Suzuki Malaysia perkenal Swift 1.5 Liter GLX baharu - Arena Kereta

Suzuki Malaysia perkenal Swift 1.5 Liter GLX baharu

Bagi yang masih tercari-cari sebuah model hatchback lima pintu kompak dengan ciri pemanduan lincah dan pengendalian menyeronokkan, kini boleh mempertimbangkan Suzuki Swift 1.5 liter GLX baharu. Dilancarkan kelmarin di Kuala Lumpur oleh Suzuki Malaysia Autombile Sdn Bhd (SMA), pengedar kenderaan Suzuki di pasaran tempatan, harganya diletakkan pada aras RM75,788.00 (OTR dengan insuran).

Suzuki Swift 1.5 liter GLX versi dipertingkatkan ini masih mengekalkan enjin bersesaran 1.5 liter DOHC dengan sistem VVT (101hp dan 133Nm), dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan. Terdapat beberapa perubahan di bahagian luaran bagi menampilkan pandangan visual lebih sporty, melibatkan bampar depan dan belakang, skirting sisi, spoiler belakang baharu, kombinasi lampu belakang dan penutup enjin sporty.

Lima warna disediakan untuk pilihan pelanggan, Bayside Blue, Serene Silver, Supreme Red, Tranquility Black dan Superior White. Jika mahu versi lebih menarik dengan spesifikasi termasuk kerusi kulit, anda boleh dapatkan Swift GSX pada harga RM81,888.00 (OTR dengan insuran)

Terbaik!(1)Booo~(0)

1 Comment

  1. samzy

    August 6, 2011 at 1:43 am

    salam,sy sham (authorize dealer suzuki jb).utk lebih nilai dgn pembelian suzuki swift baru,blh hubungi atai emeil sy.tak perlu booking sehingga loan lulus.dokumen blh fax atau email.diskaun tinngi .bayaran muka rendah boleh diuruskan.sebarang pertanyaan blh email sy di samzymss@gmail.com. atau hubungi sy di talian 0145299040/0197997104.tq

    Terbaik!(0)Booo~(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>