Ford Malaysia lancar dua model EcoBoost – Ford Mondeo facelift 2011 dan MPV Ford S-MAX

Saya agak kurang familiar dengan model sedan terbaru Ford yang dilancarkan sebelum ini iaitu Ford Mondeo, sungguh pun telah beberapa kali melihat model ini di atas jalan raya. Apabila melihat saiz Ford Mondeo yang bersaing dalam segmen D, pandangan saya inilah model yang sepatutnya menjadi pilihan bagi sesetengah rakyat Malaysia yang mungkin mahu memiliki sebuah sedan seperti Camry dan Accord, tetapi sudah ‘agak bosan’ dengan jenama T dan H.

Tidak dapat dipastikan berapa unit model Ford Mondeo berjaya dijual setakat ini, namun terkini versi facelift 2011 untuk model itu telah dilancarkan bersama-sama sebuah model MPV tujuh tempat duduk terbaru di pasaran tempatan, Ford S-MAX. Kedua-dua model tersebut menggunakan teknologi *Ford EcoBoost, enjin dengan teknologi terbaru yang menawarkan lebih kuasa namun kekal menjimatkan dan mesra alam. Bagi saya inilah ciri-ciri teknologi enjin generasi terbaru yang kita semua nanti-nantikan daripada PROTON.

Kedua-dua model sedan dan MPV terbaru Ford itu menggunakan enjin petrol berkapasiti 2.0 liter EcoBoost, menghasilkan kuasa 203ps@6,000rpm dan 300Nm kuasa tork, dipadankan dengan transmisi Powershift dual clutch enam kelajuan. Antara sebahagian ciri-ciri keselamatan yang dilengkapkan seperti ABS, EBD, TCS, EBA, HLA (hill launch assist) dan tujuh beg udara di setiap posisi penting untuk melindungi pemandu dan penumpang sepenuhnya.

Kedua-dua model yang akan mula dijual secara rasmi mulai Ogos depan ditawarkan dalam lima jenis warna menarik seperti Parkside, Ice White, Midnight Sky, Moondust Silver dan Panther Black untuk Mondeo, manakala warna Ice White digantikan dengan warna Frozen White untuk S-MAX.

Harga jualan yang akan ditetapkan kemudian oleh pengedar Sime Darby Auto ConneXion boleh dikatakan cukup kompetetif dengan apa yang ditawarkan, iaitu Ford Mondeo dengan rupa bentuk diperbaharui (facelift) bakal dijual pada harga sekitar RM180,000RM185,000 (atas jalan termasuk insuran). Ford S-MAX pula akan dijual pada harga sekitar RM185,000 hingga RM188,000 (atas jalan termasuk insuran).

*EcoBoost – Powerful and Efficient

The family of 4-cylinder and 6-cylinder engines uses gasoline turbocharged direct-injection technology to deliver up to 20 percent better fuel economy and superior driving performance versus larger displacement engines while generating up to 15 percent fewer CO2 emissions. Ford is committed to making this cutting-edge technology widely available, as soon as possible, in its passenger cars in Malaysia.

Terbaik!(1)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>