Honda Stream RSZ 1.8 i-VTEC - Arena Kereta

Honda Stream RSZ 1.8 i-VTEC

Seorang sahabat saya sedang berkira-kira untuk membeli sebuah Honda Stream RSZ 1.8 i-VTEC dan bertanyakan saya beberapa soalan tentang model itu. Memandangkan Honda Stream RSZ ini sudah lama dilancarkan, saya tidak bercadang untuk menulis dengan panjang lebar berkenaan model itu.

Merujuk kepada laman sesawang Honda Malaysia, Stream RSZ tersedia satu varian sahaja di pasaran tempatan dengan enjin 1.8 liter SOHC i-VTEC. Kuasa maksimum yang dikeluarkan sebanyak 140ps dan 174Nm tork. Enjin berkuasa itu dipadankan dengan transmisi automatik 5-kelajuan, lengkap dengan paddle shift.

Sebelum ini saya menganggap Honda Stream merupakan sebuah station wagon seperti Toyota Caldina dan bukannya MPV. Tetapi di dalam laman sesawang Honda Malaysia menyebut, model itu mempunyai 7 tempat duduk. Melihat secara luaran keadaan fizikalnya, tempat duduk di barisan ketiga kelihatan boleh dimuat oleh kanak-kanak sahaja.

Model yang sering dibandingkan dengan Toyota Wish ini dijual pada harga atas jalan RM158,980.00, termasuk insuran. Dengan harga setinggi itu adakah berbaloi untuk memilikinya? Jawapannya ada pada kemampuan poket masing-masing.

Terbaik!(10)Booo~(0)

12 Comments

  1. apis

    June 3, 2011 at 9:40 am

    kpd yg minat,rasanya xde masaalah dgn hrga tu..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. zack

    June 8, 2011 at 11:29 am

    sya lbih suka design Stream lama krana lbih aerodinamik..
    tambahan pula design lama nmpk lg sporty dan garang bila masuk bodykit Modulo ngan spotrim 18 dan ke atas dan pkai adjustable kasi lowered..
    perghh,,mmg smart la...

    Terbaik!(0)Booo~(2)
  3. jas

    September 13, 2011 at 9:47 am

    rugi amik stream kawan
    terus amik abang dia...odyssey.
    besar n lbh kuasa 2.4L
    byk features dlm odc
    harga lebih kurang sama.
    cuma odc model recond tp mmg tip top
    sy pun pki odc.kalau nk tau lanjut boleh YM sy...nastaalviks.tq

    Terbaik!(0)Booo~(2)
  4. Lan C

    December 12, 2011 at 6:09 pm

    bro...sori tu say la..sy pakai stream baru..mmm..klu nk ckp pasal aerodinamik n nmpak sporty..of couse la..stream baru..dri stream lama.. Lampu dpan pn..dh tkleh lawan..cun jauh dr stream lama.. Ntah la.. Bawak..fuuss..sumbat ramai mana pn..still power bro..

    Terbaik!(4)Booo~(1)
  5. spike

    January 8, 2012 at 12:29 pm

    lg bagus pakai starex ader 12 seat dr pakai rsz dgn 6 seat jer...x berbaloi

    Terbaik!(0)Booo~(3)
    • Audi A4 tfsi Quattro

      February 12, 2012 at 9:26 pm

      Baik pakai bas mini
      Stream dan starex dlm kategori berbeza

      Terbaik!(2)Booo~(2)
  6. nuaq

    January 28, 2012 at 3:29 pm

    memang tak pernah menyesal amik stream ni. terbaik, dan sangat selesa.

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  7. mr apy

    January 28, 2012 at 4:17 pm

    terpulang kepada poket masing2... minat itu beli itu, minat ini beli ini... kepuasan sendiri tidak mengira ape jenis kenderaan itu... setujukan? ape beli lamborghini, 2 seat, mcm moto, dh la mahal gila... tapi dh die mampu... fahamkan maksud saya...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  8. MrDDR

    January 28, 2012 at 8:30 pm

    Tak tahu la stream nih power ker tak. Dari pengalaman aku memiliki fd1 nih rasa tak la power sangat pon. ni kan pula MPV. FD1 ngan stream kan enjin yang sama.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  9. ridzuan mohamad

    February 2, 2012 at 12:48 pm

    ada sapa2 yg nak jual bumper depan & belakang HOnda Stream RSZ tahun 2011 boleh call saya ....012-6198176 wan.

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  10. pesal

    April 20, 2012 at 2:58 am

    kepuasan pemanduan sebenar...

    Terbaik!(1)Booo~(0)
  11. Jau

    April 21, 2012 at 6:10 pm

    Stream bru ok cuma saje je wife aku nk vellfire 2012 plak alsan dia "anak kita ramai" n senang nk bwk mak ayah katanya lah(wife aku ke mana saje mesti dia bwak jln2 trmasuk ler mak ayah aku).my opinion... stream ialah keta yng sngt brpatutan harganya.Yng pnting apa keta skalipn tetap bgus bila xwt hal d tngh jln... jgn rosak n brasap xtntu psal...bezanya cuma keselesaan ikut kesesuaian msing2.Betoi x?

    Terbaik!(0)Booo~(2)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>