Model terbaru Suzuki GSX-R600 dijual di UK minggu depan - Arena Kereta

Model terbaru Suzuki GSX-R600 dijual di UK minggu depan

Suzuki GSX-R600 terbaru akan boleh didapati di semua pengedar Suzuki di UK bermula minggu depan, dan model itu baru saja ditunggang uji di litar lumba Almeria di mana ia mendapat gelaran sebagai raja baru dalam kelas Supersport (the new king of supersports). Tampil dengan ciri-ciri teknologi terkini dan moden yang diinspirasikan dari litar perlumbaan, motosikal berkuasa tinggi itu dilengkapi Showa Big Piston Forks, Brembo Monoblock brake callipers, titik jarak roda yang lebih pendek 15mm dan enjin yang diperbaharui sepenuhnya.

Harga yang ditawarkan di UK sebanyak £8,799 dan akan tiba di rangkaian pengedar Suzuki bertauliah bermula 5 Februari depan. Belum dapat dipastikan bila Suzuki GSX-R600 akan tiba di Malaysia namun disebabkan harga yang terlalu tinggi akibat cukai yang dikenakan berada pada tahap tidak munasabah, kebanyakan di antara kita yang meminati motosikal berkuasa tinggi hanya mampu menyimpan angan-angan untuk memilikinya. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.gsx-r600.eu/.

Terbaik!(0)Booo~(0)

3 Comments

  1. Abhamz

    January 27, 2011 at 9:26 pm

    salam, sungguh mengancam rupanya...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. awie

    January 27, 2011 at 11:57 pm

    malaysia ooohh malaysia....pakai moto kapcai je la....tu pon senak jugak nak bli...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. mohd hafis

    January 28, 2011 at 2:24 pm

    berapa cukai utk superbike nie ha...

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>