sangkut ity yg x best..problem standart la bro..mane kereta pun ade problem..bmw pun bnyk jeng tengah jalan..kereta aku sejak pakai tak pernah pun jeng tengah jalan..alhamdulillah..tgk cara ko ieg jaga kereta la..kalau sebulan sekali pun payah nak basuh kereta sendiri manja2 ngan kereta tu skit..jgn salahkan kereta tu...bnyk kali gak aku hampir terjual sbb nak try kereta baru yg lain tapi bila tgk kereta aku yg melecun syg beb..ramai juga nak beli kereta aku...tapi memang syg..aku naj upgrade body kasi lagi cun..kereta SE ni memang pick up..senang2 je aku pintas kereta yg konon mewah kat karak jalan yg berbukit2 tu..alhamdulillah kereta ni jaga aku dan aku jaga kereta ni dgn baik..jgn teragak2 dgn WIRA SE..terbaik..aku pakai rim 17 steady je layan highway bukit2 nak blik kelantan..jom join WIRA SE fun club..

    Terbaik!(7)Booo~(0)
  51. aishah

    December 23, 2013 at 5:41 pm

    nak tnya mcm mne nak make up kereta ni? barang2 kat mane nak cari? yang murah2 je ok la.. saya dari perak nih...

    Terbaik!(2)Booo~(0)
    • mai

      December 5, 2014 at 1:18 pm

      Sy pun pkai wira se 1.5 manual.nk tny otai2 ni,enjin dh terasa berat.cmne nk makeup enjin.mklumla..perempuan x rajin nk buat semua tu..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  52. yani

    January 18, 2014 at 6:54 am

    Saya mencari kereta wira SE secondhand. Condition mesti baik, tak boleh yang diubahsuai. Kalau ada yang nak jual, boleh emel pada saya dakbias@gmail.com. Saya nak guna kereta tu bulan mac, 2014 sebab sekarang saya berada di luar negara. Boleh hubungi kami kalau minat nak jual, inshaAllah kami akan bayar cash.

    Terbaik!(2)Booo~(0)
    • Jea

      April 27, 2014 at 9:46 pm

      Yani..dah dapat ke kereta wira..saya nk jual wira se auto tahun 2007..klo ada sape2 yang berminat.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  53. penjejak awan

    May 13, 2014 at 10:54 pm

    insyaallah....dlm minggu ni keluar lah wira se tahun 2006.kaler hitam. otr rm 16,500.Bila baca komen2 kawan2 pasal wira se,kebanyakannya positif.itu yg membuat kan sy x sabar dan makin teruja nak pandu se.tkasih.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  54. Sepul

    June 17, 2014 at 9:03 am

    As salam...tengok bola makan bola ke yob..
    Apa pun setakat nak update Wira SE (M) teman.
    1. Bodi Wira ni rupanya sebjik dgn Wira 1.6...sebab tu bodi agak berat dan bila speed kt highway...160-170kmj...masih stabil...tak rasa melayang..pick up pun cepat.
    2. Brake disk depan belakang juga dari Wira 1.6..so kalu nak tukar brake pad..mintak Bendix Metal King utk Wira 1.6...brake disk 1.5 tak boleh masuk. Sebab tu lah bila brek melekat...
    3. Dari segi handling...disebabkan depan belakang ada stabilizer bar...batang besi stabilizer bar tayar depan patah minggu lepas..ganti seketul RM180.00. Belakang pun ada stabilizer bar..yg ni cuma Wira 1.6 dan ke atas sahaja yg ada..Wira SE bertuah kerana dapat bodi 1.6 yg cukup mantap bila melayan korner...Ibarat kalau dgn Myvi boleh korner dlm 80kmj..dgn Wira SE boleh layan 100kmj. Boleh lagi nk henjut City, Vios, Latio ats jalan..tp dgn adik tiri..Mitsubishi Lancer GT...jd penyegan la Wira ni he..he.
    4. Dr segi kedap bunyi (Noise) pun agak baik..lebih baik dr Wira 1.3..kalau nk buat upgrade..kena belanja besar..setakat bajet ciput...sabo je lah..

    Aku pun tgh cr seat lain..sbb owner lama dah buang seat ori..masuk seat sport..kalu korner mmg melekat la..tp bila jalan jauh...sakit juge blkg..

    Ok la geng...tu je lah cerita aku bulan ni..mileage keter pun dah masuk 200k..

    4. Tp teknologi kereta makin advance

    Terbaik!(1)Booo~(1)
  55. hisyam

    August 5, 2014 at 9:57 pm

    Kalau nak cari wira se,,condition cantik tahun 2006..leh cal or pm 0123403243

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  56. Faizal

    August 13, 2014 at 3:59 pm

    Wira SE manual mmg terbaik. low maintanance. gagah kt highway. engine aku maintain standard, just aku tukar bullet and muffler jenis leper. untuk handling plak ak pki spring sport+absober standard kt depan dan absorber civic utk blkg. tambah lg stabilizer mmg terbaik bro handlingnye..

    tapi da kene rembat akhir tahun 2012.... nasib..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  57. Arie

    October 21, 2014 at 5:06 pm

    Saya ada WiSe tahun 2007 untuk dijual.Boleh call or whatsup 0127209616..kereta tip top dan gambar boleh send di whatsup

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>