Proton Waja CPS 1.6 - Arena Kereta

Proton Waja CPS 1.6

Aku rasa dalam banyak-banyak model kereta keluaran PROTON, model Waja CPS 1.6 agak ketinggalan berbanding model lain. Bagi aku ini model yang bagus tetapi dikeluarkan pada masa yang kurang tepat, ketika Toyota Vios dan Honda City bermaharajalela, begitu juga dengan kehadiran Naza Citra dan Toyota Avanza yang mula mencuri perhatian besar rakyat Malaysia ketika itu. Kedatangan model MPV seperti Proton Exora dan Perodua Alza pada 2009 hanya menambahkan lagi kejatuhan jualan Proton Waja CPS 1.6. Nasib baik PDRM menjadi penyelamat..hehe.

Sedikit imbasan kembali sejarah Proton Waja CPS, model ini dilancarkan secara rasmi oleh PROTON pada Februari 2008 bagi menggantikan Proton Waja CamPro yang dikeluarkan 2 tahun lebih awal. Sebenarnya aku agak kurang teruja dengan Waja CPS semasa pelancaran dahulu, kerana bagi aku selain kuasa enjin yang dipertingkatkan, bahagian luaran dan dalaman model itu masih sama, kalau ada pun hanya beberapa perubahan kecil. Selain itu harga yang ditawarkan dirasakan terlalu mahal untuk sebuah sedan keluaran PROTON.

Proton Waja CPS dikuasakan enjin CamPro bersesaran 1.6 liter, tersedia versi manual dan automatik, dan PROTON mengeluarkan dua varian model ini iaitu M-Line dan H-Line. Kedua-dua varian mengeluarkan kuasa 125hp@6,500rpm dan tork setinggi 150Nm@4,500rpm. Versi manual menawarkan kotak gear 5-kelajuan manakala versi automatik menawarkan gear 4-kelajuan. Kelajuan maksimum model ini sehingga 196km/j, agak bagus tetapi tahap penjimatan kurang mesra poket pengguna. Bukan setakat Waja CPS, Proton Gen2 CPS pun agak menelan minyak, itulah kekurangan utama enjin CPS dengan sistem pemasaan injap ala Vtec dan VVT-i, sama tapi tak serupa.

Salah satu bab yang aku rasa menarik berkenaan Waja CPS ini ialah tarafnya yang diletakkan pada tahap premium. Ini kita boleh lihat pada beberapa perubahan seperti penggunaan kusyen kulit, material berkualiti (lembut) di bahagian dalam termasuk papan pemuka dan panel pintu, batang gear automatik moden seperti yang kita selalu lihat pada model premium seperti Civic dan Altis, cermin sisi boleh lipat, bonet boleh dibuka menggunakan remote kunci, dua beg udara SRS berkembar, lampu kabus sporty, lampu utama jenis projektor Xenon (automatik boleh laras), hujung paip ekzos berkembar dan sistem ABS.

Sayangnya model ini tiada EBD bagi melengkapkan ciri keselamatan agar setanding dengan kuasa yang telah mengalami perubahan agak signifikan. Rim sukan pada model ini juga hanya bersaiz 15 inci dengan tayar dari siri 195/60, alangkah baiknya kalau rim sukan 16 inci digunakan. Bahagian luaran juga kurang mengalami perubahan, masih tipikal sebuah Waja keluaran tahun 2000-2006, mungkin visual lampu belakang, logo CPS 1.6 dan bampar depan berwajah baru sahaja yang memberi nilai tambah kepada model ini.

Proton Waja CPS 1.6 bagi aku sebuah produk yang bagus dari Proton, tapi kenapa PROTON mengambil masa yang terlalu lama untuk mengeluarkannya? Ikut pengamatan aku sejak Proton Waja dengan enjin Mitsubishi 4G18 dilancarkan pada Ogos 2000, rakyat Malaysia mempunyai minat yang cukup tinggi terhadap model Waja. Tetapi momentum itu nampaknya kian berkurangan beberapa tahun selepas itu, punca paling utama ialah kekurangan kuasa ketara pada enjin 4G18, menjadikan pemanduan kurang menyeronokkan. Masalah itu hanya berjaya diatasi oleh Proton Waja CPS tetapi 8 tahun untuk menunggu kemunculannya adalah masa yang terlalu lama.

Korang tentu tertanya-tanya kenapa Proton Waja CPS yang serba lengkap itu gagal menyerlah sebagai sebuah sedan terlaris PROTON setelah dilancarkan? Salah satu sebab utama ialah harga yang ditawarkan kurang menarik. Merujuk kepada lama web Proton Edar, harga Waja CPS varian M-Line ditawarkan pada harga antara RM56k sehingga RM59k, untuk varian H-Line pula harganya lebih mahal, antara RM61k sehingga RM64k. Tetapi kalau tidak silap aku (kalau salah harap korang boleh perbetulkan), semasa model ini dilancarkan, hanya Waja CPS 1.6 Premium ditawarkan iaitu varian H-Line, agak mahal dan tidak kena pada masanya untuk bersaing dengan model lain.

Sebab lain mengapa Proton Waja CPS tidak laris dan agak dilupakan ialah pada tahun 2008, sudah terdapat banyak model kereta sedan lain yang lebih mampu menarik perhatian pembeli. Contohnya seperti Toyota Vios dan Honda City, walaupun harga lebih mahal daripada Waja CPS, tetapi kedua-dua model itu berupaya menarik golongan pembeli yang mempunyai pendapatan sederhana, mereka mungkin kurang berminat untuk membeli Toyota Corolla Altis atau Honda Civic yang lebih mahal, tetapi Vios dan City (juga Naza Forte) sememangnya sukar ditolak.

Bagi mereka kenapa perlu membeli Waja CPS yang berharga agak tinggi itu sedangkan sudah ada Vios dan City pada harga mampu milik. Mungkin kedua-dua model itu berharga lebih mahal, tetapi melihat kepada faktor ianya keluaran Toyota dan Honda, kualiti pada tahap terbaik dan harga jualan balik tinggi, plus imej baru yang diberikan kepada pemiliknya lebih tinggi berbanding memiliki Waja CPS, menjadi penyumbang utama kenapa Waja CPS kurang mendapat perhatian pembeli. Lagi pun ianya masih tipikal sebuah Waja yang sudah berusia hampir 10 tahun, jadi siapa yang mahu mengambil risiko menghabiskan wang sebanyak RM60k++ untuk sebuah model kereta lama?

Toyota Avanza juga salah satu model yang menjadi ‘pembunuh’ model Waja. Seingat aku, sewaktu pelancarannya pada 2005, harga Toyota Avanza sangat murah jika diambil kira ianya sebuah kereta keluaran Toyota. Dengan harga yang lebih sedikit dari Waja, Toyota Avanza laris seperti pisang panas. Tambahan pula ketika itu rakyat Malaysia mula menggilai model MPV, jadi pilihan yang paling berbaloi jika melihat kepada harganya sudah tentulah Toyota Avanza, mengatasi keperluan untuk sebuah sedan seperti Waja. Keadaan itu berterusan sehinggalah Waja CPS dikeluarkan pada tahun 2008, Toyota Avanza kekal terlaris dan gagal disaingi oleh Waja CPS.

Pada tahun 2008 juga PROTON melancarkan Persona, sebuah sedan dengan enjin CamPro 1.6 liter, mempunyai rekabentuk lebih sporty dan lebih menarik, juga didatangkan dengan harga lebih murah berbanding Waja CPS. Sama ada itu kebetulan atau suatu kesilapan yang dilakukan PROTON, pembeli atau rakyat Malaysia kini tidak perlu berfikir lebih panjang untuk mendapat sebuah sedan dengan harga yang murah. Mereka ingin memiliki Waja CPS tetapi harganya terlalu tinggi, jadi pilihan terbaik adalah Persona. Pelancaran versi Elegance tahun lepas merancakkan lagi jualan model Persona.

Bagi aku Proton Waja CPS kekal menarik dan menawarkan ciri-ciri premium yang sukar ditolak, termasuk penyelesaian masalah kuasa enjin seperti mana dilema yang dihadapi pemandu Waja 4G18. Namun untuk memilikinya ketika ini memerlukan minat amat mendalam terhadap model ‘lama’ itu. Korang perlu mempunyai semangat yang cukup kuat, kental atau ‘hardcore’ terhadap model Waja CPS, memilikinya ketika ini bermakna korang melepaskan peluang memiliki kereta lain yang menggunakan lencana dari syarikat automotif Jepun, Korea juga Eropah.

Proton Waja CPS akan dihentikan pengeluarannya pada bila-bila masa namun PROTON masih belum mengumumkan tarikh sebenar. Kadar jualan sekitar 400 – 600 unit sebulan ketika ini masih lagi suatu kedudukan yang selesa buat PROTON, jadi mengapa perlu tergesa-gesa untuk menghentikan pengeluarannya? Jika korang bertanyakan pendapat aku, adakah masih berbaloi memiliki sebuah Proton Waja CPS baru, bagi aku jawapannya ialah ya dan boleh beli.

Apa yang tidak kena dengan Proton Waja CPS 1.6? Tiada apa-apa, cuma persaingan dengan model lain, terutamanya dari jenama Jepun, Korea dan Eropah terlalu kuat, itu saja. Lagi pun, Proton Exora dan Perodua Alza merupakan alasan yang lebih kukuh untuk dimiliki oleh rakyat Malaysia ketika ini.

[nggallery id=242]

Terbaik!(3)Booo~(0)

48 Comments

  1. Inteam

    May 1, 2011 at 11:44 pm

    Tahukah anda memandu Proton Gen 2 jauh lebih selesa berbanding memandu sebuah Proton Waja tetapi menjadi penumpang Proton Waja jauh lebih selesa berbanding menjadi penumpang Proton Gen 2. Saya berkata begitu kerana saya memiliki Proton Gen 2 (M) 2007 dan emak saya memiliki sebuah Proton Waja (A) 2007. Waja agak berat dan tidak memiliki kuasa yang cukup bagi pemandu berjiwa perlumbaan seperti saya. Tetapi Waja amat selesa untuk pemanduan berhemah dan orang yang berkeluarga. Gen 2 sesuai untuk mereka yang berjiwa perlumbaan atau yang gemarkan pemanduan agresif.

    Terbaik!(1)Booo~(0)
    • Evo

      May 2, 2011 at 3:31 pm

      Agree, Gen2 memang best handling, Waja sedan bersaiz besar, tak boleh lawan kemantapan handling Gen2, tapi bab keluasan dan keselesaan Waja pulak yang menang..

      Terbaik!(2)Booo~(0)
      • jang lambung

        June 18, 2011 at 11:08 am

        totally agree! Kuasa waja xcukup kuat n pick up utk menggerakkan bodynya yang agak luas...tp amat membawa keselesaan utk penumpang dan kestabilan....gen 2 plak, drive n smooth engine very clear, best. tp keadaan blakang kereta yg agak tinggi membuatkan saya berasa tidak selesa krna tidak clear utk toleh blakang tanpa menggunakan cermin pandang sisi. cushien blkg gen 2 bg saya tidak memenuhi ciri2 ergonomic contohnye follow shape lumbar normal person(back bone). sbb 2 merase kurang selesa dan lenguh utk menjadi penumpang....(my personal opinion only)

        Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. sedusax4

    May 2, 2011 at 12:06 am

    sayang sekali, dulu I mmg suka Waja ni, tapi sebab peredaran masa / trend yg membuatkan jualan Waja ni tak laris... proton sepatutnya dah plan model pengantian selepas 6 - 8 tahun pengeluaran

    Terbaik!(1)Booo~(0)
    • Evo

      May 2, 2011 at 3:36 pm

      Waja ni dah terlalu lama, sebab tu ramai yang berbelah bahagi nak beli atau tak, sebab tu recycle kenderaan baru tak boleh lebih 5 tahun, kalau lebih dari tu pelanggan akan hilang minat untuk membeli.. Kalau paling lama pun maksimum 7 tahun, tapi Waja dah 11 tahun..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. fauzan

    May 2, 2011 at 10:43 am

    mmm... menarik artikel tentang model waja nie. Waja adalah model kereta pertama yg dihasilkan sendiri oleh proton, selepas kejayaan saga sebagai kereta rakyat dan mendominasi jalan2 m'sia lewat era 80an. Ketika itu diterajui TMahalel utk proton pergi ke level seterusnya maka terhasillah kereta berciri mid sedan; waja berinspirasikan model2 BMW dan waja nie di ibaratkan sepeti BMW asia ketika itu la:)
    Dgn kos RnD yg mencecah RM 1 billion dgn 'bantuan' lebih kurang 200 engineer luar bagi menjayakan projek nie. Maklum la masa tu proton masih baru dlm membuat kereta sendiri, apa lagi kena sembelihlah dgn pakar2 luar tu.
    Dah 10 tahun dalam pasaran, dari segi rekabentuk masih bleh diterima lagi... cuma tak dapat bersaing dgn lambakan model2 C segment yg lebih menawarkan segala segi yg lebih menarik tambahan pula harganya yg tidak menepati 'citarasa' rakyat sedangkan masa tu domestik adalah pasaran besarnya. Akibat jualannya yg begitu perlahan mgkin disebabkan salah strategi jualan dll. menyebabkan model nie terpaksa melalui jarak masa yg panjang utk dilakukan replacement. Nak cover balik RM1 bilion kos RnD tu mgkin memakan masa lebih 10 tahun kot dan akhirnya pihak pengurusan proton menamatkan model mid sedan nie utk memberi laluan model dlm segment yg lebih realistik iaitu setara mid sedan tu iaitu CD segment; Inspira.
    Sebelum penamat kepada model waja nie, Waja CPS menjadi model upgrade n penyelamat kepada reputasi waja sebelumnya.
    Bagi saya waja nie sedap dari segi pemanduan terutama bila jalan jauh meluncur laju di lebuh raya:)

    salam n cheers!

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      May 2, 2011 at 3:42 pm

      Kalau ikutkan enjin CPS ni memang tersangat mantap untuk Waja, enjin biasa 4G18 pun dah ramai yang kata 'ok' walaupun agak kurang berkuasa semasa rpm rendah. Tak lama lagi Waja CPS terpakai akan jadi lagenda, ramai pulak orang akan cari, sama macam Satria GTi sekarang..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. amyon

    May 2, 2011 at 3:08 pm

    sy sdiri pgguna waja cps thn 2008,pd awl ye sy mmg kberatan ingin mbeli waja cps nie tapi atas pmintaan org tua sy akhir ye sy beli utk mereka,mmg pd luaran ye waja agak ketinggalan dr segi design ye tap pd bhg ye ia agak mewah b'banding model yg s'angkatan dgn ye,d'tambah dgn lampu xenon yg sy rase mmg tiada dlm model2 lain yg s'angkatan dgn yee..dr segi handling mmg agak kurang memuaskan b'banding Gen.2,Neo n Persona ttapi ia masih lg yg t'baik b'banding model2 dr toyota,honda,mazda n sbg yee....minyak pulak tidak lh steruk mcm penulis kata'n...bg pgguna mcm sy yg mmandu mgikut naluri remaja sy nie...waja cps mmp pergi sjauh 600 km stiap isian penuh tangki minyak wqja nie..dgn purata kelajuan 120km/j-160km/j...ckup bg sy pulang balik dr penang ke Kuala Lumpur...bg sy ia pbelian yg bagus dr segi wang n keselesaan n mungkin sdikit kemewahan...

    Terbaik!(4)Booo~(1)
    • Evo

      May 2, 2011 at 3:45 pm

      Bab minyak untuk Waja CPS ramai yang kata agak menelan dan kurang ekonomi, tapi mungkin itu berdasarkan corak pemanduan, atau mungkin untuk versi automatik.

      Sebenarnya tahap penggunaan minyak Waja CPS taklah seteruk seperti diperkatakan, berpadanan dengan kuasa dan prestasi enjin yang ditunjukkan.

      Terbaik!(2)Booo~(0)
      • amyon

        May 9, 2011 at 9:17 am

        mungkin lh kot,sbb sy pgguna waja cps manual...ttp mmg bbaloi beli waja cps nie...

        Terbaik!(5)Booo~(2)
  5. The_Kings

    May 2, 2011 at 8:27 pm

    Terima Kasih Arena Kereta kerana mengeluarkan topik berkenaan dengan waja cps ni. Memang sy tunggu2, walaupun sy sendiri guna waja cps 2008. Saje nak tengok pendapat2 geng2 pengguna kereta proton tentang waja cps ni. Kalau nak tau, kaum india ramai yang minat nak cari waja, lebih2 lagi model cps ni. *tapi saya bukan india ok, sy Melayu tulen* :-)

    Terbaik!(1)Booo~(0)
    • Azim

      May 2, 2011 at 8:59 pm

      The_Kings memang bertuah memiliki Waja CPS, dulu aku pun beria-ia nak beli sebenarnya tapi modal kurang sikit..haha. Anyway, alang-alang dah beli, baik pakai terus je, sebab model Waja CPS akan jadi rare sikit masa lagi, time tu bila harga second hand dah jatuh banyak, sure ramai yang cari balik..

      Terbaik!(2)Booo~(0)
  6. tuanmustakim

    May 2, 2011 at 8:30 pm

    waja... tahun 2005 ayah aku bli waja ganti wira sedan dia, aku pulak tahun 2006 bli wira s.e ganti wira sedan. mane bleh lebih drp bapak. hehe. wira s.e cukup mantap. aku penah jaga kete ayah dlm sebulan lebih time dia g mekah. tiap minggu aku try main waja ulang alik kl ke kg, kelantan. mantap, hebat berkuasa, pueh hati. minyak isi penuh cukup utk kl - kelantan. waja mmg lagend! tahun 2009 aku gatal nk tukar bli waja cps. dekat2 nak raya mcm2 urusan dah nak setel, tp aku kenselkan. kalu x aku beraya dgn waja cps. aku x putus asa, hasrat nak tukar kereta masih dipendam. bkn wira s.e x mantap tp untuk perjalanan jauh drp johor ke kelantan aku perlu kereta yg lebih selesa. 2010 aku main tenet gile2 surf psal kereta. hahaha aku jumpa yang berbaloi dgn duit poket dan apa yg ditawarkan.. FORTE 1.6 sx pilihanku. sekarang aku sedang nikmati forte. utk waja mungkin x ade jodoh. namun suka aku tegaskan. waja yang terbaik di zamannya. tapi utk masa kini susah dia nak bersaing dengan model2 yg lebih futuristik. dia akn dikenang sbg lagend. aku penag bawak dari penang ke kl dalam masa 3 jam 30 minit dengan waja ayah aku, 170km/jam. itulah hebatnya waja. alhamdulillah nyawa aku masih selamat. kalau ade yg nak beli sekarang.. buleh, tapi kena pejamkan mata betul2 bila dok atas jalan nanti, takut2 nyesal tgk model lain yg lebih futuristik. waja, lu teteap LAGEND!

    Terbaik!(1)Booo~(0)
    • Azim

      May 2, 2011 at 9:01 pm

      Setuju, Waja CPS akan jadi lagenda, tambah2 nanti bila enjin CPS dah boleh modified masuk supercharger Sprintex, time tu lagi lah mengganas..hehe.

      Terbaik!(2)Booo~(0)
  7. mafia87

    May 3, 2011 at 2:15 am

    Design very outdated laa... x de org dh nak beli kete design camnie.. Nasib baik laa ader PDRM.. heheh

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  8. anon

    May 3, 2011 at 4:13 am

    design luaran mmg da ketinggalan, tapi dalamn masih ok, kombinasi warna dan design dalaman lagi best dari gen2, material pun lagi elok, tak sgt nampak plastiknya, tak lalu ar nak tgk kaler hitam byk2 kat dalam, at least ada kaler beige dan brown sikit, pastu ada finishing kulit, baru cantik dan nampak mewah.

    bwk 170km/h dengan waja mmg smooth dan stabil tapi mata tangan kaki kena cekap ler dan tak ngantuk, ride mmg lbh selesa dari gen2 tp handling mungkin kurang sikit kot dari gen2, yg pasti lagi best dari keta jepun mcm vios, city dan of course myvi

    waja mmg best

    Terbaik!(1)Booo~(1)
  9. kaskas_pepper

    May 3, 2011 at 12:03 pm

    time aku menetap di kl dulu, tiap kali balik kg slalu tunggu waja muncul di highway..sbb sure bedesup dia pecut berbanding dgn kete2 lain..jarang aku tgk gen2 pecut mcm waja..

    bg aku, utk model yg dh berusia 11thn, agak not worth for money dh..di tambah dgn design yg agak outdated dan di kala org mencari2 kete yg berenjinkan jimat minyak dan mesra alam, sape2 yg still decide nk beli waja skrg perlu pejam mata dan pekakkan telinga sbb sure org akan mengata..

    harap lps ni ade plak post story untuk model wira/gen.2/savvy/

    bagi aku, wira pun legend buat proton..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • The_Kings

      May 3, 2011 at 7:04 pm

      Yup..aku pn selalu nmpk kalo proton, waja slalu yg pecut di highway. Aku sendiri pandu waja cps & penah same2 pecut dgn waja cps PDRM (JSJ). *cucuk belakang je..hehe !

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  10. Evo

    May 3, 2011 at 12:19 pm

    Post tentang Wira SE terpakai dah ada, tentang Gen 2CPS pun dah ada, tentang Savvy dan Wira sedan belum lagi, insyaallah akan datang.. :)

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • prolever

      May 3, 2011 at 2:59 pm

      kalau Savvy bro leh bandingkan savvy 2007nyer FL ngan Savvy mase baru kuar..
      Bebalik kepada waja.. Saya rase model CPS/Campro E lah yg x yah penat2 nak cari spec yg berbeza.. Yg pasti semua Waja CPS adalah full spec.. Even Persona nyer highline pun ada yg airbag driver sahaja..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • Evo

        May 3, 2011 at 4:10 pm

        Dah lama teringin nak buat post pasal Savvy, tapi rasa kurang sesuai pulak sebab tak ada point untuk memuji, yang ada cuma kritikan keras dan mungkin menyebabkan pemilik Savvy tersinggung.. Macam mana pun cadangan tu akan dipertimbangkan.

        Terbaik!(0)Booo~(0)
      • kaskas

        May 3, 2011 at 7:46 pm

        yg ni buat aku nk gelak setiap kali teringatkan savvy..

        pernah member aku suh aku teka..kete apekah bahagian belakang dia sama dengan bahagian depan kete lain..aku tak dpt jwp teka teki tu sampai la 11 day, bila benti di trafik lite di blkg sebuah savvy..aku tenung blkg savvy 1st model tu..baru aku perasan blkgnya bonet blkg+lampu sama dgn waja kalu pandang dr depan..

        terus je aku call membe aku tu..'weyyyy...aku dh tau dah! blkg savvy sama dgn dpn waja!!'

        hahahaha!

        Terbaik!(0)Booo~(2)
  11. chs

    May 3, 2011 at 10:28 pm

    waja ni macam kapal, bila mula gerak dari berhenti, lambat sikit, tp bila dah laju tu, mmg tak hingat dunia, sbb bila bawak laju enjin dia berderum tak la sekuat campro. stabil mmg stabil, kat corner bole main lipat-lipat, buat bodo je potong keta lain, hehe. tapi awas kalau jalan licin, waja dan most cars kat malaysia masih takde traction control so jgn harap lotus handling dapat membantu. masa dalam kawalan yes lotus handling mmg superb, tapi kalau di luar kawalan, teknologi lain diperlukan, mcm traction control tu lah.

    satu lagi waja ni lembut, body mmg nampak garang tapi bila drive mmg terasa kelembutannya hehe. ada orang tak berapa suka sbb agak bumpy, tapi bagi aku takla bumpy sgt, dan bila atas jalan bila tayar berpusing mmg lembut, susah nak explain, kalau nak tau naik sendiri la , tutup mata biar badan je yg merasa segalanya, hehe

    Terbaik!(0)Booo~(1)
  12. haidir

    May 4, 2011 at 12:07 pm

    bukan PDRM saje, Jabatan Kerajaan juga,

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  13. watari

    June 12, 2011 at 7:02 pm

    waja yg pakai campro biasa pn dh power apa lg cps..bagi aku waja cps lebih pada pickup top speed lebih kurang sama ngn waja campro biasa...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  14. faiz

    June 15, 2011 at 9:48 pm

    aku pakai waja cps 2009 (M).....handling memang sedap...aku ni tinggi orgnya...kalo masuk gen2 tak muat, nk beli civic bole tp tk muat gak...last2 beli waja, manual lak tu..gear 2 dah 100km/j beb! gilo....tak nyesal beli waja nih...bab kata korang, waja cps ni mungkn jadi legend! wahahahahh

    Terbaik!(6)Booo~(1)
  15. IZHAR

    October 31, 2011 at 3:56 pm

    champion la wajacps klu nak compare ngan vios..highway vios macam sampan bergoyang..ia adalah fakta..n fakta jugak wajacps ni lagi murah dr vios..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  16. ANJIN BIN KAMIL

    October 31, 2011 at 8:54 pm

    SEBENARNYA WAJA CPS MEMANG SEDAP ..DALAMAN TAK BOLEH KATA DAN ENJIN PUN DAH UPGRADE CPS..KIRA POWER SIKIT DARI ENJIN LAMA..TAK DINAFIKAN FAKTA PENULIS DI ATAS ADA YANG BENAR..KETIKA 2008 ORANG KURANG BELI WAJA CPS KERANA BENTUK LUARAN TIDAK JAUH BEZA DENGAN WAJA LAMA..JADI MENYEBABKAN FIKIR 2 X NAK BELI ATAU TIDAK..DARI SEGI KESELESAHAN DARI FIRST MODEL HINGGA 2008 MEMANG WAJA TIP TOP DAN WAJA ADALAH DIMILIKI GOLONGAN BERKEMAMPUAN.....GEN2 MEMANG CANTIK DAN AGAK SPORTY SUDUT LUARAN..TETAPI DALAMAN GEN2 MASIH TIDAK DAPAT MENANDINGI INTERIOR WAJA LEBIH SEDAP..SELAIN ITU GEN2 MEMPUNYAI BANYAK MASALAH...BERBANDING WAJA...

    SAYANGNYA BELUMNYA ADA GANTIAN WAJA...SETAKAT INI MODEL2 BARU KETA PROTON YANG KIRA SEDAP DIPANDU DAN CANTIK SERTA KUALITI HANYA PERSONA ELEGENCE..MEMANG ADA KLASS.....

    Terbaik!(0)Booo~(0)

  17. khairul

    November 11, 2011 at 11:42 pm

    salam..aku dah pakai waja cps ni hampir 4 tahun sejak ia mula diperknalkan pada februari 2008..sebenarnya keta ni mmg best..jika atas highway proton pesona nk kejar pun mmg cicirlah...pickupnya memang best..sapa2 yg pakai waja cps tau akan kehebatannya...

    Terbaik!(1)Booo~(1)
  18. api

    December 6, 2011 at 5:19 am

    mane bole compare waja dgn exora & alza..waja ada kelas nyer yg tersendiri..khas utk peminat kereta..exora,alza dah kelas lain..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  19. noname

    December 28, 2011 at 11:25 am

    owned waja campro 2007
    standard engine drive reaches 202kmj...tapau honda stream, city n vios before
    handling is good, would say no less than gen2...

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  20. totenkepf

    December 29, 2011 at 1:24 am

    Masa mula nak cari keta dulu tahun 2009 mcm2keta aku survey. Civic, city, persona, gen2. Satu hari aku gi proton showroom n duduk dlm dia,terus aku puas hati, ni la keta yg aku cari slama ni.dan sampai skrg aku tetap puas hati dgn prestasi enjin cpa n keselesaan ruang dlmn,x nyesal beli

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  21. Kent1189

    January 11, 2012 at 4:02 pm

    aku cadang nk beli waja CPS lepas loan kancil aku abis kerana aku tertarik dengan kemewahan dalamannya. jauh berbeza kalau dibandingkan dengan vios. Part paling best adalah pada console gear bersambung dgn deshbod yg mengancam tuh..hehe mmg mewah la waja CPS nih.. dok blakang pn best. Luaran x da la yg best sngt.. depan tu mmg agak outdated huhu. tapi pilihan aku tetap waja CPS. Harap2 time aku beli nnti harga dh rm47-50k.

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  22. amircps

    January 29, 2012 at 10:51 pm

    aku pakai waja cps nie dah 2tahun 4bln..mase mula2 nak beli dl mcm2 org dok mengata sal waja ni...problem la itu la ini la...tapi...alhamdulilah...xda sgt mcm org komen tu...sikit2 rosak tu biasa la mana ada keta dlm dunia ni perfek..kan2?so aku igt nak lego cps cps kesayangan aku nie nak try pakai keta len pulak

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  23. isz

    February 5, 2012 at 2:31 pm

    aku pakai waja taun 2001 (A).. memang puas hati la aku..dalam pun ok..dari model model proton yang lain..ada material yang hebat..tak macam persona dan gen2 plastik..power jangan cakap la..memang power bagi cc 1.6..kalau nak lumba ngancamry tu..lain cerita la..kalau pasal minyak tu aku rasa ok la..jimat tak jugak..sesuai untuk pendapatan aku..kalau biasa pakai viva..tiba tiba pakai waja.. isi minyak komfem la rasa perbezaan minyak die tue..jadi..bagi yang nak beli waja tue..terus teruskan niat tue..komfem tak rugi.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • kent

      January 5, 2013 at 7:46 am

      aku memang minat dgn waja CPS, but bukan luaran, tapi trim dalaman waja. tiada kereta proton sehebat trim waja CPS..tapi semalam aku bukak website Proton, Waja CPS tiada lagi dlm senarai..sadih..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  24. ash

    February 12, 2012 at 11:36 pm

    satu soalan unik, pernah tak orang cuba pasang enjin honda legend iaitu 3.2 liter atau versi 3.7 liter.... dalam kereta waja. enjin besar , kuasa besar.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  25. fas

    February 13, 2012 at 12:59 pm

    salam,

    aku beli waja cps M pada May 2008,harga xsilap rm61k+...Model baru.Mula2 dlm thread org cerita pasal engin cps since 2007..masa tu cps engin pasang kt gen2 and ditayangkan kt thai motoshow 2007..ada good reviews pasal engine cps nih dri kaki2 rempit thai,maklomlaa org thai nih dorg nak powa2 aje...geng2 aku actually nak try engine cps nih..soo kitorg diberitahu oni gen2 aje yg akan dipasang engine cps..ahh gen2 pun gen2 lah(aku kureng gen2 nih huhu)..kira gen2 3rd batch(salesman tu ckpla)..soo satu hari..aku jalan ke showroom yg lain soo aku ternampak model waja premium dgn engin merah tp AT..wadefak!!ckp kt gen2 aje..soo aku decide call membe yg kje proton sales n place booking utk waja cps(aku mmg minat model waja)..aku beli sbb engine cps,xenon projector adjustable light,both airbag+drive by wire(dbw)+abs+full leather seat(future baby kencing senang cuci lol)..soo ada yg place booking on waja and gen2..tp dlm thread byk place on waja..sooner baru balance dlm thread yg beli waja n gen2..aku nyer waja cps batch 2..yg batch 1 yg beli end january 2008 until Mac 2008..batch differentiated by colors..masa tu waja cps oni on premium H-line - last year baru ada yg medium line xda abs,xenon projector,leather...

    soo far aku puashati...aku n few geng mmg jenis rev kaw2..minyak no.2(bukan xkira just kitorg nk feel engin n layan abis2)ada geng2 yg dh mods mcm2..tp aku mmg hari2 g koje bwk keta mileage pun dah over 100k + bermacam2 major serviced dh buat...and trust me..skrg pun dh laku cm pisang panas yg mna2 yg 2ndhand..ada membe tolak 2-3hari dh dpt buyer...cps nih klu nak bawak layan aweks lentok bole tp kureng sgt feelnya...sapa2 kaki rembat..korg mesti minat engine cps nih...fyi aku bujang lg masa beli waja nih haha..tokojut makcik2 kek kmpng balik naik waja..haha..sbb dlm pikiran dorg waja mahal..itu dorg ckpla..myb ada betulnya..sbb waja model2 dlu mmg mahal pun aku rasa..ok dari segi ekonomi..utk aku aku rasa mcm ok..save klu long distance..dlm kl rm50 utk aku dpt 3hari distance sehari dlm 80-100km gerak(aku mmg rev kaki)soo...mcm ada opinion kt atas tu ckp betul..klu dlu naik kancil pastu beli waja..mmg terasa lainla...tp betul juga most opinion kt atas...kdng2 sakit mato tgk forte/city 2010 model yg latest2-vios sory mmg xminat yer haha...tp bg aku..tgk poket..tgk minat..tgk kaki..klu dh tau kaki rembat tp pakai vios agak2 arr kan..klu minat manual angkat manual..vice versa...tepuk dada tanya selera...

    feel free to visit lowyat/cps tribe utk more info..semua dialu-alukan...

    wslm..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  26. amircps

    February 13, 2012 at 9:28 pm

    Market value waja cps bp skang?kalo ak nak jual dlm 38k laku x?model tahun 09 full spec manual

    Terbaik!(0)Booo~(1)
  27. Harry ayubi

    August 2, 2012 at 3:37 pm

    Waja aku thn 2003 manual.. Alhamdulh baik lg.. Yg penting servic minyak itam ikut jadual.. Dari segi pickup wow dahsyat tp pastikn keta waja tu sentiasa dlm tiptop dr segi maintenant. Waja 4g18, campro or cps.. Waja Terbaik penah di hasilkn. Waja legend..

    Terbaik!(0)Booo~(1)
  28. Asrul

    August 7, 2012 at 1:39 am

    Waja mmg legend. Last model dgn enjin cps, air bag, abs, full leather, autocruise dan body solid. Mmg susah lupakan waja even gua dah pakai preve beberapa bulan ni. Preve adalah model proton yg mboleh replace waja, gua drive perdana v6 dan inspira gua rasa masih tak boleh feel mcm waja cps. Fuel consumption pon sedang2 je depend cara bawak. Rindu beb dgn waja, exterior mmg agak out dated but dgn grill besar tu boleh dikatakan legendary design, but interior mmg superb color beige serlahkan kemewahan ala classic dgn quality dashboard yg dipertingkatkan. Legroom bg penumpang belakang masih terbaik berbanding altis dan civic new generation. Semoga ia akan jadi legend utk kereta proton pada masa akan datang.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  29. ayub

    August 8, 2012 at 6:31 am

    Salam..
    Apa beza waja cps 1.6 m line and h line?

    Thanks...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  30. budakkampungaje

    September 11, 2012 at 10:07 pm

    Bg aku waja cps adalah yg terbaik sbb opis aku pakai waja.....kalau nak ikut kan waja cps nii takde laa outdate sngt kalau nak ikutkan city ngan vios pun model lama gak cuma tukar itu ini ajeee body tetap sama.........tentang enjin cps nii memang tk bole dinafikan adalah yg terbaik....max aku pernah bawak ialah 210km/h & max rpm aku bawak ialah 7100 rpm dah melebihi dari redli e korang bayang kn laaa max redline dia brp?lasakan enjin cps ni memang tk bole dinafikan sebab dah satu malaysia aku ronda dgn waja cps nii...keselasan waja ni bg aku yg terbaik selepas perdana v6 aku pernah tido dlm waja nii selama 7jam dgn enjin dan ekon running sekalai.....pasal FC waja nii sebenarnyee ikut cara kita memandu sebenarnyee kalau kita memandu secara agresif asyik2 nak tekan jeee pengunaan minyak pun lebih laa kalau korang bawak secara berhemah ikut peraturan waja cps nii bole bergerak sejauh 710km/h aku dah cuba dah......bg kalau ada rezeki terlebih sikit waja cps adalah pilihan aku....(ketika artikal ini ditulis aku berada didlm waja cps dah 2jam aku ada di dlm kereta tunggu big boss aku balik dari sarawak....)

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  31. waja2005

    September 12, 2012 at 4:10 am

    aku baru ambik waja tahun 2005 3 bulan lepas..sebelum ni aku pakai putra turbo.aku jual putra beli waja.memang pelik bunyi nye,member aku pun cakap aku tak betul..kalau korang nak tau kenapa aku tukar waja adalah sebab aku ni suka upgrade enjin.kalau ada rezeki aku nak masuk enjin turbo.dan aku dah kaji body dan handling yang sedap kalau aku pakai turbo kat kete aku nanti adalah waja berbanding persona dan gen2..memang betul gen2 dan persona kalau laju tak stabil..tapi waja memang mantop...
    waja memang legend bro...

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  32. one

    March 15, 2013 at 9:13 am

    salam nak tnya, aku agak berkenan ngan waja..ade tgk kat kedai 2nd aritu model taun 2006 enjin mmc..mksudnye ape tu??enjin campro ke?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  33. bobyork69

    June 12, 2013 at 11:32 am

    Assalam sy dh pakai waja dr thn 2005 mmg best wow pkai waja ble lpas abis blajo sume org usha rese hebat sgt wajakn mahal mse tuh... tp skg pkai kncil jer psal waja abg tlg smbung byar ekonomi gawat mse tu... bab waja mmg xdinafikn mmg power weh sy pnah bawak 210km/j mse pg klia anta big brader nk g oversea, tgk cre pmanduan la sy bnyk blaja dr xbox cri pmanduan yg lancar dn laju. tau la klo main game race mne bole slow slh tkan brek blkg la jwbnye pstu sy praktikn dgn waja mmg mngangumkn... waja lme mmg legend...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  34. saga fiore

    June 24, 2013 at 9:28 am

    saya pengguna waja CPS gak, cume ade sedikit confuse, kenapa sebelum start lambang kuning check enjin tu x mati2?? ade sesiapa yg tahu?selalu bnda tu dlm 4-5 saat je dh mati..ni x bila start enjin br mati..adakah itu masalah fuel pump? tp dr segi pemanduan waja ni ok,handling top pickup semua sedap cume kdg2 ade sedikit lack bila tekan myk terus..macam 1-2 saat baru respon kalau dr kete tu slow tetiba kita nk laju trus..selalu trjadi cm tu..apakah masalahnya itu? aku ni mmg xthu bab kereta2 guna ECU elektronik semua ni,lg2 yg drive by wire mcm waja cps ni..harap otai2 waja dpt membantu..sbb dulu pakai kereta yg adjust tuning karburetor je..set myk n angin buat sndiri mcm set karburetor motor tu..hehe

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  35. Hazeman Huzir

    August 14, 2013 at 11:50 am

    Memang susah ada Waja ni. Kereta Waja saya baru buat hal. Dia punya wiring ngan dia punya fuel pump buat hal kali ketiga. Saya pun baru list down beberapa item pasal kereta Waja and masalah berulang dan cara penyelesaian mudah:

    http://hazemanhuzir.blogspot.com/2013/08/kereta-tak-boleh-start-apa-kena-buat.html

    Terbaik!(3)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>