Yamaha 135LC generasi terbaru kini 5-kelajuan

Lagi berita berkenaan Yamaha 135LC 5-speed (5-kelajuan), kali ini disiarkan di dalam BH Auto hari ini, akhbar sisipan di dalam Berita Harian. Saya salin kembali apa yang telah saya baca di dalam BH Auto sebentar tadi untuk makluman dan perkongsian maklumat bersama pembaca Arena Kereta.

Yamaha 135 LC kini 5-kelajuan

Hong Leong Yamaha Motor minggu ini memperkenalkan model terbaru bagi menggantikan barisan motosikal moped syarikat itu di pasaran, 135LC dengan klac automatik 4-kelajuan berwajah baru bakal menggantikan versi sedia ada model berkenaan. “Model terbaru ini melengkapkan lagi barisan motosikal moped empat lejang Yamaha di dalam pasaran tempatan kini. Ia juga dijangka bakal mengukuhkan kehadiran syarikat kami dengan penawaran sebuah produk yang berdaya saing,” ujar Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor, C.H Ng.

Antara ciri baru bagi versi 5-kelajuan klac tangan ialah penggunaan brek cakera untuk bahagian belakang, brek depan dengan dua kaliper, tayar belakang yang lebih lebar untuk tunggangan yang stabil serta rekaan speedometer dengan sinar iluminasi baru. Versi klac tangan 5-kelajuan menawarkan 12.3hp kuasa dan 12Nm tork dengan 5kg lebih berat manakala bagi versi klac automatik pula ialah 12hp dan 11.79Nm tork.

“Dengan rekod jualan sekitar 17,000 bagi tahun lalu, model ini dijangka akan mendapat perhatian meluas penunggang di Malaysia, terutama dengan penawaran peningkatan prestasi bagi model versi 5-kelajuan ini,” tambah Ng. Di dalam perkembangan sama, syarikat turut mengintai untuk memperluas eksport produk mereka ke luar. “Buat masa ini, sejumlah 400 unit FZ 150i dieksport ke Singapura,” ujar Ng.

Model popular dua lejang keluaran Yamaha, RX-Z juga turut diberhentikan pengeluarannya bermula tahun ini. 135LC klac automatik dengan wajah baru dijual pada harga RM6,506.95 manakala versi 5-kelajuan klac tangan pula pada harga RM7,070.10.

Sumber dan disalin sepenuhnya dari : BH Auto (Berita Harian, 25 Mac 2011, Jumaat)

Terbaik!(1)Booo~(6)

22 Comments

  1. mohd hafis

    March 25, 2011 at 5:45 pm

    speedometre kurang da..
    yg lama lagi mantop

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. farez

    March 25, 2011 at 9:53 pm

    keluaran rxz akan ditamatkan tahun ini??emm,,slmt tinggal rxz,,huhu, tapi king of moped 135lc next generation to continue the future..it's great,,

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. Farid

    March 26, 2011 at 1:12 pm

    Harga LC135 5-speed yang kat BH Auto tu, aku rasa otr punya price. Pasal kalau tgk kat website HLYM, dia punya Media Release statement cuma harga Rm 6,668 tidak termasuk road tax, insurance dan number plate. So, harga RM 7,070 mmg munasabah. Begitu juga dengan auto clutch cuma RM 6,118 not otr price.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. jihad

    March 26, 2011 at 2:28 pm

    7k.... Ari 2 tgk dalam mudah ada kedai anak jual rm6888 otr. apsal harga xseragam nih...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  5. wandinamik

    June 29, 2011 at 5:07 pm

    lc baru brmslh..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  6. Muhammad

    July 9, 2011 at 1:08 pm

    Sblm ni aku pakai lc lama, skrg Aku da pakai lc baru 5 gear, ngam, selesa, lebih baik dr lc yg lama.. design baru nampak lebih baik, maklumlah design masa depan...dgn penggunaan minyak sintetik sepenuhnya lc ni lebih lancar dan lebih laju, try dan rasa sendiri.. 140km/h aku da try

    Terbaik!(3)Booo~(0)
    • mohd hafis

      July 9, 2011 at 10:17 pm

      biar btui bro...
      add saya dkt FB bole share2 pndapat hehe..
      hafisfto@yahoo.com

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • Ismail

        July 9, 2011 at 10:33 pm

        Fb xde sbb aku da tua... Tapi kalau nak rasa kehebatan lc 5 gear ni try motul 7100 full syntetic...

        Terbaik!(0)Booo~(0)
    • ali WVR

      August 16, 2011 at 8:31 pm

      Assalamualaikum, Saya beru je beli LC 4 speed, tak sampai seminggu lagi, betul cakap Ismail, handle senget ke kanan sikit 3 -4 mm ke kanan tapi tak ada jejas pun. Modul 7100 berapa RM aku guna special syntetic sangat smooth enjin macam ular sawa tidok.

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  7. Ismail

    July 9, 2011 at 1:18 pm

    Kenapa dlm katalog tayar lc clutch depan 80/90 belakang 100/90... Tapi yg aku dapat depan 70/80 belakang 100/70... Handle x selaras, ada senget sikit, coolant cacat sikit... Quality xde ke, Atau yamaha kelam kabut nak keluarkan versi 5 gear ni... Kepada yg nak bli lc 5 gear ni periksa betul2, tengok depan mata ambil no chasis dan booking.. Takut kene tipu dgn penjual moto terutamanya kedai Cina...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • mohd hafis

      August 16, 2011 at 10:27 pm

      ada jugak masalah hendle sget nie...p je komplen bro...
      tyre mana ada dapat 80/90 100/80 =D
      70/90 100/70 suda =D

      Terbaik!(1)Booo~(0)
  8. Iman

    July 10, 2011 at 6:26 pm

    Aku pakai ok je... Mungkin ko x guna motosikal dgn baik kot..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • keyo

      July 13, 2011 at 8:49 pm

      aku nk kata ape2 xblh lg..sbb aku xtry lg lc yg 5 gear nie..aku nk beli yg nie,tkt2 keluar model yg baru lg je..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  9. Hafiz hafiz kelate

    October 13, 2011 at 4:28 am

    Cara tambah kelajuan

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  10. jalal

    October 19, 2011 at 1:36 am

    aku baru je... beli lc 5 gear kenape mete lc baru xsame dgn lc 5 gear....lc lama naik 120 lc baru 5 gear 100 je... dgn kelajuan same....tpi klw bleh nak g sampai 160 agak2 kene tukar ape erk...sbb aku nak pastikan lc aku blah mengalahkan lc adik aku yg lame yg sampai 150km...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  11. ayie

    May 4, 2012 at 10:02 am

    bro,wa pkai yg lme mmg laju...160kmj leh dpt...skrg aku pkai 5speed cm lemau je...ade resepi nk tmbah kelajuan x? fahribiwa@ymail.com

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  12. Poji

    July 3, 2012 at 2:43 pm

    Berapa harga otr sekarang untuk 5 speed. Mau angkat 1 tp kena survey dulu la....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  13. syahir

    August 3, 2012 at 9:39 pm

    5 speed tk laju lee..tk payah nk modi,rugi jee..baik angkut 2 stroke

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  14. black

    August 17, 2012 at 2:32 pm

    aku ada nouvo sebijik.ingat nak tmbh lg sebijik.tp tgh confuse samada nak agkt 125zr ke atau lc135 5speed.ada sapa2 boleh tolong akux?aku duduk shah alam..keje dkt cheras.motor ape yg lebih sesuai?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Ismail

      November 13, 2012 at 6:56 pm

      Aku pakai 125zr dan lc, 125zr minyak penuh rm9 full tank, hari ni isi esok ptg isi balik, lc plak rm 6.50, pakai lima hari isi semula... Minyak mmg berbeza, tpi kelajuan jgn ckp lah 125zr adalah kepuasan... Lc adalah penjimatan..

      Terbaik!(0)Booo~(4)
  15. aman

    September 14, 2012 at 8:09 pm

    Moto lc xlaju la..cap ayam btoi..
    Yamaha jenama ja unggul..kualiti cap ayam..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Ismail

      November 13, 2012 at 7:03 pm

      Tapi bang nyawa lg penting, ingat org tersayang... Lc lama mmg laju tapi x sempat nak brake hentam sana sini, bila dah mati penyesalan dah x berguna lg... Aku pakai 125zr mmg laju tapi sentiasa mengucap sbb takut esok x jumpa anak bini lg.. Sedihkan, benda kalau dah jadi x ble nak turn balik... skrg pakai lc baru rasa mcm nyawa selamat skit... Biarlah mati sbb lain tpi bukan kerana kelajuan...

      Terbaik!(3)Booo~(1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>