Proton Satria GTi - harga terpakai berpatutan, berkuasa, pengendalian Lotus - Arena Kereta

Proton Satria GTi – harga terpakai berpatutan, berkuasa, pengendalian Lotus

Proton, apa saja kritikan yang dilemparkan terhadap mereka, sama ada berkenaan isu rebadge, copycat, kualiti rendah, harga yang mahal, servis selepas jualan yang teruk atau apa saja, untuk mereka yang masih tercari-cari sebuah kereta terpakai sporty yang berkuasa, dengan harga yang boleh dikatakan murah dan dilengkapi ciri-ciri talaan dari Lotus, jawapannya ada pada model Proton Satria GTi. Benar, Proton Satria GTi sebuah lagi kereta copycat dari Proton, ianya dibina berasaskan model hatchback 3 pintu keluaran Mitsubishi, dikenali sebagai Mitsubishi Mirage dan di luar pasaran Jepun dikenali sebagai Mitsubishi Colt. Perubahan yang dilakukan Proton melibatkan gaya rekabentuk di bahagian luaran hadapan, belakang dan beberapa komponen dalaman yang dipinjam dari model Wira, satu lagi model rebadge dari Mitsubishi Lancer.

Dilancarkan oleh Proton pada tahun 1999, Proton Satria GTi dilengkapi enjin aspirasi normal yang boleh dikatakan cukup berkuasa. Enjin 1.8 liter (1834cc), 16 valve MPI DOHC (Double Overhead Camshafts) dari Mitsubishi siri 4G93, dibantu transmisi manual 5 kelajuan, mampu menghamburkan kuasa kuda setinggi 138hp@6,000rpm dan daya tork sebanyak 164Nm@5,500rpm. Pecutan maksimum yang mampu dicatatkan oleh model yang mempunyai berat hanya 1,130 kg itu amat memuaskan iaitu mencapai 210 km/j. Model ini tersedia brek cakera di depan dan belakang, lengkap dengan ABS untuk diseimbangkan dengan kuasa dan kelajuan yang terhasil.

Kemudiannya versi yang lebih baik hasil talaan Lotus dikeluarkan oleh Proton, dengan kuasa kuda semakin bertambah menuju ke angka 141hp. Lotus juga terlibat dalam menala semula sistem pengendalian (suspension), termasuk rekabentuk bodykit luaran untuk memberi lebih fungsi aerodinamik. Hasil talaan Lotus, Proton Satria GTi mempunyai kawalan dan pengendalian yang cukup mantap, terutamanya ketika memasuki selekoh dengan sifat sebuah kereta bercirikan perlumbaan. Proton Satria GTi cukup terkenal di pasaran Australia dan mendapat reputasi yang amat baik di sana.

Saya amat tertarik dengan kemasan bodykit luaran Satria GTi. Bagi saya bodykit tersebut bukan saja sporty malah amat cantik sekali. Warna perak yang menghiasi keseluruhan badan juga menyerlahkan lagi penampilannya yang sedia menawan. Bumper depan dan belakang yang agresif, tips ekzos berkembar, side skirt sporty, sport rim bersaiz 16 inci dibaluti tayar 205/45 siri, dan tidak dilupakan spoiler belakang, langsung tidak dapat menafikan akan rekabentuk bergaya dan sporty sebuah Satria GTi. Berbanding model Satria biasa, Satria GTi kekal bergaya walaupun usianya kini sudah hampir 11 tahun sejak kali pertama dikeluarkan. Keluaran terakhir model tersebut ialah pada tahun 2005 sebelum digantikan dengan model terbaru pada tahun 2006, Proton Satria Neo.

Melihat kepada bahagian dalaman, Satria GTi dilengkapi sepasang kerusi depan berjenama Recaro yang cukup sporty dan terkenal. Tombol gear dan pedal diperbuat dari aluminium, manakala papan pemuka kelihatan ringkas sama seperti apa yang boleh dilihat pada model Wira, dengan paparan meter kelajuan dan rpm berlatar belakangkan warna putih. Beg udara (Airbag) pula hanya tersedia untuk pemandu sahaja. Walaupun model ini hanyalah sebuah hatchback 3 pintu, ianya mempunyai 5 tempat duduk dan dengan ruang keluasan yang ada, pemandu dan penumpang masih mampu duduk dengan selesa. Cuma kekurangan model ini ialah ruang kargo @ bonet yang agak kecil, namun perlu diingat Proton Satria GTi bukanlah sebuah saloon atau sedan. Model ini pasarannya adalah untuk mereka yang mementingkan sebuah kereta ‘sport’ yang berkuasa dan sporty tetapi pada harga yang lebih murah. Jadi kepada mereka yang mahukan sebuah kereta yang mempunyai ruang penyimpanan barang-barang yang luas, terdapat banyak lagi pilihan lain yang ada.

Jika anda bercadang untuk memiliki sebuah kereta terpakai dengan reka bentuk sporty dan bergaya, mempunyai enjin yang berkuasa, pengendalian yang mantap, boleh memecut laju dalam keadaan stabil, alat ganti yang murah dan mudah didapati, dan yang paling penting ialah usianya belum melebihi 15 tahun, Proton Satria GTi adalah model yang memenuhi semua kriteria tersebut. Selain itu antara alasan yang popular dan anda tidak akan menerima sebarang kritikan pedas selepas itu ialah, Satria GTi mempunyai reputasi yang cukup tinggi di mata peminat jenama Proton, juga boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia bersetuju bahawa model itu antara yang terbaik pernah dikeluarkan Proton, selain masih belum dimamah usia sekurang-kurangnya untuk tempoh 10 tahun lagi. Alasan lain yang sukar ditolak ialah harganya di pasaran terpakai ketika ini yang mula berada pada paras munasabah sejak beberapa tahun lepas.

Spesifikasi teknikal Proton Satria GTi (klik untuk melihat lebih jelas)

Harga Proton Satria GTi terpakai atau ‘secondhand’ ketika ini berlegar-legar antara RM25,000.00 sehingga RM38,000.00 bagi keluaran tahun 1999-2005, dan saya percaya jika anda berurusan terus dengan pemilik asalnya berbanding kedai menjual kereta terpakai, harga yang bakal diperolehi akan menjadi lebih murah. Adakah kereta yang lebih dikenali dengan nama panggilan rasmi GTi ini berbaloi untuk dimiliki? Sudah tentu jawapannya ya, semuanya bergantung kepada berapa ‘tebal’ poket yang anda ada dan tujuan sebenar anda mahu memiliki sebuah kereta. Jika kehidupan anda sentiasa berada dalam situasi yang pantas dan sering tergesa-gesa untuk pergi ke sesuatu destinasi, Proton Satria GTi adalah pilihan yang tepat. Kelajuan maksimum 210 km/j dalam keadaan standard masih tidak cukup? Saya rasa tidak.

Terbaik!(9)Booo~(0)

26 Comments

  1. pojie

    October 25, 2010 at 10:30 pm

    salam...nak minta pandangan tuan, berbaloikah beli honda crv 2.0 (A) tahun 2000 dengan harga rm37,500. macamana dngn penggunaan petrolnya, kuat makan petrol ke dan adakah kos maintenance sngat tinggi...sy dlm dilema untk pilih antara Honda crv 2nd hand dngan perodua myvi (A) baru. terima kasih

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      October 26, 2010 at 5:33 am

      Berbanding Myvi (A) baru, penggunaan petrol CR-V keluaran tahun 2000 lebih tinggi. Kos maintenance juga tinggi, maklumlah kereta seconhand yang dah berusia 10 tahun. Harga CR-V RM37,500 boleh dikatakan berbaloi, tapi mungkin boleh dapat di bawah RM35k, kena cari di banyak kedai.

      Pendapat saya, kalau dah mampu dan untuk mengelakkan masalah kos petrol dan maintenance yang tinggi, elok beli Myvi baru.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. Gen2 R3

    October 26, 2010 at 4:14 pm

    Satria GTi sememangnya sesuai kepada kawan-kawan yang baru nak memulakan aktivti "sukan rakyat" dlm dunia automotif....standatd pun dah sedap...ada bajet lebih, masuk extraktor after market, open port air filter, strut bars + adjustable...dah berdesup dah

    aku dah ada Putra...itupun masih mencari GTi sebijik lagi...baru complete hidup...
    Putra & GTi ni mcm abg dan adik...sama2 4G93...masing-masing ada kelebihan dan kekurangan...tepuk dada tanya selera...

    Terbaik!(3)Booo~(0)
    • Evo

      October 26, 2010 at 4:50 pm

      Saya pun tengah mencari Satria GTi sebijik, bukan apa untuk melepaskan gian yang dah beberapa tahun ditinggalkan, kalau tak ada apa-apa masalah mungkin tahun depan, tunggu harga jatuh sikit lagi.. :)

      Terbaik!(1)Booo~(0)
      • Amie Gen2 R3

        October 28, 2010 at 8:38 am

        Bro Evo...

        setuju...cari sebijik buat lepas geram jer...masa
        mula2 GTi ni kuar, baru habis SPM...so meleleh jer tengok orang pakai...baru nak start kumpul duit utk downpayment dah kuar pulak GTi R3...lagi ler meleleh...harga pun boleh tahan maut juga..kalau tak salah around RM70K masa tahun 2003...(sory kalau info ni salah, R3 Division harap perbetulkan yer...)

        anyway...setuju dengan post di atas...for the next 10 years, GTi akan kekal sebagai sebuah icon sport yang berjaya oleh Proton...

        Terbaik!(5)Booo~(0)
      • elle

        January 3, 2011 at 10:12 pm

        ade kt umah satria gti sebijik..boleh tipon no 0122502315...

        Terbaik!(0)Booo~(0)
        • Evo

          January 3, 2011 at 10:33 pm

          Kalau nak tukar dengan Myvi leh gak..serius ni.. ;)

          Terbaik!(0)Booo~(0)
        • cik matt

          April 5, 2012 at 8:47 am

          nak jual ke

          Terbaik!(0)Booo~(0)
        • azam

          January 15, 2013 at 2:57 pm

          Salam, ada lagi tak GTI nye, brp nk jual?

          Terbaik!(0)Booo~(1)
          • Gti6365

            February 10, 2014 at 10:52 pm

            Ada Gti 2002, NA, berminat ke?

            Terbaik!(1)Booo~(0)
  3. badrul

    January 8, 2011 at 3:58 pm

    memang berbaloi guna Gti ni,dah dekat 6 tahun dah.loan kat bank ada lagi 2 tahun.aku punya gti standard kedai sport rim,radio player pon tak tukar lagi.dah mmg hensem walaupon kereta standard.belilah gti,ANDA TIDAK AKAN MENYESAL!hehehe

    Terbaik!(4)Booo~(0)
    • naim

      April 10, 2014 at 7:12 pm

      minyak dia macam mana bro? jimat x?

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. Minat GTI

    February 23, 2011 at 9:00 pm

    Salam.. If sapa2 nak jual Satria GTI yang standart original dan enjin masih n/a.. harap inform pada saya k.. kalau boleh mo0del tahun 2002 ke atas.. nak cube buat loan.. if dapat 90% loan pown ok dah... minat sgt GTI nie.. nak jugak beli sebijik...

    Terbaik!(2)Booo~(1)
    • Minat GTI

      February 23, 2011 at 9:00 pm

      no saya 0145125928

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  5. Aish

    March 17, 2011 at 12:15 am

    Salam semua,

    saya sgt tertarik dgn gti & Neo. tapi ikutkan bajet Neo tak mampulah.
    soalan saya: adakah GTI bersaiz kecil dan sporty ini antara kereta yg paling sesuai utk girl yg baru melibatkan diri dlm bidang pemanduan seharian di kota/bandaraya?
    terima kasih.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      March 17, 2011 at 1:01 am

      Sesuai sangat, tapi pastikan GTi yang hendak dibeli tu berada dalam keadaan baik, tidak pernah terlibat dalam kemalangan, kalau boleh berada dalam keadaan standard 100 peratus.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  6. Budak Baru

    March 17, 2011 at 1:10 pm

    Salam bro evo dan pengunjung Arena Kereta sekalian..

    Saya dalam dilema samada ingin membeli Satria Neo CPS atau Satria GTI..Saya amat berminat dengan SGTI kerana performance atas kertas amat memberangsangkan malah lebih mantap dari Satria Neo CPS..tetapi dikhuatiri SGTI akan memberi banyak masalah kerana usianya yang telah menjangkau 10 tahun..adakah tanggapan ini benar?

    Akhir sekali, boleh sesiapa cuba bandingkan apa kelebihan dan kekurangan antara Satria GTI dan Satria Neo CPS.

    Terima kasih..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      March 17, 2011 at 2:55 pm

      Bro, kalau dah mampu elok beli Satria Neo CPS terus, kalau modal cukup2 bajet, Satria GTi dah memadai..

      Kalau dibandingkan antara Neo CPS dan GTi, Neo CPS mempunyai lebih banyak kelebihan, maklumlah kereta baru..

      Terbaik!(0)Booo~(1)
      • Budak Baru

        March 18, 2011 at 6:02 pm

        hmm...gaji dalam 2k je skang ni sebulan..baru mula kerja..GTi macam lebih ideal je...ramai yang suggest amik neo je sebab baru senang rosak ada waranty, design pun cun...loan pun bole je buat(kerja government)..ada member nak tolak GTi, condition ok 100% standard ori..cuma cat je dah lusuh dan interior kena cuci balik..tu yang dilema sikit..hehe

        Terbaik!(0)Booo~(0)
        • ferd

          March 10, 2012 at 7:55 am

          SNEO CPS 1.6 - SGTi 1.8
          mna lebih power? bro

          Terbaik!(1)Booo~(0)
  7. muhamad

    July 30, 2011 at 4:15 am

    sy bru jew ambk satria gti..tp??ade tpnyeee..ade xsape2 nk jual brg gti,..1.bumper depan 2.meter panel gti..klu ade call sy anytime..0173927989.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  8. zack

    November 17, 2011 at 7:42 pm

    ader saper2nk jual satria gti x??? kol sy 0177553471

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  9. rahman

    November 21, 2011 at 8:24 pm

    ada sapa nk jual spare part stria gti...

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  10. amir

    March 9, 2012 at 9:03 pm

    ada sape2 tak nak jual satria gti tahun 2000?harga dlm 25k?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  11. mus

    January 23, 2013 at 10:55 pm

    saya ada wira 1.8limited edition tp still geram tgk satria gti..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  12. eddi

    August 11, 2014 at 4:43 pm

    sy ada sebiji satria convert fully gti...enjin 1.8...minat bincang call 01117772139

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>