Peminat-peminat motosikal keluaran Honda kini mempunyai lebih pilihan apabila Boon Siew Honda, pengedar rasmi motosikal berjenama Honda melancarkan motosikal kapcai terbaru, Honda Wave Dash 110. Motosikal ini berkapasiti 110cc, enjinnya sama seperti yang ada pada model sebelumnya iaitu Honda Wave 110RS. Gelaran untuk motosikal ini agak unik iaitu “Kekasih Gelapku”, di mana menurut penjelasan Honda motosikal ini sangat cantik sehingga boleh diandaikan sebagai kekasih kedua.
Tersedia dalam dua varian berbeza, Honda Wave Dash 110RSR dan Honda Wave Dash 110RS. Varian RSR merupakan versi spesifikasi lengkap yang mempunyai suis penghidup elektrik berbanding versi RS yang hanya mempunyai penghidup tendang. Varian RSR didatangkan dengan dua warna menarik Vivacity Red dan Luminous Orange, manakala RS mempunyai tiga pilihan warna seperti Vivacity Red, Mariana Purple dan Vital Blue Metallic.
Keseluruhannya penampilan Honda Wave Dash 110 terbaru ini sangat menarik dan sporty, termasuk harga yang ditawarkan untuk bakal pelanggan. Honda Wave Dash 110RSR berharga RM5,268.00 dan Honda Wave Dash 110RS berharga RM4,998.00 (atas jalan dengan insuran), boleh dikatakan cukup kompetetif untuk bersaing dengan jenama motosikal lain sekelasnya. Motosikal ini boleh didapati dari pengedar mulai 15 Mei 2011.
Sumber info dan gambar dari rakan blogger – Motomalaya
[nggallery id=233]









mcm 135 LC jek rupe die
mud guard depan2 cantik ,,ala2 lc135
boon siew kene keluarkan sesuatu yg lbh dr ni…
to compete with the latest LC135 2011…
boleh tahan…….seakan2 lc gak…
design mmg cun….aku da trgoda ngn HONDA baru ni..tp apekan daya…da ade LC135…ckop la…huhu…ptot HONDA kuarkan cc 135..compete with Yamaha..baru ngam.. =)
aku tgok yg modifiled pnya memang cun habis…kt luar ngara honda blade 110..
design ok,tp cc kureng cantik.harap boon siew dpt cadangkan honda jepun keluarkan 125 cc.klu cc 125 lg ramai yg beli motor ni,sebab harga honda lebih murah dari yamaha.
dr body spec mmg takde problem,mmg cantek.kalau CC di naik kan kpd 135cc,masuk monoshock blkg…boleh tergugat pasaran yamaha lc.harap2 HONDA blh plan tambahkan hand clucth,monoshock,4 valve dan tambah kpd 135cc.
Hehe^^im so happy today coz i had buy honda dash with lowest downpayment rm:1600 with sport rim and starter..^^
kaler dia kurang menarik la
Dash memang cantik meter cecah 115 masih boleh pegi lagi.apa lg klu 135cc.
Betul kah dash boleh cecah 115kp/h?
askum..tumpang tanya sye nak beli motor ni…tpi cara yang bagus beli loan ke cash??sbb sye suke tukar2 motor..klau sye bli motor ni tanpa downpayment lps tu klau sye tak suke motor ni sye bagi blik kat kedai tu sye kena bayar ape2 tak?tolong bgi idea..