Proton Persona Replacement bakal dilancarkan 2012?

Macam ni ke Proton Persona R? hehehe..*

Proton Persona replacement atau model pengganti Persona dikatakan menyerupai model Toyota Caldina. Ianya dibina di atas platform Proton Exora dan dijangka bakal dilancarkan pada 2012 nanti.

Sumber berita dari BERNAMA mengatakan, Syarikat Ingress Corporation Berhad telah menerima surat hasrat daripada Proton untuk membekalkan pengacuan titisan bumbung (roof drip mouldings) dan bingkai pintu untuk sebuah model terbaru Proton melalui dua anak syarikat mereka, Ingress Engineering Sdn Bhd (IESB) dan Ingress Precision Sdn Bhd (IPSB).

Kedua-dua peralatan untuk model terbaru Proton itu dijangka akan dibekalkan bermula akhir tahun 2011 dan pada awal tahun 2012, dengan tempoh projek selama 5 tahun. Ini bermakna pengeluaran pertama Proton Persona baru @ Proton Persona R dijangka akan bermula pada awal tahun 2012 atau pada pertengahan tahun yang sama.

Arena Kereta : Pendapat yang mengatakan bahawa Proton Persona R menyerupai model Toyota Caldina adalah pandangan peribadi saya sahaja memandangkan sebelum ini Proton pernah mengadakan ujian jalan raya berkenaan satu model Proton misteri. Anda boleh klik di link proton exora baru atau proton persona replacement untuk melihat foto spyshot model yang dimaksudkan.

Selain itu seseorang yang mengaku sebagai kakitangan Proton juga pernah menulis komen di Arena Kereta bahawa Proton bakal mengeluarkan model yang menyerupai Toyota Caldina dan model tersebut dikatakan antara yang terbaik pernah direka oleh Proton. Jadi kepada pengkritik Proton, model terbaru hasil rekaan dan R & D Proton sepenuhnya akan menemui rakyat Malaysia tidak lama lagi. Sekadar makluman, Proton Persona R bukan projek ‘rebadge’.

*Foto Persona R kat atas tu telah diedit oleh saudara AsmadieAnuar.

Terbaik!(0)Booo~(0)

40 Comments

  1. fauzan

    October 18, 2010 at 8:41 am

    mmm...mcm caldina ker? Tapi bagi saya, spysyot yg mcm caldina tu hanya la mule berdasarkan dri platform exora. Tapi pernah terbaca ada insider yg membayangkan model global car C segment proton tu rekabentuknya diantara vios dan forte. So, sama2 la kita nantikan penangan Italdesign Guigaro dan team kejuruteraan proton dan dibantu lotus nie.

    cheers!

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      October 18, 2010 at 8:51 am

      Boleh jadi macam Caldina, harap2 macam tu la, kawan saya pernah jumpa atas jalan area2 sini tengah buat test tapi sayang tak sempat tangkap gambar sebab laju sangat.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • fauzan

        October 18, 2010 at 2:10 pm

        tapi bro, persona R tu kereta sedan 4 pintu. Caldina tu 5 pintu. Apa2 pun mmg tak sabar ar..hehhe

        cheers!

        Terbaik!(0)Booo~(0)
      • kaskas_pepper

        October 19, 2010 at 9:43 pm

        testing driver proton memang kene bwk laju.ni kata membe aku..jiran dia tester driver proton, stiap kete yg dia test drive mmg dia kene bwk giler..max speed, max handling..

        Terbaik!(0)Booo~(0)
        • bro

          October 19, 2010 at 10:46 pm

          tak paham aku,
          keta brand lain x test mcm tuh ke?
          proton je buat?

          Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. FBI

    October 18, 2010 at 11:28 am

    Aduhai Lambatnya 2012...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. tokey besi

    October 18, 2010 at 12:30 pm

    kalau takat mcm caldina baru nak tiru taun 2012 mmg dah ketinggalan zaman...
    cubalah buat design lain...
    proton dah tak ada idea dah ker...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      October 18, 2010 at 12:41 pm

      Bukan tiru Toyota Caldina, cuma nak bagitau gambaran sebenar design Persona R tu macam mana, sebab tu buat perbandingan dengan Caldina.. Tu pun tak tahu lagi betul ke tidak designnya ala-ala Caldina, tapi berdasarkan maklumat dari sumber2 yang ada macam tu la..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • fauzan

      October 18, 2010 at 2:12 pm

      Itu baru rumous jer bro..betuk bayang pun x de nampak lagi. dah cakap x de idea. camne nak maju cam nie...pperrgghh.

      cheers!

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. azman

    October 18, 2010 at 9:37 pm

    ini proton exora turbo....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  5. Anonymous

    October 18, 2010 at 10:14 pm

    Barua PROTON Si Fauzan membuka suara

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • fauzan

      October 18, 2010 at 10:33 pm

      hahaha... mulut busuk ko x menjadi kudis ar kat saya bro. Nice try... Dah abis modal ker sampai nak buat serangan peribadi? Get a life bro...

      salam, peace n cheers!

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • FBI

        October 19, 2010 at 9:55 am

        To Fauzan Orang yang sama je menggunakan bahasa yang sama buat buat tak tahu je orang cam ni jangan layan sangat....Kita Bagi Fakta dan rajah pun dia takan boleh bersikap rasional...sebab minda sudah terjajah ..ramai orang macam ni...saya sentiasa memerhatikan komen dia tu....

        Terbaik!(0)Booo~(0)
        • fauzan

          October 19, 2010 at 11:39 am

          hehe... dah biasa meghadapi org2 mcm nie. Jgn risau, saya ok;) kdg2 benda2 nie mematangkn kita. Yg penting kita buat/cakap benda yg betul dengan cara yg betul.
          X ramai yg mendidik dlm berkata2 tika memberi pandangan.

          cheers!

          Terbaik!(0)Booo~(0)
  6. rahsia RnD proton

    October 18, 2010 at 10:44 pm

    untuk maklumat...ramai sgt yang kritik proton..ingat sekarang nie proton ade pengurusan baru..proton bijak memperoleh keuntungan..dn mengekalkan momentum kecemerlangan exora...dlm waktu y sama terus menghasilkan mode kereta yang berdaya saing...tidak terlampau kalao saya kata kn model yang ade y di atas nie sememangnye yang terbaik proton pernah hasilkn..kenapa dan bagai mana??kami lihat dan kami bandingkan..cukup membanggakan..sepenuhnya anak tempatan y reka..cuma sekarang kita hanya mampu berkata2..tapi yang mengujinya akan menyimpan seribu kenagan memacu kenderaan yang cukup sempurna sifatnya..sy tak hairan kalo satu hari nanti orang y sekarang keritik akan membeli kereta proton..kenapa??kerna kita semua ada impian..dan pereka model2 kereta juga ada impian..bangga melihat hasil tangan pasukan khas RnD proton..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • bro

      October 18, 2010 at 11:08 pm

      fuh... mcm iklan la ko punyer komen.
      cam gurindam pun ader

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • bro

      October 18, 2010 at 11:11 pm

      komen ko mcm gurindam plak...

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • FBI

        October 19, 2010 at 9:53 am

        Elok la komen macam tu membina bukan mengutuk sebarangan dan membaruakan orang.

        Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Hang Tuah

      November 4, 2011 at 9:49 pm

      Ala.. PROTON jana keuntungan dan catat rekod jualan pun sbb takda daya saing kcuali PERODUA. Try la kurangkan cukai import.. Kita tengok sejauh mana PROTON boleh pergi. Ini baru bdaya saing.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  7. PROTON

    October 19, 2010 at 11:32 am

    AKU BANGGA DENGAN PROTON DAN AKU BANGGA JADI ANAK MALAYSIA YG MERUPAKAN SALAH SATU DARI 11 BUAH NEGARA PENGELUAR AUTOMOBIL DIDUNIA.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • bro

      October 19, 2010 at 12:03 pm

      ko bangga ngan proton ke or ngan keta proton "murah" ko tu? or ko xde proton pun?
      i bet u pun akan suka kalu u paham kehidupan di sini before 1985.
      paham ke nih proton?

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • fauzan

        October 19, 2010 at 12:45 pm

        mm.. dari ayat dia, saya rasa dia bangga dgn PROTON. :)

        cheers!

        Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Hang Tuah

      November 4, 2011 at 9:55 pm

      Sampah! Tahun 80an senang je nak beli Nissan, Toyota. Sekarang ni rakyat Malaysia 'terpaksa' beli PROTON. Interior design lembik.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  8. Su

    October 19, 2010 at 4:04 pm

    Saya rasa, kalau Proton dpt hasilkan kereta berkualiti n umph, semua orang nak beli. Tapi, Proton kenalah buktikan yg dia tu boleh menjadi pengeluar kereta yang berkaliber n disegani. Sebab sayangkan kereta nasional lah ramai yg komen. Tapi komen pun jgn lah sampai over. Yang pro tu pun, jgn lah pro terover sangat.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • fauzan

      October 19, 2010 at 5:11 pm

      mmm... kitorg x pun over cuma bagi fact n info.

      cheers!

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • bro

      October 19, 2010 at 7:13 pm

      hehe,
      ye saye cuba x over...

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  9. belang tarung

    October 19, 2010 at 7:35 pm

    ummm, lama sangat lah nak tunggu 2012..teknologi waktu tu dah lebih advance

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • fauzan

      October 19, 2010 at 11:16 pm

      hehe.. mgkin penantian tu berbaloi sapa tahu?
      Dgr2 persona R nie percaturan model global proton 2012 nanti. Dan dgr2 gak proton tengah membangunkan teknologi enjin baru yg lebih baik dari hybrid, utk model persona nie by 2015 plak. Banyak lagi RnD yg kita x tau utk future model diorg. Nie tengah korek2 la nie:)

      cheers!

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  10. Anonymous

    October 20, 2010 at 9:16 pm

    Tahun 2009; PROTON rugi RM250 JUTA.....siapa yg tanggung semuan....RAKYAT MALAYSIA

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • fauzan

      November 9, 2010 at 10:15 am

      mmm... however, the national carmaker (proton) recovered later by recording a RM219 million profits in the 2010 financial year. Dan unjuran keuntungan ini dijangka meningkat bila model2 baru dan facelift diperkenalkan 2010-2012 nie. Saham proton di bursa saham pun tinggi n teguh, tidak kurang hebatnya. So?

      cheers!

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Achoi wong@ Abdullah

      August 4, 2011 at 2:18 pm

      dengar2 myvi pun akan rugi..sape tanggung semuanya?????
      hehehehheheh

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  11. prodas

    November 28, 2010 at 9:55 pm

    Clay Model Proton Persona R!

    http://prodas.wordpress.com/

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  12. tdop

    September 6, 2011 at 1:24 am

    apsai mau ssh2.. kalo suka beli, kalo x suka, beli jenama lain.. xde sape pn nk larang.. ikut rasa aku la, org yg kutuk2 ni sebenarnya x mampu nk beli ape pn... jenis org yg x bole tgk org len maju..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Hang Tuah

      November 4, 2011 at 9:59 pm

      Hoi mangkok.. Sebab tak mampu la kita bcakap. Cukai import tinggi sgt. Konon nak merancak ekonomi.. Boleh blah lah.. Takda yg boleh nak bangga ngan proton

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  13. Hesmel Faznee Faisal

    October 28, 2011 at 12:14 pm

    Yang ni ke sebenarnya model replacement Persona ataupun replacement model Persona ni macam Proton Tuah? Cer citer.. cer citer..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  14. rakyat hang jebat

    October 28, 2011 at 2:39 pm

    perodua....puuuuii....model perodua semua buruk2 body lembik...banyak dah aku dengar orang mati tersepit bila kemalangan...lembut sangat ke rangkah tu...boleh jalanlaah.....proton pun aku puuui juga untuk model dulu..banyak problem..yg sekarang oklah.. kereta import pun aku pppui juga..coz mahal-mahal..ok aku nak cau dulu dengan naza sutera aku...bye

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • mr apy

      November 4, 2011 at 11:29 pm

      saudara, saudara ni posting mcm budak2 la, be matured cket la... kutuk2 kereta org, terpulang kepada mereka nk beli kereta jenis ape, model dari mane... saudara bawak naza sutera/forza? hahahaha, kereta tu lagi la, asal dari model LOBO, CHINA origin model... kenape beli naza sutera? x kaji dulu ke safety keta tuh...

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  15. rostam

    November 5, 2011 at 10:44 am

    Sy pulak suka buat perbandingan, sy akan bariskan kwn2 yang memiliki berbagai jenis kereta dari segmen yang sama dan buka semua bonet,but,pintu dll. Selepas itu compare kelebihan dan kekurangan kesemua kereta tersebut...Lepas tu baru dapat menilai sejauh mana kemantapan kereta tersebut kualiti, keselesaan, kegunaan minyak,harga dan lain2 ..Setakat ni yang sy compare Proton Saga,Persona dan Exora bersama kereta luar seperti Honda, Toyota, Kia, Nyundai, Chevrolet dll...Saya dah dapat jawapannya tetapi lebih elok anda sendiri lakukan bersama rakan2 anda ...Dengan cara ini kita dapat membuat penilaian dan membuat pilihan kereta idaman kita...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  16. tadzlilan

    November 25, 2013 at 1:38 pm

    sekarang sudah tahun 2013, belum keluar lg model tu :(

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • fauzan

      November 25, 2013 at 2:41 pm

      Mmm... sebenarnya bukan persona replacement yg kuar. Tapi preve, model baru dari c segment:)

      Cheers!

      Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>