Perodua Myvi Elegance - spesifikasi dan harga - Arena Kereta

Perodua Myvi Elegance – spesifikasi dan harga

Malam ini merupakan penamat kepada penantian terhadap model kompak generasi terbaharu Perodua Myvi, dilancarkan pada jam 9.00 malam oleh Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putra World Trade Centre (PWTC). Saya masih belum berkesempatan melihat Myvi baru di bilik pameran memandangkan lawatan saya ke ‘showroom’ di Pekan Gurun, Amanjaya dan Taman Sejati Indah petang tadi agak hampa, Perodua Myvi 2011 masih dalam ‘selimut’, bermakna esok baru saya boleh melihatnya.

Walau apa pun, malam ini saya akan menulis serba sedikit berkenaan salah satu varian Perodua Myvi baru, iaitu Perodua Myvi Elegance, berdasarkan brochure yang ada di tangan saya. Kesemua model terbaru Myvi 2011 dilengkapi enjin 1.3 liter, di mana enjin 1.0 liter telah digugurkan dari senarai. Antara faktor kenapa Perodua tidak lagi menawarkan Myvi 1.0 liter ialah sambutan dan minat yang kurang dari pembeli, terutamanya disebabkan pengurangan kuasa enjin yang ketara berbanding model 1.3, selain tahap penggunaan petrol yang kurang efisien.

Perodua Myvi Elegance merupakan varian dengan spesifikasi paling tinggi berbanding dua varian lain iaitu Premium dan Standard. Ukur panjang Myvi baru ini 3765mm, lebar 1665mm dan tinggi 1545mm.  Jarak titik rodanya pula sepanjang 2440mm. Berat kering (kerb weight) Myvi Elegance bagi versi SXE (manual) ialah 975kg manakala versi EZE (automatik) ialah 985kg, perbezaan sebanyak 10kg.

Beralih ke bahagian teknikal yang agak kontroversi, ramai yang salah faham apabila menyangka Perodua Myvi baharu menggunakan enjin baru seperti Daihatsu Boon 2010 atau Toyota Passo 2010. Hakikatnya Perodua Myvi generasi kedua ini masih menggunakan enjin lama dengan kod K3-VE, DOHC 16 Valve dengan sistem DVVT. Kuasa kuda yang dihasilkan sebanyak 90hp@6,000rpm dan tork maksimum terhasil pada angka 117Nm@4,400rpm. Sistem transmisi kekal serupa, manual 5 kelajuan dan automatik 4 kelajuan.

Enjin lama dengan sistem Electronic Fuel Injection (EFI) ini sebenarnya masih lagi bagus, di mana menurut Perodua tahap ekonomi bahan apinya adalah lebih menjimatkan berbanding model Myvi sebelumnya. Semua itu disumbangkan oleh faktor rekabentuk Myvi baru yang lebih aerodinamik dan bersaiz lebih kompak. Kapasiti tangki minyak pula boleh diisi maksimum 40 liter, lebih dari cukup untuk perjalanan yang agak jauh.

Sistem brek tiada sebarang perubahan, masih mengekalkan brek cakera di depan dan brek drum di belakang. Cuma saya berharap tahap pemberhentian Perodua Myvi baharu ini terutamanya untuk versi high-line Elegance, daya cengkaman breknya lebih baik dan streng tidak akan bergegar apabila dibrek dengan kuat dan secara tiba-tiba. Sistem suspensi seperti yang ditulis di dalam brochure adalah seperti berikut ; Front – MacPherson Strut with coil spring; Rear – Torsion Beam with coil spring. Apa pun, saya merasa selesa dengan Myvi lama, jadi sudah pasti Myvi Elegance akan memberikan perasaan yang sama (atau mungkin lebih baik).

Masih lagi di bahagian luaran (exterior), antara perubahan utama yang dapat dikesan sekilas pandang ialah lampu utama di depan. Kali ini lampu utama dilengkapi lampu jenis projektor dan rekabentuknya bagi saya sangat menarik dan sporty. Ianya juga tersedia lampu kabus di bahagian bampar di bawah lampu utama. Cermin sisi menampilkan teknologi terbaru untuk model Myvi, apabila ia kini boleh dilipat secara elektronik, juga tersedia lampu isyarat untuk membelok.

Antara yang terbaru pada Myvi Elegance ini merupakan pemasangan lapisan penebat haba (tinted film) untuk semua cermin. Menurut Perodua, ianya memberikan perlindungan dari sinar Infra Red, Visible Light (VL) dan Ultra Violet (UV) dengan berkesan, di samping memberikan lebih perlindungan dan suasana di dalam kabin lebih nyaman.

Antara ciri-ciri lain di bahagian luaran Perodua Myvi Elegance seperti pemegang pintu di bahagian luar dengan warna krom, spoiler belakang bergaya, kombinasi lampu belakang menarik dengan rekaan baru, skirting depan, tepi dan belakang, ‘side door moulding’ di sisi pintu, dan tiang pillar diwarnakan hitam untuk gaya lebih sporty. Tidak dilupakan rim aloi bersaiz 14 inci disaluti tayar dari siri 175/65 R14. Bagi saya bahagian luaran Myvi Elegance sangat bergaya, sporty dan menampilkan ciri-ciri lebih maskulin.

Menyentuh bahagian dalam (interior) seperti mana yang diwar-warkan oleh Perodua sebagai ciri utama yang bakal menarik minat pembeli, papan pemuka kini berwajah baru dengan rekaan lebih menarik dan mempunyai dua tona warna. Versi automatik memperlihatkan tuil gear diletakkan pada posisi di papan pemuka dan dilengkapi butang pelepasan dan kunci (Dash-mounted Gear Shift & Shift Lock Release Button).

Kedudukan tuil gear bagi versi manual masih sama seperti model Myvi lama, namun apa yang saya rasa agak ‘kurang’ ialah apabila ruang kosong di bahagian gear untuk versi automatik telah dikosongkan untuk versi manual. Bagi saya adalah lebih ‘cantik’ jika ruang tersebut ditutup sepenuhnya, atau diisi dengan peralatan lain. Mungkin Perodua ada sebab-sebab tertentu, atau ruang kosong itu sendiri ada fungsinya yang tersendiri.

Bahagian paling menarik sudah pastinya di bahagian meter dengan gaya baru hasil kombinasi meter optitron dengan kesan 3D. Warna biru kehijauan yang dipaparkan terang terasa amat sesuai sekali bagi meninggalkan kesan pandangan yang menyenangkan, terutamanya apabila memandu di waktu malam. Nasib baik Perodua tidak melakukan uji kaji dengan meletakkan meter speedometer di tengah-tengah papan pemuka seperti Toyota Vios, jadi posisi dan rekaan konsol tengah kali ini bagi saya lebih menarik berbanding model Myvi terdahulu.

Antara ciri-ciri menarik dan terbaru di bahagian meter kali ini ialah terdapat penunjuk jumlah baki petrol dan berapa jauh perjalanan boleh dilakukan dengan baki petrol tersebut, sesuatu yang amat berguna untuk pemandu. Pemegang pintu di bahagian dalam yang digunakan untuk membuka pintu menampilkan citarasa mewah, disaluti krom dan bahagian perehat tangan diberikan kesan ‘carbon fibre’.

Perodua Myvi Elegance dilengkapi kusyen berbalut kulit, menampilkan citarasa premium dan keselesaan pada tahap maksimum untuk pemandu dan penumpang di dalamnya. Beg udara (airbag) dibekalkan standard bagi semua jenis varian untuk pemandu dan penumpang depan. Suis power window untuk keempat-empat cermin juga merupakan peralatan standard, dan apa yang saya harapkan kali ini ianya lebih berkualiti dan tidak mudah rosak. Perodua Myvi versi 2005-2010 sangat ‘familiar’ dengan kerosakan suis di setiap bahagian pintu, termasuk suis utama berdekatan pemandu.

Selain itu, Perodua Myvi versi Elegance ini turut menampilkan kelainan apabila tampil buat pertama kali dengan panel skrin sesentuh multimedia pelbagai fungsi bersaiz 6 inci dengan keupayaan sistem GPS terbina dalam, pemain DVD, Bluetooth dengan fungsi bebas tangan, teknologi SRS, TruBASS dan FOCUS serta mempunyai port penyambungan USB yang begitu popular ketika ini. Merujuk kepada brochure, karpet di bahagian lantai turut tidak dilupakan Perodua apabila tampil dengan rekaan eksklusif. Di bahagian pemandu, karpet tersebut disediakan dua skru untuk mengunci karpet tersebut agar ianya tidak beralih dari kedudukan asalnya, memang bijak.

Ciri baru lain seperti pengendalian pemanduan yang kini dibantu dengan teknologi ‘Electric Power Steering’ (EPS), yang mana teknologi tersebut membantu pengendalian dengan lebih cemerlang dan stabil pada kelajuan tinggi. Apa yang saya faham, pada kelajuan tinggi, stereng tidak akan bergegar, menjadi lebih berat dan membantu kereta menjadi lebih stabil, seterusnya menjadikan pemanduan lebih selesa dan menyeronokkan.

Untuk bahagian keselamatan, Perodua myvi Elegance tampil dengan sistem ABS (Anti-Skid Braking System) bersama EBD (Electronic Brake-force Distribution) dan BA (Brake Assist). Ianya turut dilengkapi sistem anti pencuri apabila dipasang standard sistem penggera dan immobiliser. Selain itu di bahagian dalam, terdapat sistem ‘ISOFIX child restraint’ untuk keselamatan kanak-kanak.

Untuk makluman anda, ruang bagasi dibelakang untuk model Perodua Myvi 2011 kini hanya seluas 208 liter berbanding 225 liter untuk Myvi lama, bermakna pengurangan ruang simpanan barang-barang sehingga 17 liter. Menurut Perodua, perubahan tersebut disebabkan oleh apa yang dikatakan Perodua sebagai “increased couple distance (front to rear) and thicker padding for the rear seats”.

Perodua Myvi Elegance tersedia tiga jenis warna sama ada solid atau metalik, antaranya Mystical Purple (metalik), Ebony Black (metalik), dan Ivory White (solid). Namun jika anda berminat dengan warna Mystical Puple yang menawan itu, anda perlu menunggunya sehingga bulan Ogos depan, buat masa sekarang warna tersebut masih belum dikeluarkan. Saya sendiri tidak faham kenapa warna tersebut menjadi begitu eksklusif ketika ini.

Harga paling terbaru yang saya perolehi tadi untuk Perodua Myvi Elegance seperti berikut ;

1) Perodua Myvi Elegance SXE (M) Solid – RM53,900.00

2) Perodua Myvi Elegance SXE (M) Metalik – RM54,400.00

3) Perodua Myvi Elegance EZE (A) Solid – RM56,900.00

4) Perodua Myvi Elegance EZE (A) Metalik – RM57,400.00

Dengan harga minima RM53k dan maksima RM57k, saya berpendapat Perodua Myvi Elegance, walaupun sedikit mahal, masih merupakan pembelian yang berbaloi. Mungkin ada yang agak keberatan untuk memilikinya, tetapi melihat kepada ciri-ciri yang ditawarkan, bagi saya ini merupakan pilihan yang sesuai bagi mereka yang mahu mendapatkan sebuah Myvi baru dengan spesifikasi lebih lengkap. Apa pun, pilihan bergantung kepada citarasa masing-masing dan juga kemampuan berapa jumlah wang yang mampu kita keluarkan kepada pihak bank setiap bulan.

Jika berminat, apa yang perlu anda lakukan kini hanyalah dengan mengatur langkah pertama menuju ke bilik pameran Perodua esok. Majlis pelancaran rasmi Perodua Myvi 2011 baharu sudah selamat disempurnakan oleh TPM di PWTC, esok tiba masanya untuk kita semua melihat dengan lebih dekat pengganti bagi model terlaris 5 tahun berturut-turut itu.

Terbaik!(0)Booo~(0)

32 Comments

  1. imddin S.P

    June 17, 2011 at 12:22 am

    Saiz semakin kecil tapi harga semakin mahal kereta buatan Perodua ni..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. khai

    June 17, 2011 at 12:29 am

    myvi elegance mmg ckup lengkap dan menarik..tapi saya rase varian premium sudah mencukupi dan mungkin varian paling byk ditempah...saya rase salah satu tindakan perodua tidak melancarkan skali dengan 1.5 mgkin disebabkan harga nye tidak bgtu jauh dengan elegance 1.3...jikalau dilancarkan sekali mgkin pembeli lebih memilih 1.5 menyebabkan model elegance kurang mendapat sambutan...mgkin model elegance menjadi tanda aras perodua dalam tempoh sebelum pelancaran 1.5...jika kurang mendapat sambutan,maka model 1.5 akan cuba 'backup' model elegance supaya dapat menampung kekurangan jualan...itu pendapat saya....

    Terbaik!(1)Booo~(0)
    • fauzan

      June 17, 2011 at 10:31 am

      mmm.... tempahan dah mencecah 10,000. Nie bakal jadi best sell utk segment compact car kat m'sia. Agree, 50% yg menempah adalah dari varian premium. Apa2 pun saga fl masih best sell utk segment low cost sedan.:)

      Kat m'sia nie majoriti pembeli lihat berapa bulan2 diorg bleh bayar selain standard luaran kena menarik dll. Letak ar harga model mcm mana selagi mampu milik, asal bulan2 mampu bayar tu dah kira murah walau at the end bila culculate overall harga agak sedikit mahal:)

      Walau model nie derive dari chasis daihatsu/toyota dari model passo/serion, perubahan bumper depan lebih menarik dari model abangnya di jepun:) interior design bahagian cabin termasuk dashboard kalau dibuat perbandingan secara objektif mmg lebih advance dari passo/serion. Panel meter juga menarik dah sama seperti teknologi panel meter toyota camry. Exterior design pun dah lebih aerodynamik dan sumber mengatakan rekaannya ini penyumbang 4% kurang penggunaan minyak (model manual) hasil daya seretan angin ketika bergerak dan 15% kurang penggunaan minyak (model automatik) berbanding model myvi sebelumnya. Cuma yg tak bestnya bab enjin; Masih guna enjin lama. Mmg diakui masih baik tapi bila model passo/serion pula dpt enjin yg lebih baik dan efisien... dah seperti second class jer bagi kat rakyat m'sia:(

      Apa2 pun industri permotoran domestik akan menjadi semakin rancak dgn kelahiran model myvi baru nie. Nie blum lagi proton plak lepas nie keluar dgn pelbagai model segmen.

      happy motoring n cheers!

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • kurangASAM

      June 22, 2011 at 2:32 pm

      yaah..betul tu..myvi 1.5 baru le sama standart dengan mana-mana keta

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. along

    June 17, 2011 at 1:23 am

    rm68k untuk 1.3cc??,"build car,people 1st"....iyola tu...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. karim

    June 17, 2011 at 2:31 am

    aduh kurang menarik rekaan door panel. berwarna putih dan cerah seperi itu mengundang cepatnya kotor, terutama jika bawak budak2. bahagian bawah panel hadapan / dash board juga berwarna putih. alangkah bagusnya jika keseluruhan warna gelap.

    leather seat pn dh gelap, barulah matching.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  5. samsul

    June 17, 2011 at 8:43 am

    Tapi takde audio controler kat stereng

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  6. Celoteh

    June 17, 2011 at 8:47 am

    huhuhu... daya pikiran designer perodua mmg advance.. Myvi baru ni nmpk mcm rekabentuk Kartun hahaha.. ttg hrga plak x masuk akal langsung trlalu mahal & tak mmpu utk dimiliki oleh generasi muda.. Tahniah Perodua !!

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • CIK AIDA

      September 21, 2011 at 6:15 pm

      setuju ngan u CELOTEH agak mahal....
      baik beli Honda City model baru but second...
      Hga dah x jauh dah lari..yg penting kualiti..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  7. zam

    June 17, 2011 at 9:20 am

    Aku dah lihat Myvi baru ni.. tapi amat mengecewakan.
    a. Pintu tidak padat & mantap apabila ia ditutup berbanding Myvi lama.
    b.Buatan plactic dipintu yg kasar..tah ape2
    c. Dashboard yg tinggi, rata mcam papan lapis
    d. Player standard & premium buttonnya besar & dicoverkan dgn alah2 sticker
    e. Design bumper dpn memang kureng tak macam yg lama..

    Bagi aku memang kecewa.. yg lain ok..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  8. Jessie8600

    June 17, 2011 at 9:58 am

    Semalam dah pegi tengok Myvi Elegance ni, interior feels rather luxurious with the black leather seat & touch screen panel. The new design front & rear lamp menunjukkan perbezaan ketara dengan myvi yg lama. From the front memang show the 'elegance', but from the back (lamp, bumper, etc) takdelah 'elegant' sangat, only the word 'elegance' la ada kat situ.. Overall I pun nampak design sporty yang agak 'kartun'... sebab kereta sporty takde yg 'bulat' betul tak? Overall lagi sekali, masih 50-50 la pasal nak proceed ke tak sebab booking dah buat utk Myvi Extreme... Hopefully the performance of the car would make up for the funny design la. All the best Perodua!

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • kurangASAM

      June 22, 2011 at 2:29 pm

      [ Overall I pun nampak design sporty yang agak ‘kartun’… sebab kereta sporty takde yg ‘bulat’ betul tak? ] heheheheheh..lucuh ayat tu...betul tu ferrari or lamborgini atau mana2 kereta sport ama ada bentuk "bulat"..heheheh..dah tu 1.3 pulak je...hahahahah..

      apapun aku beli jugale myvi ni untuk org rumah aku...heheh..cukup le aku guna keta yang ada vtec je...

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  9. aku lah

    June 17, 2011 at 10:20 am

    aku punya persona-E br 52,999.00...1.6 lak 2... berbaloi ka, dgn harga nie tp dapat 1.3 ja?????

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • CIK AIDA

      September 21, 2011 at 6:17 pm

      x berbaloi....tp aku minat gak ngn MyV ni..odel lama la..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  10. khai

    June 17, 2011 at 12:11 pm

    korang tau x bapa harga kat pasaran jenis multimedia pelbagai fungsi.ada gps,ada bluetooth,ada dvd,usb yang terdapat pada myvi elegance kalo di beli berasingan?

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • samsul

      June 17, 2011 at 12:24 pm

      klu brand baik , cam clarion, sony,kenwood dan lain2 lagi , dlam rm1xxx keatas je

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • aqis

        August 1, 2011 at 12:04 pm

        Serius..nk cari gak ade yg ade kat myvi elgance beli berasingan ..dia punye multimedia..klu tau tlg kasi tahu..=)

        Terbaik!(0)Booo~(0)
  11. RED ART

    June 17, 2011 at 3:31 pm

    Kereta keluaran perodua boleh dikatakan mempunyai tahap rekaan yang memuaskan terutama pada keluaran myvi, tapi kekurangan yang ada pada perodua ialah dari segi harga, terlalu mahal untuk sebuah kereta yang berkapasiti 1.3.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  12. RED ART

    June 17, 2011 at 3:37 pm

    perodua sepatutnya mengeluarkan kereta yang sepadan dengan nilai yang diletakkan, contoh keluaran myvi yang baru sepatutnya menggunakan enjin berkapasiti 1.5,mungkin berbaloi untuk harga 50k keatas, namun kesilapan besar perodua ialah dengan tersebarnya gambar myvi extreme 1.5, sudah tentu pengguna akan menantikan model tersebut berbanding model yang baru dilancarkan.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  13. Anonymous

    June 17, 2011 at 8:29 pm

    Harga x berpatutan dengan Brand kereta, Harga plak hampir sama dengan kereta luar, mcm toyota vios 1.5 RM70k+, kalau nak bandingkan dengan kereta malaysia, jauh bezanya. 1/1000. sepatut kereta harga biar mampu milik, kalau main 50K ke atas, org kaya je yang mampu milik, huahauhauhaua.. buat la harga 30k kebawah ke, baru la mampu milik bunyinya.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  14. Rear

    June 17, 2011 at 11:12 pm

    temanya nmpak myvi tpi berangan bawak brabus. baik beli saga kete yg berbaloi dengan harga. takkan nak pakai myvi yg mahal ni sampai bile2.. lame2 ble kuar toyota/honda yg 50-60k merasa lah!

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  15. Cikgu Basori

    June 18, 2011 at 7:28 am

    Tahniah produa. Bagi saya Myvi baru elegence sangat cantik dan merupkan kereta kompak yang sesuai buat masa kini.Bagi saya harga berpatutan berbanding kereta kompak lain.Kita jangan bandingkan dengan kereta lain yang harganya lebih rendah , sebaliknya kita bandingkan penggunaan minyak ,kegunaan harian , keselesaan pemanduan dan aspek lain yang dimiliki oleh myvi.Kesimpulannya kereta ini sesuai untuk kereta kedua keluarga dan kereta pertama itu lu fikirlah sendiri.....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • RED ART

      June 21, 2011 at 10:04 am

      harga myvi baru sangtlah mhl.. penggunaan minyak tu boleh dikatakan isu lama kerana kebanyakkan kereta yang dikeluarkan pada hari ini menpunyai sistem 'fuel saver', apa yang perlu dibimbangkan ialah dari segi kesetabilan kenderaan itu sendiri, sbg contoh saya mempunyai perodua kembara 1.3 berat kasar 1300 kg, manakala myvi hanya mempunyai berat kasar 980 kg sahaja? lu fikirlah sendiri selamat ke tidak, kene angin lintang melayang terus..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
      • -

        September 21, 2011 at 7:50 pm

        bernas ...

        Terbaik!(0)Booo~(0)
  16. kurangASAM

    June 22, 2011 at 2:21 pm

    guaah tak minat le tengok myvi ni harga memang mahal..tak wajar le...design tu ala-ala biasa je tak juga sporty sangat..interior dalam dah nak ikut design proton je..mcm gen2...apepun tak berbaloi sangat harganya....tapi saya percaya perodua masih pilihan utama no.1 jualan tertinggi di malaysia..kira oklah dah 6 tahun berturut-turut. proton pulak dah no.1 sejak tahun 1985-2003.... kira oklah proton dah bagi chan...

    apapun kedua proton dan perodua masih tak mampu terokai pasaran asia..apa barang jual setakat malaysia je..jadi le macam toyota,nissan dan dll yang memperbanyakan jenis keluaran. dari trueno hingga ke supra.. macam juga nissan dah hampir jenis 101 model dikeluarkan...

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  17. ZAKIAH BINTI ZANUDIN

    August 1, 2011 at 9:46 am

    betul la mahal myvi baru ni.saya baru cadang nak beli tapi cancel la baik beli proton persona lebih kurang je harganya

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  18. rahman sallehin

    August 1, 2011 at 11:41 am

    Puan Zakiah, ambik Persona Elegence.
    Kereta sedan kelas C; same class as Toyota Vios dan Honda City.
    Harga pun lebih kurang daripada MyVi baru ini.
    Kereta ada bonet, tempat duduk luas dan dilengkapi dengan accessori premium.

    Harga Proton Persona Elegance :

    Base Line (M) RM46,499.00
    Base Line (A) RM49,499.00
    Medium Line (M) RM52,999.00
    Medium Line (A) RM55,999.00
    High Line (A) RM59,499.00

    MyVi Elegence 1.3 A baru jer RM57,908.00 dan itu hanya compact car.
    In long term wise; mengikut purata rakyat Malaysia yang menukar kereta 9 tahun sekali; Persona Elegence memang berbaloi dari segi harga dan ciri-ciri tambahan yang ditawarkan.

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  19. PENGKRITIK BIKIN TAKUT/kurangASAM

    August 1, 2011 at 2:46 pm

    myvi baru kurang cantik..lampu depan mcm tak memiliki keseragaman...menyebabkan bentuknya kelihatan agak pelik..lagipun dah kurang populariti myvi baru ni dan saiz kelihatan sprti keta kecil dan harga juga mahal..tak berbaloi terutama yang dah berkeluarga..berbanding design myvi lama yang agak mantab dan saiz yang luas.....

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  20. ewan

    August 5, 2011 at 10:13 pm

    salam.. macam mane nk booking melalui online ni???????????

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  21. en.sham

    August 6, 2011 at 12:19 am

    salam ,utk pembaca blog arena kereta.com ni.utk tempahan @ pertanyaan blh hubungi sy melalui email atau telefon.penghantaran seluruh malaysia.utk chery easter/proton/perodua/hyundai tanpa booking fee sehingga loan lulus.sms sy,sham 0145299040 @email sy di samzymss@gmail.com.diskaun bh runding.tertakluk terma dan syarat.tq

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  22. braderjay/facebook.com-darth vader

    September 18, 2011 at 11:11 pm

    akm kwn2..
    aku ada mivi se 2009 yg masih tip top....nak lego nih sbb nk ambik mivi extreme..sape brminat contact gua k....012 7181340..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  23. shaj

    January 25, 2012 at 2:25 am

    Pada mulanya dah booking myvi elegance tapi rasa macam tak bestlah dia punya interior macam kartun especially deskboard area. At last I cancel the booking and now in the process of buying Vios G Limited. Harganya berbaloi dengan kuality. Comfortable and happy.

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>