Honda mengeluarkan foto dan info rasmi model Civic 2012

Honda Civic 2012 Concept telah ditayangkan di Detroit Auto Show 2011 awal tahun ini, sekarang Honda telah mendedahkan foto-foto produksi rasmi model generasi ke-9 tersebut, termasuk info rasmi berkenaan varian dan enjin. Sebelum itu untuk makluman, foto-foto dan info tersebut dikeluarkan oleh Honda Amerika (American Honda Motor Co., Inc.), bermakna kesemua varian Civic 2012 itu adalah untuk pasaran US. Seperti mana model sebelumnya, Civic 2012 untuk pasaran rantau sebelah sini termasuk Malaysia mempunyai beberapa perbezaan (reka bentuk depan dan belakang) berbanding model untuk pasaran US.

Pasaran US menyaksikan Honda Civic 2012 tampil dengan beberapa varian seperti Sedan dan Coupe, versi sedan terbaru sepenuhnya HF berenjinkan petrol (bukan hibrid) tetapi mempunyai tahap penjimatan petrol mengkagumkan, serta varian Si berprestasi tinggi. Varian lain ialah hibrid dan varian bahan api alternatif gas asli. Menurut Honda, walaupun tanpa bantuan sistem hibrid, varian terbaru HF merupakan model baru yang mempunyai sasaran untuk menjimatkan penggunaan bahan api dengan hanya enjin petrol, dengan sasaran “EPA-estimated fuel-economy rating” kepada 14.5km/l atas lebuhraya.

Varian sporty dan berprestasi tinggi Si ditawarkan dalam dua versi sedan dan coupe, didatangkan dengan enjin 2.4 liter i-VTEC yang menghamburkan kuasa 200hp dan 230Nm tork, disertakan bersama kotak gear manual 6 kelajuan. Varian Si dan coupe sudah tentu tidak akan memasuki pasaran Malaysia, cuma kita mungkin boleh berharap versi Type R sedan sekali lagi akan dipasarkan di sini. Model Civic Si dikatakan menampilkan kejuruteraan paradox, di mana penampilan enjin berkuasa disusuli dengan tahap penggunaan bahan api lebih cekap dan menjimatkan. Kesemua varian dan versi Civic 2012 generasi terbaru menonjolkan rekaan diperbaharui, prestasi dan pembakaran bahan api lebih cekap serta menjimatkan.

Bagi mendapatkan gambaran lebih jelas, anda boleh melihat dengan lebih dekat foto-foto rasmi yang disiarkan oleh Honda USA, dan model itu akan dijual di sana pada musim bunga akan datang (Spring Season). Untuk pasaran tempatan pula, kita boleh menjangkakan model itu akan tiba bermula awal 2012, dengan hanya varian sedan dan hibrid sahaja akan dibawa masuk.

p/s : Rekaan Honda Civic 2012 tidak jauh berbeza jika dibandingkan dengan rekaan model Civic sebelumnya.

[nggallery id=167]

Terbaik!(0)Booo~(0)

6 Comments

  1. ODC_RB4

    February 18, 2011 at 10:05 pm

    sal design civic ni nampak macam boring jer.....tak same yg sebelum ni......tak ade cinta pandang pertama orang kata.....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      February 18, 2011 at 11:13 pm

      Betullah, nampak terlalu biasa, Honda Civic sekarang ni nampak lebih cantik dan mantap..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. mafia87

    February 19, 2011 at 4:46 pm

    9th generation punyer civic ni kureng 'ummphh' compared to 8th generation... pepehal pun, kiter tgk Design Civic ni biler masuk pasaran Msia nanti..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. Ordinary Man

    February 19, 2011 at 7:43 pm

    Biasanya rekaan di pasaran Asia berbeza dgn pasaran AS.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • zero

      February 22, 2011 at 2:36 pm

      AS dan eropah lebih utamakan keselesaan dalaman..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. Toyol

    January 31, 2012 at 7:53 am

    Kalau model civic terbaru kat Malaysia rupa macam Ni, nampak gaya kene pelihara lagi kato fd2 aku tu.. Lihat Honda civic ni tak keras langsung... Supo tengok pondan... Rasa nak masuk spoler belakang pum nampak jangal.. Dengan lampu belakang serupa tu... Sebetulnya, model Ni ganti dgn city keluaran yg akan datang... Kadang2 jepon pum tak betul station bad design ni.. Kalau tak percaya lihat Honda city hok lama, depan belakan bentuk tajam.. Yg baru ok..

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>