Peugeot 5008 - pelancaran MPV 7 tempat duduk terbaru dari Peugeot di KLIMS 2010 - Arena Kereta

Peugeot 5008 – pelancaran MPV 7 tempat duduk terbaru dari Peugeot di KLIMS 2010

Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan berjenama Peugeot di negara kita akan melancarkan model terbaru iaitu Peugeot 5008 semasa berlangsungnya Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2010 pada 3 – 12 Disember depan. MPV dengan tujuh tempat duduk yang menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan itu akan menyertai pasaran MPV segmen premium tempatan dan menyediakan lebih pilihan kepada pembeli yang cerewet.

Harga yang bakal ditawarkan kepada pembeli ialah RM165,000.00, boleh dikatakan begitu kompetetif kerana model tersebut kaya dengan kemewahan, berteknologi tinggi, tahap keselamatan terbaik, praktikaliti dan ciri-ciri terkini sebuah MPV moden. Dikuasakan enjin bercas turbo 1.6 liter, kuasa yang terhasil sebanyak 156bhp dan kuasa tork setinggi 240Nm. Gandingan terbaik untuk enjin itu ialah transmisi 6 kelajuan tiptronic dengan ‘sport mode’ untuk pemanduan tangkas dan selesa.

Jangan lepaskan peluang untuk melihat Peugeot 5008 secara eksklusif di depan mata sendiri semasa KLIMS 2010 berlangsung nanti.

Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>