Yamaha XJ6 akan dijual mulai Julai 2011? - Arena Kereta

Yamaha XJ6 akan dijual mulai Julai 2011?

Berdasarkan sumber industri yang dipetik oleh akhbar Berita Harian hari ini, Yamaha XJ6 pemasangan tempatan (CKD) bakal menemui pelanggan pada akhir Julai 2011 nanti. Motosikal berkuasa tinggi dengan enjin 600cc itu diedarkan oleh Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (Hong Leong Yamaha).

Harga yang akan ditawarkan sekitar RM40,000.00 sehingga RM45,000.00 seunit, lebih murah daripada model CBU yang dijual dengan harga RM63,500.00 seunit. Motosikal itu akan dikeluarkan menerusi kemudahan pengeluaran milik Hong Leong Yamaha di Sungai Buloh, Selangor. Dikhabarkan sudah terdapat kedai-kedai menjual motosikal berkuasa tinggi di sekitar Lembah Kelang telah mula mengambil tempahan bagi model itu.

Yamaha XJ6 akan memberi saingan sengit kepada dua model CKD Kawasaki iaitu ER6N, ER6F dan Versys serta Duke 690 keluaran Kraftfahrzeuge Trunkenpolz Mattighofen (KTM). Kepada penggemar-penggemar motosikal berkuasa tinggi, pelancaran rasmi Yamaha XJ6 pada hujung bulan Julai depan pastinya sesuatu yang ditunggu-tunggu.

*Update terkini – berikut ialah foto-foto model Yamaha XJ6 versi pasaran Malaysia yang dipertontonkan di Putrajaya sebelum ini sewaktu pelancaran Yamaha 135LC 2011.

Mana satu pilihan anda? Versi ‘naked’ atau ‘fairing’?

[nggallery id=262]

Terbaik!(0)Booo~(1)

23 Comments

  1. nerves

    May 25, 2011 at 12:25 am

    uhh...sejibik macam kawa z750

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. imddin

    May 25, 2011 at 9:25 am

    Info yang saya suka baca tapi 600cc berharga lebih RM40,000? Mahallah..
    Kawa ER6n (650cc) baru Rm34k lebih...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. captain slow

    May 25, 2011 at 9:31 am

    design lbh krng er6n...tp ni 4 silinder, er6 2 silinder..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. apis

    May 25, 2011 at 9:42 am

    Kawa ER6n dgn yama XJ6...
    agk2 mane g bgus ek?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  5. arie

    May 25, 2011 at 2:53 pm

    ble la agak2 aku dapat memiliki motor2 cmni...best touring jauh2 ni....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  6. mohd hafis

    May 25, 2011 at 7:23 pm

    bro EVO...yg nie x de fairing...
    BH men tepek je gamba ..
    yg yamaha lancar dkt putrajaya tu siap fairing,,,,
    nk gamba x....
    ER6n beza dgn xj6 nie...
    bunyi xj6 lagi garang berbanding er6n...
    tapi aku rasa topspeed lebih kurang je berbang ding er6n

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Evo

      May 25, 2011 at 7:30 pm

      Yang ada fairing masa kat Putrajaya tu dah tengok, gambar kat atas tu saya ambil dalam website Yamaha. Mungkin untuk pasaran Malaysia model yang ada fairing macam kat putrajaya tu..nanti saya update gambar kat putrajaya tu..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • mohd hafis

        May 25, 2011 at 7:39 pm

        ok cantik...amik la satu bro evo :D

        Terbaik!(0)Booo~(0)
  7. man_gp

    May 26, 2011 at 3:23 pm

    bro..mcm mane nak tau kalo ade pelancaran terbaru moto camni eh? kalo ade anta invitation kat email sy boleh?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  8. dinho

    June 16, 2011 at 10:13 am

    Yamaha FZ1 FAZER ABS 1000 2011 xde jual lgi ka kt mlaysia??

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  9. Speed280

    June 30, 2011 at 10:18 pm

    Pandangan secara peribadi ku, enjin XJ6 4 in-line cylinders liquid cooled sememangnya enjin yg telah terbukti dgn kelancaran, kelasakan dan mudah disenggara. pastinya ia memiliki performance yg tidak mengecewakan. ianya berdasarkan dari enjin FZ6. biarpun model FZ6 tidak byk di pasaran M'sia namum ia telah terbukti diterima ramai di serata dunia terutamanya di Eropah. kini teknologi FZ6 diterapkan ke XJ6 di mana ia dikenali sbg adik kepada model naked XJR12 & XJR13. Pemasangan tempatan seharusnya menepati piawaian Yamaha & sudah pasti ini akan menjamin kualiti. kelebihan enjin 4 in-line cylinders berbanding 2 cylinders, top-end lebih memberangsang namun torque memberi kelebihan kepada enjin 2 silinder. Jadi bagi mereka yg sedang meninjau2 middle range bike, perlu fahami kemahuan & kehendak sendiri sebelum membuat pilihan. Tepuk dada tanya selera.

    Jika hendak dianugerahkan bintang, XJ6 saya berikan 4 dr 5. Saya dapat jangkakan model XJ6 baru ini akan mendapat sambutan HANGAT.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • Harry

      August 22, 2012 at 3:18 pm

      akan hangat sekiranya NAKED kerana penampilan yang garang berbanding fairing

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  10. Mork

    July 2, 2011 at 3:37 pm

    Moto mampu milik ... performance lebih baik dari ER6n, ER6F and Versy .... specification as mention below:-

    Engine type Liquid cooled, 4 stroke, DOHC, 4 valve
    Cylinder arrangement In-line, 4-cylinder
    Displacement 600 cm3
    Bore x Stroke 65.5 mm x 44.5 mm
    Compression ratio 12.2 : 1
    Maximum power 57.0 KW (77.5 PS) @ 10,000 rpm
    Maximum torque 59.7 N*m(6.1kgf*m) @ 8,500 rpm
    Lubrication system Force-feed lubrication, wet sump
    Carburetor type / Fuel supply Fuel injection
    Clutch type Wet, multiple disc
    Ignition system type TCI (Transistor controlled ignition)
    Transmission type Constant mesh 6 speed
    Final drive Chain

    CHASSIS
    Frame type Diamond
    Front suspension type Telescopic
    Wheel travel (front) 130 mm
    Caster angle 26°
    Trail 103 mm
    Rear suspension type Swingarm
    Wheel travel (rear) 130 mm
    Front brake Dual hydraulic disc brake
    Rear brake Hydraulic disc brake
    Front tyre 120 / 70 ZR17M/C (58W) (tubeless)
    Rear tyre 160 / 60 ZR17M/C (69W) (tubeless)
    DIMENSIONS
    Overall length 2,120 mm
    Overall width 770 mm
    Overall height 1,210 mm
    Seat height 785 mm
    Wheel base 1,440 mm
    Minimum ground clearance 140 mm
    Wet weight (including full oil and fuel tank) 211 kg
    Fuel tank capacity 17 L

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  11. zainal juru

    August 12, 2011 at 4:10 pm

    XJ6 ni x de versi naked ke? duit dah ada tp dok tunggu naked Version je la ni

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • imran

      August 24, 2012 at 6:16 pm

      betul la fairing x elok.saya pun tggu naked apasal x masuk m,sia hong leong ni nk untung kuat yg org tak mau dia org bawa masuk sini

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  12. sukeri-za zxtenr

    September 29, 2011 at 12:00 pm

    Top speed dah tentu lagi kuat dari er6 sebab 4 selinder....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  13. sukeri-za zxtenr

    September 29, 2011 at 12:03 pm

    Boleh tahan juga beratnyer yer...lebih kurang zx1o jer beratnyer.........................

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  14. angah ilo

    November 23, 2011 at 7:47 am

    speed dua2 motor ni lebih kurang sama. xj6 200kmh pun payah, er6 220 kmh boleh pi

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  15. Judd

    December 7, 2011 at 4:21 pm

    Kalau aku, top speed tu perkara kedua.
    Yang paling penting, sparepart & rupa je.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  16. LAN

    March 30, 2012 at 9:05 am

    4 silinder tak semestinye laju dr 2 silinder.. biasenye topspeed ditentukan oleh horsepower dgn torque(kuasa tujahan) top speed er6 lg laju sedikit dr xj6 (realiti di youtube), klu R6 jauh lagi laju la dr dua2 mesin ni..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  17. jiwa gempak

    August 23, 2012 at 12:03 am

    ape beza antara 2 silinder dgn 4 silinder?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  18. Rani

    September 22, 2012 at 10:09 pm

    Yang lebihnya yamaha xj6 ni mengunakan kuasa 4 slinder dapat mengelurkan bunyi lebih mantap dan tahap kuasa enjin yg lebih baik..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  19. din majid

    October 19, 2012 at 7:57 am

    woi xj6 ni tak dak naked ka kat malaysia

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>