Saga FL sudah berada di bilik pameran Proton - Arena Kereta

Saga FL sudah berada di bilik pameran Proton

Proton Saga edisi tukar muka @ facelift atau dikenali sebagai Proton Saga FL, kini sudah berada di bilik pameran Proton. Hari ini saya menghadiri satu seminar keselamatan di Alor Setar, dan tengah hari tadi sewaktu perjalanan pulang saya sempat singgah di bilik pameran Proton, Edaran Idaman Suri Sdn Bhd di alamat Persiaran Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah.

Menurut jurujual Proton yang sempat saya temubual, model Saga FL terbaru itu baru sampai pagi tadi dan hanya satu unit sahaja ada pada mereka ketika ini. Bila ditanya tarikh pelancaran memandangkan model itu telah sampai, beliau mengatakan mereka masih belum tahu tarikh sebenar. Katanya pelancaran Saga FL berkemungkinan akan diadakan dalam masa beberapa hari lagi.

Hasil pemerhatian saya sebentar tadi, Saga FL mempunyai wajah yang lebih garang kesan lampu utama depan yang direka semula. Terdapat beg udara untuk pemandu dan penumpang depan, selain cermin tingkap berkuasa kini berada di keempat-empat pintu. Pendek kata model saga facelift terbaru ini kelihatan sangat ‘mengancam’. Saksikan foto-foto Saga FL yang sempat saya ambil untuk dimuatkan dalam blog ini.

p/s : Harga sebenar masih belum diketahui, mungkin sedikit mahal dari Saga versi sebelumnya.

[nggallery id=95]

Terbaik!(0)Booo~(0)

30 Comments

  1. mohd m

    December 13, 2010 at 4:09 pm

    memang cantek dan menarik sangat2...
    cc dia 1.3 ka 1.6...?
    yg paling penting harga berapa ribu RM....?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      December 13, 2010 at 5:36 pm

      1.3 cc je, harga tak tahu lagi, salesman tu kata mungkin mahal sikit dari saga lama.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • eMa

        January 10, 2011 at 2:26 pm

        harga dia lagi murah dari saga SE.....jeles betul la...i baru je pki saga SE 3bulan lepas....s0b2...

        Terbaik!(0)Booo~(0)
        • AZHAR

          February 9, 2011 at 6:43 pm

          harga FL

          STANDARD MT - RM 37,998.00
          EXECUTIVE MT - RM 40,698.00

          STANDARD AT - RM 40,998.00
          EXECUTIVE AT - RM 43,298.00

          Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. Pingback: (SAGA FL) Gambar Proton Saga Facelift Di Pusat Pameran Proton

  3. blizzard

    December 13, 2010 at 5:33 pm

    apa maksud FL? Face Lift ka? Klu exora MC, Minor Change.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      December 13, 2010 at 5:37 pm

      FL tu bermaksud facelift, pandai Proton sekarang ni bagi nama yang sedap-sedap..hehe :)

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. mohd m

    December 13, 2010 at 11:41 pm

    mahal sikit tak pa, jgn mahal banyak sudah la.. hehehe...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      December 13, 2010 at 11:51 pm

      Rasanya mahal sikit kut, sebab dah ada banyak penambahan, kira berbaloi la tu.. :)

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  5. izhar

    December 14, 2010 at 8:00 am

    biasa2 saja.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  6. fauzan

    December 14, 2010 at 9:29 am

    mmm... facelift yg agak menarik daripada proton selepas persona EL, sesuai sebagai model level entry nie:) Perubahaan ketara pada hud, bumper depan dan lampu depan yg dramatik dan sedikit lampu blakang yg dikecilkan. Strategi proton "value for money " utk kesemua model terlarisnya bagi saya begitu menjadi juga dgn kehadiran saga FL nie. Bayangkan, bagi anda yg tidak mampu memiliki kereta hebat seperti honda accord, anda boleh ar berangan memilikinya bila lampu depannya seiras dgn rekabentuk kereta D segment itu:) Rekabentuk proton pun sudah pandai bermain dengan rekabentuk permukaan (surface) bila hud depan tidak la begitu plain n flat, tapi lebih terbentuk menjadikan ia kelihatan teguh, solid dan berotot. Contoh rekabentuk permukaan yg tidak begitu menarik bagi saya ada pada savvy, mgkin sebab konsepnya teguh versi line yg berbucu2 kot:) Lampu blakang yg dikecilkan, mula2 nampak pelik, tapi lama2 rasional dibuat begitu rasanya sebb penggunaan lampu LED pada lampu jadikn ruang yg kecil sahaja yg diperlukan. Tambahan pula, lampu kecil nie menjadikan saga EL nie kelihatan besar sedangkan model nie hanyalah dari segmen B.
    Perubahan kosmetik dgn peningkatan rekabentuk dalaman dan luaran bermakna peningkatan kualiti sedia ada menjadikan model saga nie melalui proses penambahbaikan. Gud job proton. Teruskan usaha ini.

    cheers!

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      December 14, 2010 at 3:48 pm

      Saga FL SE pun akan keluar tahun depan, mesti lagi cantik dari Saga FL sekarang..Proton semakin kreatif, harap Saga FL edisi R3 pun akan ada dalam perancangan mereka.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  7. one

    December 14, 2010 at 11:36 am

    br je book proton blm lame,, yg baru nie smrt gk,,

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      December 14, 2010 at 3:49 pm

      Ruginya bro, kalaulah boleh tunggu Saga FL..hehe :)

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  8. prodas

    December 14, 2010 at 8:10 pm

    berapa harganya??

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      December 14, 2010 at 11:18 pm

      Harga belum tahu lagi, hari pelancaran nanti baru akan dibagitau.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • Saga R3

        December 15, 2010 at 6:24 pm

        Saga Difference Saga Facelift
        1.3 Standard M/T RM36,998 RM1,000 RM37,998
        1.3 Standard A/T RM39,998 RM1,000 RM40,998
        1.3 Executive M/T RM39,498 RM1,200 RM40,698
        1.3 Executive A/T RM41,998 RM1,300 RM43,298

        Terbaik!(0)Booo~(0)
  9. mus

    December 15, 2010 at 2:38 pm

    bila bleh tempa ek?hehe

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  10. Hang Lekuk

    December 16, 2010 at 2:36 pm

    Sebagai pemilik Saga BLM 2008, saya rasa sangat menyesal dan tertipu atas perbuatan proton. Proton memang tidak bertanggungjawab dan tidak pandai menjaga hati pelanggannya. Terlalu banyak perbezaan saga FL dengan yang pre-FL dengan tambahan 1.3K.

    Sepatutnya Proton meletakkan semua tambahan seperti dual airbags, rear power window, usb aux dan steering audio switch pada model yang sebelumnya. Apatah lagi pemilik saga SE lagilah rasa tertipu dengan perbuatan Proton. bayar mahal tapi tak dapat semua ini.

    Aku kecewa dengan proton... belajarlah dengan P2 macam mana nak buat FL.. walaupun hanya menukar bumper dan warna tapi sekurang-kurangnya mereka tidak membuatkan pemilik pre-FL tidak rasa tertipu.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      December 16, 2010 at 5:36 pm

      Ada pro dan kontra bro, untuk pemilik BLM mungkin rasa rugi sebab Saga FL ada pelbagai ciri-ciri baru. Tapi untuk pelanggan baru, Saga FL adalah terbaik buat mereka. Semua model kenderaan macam tu, hari ini kita beli kereta baru, esok lusa ada kereta baru lain yang keluar lagi best dari kereta yang kita beli hari ini.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • nahs

      December 16, 2010 at 7:24 pm

      Kesimpulannye... tunggu facelift baru beli. jangan beli model baru

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  11. janggut

    December 16, 2010 at 9:20 pm

    kalau tgk dari front n back view mmg superb bro...
    tp kalau tgk side view ada kureng skit...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      December 16, 2010 at 9:52 pm

      Belum modified lagi tu, bila dah tukar sport rim, tambah bodykit, mesti cun bila tengok dari mana view pun.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  12. sara

    December 16, 2010 at 10:06 pm

    boleh kan power window kereta ini dipasang di blm lama dan side mirro

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      December 16, 2010 at 10:08 pm

      Kalau Proton ada jual mesti boleh pasang.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  13. tina tinu

    January 1, 2011 at 5:43 am

    kaler ape yg available erk?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      January 1, 2011 at 6:50 am

      Proton Saga FL tersedia dalam enam warna menarik termasuk dua warna baru iaitu Blue Rock dan Café Latte yang menawan. Warna lain ialah Tranquility Black, Solid White, Genetic Silver dan Granite Grey.

      Boleh baca sini untuk maklumat lanjut -

      http://www.arenakereta.com/proton-saga-fl-kereta-rakyat-sebenar/

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  14. alongevo

    January 10, 2011 at 4:21 pm

    last week pinjam keta member trip kl - ipoh, keta member myvi standard. sampai area tapah main kejar2 dengan BLM tp nak citer kat sini bile sampai kat area gua tempurung bila nak naik bukit BLM boleh pegi selamber je naik. Myvi aku bawak terasa berat jugak nak naik bukit tu pada had laju 120 kmj. jauh tul kena tinggal ngan BLm tu.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  15. AZHAR

    February 9, 2011 at 6:48 pm

    PROMOSI DISKAUN BULAN FEBRUARI
    kereta perlu didaftar dengan JPJ sebelum
    28 Februari 2011

    (KLIK atau CUT & PASTE LINK)- kalau nak tau pasal harga....

    SAGA FL STANDARD (AT) RM 500.00
    SAGA FL EXECUTIVE (MT) RM 500.00

    PERSONA STANDARD (AT) RM 1,200P / (MT) RM 1,500
    PERSONA EXECUTIVE (MT) RM 2,000 / (AT) RM 2,500
    PERSONA PREMIUM RM 1,500

    EXORA STANDARD RM 500
    EXORA EXECUTIVE (MT) RM 1,500
    EXORA PREMIUM RM 2,000

    GEN 2 - STOCK 2010 RM 5,000

    WAJA EXECUTIVE (MT) - RM 4,000

    SAVVY (ALL MODEL) - STOCK 2010 RM8,888.00

    http://www.facebook.com/album.php?aid=8194&id=100001508585857

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  16. khai

    March 17, 2011 at 11:59 am

    bape buln2 kna byr kete nie eak

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>