Honda Civic Hybrid kini berharga RM108,980.00! - Arena Kereta

Honda Civic Hybrid kini berharga RM108,980.00!

Selepas Toyota Prius mengalami penurunan harga, kali ini giliran Honda Civic Hybrid pula tampil dengan harga yang lebih murah. Ekoran pengumuman kerajaan yang memberikan insentif menarik kepada kenderaan hibrid pada Bajet 2011 lepas, Honda Civic Hybrid kini berharga RM108,980.00 berbanding harga sebelumnya iaitu RM129,980.00, perbezaan sebanyak RM21,000.00.

Kepada bakal pembeli Civic 1.8S dengan harga RM114,980.00, patut mempertimbangkan varian Civic Hybrid, bukan saja lebih murah, tetapi juga lebih berbaloi memandangkan harga petrol yang semakin meningkat.

Arena Kereta : Penurunan harga bagi sesebuah model kenderaan adalah amat baik untuk pasaran Malaysia yang dinamik seperti sekarang. Sudah tentu ada yang kecewa dan marah, kerana baru sahaja membeli Toyota Prius dan Civic Hybrid beberapa bulan lepas, dan kini harganya lebih murah. Begitu juga apa yang dirasakan oleh pemilik Lancer yang merasa tertipu dengan ‘lakonan’ Mitsubishi dan Proton apabila merujuk kepada model Inspira.

Apa saja pandangan, pihak Honda dikhabarkan bakal membawa masuk model hibrid lain ke pasaran tempatan demi untuk menikmati insentif yang ditawarkan kerajaan, sekurang-kurangnya untuk tahun 2011 nanti. Mungkinkah Honda Jazz Hybrid, Honda Insight atau CR-Z Hybrid bakal dilancarkan tahun depan?

Terbaik!(0)Booo~(0)

13 Comments

  1. awie

    November 2, 2010 at 11:11 am

    memang menarek harge civic ni...tapi kan bro, ade yang kate maintainance kete hybrid ni kaw2...lebih2 lagi tang bateri dia...kene ade penjelasan mengenai benda ni...lagi 1, sy difahamkan civic ni bukan full hybrid seperti prius...sebab tu harge dia murah...komen sket bro...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • abe

      November 2, 2010 at 4:09 pm

      yup...dia pakai soft hybrid..
      kalau full hybrid macam prius to macho...
      bawah 60km still gunakan motor..
      mksudnya bila start dan kelajuan kereta bawah 60km/j...
      bila atas pada tuh baru gunakan minyak sebab bateri just buleh cover takat tuh je...
      bila kereta stop etc kat lampu isyarat..motor tuh akan charge balik dan pakai balik untuk bergerak..combine an internal combustion engine and one or more electric motors.

      tapi civic ni still pakai dua2 untuk bergerak..kalau secara tak langsung memang penggunaan minyak rendah tapi still tak efficient.
      alang2 nak pakai baik efficient terus...
      ke camne abang arena?

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • Evo

        November 2, 2010 at 4:32 pm

        Teknologi hibrid dalam Toyota Prius antara yang terbaik ketika ini, tapi bagi saya Honda Civic Hybrid juga tidak kurang hebatnya, walaupun terdapat beberapa perbezaan kecil tentang bagaimana sistem enjin dan bateri kedua-dua model itu berfungsi. Kedua-dua model menjanjikan penjimatan petrol yang amat baik. Berkenaan perbezaan harga, mungkin ada betulnya teknologi hibrid Toyota Prius lebih baik dari Civic hybrid.

        Bab maintenance pula, kos alat ganti memang agak tinggi, tetapi Honda mengatakan bateri dengan sistem IMA Civic Hybrid mampu bertahan sehingga 10 tahun. Penggunaan petrol Civic hybrid adalah 50 peratus lebih jimat dari Civic 1.8 liter, sudah terbukti efisien dan menjimatkan.

        Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. abe

    November 2, 2010 at 12:07 pm

    wah makin meriah hybrid di malaysia walaupun agak terlewat daripada negara lain..
    tapi ada cukai baru untuk hybrid yang kerajaan tak umumkan secara direct...
    harga kereta diturunkan tetapi untuk spare part hybrid cukai dinaikkan sangat tinggi...lumrahla..turun tang tuh..naik yang lain...(minyak naik)...hehehe
    jazz hybrid..,.nice..tapi pasaran malaysia tak mungkinla ada insight apatah lagi cr-z....kecuali persendirian nye import...
    cr-x pun susah nak jumpa kat malaysia...pernah nampak sebijik je.
    ...integra..nice:D
    tapi kan abang arena...mintak perjelaskan soal hybrid kepada pembaca lain..syaa yakin ramai tak tahu lagi...
    sebab untuk honda civic ni dia gunakan soft hybrid je...for me its not really good compare to hard hybrid..
    tapi saya tanak hurai kat sini...:D

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • evoskylancer

      November 2, 2010 at 4:26 pm

      yes, saya tahu yang honda civic hybrid ni adalah soft hybrid...bukan macam toyota prius yg full hybrid...tapi, pada harga RM108k ni, honda civic hybrid adalah varians honda civic yang paling murah...RM6k lebih murah daripada 1.8L version...sudah pastinya berbaloi-baloi untuk membeli honda civic hybrid, betul tak?

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • abe

        November 2, 2010 at 7:03 pm

        setuju...tapi apabila saya google di internet begitu banyak masalah dihadapi pemilik honda civic hybrid...
        mostly suggest prius...
        rasanya saudara buleh google...

        Terbaik!(0)Booo~(0)
        • abe

          November 2, 2010 at 7:05 pm

          http://www.2020site.org/n/common-problems-in-honda-civics.html

          Terbaik!(0)Booo~(0)
    • fauzan

      November 2, 2010 at 4:50 pm

      mmm... teknologi hybrid baru mendapat tempat di M'sia. Proton gak dgr2 dlm proses akhir pengujian model2 utk teknologi hybridnya. Banyak perbandingan teknologi hybrid proton mmbuat rujukan kat hybrid yg terdapat dlm toyota prius. Harap2 lebih baik lagi.

      cheers!

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. naim

    November 2, 2010 at 1:31 pm

    penurunan harga kereta hybrid merupakan satu berita yang baik.Cuma bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar mungkin mempunyai sedikit masalah untuk menggunakan kereta hybrid ini. Ini kerana kebanyakan pusat servis terletak di kawasan bandar. Bengkel2 biasa mungkin tidak mampu utk menservis/membaiki kerata hybrid.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. evoskylancer

    November 2, 2010 at 4:29 pm

    betul kah honda malaysia akan membawa masuk honda jazz hybrid tahun depan? sungguh menarik kalau betul, kerana harganya pasti lebih murah daripada harga honda civic hybrid...mungkin harganya sekitar RM90k? sudah pastinya orang ramai akan memilih model honda jazz hybrid daripada honda city andainya honda jazz hybrid dijual pada harga tersebut.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  5. ejan

    November 2, 2010 at 6:01 pm

    Honda difahamkan akan bawa masuk Insight 1st quarter next year.. Delivery utk civic hybrid ini pun paling awal dijangkakan ujung Januari 2011. Kalau minat, bookinglah segera.. RM 3000 rege booking... kalau lambat, beratur panjanglah.. almaklum keta CBU.. berapa sgt boleh bwk masuk utk each batch.

    Details boleh dibaca kat honda website.. termasuk rege maintenance.. still oklah.. CBU jepun, jimat minyak.. Honda rasanya resale value tetap tinggi walaupun hybrid.. bateri leh tahan 10-12 tahun @ mungkin lebih.. sy pun tgh berkira2 nak ambik tapi nak test drive dulu..

    test drive car ada satu unit saja utk 1 Malaysia.. honda kat tempat sy nih, 27/11 baru sampai.. hampeh tul..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  6. Abah Mu'izz

    November 3, 2010 at 9:30 pm

    Kalau anda di KL, Honda Roadshow akan berada di Empire Subang pada 12-14 November nanti. Ingat nak gi try test drive juga ler Hybrid nih.

    Terbaik!(0)Booo~(1)
  7. zack

    November 4, 2010 at 12:29 pm

    HYBRID CAR??? Ramai lg yg tak paham dengan perkatan HYBRID car? Toyota Prius & Civic Hybrid , kedua-dua kereta merupakan Hybrid tp tak serupa, Toyota Prius Full Hybrid & Civic tak full Hybrid, berita harga kereta Hybrid d kurangkan merupakan berita yg baik tetapi tak kepada owner sebelum penurunan harga?? Pada pandangan anda, Kenapa harga hanya d turunkan selepas beberapa tahun d atas jalan? kenapa tidak semasa mula2 masuk kat Malaysia, RM20k lebih kurang penurunan harga?? Banyak tu..."Mereka" tak kisah ker? ada siapa yg boleh bagi pandangan?..

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>