Perodua Myvi Standard & Premium - spesifikasi dan harga - Arena Kereta

Perodua Myvi Standard & Premium – spesifikasi dan harga

Selain daripada varian Elegance, Perodua Myvi 2011 baharu juga didatangkan dengan dua varian lain pada harga yang lebih berpatutan, Standard dan Premium. Perodua Myvi Standard mempunyai dua versi SX dan EZ manakala Myvi Premium tampil dengan versi SXi dan EZi, kedua-duanya tersedia pilihan gear manual 5 kelajuan dan automatik 4 kelajuan. Enjin K3-VE yang digunakan masih sama seperti model Myvi terdahulu, tetapi dengan talaan yang berbeza untuk disesuaikan dengan kerangka dan badan Myvi baharu.

Varian Standard dan Premium mempunyai beberapa perbezaan dari segi rekaan eksterior dan interior. Contoh pertama di bahagian eksterior ialah Myvi Standard tidak didatangkan dengan rim aloi berbanding Premium, sebaliknya menggunakan rim besi dengan penutup plastik.

Saiz rim dan tayar bersaiz 175/65 R14 standard, sama seperti Elegance. Myvi Premium juga mempunyai ciri lebih mewah di bahagian cermin sisi yang kini boleh dilipat secara elektronik, memberi kelebihan untuk masuk ke ruang sempit ketika meletak kereta.

Varian standard juga tidak dilengkapi lampu kabus seperti Premium dan kedua-duanya tidak dilengkapi kit badan penuh seperti Myvi Elegance, kecuali Myvi Premium dilengkapi spoiler belakang sporty. Lampu utama kedua-dua varian merupakan rekaan terbaru, dari jenis projektor yang lebih bergaya dan menarik, begitu juga lampu belakang rekaan baru berkombinasi yang menyerlahkan pandangan dari belakang.

Bahagian dalam memperlihatkan papan pemuka dengan dua tona warna, gelap di bahagian atas dan cerah di bahagian bawah. Panel pintu mempunyai tona warna cerah untuk memberikan kesan lebih luas ruang kabin. Kusyen dilengkapi fabrik gred standard untuk Myvi Standard dan fabrik gred tinggi untuk Myvi Premium.

Kusyen kulit hanya tersedia untuk Myvi Elegance. Papan pemuka masih sama untuk kedua-dua varian, dilengkapi panel sistem audio menarik lengkap dengan pemain CD/MP3/WMA dan varian Premium mempunyai kelebihan penyambungan USB dan Bluetooth.

Kombinasi meter dengan kesan 3D sememangnya menarik untuk kedua-dua varian, di mana Myvi Standard mempunyai paparan iluminasi warna Amber (kuning) manakala Premium dengan paparan iluminasi warna Turquoise (biru kehijauan). Antara ciri menarik disediakan bersama paparan meter baru ialah penunjuk jumlah petrol yang berada di dalam tangki dan berapa jauh perjalanan yang masih boleh dilakukan, sangat praktikal kepada setiap pemandu.

Kedudukan tuil gear terbaru bagi versi automatik antara perubahan terbaru dari Perodua, di mana kini ianya terletak di posisi papan pemuka, memudahkan pemandu untuk mencapainya, selain terdapat butang kunci dan lepas ( shift lock & release button). Menurut Perodua, walaupun Myvi baharu ini sedikit kompak, ruang kabin masih lagi luas terutamanya ruang kaki penumpang, namun ruang kepala penumpang belakang tidak lagi seluas Myvi lama.

Stereng kuasa kini dilengkapi teknologi terbaru untuk kedua-dua varian iaitu ‘Electric Power Steering’ (EPS), memberi lebih keselesaan dan keseronokan sewaktu memandu malah praktikal pada kelajuan tinggi. Tidak dilupakan beg udara keselamatan standard untuk pemandu dan penumpang depan, namun ciri keselamatan lain seperti ABS, EBD dan BA hanya tersedia untuk varian Premium. Kedua-dua varian dilengkapi sistem penggera dan immobiliser anti pencuri, sistem keselamatan ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak dan pengesan undur (reverse sensor).

Antara bahagian yang sering dibandingkan dengan pesaingnya ialah ruang bonet belakang, kali ini ruang tersebut hanya boleh mengisi barangan seluas 208 liter berbanding Myvi generasi pertama dengan keluasan 225 liter. Jika kerusi belakang dilipat sepenuhnya, ruang pengisian barang-barang meningkat sehingga 595 liter, namun masih berkurangan dari Myvi lama dengan keluasan 630 liter. Isu ruang bonet belakang sebuah kereta bernama Myvi agak sensitif namun kebanyakan pembeli mempunyai alasan-alasan lain untuk memilikinya.

Myvi baharu ini dikatakan lebih kompak berbanding model asalnya, ini boleh dilihat pada saiz panjangnya, di mana versi 2005-2010 dengan kiraan panjang 3,750 mm manakala versi 2011 dengan jarak panjang 3,690mm, berkurangan sebanyak 60mm. Saiz lebar pula pada angka 1665mm dan ketinggian 1545mm, dengan jarak titik roda sebanyak 2440mm. Walaupun sedikit kompak di bahagian luaran, ini tidak memberikan kesan kepada bahagian dalaman, di mana menurut Perodua rekaan Myvi baharu menjadikannya tetap luas dan selesa.

Adakah Myvi baharu ini menjimatkan minyak dan lebih efisien berbanding generasi sebelumnya? Dengan kuasa 90hp dan 117Nm tork, serta berat kering bagi Myvi Standard SX sebanyak 950 kg, EZ 960 kg, Premium SXi 960 kg dan EZi 970 kg, Perodua dengan yakin mengatakan faktor tersebut dengan rekaan badan lebih aerodinamik membolehkan penjimatan petrol sebanyak 4 peratus untuk versi manual dan 15 peratus untuk automatik apabila dibandingkan dengan Myvi versi sebelumnya.

Perodua Myvi Standard dan Premium didatangkan dengan pilihan enam jenis warna, antaranya Mystical Purple, Ebony Black, Medallion Grey, Glittering Silver, Pearl White dan Ivory White. Warna Pearl White merupakan cat ‘special metallic’ manakala Ivory White hanya tersedia cat solid. Empat lagi warna kesemuanya menggunakan cat metalik. Namun warna Mystical Purple ketika ini begitu eksklusif, di mana pelanggan hanya boleh memiliki kereta Myvi baharu dengan warna tersebut mulai bulan Ogos yang akan datang.

Berikut ialah senarai harga Perodua Myvi 2011 Standard dan Premium -

1) Standard 1.3 SX (M) Solid – RM43,900.00

2) Standard 1.3 SX (M) Metalik – RM44,400.00

3) Standard 1.3 SX (M) Pearl White – RM44,800.00

4) Standard 1.3 EZ (A) Solid – RM46,900.00

5) Standard 1.3 EZ (A) Metalik – RM47,400.00

6) Standard 1.3 EZ (A) Pearl White – RM47,800.00

7) Premium 1.3 SXi (M) Solid – RM46,900.00

8 ) Premium 1.3 SXi (M) Metalik – RM47,400.00

9) Premium 1.3 SXi (M) Pearl White – RM47,800.00

10) Premium 1.3 EZi (A) Solid – RM49,900.00

11) Premium 1.3 EZi (A) Metalik – RM50,400.00

12) Premium 1.3 EZi (A) Pearl White – RM50,800.00

[nggallery id=278]

Terbaik!(4)Booo~(0)

18 Comments

  1. Saifulz

    June 17, 2011 at 12:52 pm

    New Myvi 1.3 maybe can defeat Proton Saga 1.3, but not Proton Saga 1.6L. Increasing sales of New Myvi 1.5 next year will decrease sales of Perodua Alza, means it killing Perodua Alza's sales. Wonder New Myvi 1.5 can defeat Proton Persona Elegence 1.6...hehehe..can't wait what will happen to Perodua after Proton Emas and Proton Tuah are launch..

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. fauzan

    June 17, 2011 at 4:27 pm

    mmm... the choice is urs! setiap segment kereta ada pasarannya:) Cuma kuantiti tu ada la turun naiknya n ada segment fofular atau tak:)

    cheers!

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. kurangASAM

    June 22, 2011 at 2:08 pm

    macam lebih-lebih lah pulak myvi ni..alamekkk..cuma apasal design interior nak ikut-ikut design protonlah pulak…hancus…adui…
    lagi satu perodua perlu sedar sampai bila nak bergantung design myvi ni…adakah sehingga tahun 2020 masih design myvi..compak2 dah tak main…sedangkan mungkin masa tu pengeluar kereta lain dah buat design ala2 ferrari…
    ..cuba fikir lama2 MUAK org tengok design myvi ni….
    harap moto je lebih “lagi best” ..ferrari pun tak guna moto macam tu..geli den dengar..heheh…

    ..and aku nak kutuk proton jugak…proton dah banyak keluaran….kereta yang best2 semua mahal..hanya saga je murah..tapi design tu tak best..heheh..jgn marah..

    BERKHIDMAT UNTUK BANGSA
    Bekerja,Berusaha,Bergaya

    saya yang menurut perintah,

    (PEMILIK AVANZA)

    Terbaik!(0)Booo~(7)
    • sally

      February 6, 2013 at 7:40 am

      ala nak kutuk perodua n proton macam la kau pakai ferarari@porche. Setakat avanza je kot

      Terbaik!(3)Booo~(0)
    • putih melati

      July 16, 2013 at 8:55 am

      ha kepda kurang asam tu mulut ang cabul btl..ang baru pkai avanza bikin kecoh..setakat pkai avanza toksah nk bising la aku ni peminat myvi n aku sokong je sume keluaran bumiputera ang toksah dok kalut p main jauh2..keta ang tu ketinggalan zaman huduh aku tgk....maaf la ye.,hehe

      Terbaik!(6)Booo~(0)
    • Pooyen yenn

      March 4, 2014 at 2:10 pm

      X baik begitu... Sye gune toyota alphard untuk long distance.. kerje naik preve..org rumah gune myvi anak gune viva.. X de masalah sampai skrg.. Ape lagy yg kurng dgn perodua dan proton.. Rezeki masing2.. Kite beli ikot kemampuan..

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  4. ha ha

    June 23, 2011 at 8:33 pm

    myvi takut dengan kemunculan kereta kompak terutamanya dari korea..Picanto versi baru mula menjadi bualan mulut peminat kereta kompak dan mungkin jika Picanto menawarkan 5 tahun warranty with unlimited mileage..!!

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  5. ntahapa2

    September 23, 2011 at 5:55 pm

    Saifulz : proton da xleh pergi mana da..jadi beban pada negara..perlu suntik modal dahulu...takut bangkrap...mahathir suh tutup je :D..proton emas dan proton tuah ??? hahha lama lagi kot...kalo kuar pun org x beli...sebab berhati2 rekod kenderaan rosak proton...keyakinan pengguna proton da xde...yg da guna ramai menyesal...anda pun salah sorg :)

    kurangASAM : terikut2 design proton ??? kah kah kah kah xdelangsung ciri2 proton...tgk hiasan dalaman..jauh beza...proton dok tangtu la sampai bila2..x nampak perubahan langsung...design proton semua out...untuk pasaran india ok kot...kenape perodua dok wat kereta kompak je??? aku rasa ko org paling bodoh dalam ruang maya ni...sebab ada dasar2 kerajaan...ingat perodua xnak ke keluar kereta sedan??? dasar kerajaan menjaga proton...produa no 2...kalau produa keluar kereta sedan..banyangkan ediso macam vios...tp harga 60k..x gila??? mau bangkrap proton...proton nak bersang di dalam malaysia pun jenuh...bila produa buat kereta sedan..abis la...banyak lagi modal kena suntik pada proton xnak kasi bangrap...sebenar nya proton da bangkrap lama da...sebab kereta selalu rosak tu sebab apa???salah satu penjimatan la..pakai brg recycle...hehehe vendor baiki kasi balik kat proton..kasi kat pelanggan pastu rosak balik hahahaha...proton design la macam ferrari pun enjin cam kete tua gak... mungkin slogan baru produk baru proton "LAGI-LAGI ROSAK" HAHAHA...muak x muak...kereta myvi baru berlambak di jalanan...hahaha menunjukkan org mesia ni kaya..dia nak kualiti brg...kalo yg xde duit ..ttu pilihan mereka proton...budak2 pakai proton semua cakap mahal la produa cekik darah la..n bla bla bla..budak pakai produa pakai rilek je ??? haha mentenen rendah..bukan tiap2 bulan rosak...yg proton lak...byr nya murah..rosak nya masyaallah...tiap2 bulan ada..kalo di hitung 9 tahun rosak = 1 biji blm baru hehehe...x guna harga murah... 3 tahun aku pakai myvi..x rosak pe2..service murah....service laju..part order senang..layanan terbaik...proton??? macam haram...x percaya pergi sendiri...x sabar sebenar nya tunggu produa di beri kebenaran memmasarkan kenderaan sedan...fuhhh lingkup proton... :D .. sebelum kutuk..lihat diri sendiri..kamu bukan nya ada syarikat sendiri nak kutuk jenama lain punya promosi...kamu pun hanya sekdar cakap kosong sahaja..dalam diri bebal lebih dr lembu...tu je leh cakap..

    #4 ha ha : takut ngan picanto??? kah kah kah kah suatu benda yg x munasabah...dan bodoh untuk di perkatakan..cuba kira brapa banyak picanto dalam malaysia ni???? produk korea brapa banyak dalam malaysia??? hahahahahh kalo aku jadi bos produa pun aku x risau pun dengan picanto...sepatu nya proton kena bimbang dengan produk sedan...honda, toyota, pesaingan proton dengan syarikat lain lagi tinggi...produk sedan dalam malaysia ni brapa banyak...??? kualiti proton pulak macam mana hendak bersaing dengan mereka????kan dlu heboh proton nak bangkrap..tun dr mahathir suruh tutup je proton ..sebab kasi beban padan kerajaan..suntik modal lagi...apa la...model kereta banyak tap cam haram xde org beli...x macam produa...kamu kutuk macam mana pun myvi baru sudah mula banyak di depan mata..tanda nya??? keyakinan pada kualiti dia tu buat org beli...cakap2 mulut org menujukkan produa ada kualiti...sehinggakan ada yg mengatakan ..yg naik proton blm ni budak2 kilang...yg naik produa ni cikgu...paham x beza nya??? sangat dangkal org yg kata picanto persaing terbesar...hahaha...tgk di depan mata..proton FL ada sambutan ??? kurangkan ??? sebab??? lampu depan besar...lampu belakang kecik...macam pondan pulak tgk nya..sesuai untuk perempuan je hehehe..ayu je tgk kete tu di jalanan...satu lagi proton terlampau cepat keluarkan model baru...harga model lama drop...saga blm...fl...flx.. hahaha membuat kan pengguna sala blm terasa diri nya beli kereta lama..sedangkan baru brapa tahun kan??? ada yg pakai setahun je...fl keluar...kah kah kah kah...modal buat blm pun xbalik lagi da keluar yg len..sebab tu BANGKRUP hahahaha...pesanan nak kutuk orgpun tgk la diri sendiri...nak beli kereta ikut kemampuan...xde duit beli yg murah2 sudah...lagi pun proton buat apa kereta murah...beli la..xpayah bising kereta lain mahal...ade lagi org yg ade kemampuan...tepuk dada tanya dompet :D

    Terbaik!(6)Booo~(0)
    • fahmie

      December 30, 2011 at 11:15 am

      aku ske statmen ko,, tpi yg pling penting produa myvi mmg best,, :)

      Terbaik!(3)Booo~(0)
    • aizat azhari

      May 7, 2012 at 6:48 pm

      +1 Bro.this week dapat Myvi ^^

      Terbaik!(1)Booo~(0)
    • Ex Sentra Pakai Exora n Saga

      May 8, 2012 at 12:40 pm

      kelakar ler statement ni.... just drive so many car that u can get and u will know how bad this perodua cars.....

      Terbaik!(0)Booo~(2)
    • sha

      March 3, 2013 at 5:51 pm

      yes!!! yes!!! aku lg suke statmen ko..the best..mcm slogan myvi..LAGI BEST,LAGI POWER...HEHEHE..layak r muke ko kne ceramah..

      Terbaik!(2)Booo~(0)
  6. fazli_kota_tinggi

    February 10, 2012 at 10:26 am

    myvi 1.3 lagi best sangat best. belum cuba belum tahu....

    Terbaik!(2)Booo~(0)
  7. fik88

    February 10, 2012 at 11:16 am

    myvi mmg best, aku pun pkai gak myvi 1.3l.. mmg tahan lasak, tapi kan korang xlayak la nak kutuk2 keta proton. bagi aku, design n prestasi keta2 proton tu da memuaskan. jgn kate keta perodua or honda xpenah2 rosak lak. aku pkai neo pcs da 4 tahun ok je lg, honda civic 1.8 aku pkai sebulan gasket stering da bocor. jgn mudah sangat kte wat tanggapan, mikir panjang lu kalu nak bagi komen.tang harga plak, bkn dieorg nk letak sesuka ati, tapi korang tau la, sebut je keta kat negara malaysia ni, tax mesti tinggi,xkire la keta jenama apa pun.
    Kalu anda sume ade duit, try la angkat merc. try tgn maintenance ia camne. bagi aku keta perodua ke, proton ke, or honda skalipun padan r nge aku yang kelas sederhana ni..

    Terbaik!(3)Booo~(0)
    • sally

      February 6, 2013 at 7:48 am

      i like your statement.

      Terbaik!(1)Booo~(0)
  8. Mor3_fuN

    March 8, 2012 at 3:16 pm

    Aku dah lama minat myvi nie, tpi 2 la, klau dah berkeluarga susah skit, aku suka, laki aku plak ckp kualiti dah ok tpi body di plak x masuk fill. tah la x paham dgn orang laki nie, tpi di ckp lau body nye di jadikan kereta sedan mesti laris meletup. wat mcm kereta mcm proton tpi power and harga setimpal, tak payah la 1 fmly 2 nak beli keta 2, 3 biji. sesuai utk g kerja, jalan-jalan. anak selesa, aku selesa, laki aku suka... heeeeee.......... ikut saranan kerajaan, kurangkan kenderaan di jalan...

    Terbaik!(2)Booo~(0)
  9. bosan dah model ni

    March 8, 2012 at 7:12 pm

    bosan dah model ni

    Terbaik!(0)Booo~(1)
  10. keta

    December 27, 2012 at 1:29 pm

    tak kira la mcm mana rupa keta sekarang..mmg sedih ^.^ produa ngn proton je mampu kita beli bg yg berpendptn rendah..
    kdg2 tak puas hati juga..mcm proton buatan malaysia sendiri..nape la masih nak jual mahal2...kalau bmw,ferrari,toyota tak hairan la..hehe....jgn marah

    Terbaik!(1)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>