Beberapa hari lepas saya telah paparkan foto-foto kereta Kia Forte yang diubahsuai seperti kereta polis dari Amerika, dan khabarnya Kia Forte atau Naza Forte itu akan digunakan oleh pihak polis di negara kita (PDRM) bagi menggantikan model Waja yang sudah lama berkhidmat. Walaupun agak sangsi dengan apa yang sedang dilakukan oleh PDRM, kali ini kita sudah tentu bertambah keliru. Bukan setakat model Forte, malah Toyota Camry, Corolla Altis dan Kia Sportage juga telah diubahsuai untuk menjadi kereta peronda PDRM. Menurut sumber dari Forum Lancer Zone, foto-foto tersebut diambil di Pulau Langkawi.
Boleh sesiapa beritahu saya apa yang sedang dilakukan oleh PDRM ketika ini? Adakah mereka benar-benar akan menggunakan Forte, Camry, Corolla Altis, atau Sportage sebagai kereta peronda terbaru mereka? Ada pendapat mengatakan kereta-kereta tersebut sebagai demo sahaja sebelum dipilih oleh pihak PDRM sebagai kereta peronda rasmi mereka. Tapi, kenapa tiada Proton Inspira di situ? Adakah pihak PDRM tidak yakin akan kemampuan kereta buatan tempatan?
[nggallery id=101]









sungguh mengecewakan jika demo yang dibuat, tiada kenderaan yang dihasilkan oleh anak tempatan sendiri. Lihat korea bagaimana rakyatnya begitu patriotik dengan dengan membeli kenderaan negara mereka sendiri.
Penyamun pakai bmw xkan polis nk kejar pakai proton je. Apa la mangkuk ayun..
ni SGT Power Sdn Bhd punye project proposal kot.. utk bekalkan service mengecat dan mengubahsuai kereta untuk PDRM.. bleh check website die..
Boleh jadi jugak ini projek SGT Power Sdn Bhd, sebab tu banyak model kereta dengan pelbagai corak dan warna cat, siap ubahsuai sekali. PDRM patut ambil contoh ubahsuai yang dah dilakukan terhadap model Kia Forte, nampak garang dan sesuai dengan ciri-ciri membanteras jenayah.
harap kereta da canggih pas ni kejar perompak biar sampai dapat hidup2.. jgn tembak mati pastu kantoi tertembak buadak kecik.. kerete ade kangaroo bar harap digunakan untuk pusing kan kete penjenayah
rosak gantibar je
diaorang masuk tender buat utk polis kot. tp naper proton tak ada?
bapak aku cakap kete waja yg polis gune skrg byk probs
mmm… mana la tak problem, amik waja dulu sebagai kereta peronda sampai 2,000 unit sekali gus, lepas tu, tersadai jer kat balai2 polis sebab kereta lebih banyak daripada polis yg layak memandu kereta peronda tu, pastu tau beli jer, maintenance x sngat ditekankn… mana ar x barai:)
Pasal gambar kerete2 polis tu, mgkin proposal kot. Mgkin dah peringkat final decision. Biasanya tender buka dlm tempoh 3 bulan pastu 6 bulan seterusnya utk tentukan final decision. Inspira baru jer kuar dlm pasaran. agak2 ar proton nak propose utk model inspira nie. Lagi pun PDRM dah ada model versi mitsu evo. X mgkin proton propose model yg setara dgn evo tu. Dah sah2 polis x akan masukkan inspira nie dlm short list:) Rasa2 ar. hehe.
cheers!
aku pasan polis de pakai lancer GT gak jadi keta peronda kt highway…maybe evo X asik eksiden je…maintenance tinggi lak tu…sbb tu pdrm downgrade ke lancer gt kot
Lancer GT tu PLUS bagi kat Polis untuk kereta peronda lebuhraya…
Syabas PDRM kerana mongorak langkah untuk menambahkan keyakinan rakyat. Ini lah yang rakyat mahukan. Pembaharuan bagi memantapkan pasukan. Teruskan usaha PDRM…
btul 2 bang..
kerete baru nak naik..
kat langkawi, sana mana ada cukai keta kan.. kalo polis nak pakai keta ferrari buat keta polis pun ape nak heran, abih2 pusing langkawi je hehe
bila la balai polis langkawi nak borong moto ni
kalau nak ada moto nak jual hubungi saya di 0125114789 k
hehe