Toyota Vios 1.5G Limited dan Vios TRD Sportivo facelift dilancarkan di Malaysia

UMW Toyota Motor baru saja melancarkan varian terbaru sedan terlaris mereka, Toyota Vios 1.5G Limited, di samping pelancaran varian lebih sporty Toyota Vios TRD Sportivo yang diperbaharui penampilannya (facelift).

Dijangkakan dengan pelancaran kedua-dua model Vios terbaru yang menawarkan penampilan lebih segar dan bergaya itu, jualan sedan yang menjadi minat kebanyakan rakyat Malaysia itu akan bertambah selepas ini.

Menurut rekod, 200,000 unit telah berjaya dijual sejak hari pertama pengenalannya pada tahun 2003, di mana 33,700 unit telah terjual sepanjang tahun 2010, menjadikannya kereta bukan nasional paling laris di Malaysia.

Toyota Vios 1.5G Limited menawarkan beberapa ciri terbaru lebih sporty seperti rim aloi 15 inci berwarna perak gelap, aerokit depan dan belakang termasuk side skirt dan spoiler belakang, gril depan diperbaharui lebih menawan, dan kemasan di dalam kabin lebih menarik dan mewah.

Selain itu, semua varian Vios lain juga menerima ciri-ciri terbaru yang dipertingkatkan seperti rim dan gril depan berwajah baru, termasuk warna terbaru deep amethyst mica metallic telah diperkenalkan.

Toyota Vios 1.5G Limited dijual pada harga RM89,600.00 dan Toyota Vios TRD Sportivo pada harga RM92,000.00, kedua-duanya harga atas jalan termasuk insuran.

Varian lain Toyota Vios masih kekal dengan harga lama seperti sebelumnya. Semua model Vios didatangkan dengan tempoh jaminan pengeluar selama tiga tahun atau 100,000 kilometer, yang mana terdahulu.

Variasi baharu Toyota Vios itu boleh didapati di kesemua bilik pameran Toyota di Semenanjung mulai hari ini manakala di Sabah dan Sarawak pula bermula pada 15 Julai ini.

Terbaik!(2)Booo~(0)

5 Comments

  1. Azreem

    July 1, 2011 at 11:33 pm

    Harapnya UMW nanti boleh buat pakej free service selama 2 tahun atau 3 tahun, macam ada sesetengah pengedar buat. Sure lagi ramai yang nak beli :)

    Terbaik!(0)Booo~(0)
  2. alan azlan

    July 3, 2011 at 8:44 am

    mmm actually toyota bg offer lagi best dari free service... kite bagi 5 tahun free road tax dan insuran... tkde downpayment,tkde booking, blacklist yg ringan2 pn confirm lulus.....

    nak tahu lanjut... check out my facebook.. tq

    Terbaik!(0)Booo~(0)
    • alongevo

      July 4, 2011 at 3:13 pm

      ape nama acc fb you...

      Terbaik!(0)Booo~(0)
    • eliza

      January 22, 2012 at 6:41 pm

      ,,wah,, best nmpak ofer?.. giso menipu jew..huhu

      Terbaik!(0)Booo~(0)
  3. JebatV6

    December 20, 2011 at 4:21 pm

    aku cukup seram kalu offer TERlalu baguih...

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>